Roti Benggali | Hainanese Bread | Roti Kopitiam
Вставка
- Опубліковано 16 лип 2024
- Resepi roti legend yang mengimbau nostalgia, Roti Benggali atau roti ala kopitiam yang biasanya dinikmati bersama kaya dengan secawan kopi. Tekstur roti ini lembut, ringan dan berongga dengan kerak atas roti yang rangup. Apa yang membezakan antara roti sandwich biasa dengan roti Benggali ialah rasanya yang lebih tawar dengan tekstur roti yang lebih ringan. Warnanya juga lebih putih kerana tidak menggunakan mentega/ marjerin. Sesuai dinikmati bersama kari, sambal sardin, sup kambing, kacang pool atau jem.
Selamat mencuba!
Jumlah Hidangan : 1 buku roti Benggali (20 cm x 11 cm x 11 cm)
❤️BAHAN-BAHAN:
125 ml susu segar/ susu penuh krim (suam kuku) | 1/2 cawan *gunakan susu sejuk untuk breadmaker & stand mixer
Anggaran 98 ml air (suam kuku) | 1/4 cawan & 2, 1/2 sudu besar *gunakan air sejuk untuk breadmaker & stand mixer
18 gram gula pasir halus | 1 & 1/2 sudu besar
3 gram yis kering segera | 1 & 1/2 sudu teh
250 gram tepung roti | 2 cawan
95 gram tepung gandum | 3/4 cawan
8 gram susu tepung | 1 sudu besar
4 gram bread improver | 1 sudu teh
4 gram garam | 1 sudu teh
15 ml minyak jagung / minyak sayuran tanpa bau | 1 sudu besar
15 gram lemak sayuran | 1 sudu besar
❤️Sapuan telur : 1 telur + 1 sudu besar susu
SUHU MEMBAKAR : 180℃ | 355℉ selama 40 - 45 minit pada rak paling bawah, api atas bawah. Ketuhar dipanaskan selama 15 minit.
=============================================================================
[ENGLISH]
This bread recipe is special because it brings back a lot of memories. This evergreen bread is one of the signature dish at Kopitiam and is usually eaten with rich kaya spread and a cup of coffee. The bread has soft, light and airy texture with crispy and shiny crust. It is less sweet and milky, with lighter texture compared to the regular sandwich bread. The color is whitish as the bread did not use butter/margarine, rather, corn oil and vegetable shortening are used. This bread is perfect to be enjoyed with curry, sardine sambal, mutton soup, kacang phool or jam.
Happy baking!
Yield : 1 Benggali loaf (20 cm x 11 cm x 11 cm)
❤️INGREDIENTS:
125 ml lukewarm fresh milk/ full cream milk | 1/2 cup * use chilled milk for breadmaker & stand mixer
About 98 ml lukewarm water | 1/4 cup & 2,1/2 tbsp * use chilled water for breadmaker & stand mixer
18 grams fine sugar | 1 & 1/2 tbsp
3 grams instant dry yeast | 1 & 1/2 tsp
250 grams bread flour | 2 cups
95 grams all purpose flour | 3/4 cup
8 grams milk powder | 1 tbsp
4 grams bread improver | 1 tsp
4 grams salt | 1 tsp
15 ml corn oil / odorless vegetable oil | 1 tbsp
15 grams vegetable shortening | 1 tbsp
❤️Egg wash : 1 egg + 1 tbsp milk
BAKING TEMPERATURE : 180℃ | 355℉ for 40 - 45 minutes at bottom rack, top & bottom heat mode. Oven is preheated for 15 minutes.
===========================================================================
My Channel link 👇👇
/ @thebutterybites
My Cooking Channel👇👇
/ @lynshomelicious11
Visit my websites 👇👇
thelynalina.blogspot.com/
thebutterybites.blogspot.com/ (My New Website :thebutterybites.wixsite.com/t...)
Instagram 👇👇
Baking IG : / thebutterybites
Cooking IG : / lyns_homelicious
============================================================================
Video Editor : Created by InShot:inshotapp.page.link/YTShare
Music:
Learn more
Listen ad-free with UA-cam Premium
Song : Dreamland ( • "Dreamland" - Aakash G... )
Artist : Aakash Gandhi
Album : Dreamland
Licensed to UA-cam by:
UA-cam Audio Library; Warner Chappell, Polaris Hub AB
White Petals by Keys of Moon | / keysofmoon
Attribution 4.0 International (CC BY 4.0)
creativecommons.org/licenses/...
Music promoted by www.chosic.com/free-music/all/
Music by Ikson :
- Feather (purchased version)(ikson.bandcamp.com/track/feather)
#rotibenggali
#hainanesebread
#kopitiambread
#hailambread
Tq sis share resepi, byk dh versi roti sis sy dh cuba.. alhamdulillah smua mnjdi dgn jayany. Sis tunjuklh plk buat roti chicken floss..
Sama2😄 Alhamdulilah..tq sudi cuba resepi2 sis ya😍🤩..InsyaAllah, family sis tak fancy roti chicken floss sebab tu belum pernah buat lg. Hehe😄
Thanks resepi sis,,sngt menjadi..❤
Mantap lembut
😍😃😄
Wahhh.. cantiknya roti. Boleh buat mula bisnes kopitiam
Hehe...lama lg la nampaknya tu sis..😆😆
Amboi.. Cantik lembut hasil kejadian nya. Cicah kari pun sedap ni. Ada masa nanti blh cuba rwsepi ni👍👍
Assalamulaikum nak tanya lepas akk uli jadi dough perlu ke letak minyak dan shortening.
Tq sis, selamat mencuba!
Wow Roti bengali ...sedap untuk minum ptg degan air kopi sedap sangat👍😊😘
Betul, cicah kopi mmg ngam ni sis Ummi 😉
الله أَكْبَر
Cantik kejadiannye puan!!👍😁
بارك الله..
Terima kasih 😃
Waalaikumusallamwarahmatullahiwabarakatuh 🙏🏼🙏🏼 first time knowing Hainanese Bread, eh usually Hainan Chicken Rice 🤭🤭😋😋 looks fluffy with short fibres is it 👍👍👌👌😋😋 Happy Holidays n stay safe always my friend 🙆🏻♀️🙆🏻♀️🙏🏻🙏🏻🤓
Yes it is😄. This bread is very popular here in Malaysia and it is known with a few names, one of it is Hainanese bread. Btw, tq so much for stopping by dear. You too! Tc and stay safe😇😍
Tq sis..pertama kali cuba, alhamdulillah menjadi.. rotinya lembut gebu.. Cuma ada berongga sikit😅. Mgkn cara gulung tak betul2 kemas.
Sama2, Alhamdulillah, yup, kengkadang roti sis pun berongga gak, tkpe asalkan sedap😅😃
Saya guna pan size besar. Perlu tambah bahan ke?
klu x letak bread improver leh ke
Boleh skip kalau tak nak letak ya, cuma roti lebih lembut kalau ada bread improver
Assalammualaikum sis..kalau pakai hand mixer..agk2 brp lama nk uli
Waalaikumsalam, bergantung juga pada jenama hand mixer & kelajuan. Biasanya dalam 3-5 minit, apabila doh dah mula tak melekat pada dinding mangkuk dan licin, boleh buat windowpane test ya
Assalamulaikum kak nak tanya masa uli perlu letak minyak dan shortening ke. Kalau tak nk letak tak pe ke.
Wsalam, masa uli perlu letak supaya roti menjadi lembut dan tidak kering ya
@@TheButteryBites kalau letak minyak dgn pelembut roti boleh ke kak .Bread impover ganti pelembut roti masa uli dah letak minyak dan pelembut roti.
Boleh saya tahu jenis tpg gandum.mksd saya jenamanya.
biasa sis pakai Bakers Choice untuk tepung gandum
Kalau nk guna tepung wholemeal boleh ke?
Utk versi tepung wholemeal, nnti sy akan buat tutorial yg lain ya. Stay tune😁
@@TheButteryBites terimakasih
Berapa menituli tu sis cepaat elastik
Waktu menguli bergantung juga pada kekuatan tangan ya, kalau permukaan doh dah nampak licin boleh check kalau doh dah elastik ya
Kalau guna mixer..tak perlu la bancuh dulu? Atau macam mana caranya?
Kalau pakai mixer step sama juga, campur bahan cecair ke dlm mangkuk pengadun, kacaukan bagi sebati kemudian letak bahan kering. Mixerkan sampai jadi doh then letak shortening & minyak. Atau..masuk bahan kering dulu dlm mangkuk (termasuk yis segera & gula), sambil on kan mixer boleh tuang bahan cecair perlahan2 sampai jadi doh. Kemudian baru masukkan minyak & shortening & mixer sampai doh elastik
@@TheButteryBites terimakasih