Roti lembut dan gebu dengan bahan asas saja | TIPS meroti

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 3 жов 2024
  • Bismillahirrahmanirrahim,
    Roti adalah antara yang kerap sis buat memandangkan ada anak yang tak makan nasi, hanya makan roti dan pasta. Dalam 1 minggu, biasanya 3-4 kali bergantung pada keadaan.
    Sis kongsikan di sini cara sis meroti dan TIPS untuk anda cuba. Bahan yang sis gunakan adalah bahan asas sahaja tanpa penggunaan bahan pelembut roti tapi dapat menghasilkan roti yang lembut dan gebu.
    Selamat mencuba !
    --------------------------
    Roti Lembut dan Gebu (loyang 10x10 inci)
    UA-cam : / suriantikitchen
    Bahan-bahan :
    🔵 250 g tepung high protein
    📌 jika gunakan tepung gandum pun boleh, sama kuantitinya tapi tekstur roti akan berubah menjadi kasar sedikit selepas 3 hari (tak ketara sangat pun)
    🔵 80 g air sejuk dari peti ais + 40 g kiub ais (total 120 g)
    🔵 40 g gula pasir
    🔵 30 g susu tepung
    🔵 30 g marjerin
    🔵 1 biji telur gred A atau B
    🔵 1 sudu kecil (sudu metrik) yis kering (jenama mauripan, saf instant dll yang sejenis dengannya)
    🔵 ½ sudu kecil (sudu metrik) garam
    Bahan tabur :
    🔵 Bijan - boleh tabur dengan gula atau pun dibiarkan kosong sahaja
    --------------------------
    📌roti akan KEKAL LEMBUT & GEBU walaupun setelah roti sejuk jika waktu menguli dohnya elastik seperti video
    📌 uli 30 minit dulu dan check, jika belum mendapat tekstur doh yang elastik seperti saya tunjuk dalam video, mesti sambung lagi uli. Berapa lama lagi ? Anda yang menguli, anda sambil check doh tu elastik atau tidak✌️
    📌simpan dalam bekas kedap udara (kalau roti yang kita beli pun kita simpan dengan baik dan tak biarkan terdedah, begitu jugak lah roti homemade)
    --------------------------
    Instagram : / surianti_kitchen
    Facebook : m.facebook.com...
    UA-cam : / suriantikitchen
    #jendeladapursurianti #rotisurianti

КОМЕНТАРІ • 268

  • @srysyazwany
    @srysyazwany 3 роки тому +122

    Alhamdulillah saya baru buat pagi. Jadi. Nak menangis rasa. Saya belajar buat roti sendiri je dah dekat 2tahun. Hampir 5kg tepung roti saya beli.. 1 roti pun tak menjadi gebu dan ringan yg macam cikgu ni ajar... You are a good teacher. Moga mengalir pahala cikgu sepanjang saya manfaatkan resepi ni. Amin

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  3 роки тому +6

      Alhamdulillah terima kasih sudi mencuba, tahniah dah dapat buat roti yang gebu😍👍👍

    • @lovegardening9655
      @lovegardening9655 3 роки тому +2

      Pn Luna guna stand mixer juga ya? Saya cuma ada hand mixer. Boleh tak ye? Atau better uli dgn tangan?
      Tumpang tanya je sbb saya dah beberapa kali buat roti uli dgn tgn. Masa masih panas lembut, bila dah sejuk dia mula mengeras 😌. Even dah cmpur shortening, bread improver tu smua

    • @norhawani7861
      @norhawani7861 3 роки тому +1

      Saya pon gembira sangat2 bila cuba resepi ni.....terbaik drpd sebelum2 ni yg guna resepi lain.
      Tq Puan yg share resepi ni.

    • @aishahhassan1106
      @aishahhassan1106 3 роки тому +1

      Tqqqqq. Tutorial terbaik berbanding tutorial yg lain. Roti gebu gebas...Thumbs up

    • @zainahmohdzain2622
      @zainahmohdzain2622 3 роки тому +1

      @@lovegardening9655 boleh guna hand mixer. Saya dah cuba. Alhamdulillah roti menjadi. Ikut saja seperti Puan Su ajar. Saya pun baru belajar buat roti.

  • @syu_yahaya
    @syu_yahaya Рік тому +4

    alhamdulillah... saya da cuba... menjadi sgt... saya uli guna bread maker.. uli 2 min.. masuk butter kemudian uli dlm 45min..alhamdulillah... dpt tekstur doh windowpane.. 1st sy buat roti dpt doh mcm ni.. terima kasih byk2 sudi kongsi tips dan resepi mudah ni... semoga sis dpermudah segala urusan... semoga rezeki sis bertambah banyak, halal Dan berkat.. aaaaamin

  • @deivadhevan782
    @deivadhevan782 5 місяців тому +1

    1st time Saya buat jadi, so excited, Saya buat roti loaf campur rolled oats dan cranberry, ikut resipi terimakasih banyak2 sis.❤❤❤❤❤❤

  • @shereenrooy7297
    @shereenrooy7297 3 роки тому +5

    Assalamualaikum puan. Alhamdulillah jadi sgt
    Sy uli guna tgn je... Saja main2 dgn doh dlm 1jam uji.. Hheje
    Sgt la lembut mcm kapas. Sedap
    Tysm puan❤️💯

  • @nurulizzatiatan7883
    @nurulizzatiatan7883 2 роки тому +1

    Saya buat semalam. Alhamdulillah jadi. MashaAllah... nak nangis rasa. Terima kasih.. ❤️

  • @Mohamad_Alias
    @Mohamad_Alias 3 роки тому +15

    youtuber terkelas dengan bahasa yang sangat baik dan sopan.
    (tanpa perkataan korang) 👍👍👍
    syabas puan.

  • @norhawani7861
    @norhawani7861 3 роки тому +8

    Saya sudah cuba resepi ini, alhamdulillah 👍 ..menjadi sangat roti.
    Tq Puan atas perkongsian resepi.

  • @Jaidah9497
    @Jaidah9497 9 місяців тому +2

    Sy dr tingkatan 1 lg asyik gagal buat roti..skrg dah kawin umur 26. Tahun ..sy asyik gagal je buat roti..harini sy nak try resepi akak..smoga mnjadi..sbb sy tgok byk bg feedback positif😊

    • @Jaidah9497
      @Jaidah9497 9 місяців тому

      Ya Allah kak.
      Rasa mcm nak nangis😂😂baru je siap buat td,,btul2lembut mcm d bakery..sy ikut btul2 resepi akak cuma sy ada tmba k fine la 5gram,,dan sy guna shortening sbg ganti tu marjerin..lembut bebenor..tq ya kak.smoga murah rezeki slalu. bole jual da ni nmpknya..😂

  • @kaysir
    @kaysir 3 роки тому +13

    Wah mmg betul jadi la.. Lembut dan gebu.. Mlm tadi uli, simpan dalam peti ais, pagi ni baru bakar.. Dah sejuk pun still lembut..

  • @lizafariza2910
    @lizafariza2910 Рік тому +1

    Resepi terbaik dan ikhlas beri tunjuk ajar. Buat utk makan sendiri jer. Semoga sis dilimpahi rezeki yg hebat2 dari Illahi, aamiin. Memang menjadi dan sedap🎉. Tq sis

  • @suryaniwahab2237
    @suryaniwahab2237 2 роки тому

    Dah buat rotinya. Cara uli yg betul. Tak payah guna bahan penaik pelembut. Br dpt tips off kipas. Skjp saja dah bertukar warna. Sukanya saya roti lembut gebu 🥰. Tq Pn Surianti

  • @norafifahshaqirashaqira4785
    @norafifahshaqirashaqira4785 3 роки тому +2

    Alhamdulillah..bru je lps buat..😭sukanya first menjadi buat roti..gebu sngt2..😎😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋thank you resepi...see you soon roti bun😍bleh cuba buat lg😁😁😁😁

  • @Atunmingsinchu
    @Atunmingsinchu 6 місяців тому

    bannyak2 resepi roti dlm you tube ni roti siss je menjadi sy buat syukur Alhamdulillah dh try mnjdi lembut sangat lepasni sy akan buaat ikut resepi sis je tq yea

  • @umaimunah2587
    @umaimunah2587 3 роки тому +1

    Alhamdulillah.Saya pun dah buat jadi elok.terima kasih atas perkongsian ilmu. Moga Allah beri ganjaran pahala .

  • @liyanatulnajwa8933
    @liyanatulnajwa8933 3 роки тому

    Sy dh buat sis...omg sedap gilaaa..sy dh pernah buat roti paung ikut resipi lain...tpi yg ni sgt terbaik

  • @lindaroslin1736
    @lindaroslin1736 Рік тому +1

    Alhamdulillah saya dah cuba resepi sis. Saya ikut sukatan sebiji sebiji. Alhamdulillah seronok sgt menjadi. Kali ni MMG jadi🥰. Makan dengan kopi o panas ... Alhamdulilah nikmat Allah beri. Cuma. Stand mixer tak blh letak tepung banyak sgt anggaran dalam 250 hingga 500 gm.sahaja

  • @syazwanimerican3171
    @syazwanimerican3171 2 роки тому

    mggu lpas buat roti ikut mcm sis ajar...wahh jadi r gebu terok.. sejuk pun still lembut..berebut masing2 mkn roti..suke sgt2..sblum ni buat mst dh sejuk jdk keras.. tp yg ni..helok je..tqsm sis bg resepi..buat potato bun pun jdk jgk..mmg follow resepi sis jela klo buat roti 😍

  • @farahasman4891
    @farahasman4891 Рік тому

    Lama xmeroti .lembut sgt buat smlm .sy buat loyang 11 x 11 dpt 36 biji .alhamdulillah terima kasih untuk resepinya

  • @nuraqilah6582
    @nuraqilah6582 3 роки тому

    Alhamdulillah. Ni pertama kali saya buat roti. Menjadi. Walaupon doh tak elastik sgt saya buat. Tapi bila bakar lembut je kejadian. Terima kasih sis untuk tips dan resepi.

  • @nadzirahmdrashid6011
    @nadzirahmdrashid6011 2 роки тому

    Alhamdulillah baru buat tadi. Memang lembut elok. Terima kasih😭. Selama ni buat asyik gagal je.

  • @MsTasyaIsm
    @MsTasyaIsm Місяць тому

    Terima kasih atas resepi yang ‘fail-proof’. Lembut gebu 😍

  • @moviethaiify
    @moviethaiify 2 роки тому

    The best recipe! Buat lebih dr 5kg. Resepi puan semua menjadi. First time doh elastic. Syioknya

  • @nursaerah8980
    @nursaerah8980 3 роки тому

    Alhamdulillah...tadi dah try resipi ni...mmg menjadi..gebu sgt rotinya....tapi tadi separuh adunan saya buat roti..separuh lagi saya buat pizza..saya follow cara sis ajar 100%..alhamdulillah tq sis....semoga sis diluaskan rezeki lagi..tq sudi share resipi yg mudah utk follow😊😊😊

  • @khadijahothman6301
    @khadijahothman6301 3 роки тому +1

    alhamdulilah jd sgt resepi ni...tq sis kerana beri tunjuk ajr😍😍😉😉😉

  • @izzatijunaidi2071
    @izzatijunaidi2071 3 роки тому +2

    Best la cara miss ni explain.. Senng nak faham.. Teruskann!!!

  • @syafiqahshukoor3799
    @syafiqahshukoor3799 3 роки тому

    Tq sis. Menjadi jugak roti. Baru tadi try. Tp uli tangan jer. Roti lembut n sedap.

  • @MakcikariASMR
    @MakcikariASMR Місяць тому

    Best sangat. First time buat jadi terus🥹🥹🥹. Happy

  • @meylintan6654
    @meylintan6654 3 роки тому +1

    Tq sudi kongsi resepi, dah cuba menjadi roti sangat lembut..lepas ni bolehlah share resepi roti pandan pulak..😊😊

  • @haryatikassim5057
    @haryatikassim5057 3 роки тому +1

    Alhamdulilah suka resepi ni tanpa bread softener

  • @SeisahAisah
    @SeisahAisah Рік тому

    Alhamdulillah,cantik dn lembut
    tksih shre resepi roti paun...❤

  • @zanariahismail622
    @zanariahismail622 3 роки тому +1

    Saya buat roti pg tdi...ikut step yg Su bg n alhmdulillah roti saya mnjdi...lmbut n gebu. Tq Su

    • @nurfazwani5512
      @nurfazwani5512 3 роки тому

      sis nk tnyr klu dlm tu ltk inti kelapa pon boleh kn?ikut resepi ni

  • @sitinabihanorazlan3029
    @sitinabihanorazlan3029 28 днів тому

    Sy dah buat guna tepung gandum biasa je pun lembut.. Terima kasih..

  • @zafranzahraa1537
    @zafranzahraa1537 3 роки тому

    semalam saya cuba resepi ni.. alhamdulillah... jadi roti saya... suami, ank2 n family memuji kesedapannya...masyaAllah,terus subscribe😅... tq ye untuk resepi ni...❤️

  • @aziahabubakar2181
    @aziahabubakar2181 3 роки тому

    Saya dah buat pagi tadi alhamdulillah roti lembut makan masa roti suam suam sapu kaya dgn air nescafe panas fuhhh mantop, terima kasih puan kongsi resepi dan tips tips

    • @aziahabubakar2181
      @aziahabubakar2181 3 роки тому

      Assalamualaikum puan, pagi ni saya buat lagi roti, uli guna breadmaker pastu saya masuk kan inti kaya ok sedap juga tapi texture roti mcm berat, pada saya uli guna stand mixer lagi cantik bentuk roti tu.

  • @itazai88
    @itazai88 3 роки тому +2

    Suara chefnye pun lembut sangat....terima kasih resepinye..mana2 resepi saya ikut ye🥰

  • @potatocute155
    @potatocute155 2 роки тому

    Wow tak perlu lagi risau kalau takde bread improver😭 ikut cara sis je rupanya roti dah boleh jadi gebu! Saya fail buat roti ni dh banyak kali. Mmg keras je bila buat roti. Saya harap lps ni guna resepi sis, menjadi. Saya belum buat lagi

  • @norismarani9049
    @norismarani9049 2 роки тому

    Alhamdulilah...memang mnjdik...sedap lembut...tima kasih atas resepi nie😘😘

  • @syuhadanajwa1760
    @syuhadanajwa1760 3 роки тому

    Assalamualaikum.. alhamdulillah, percubaan bt roti kali ini berjaya dgn jayanya. Sebelum ni buat xpernah jadi. Terima kasih atas resepi dan tips kak, mmg menjadi..❤️👍

  • @noraniothman836
    @noraniothman836 3 роки тому

    Alhamdulilah...sy dh cuba mlm td...menjadikk....tq for the recepi...moga terus dilimpahi rezeki

  • @hafizrosni8334
    @hafizrosni8334 3 роки тому

    T.kasih atas ilmu puan. Dah cuba beberapa kali. Alhamdulillah sangat cntik doh, gebu dan lembut.

  • @nuruladilah1056
    @nuruladilah1056 3 роки тому

    Cikgu... Saya dah cuba cara cikgu.. Alhamdulillah mmg jd.. Lembuttttttt je roti saya.. 😁 mmg puashati la sy.. Terima kasih cikgu.. Minta halal ye ilmu cikgu ajar ni..

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  3 роки тому

      Alhamdulillah terima kasih mencuba👍👍

    • @nuruladilah1056
      @nuruladilah1056 3 роки тому

      @@SuriantiKitchen cikgu kalau buat roti potong (macam roti gardenia panjang) pun sama ke cara dia dan sukatannya?

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  3 роки тому

      Ya boleh

  • @cepah91
    @cepah91 3 роки тому

    Saya baru buat roti guna resepi ni semalam. Alhamdulillah menjadi, lembut. Saya uli pakai tangan je dalam sejam sambil2 tengok tv. Hehe. Terima kasih atas resepi. Seswai untuk beginner.

  • @sharmilanadaraja1342
    @sharmilanadaraja1342 7 місяців тому

    Terima kasih kakkkk❤❤❤❤❤ baru sahaja buat. Men jadi sangat. Terlalu gebu. Kalah bakery 😂😂

  • @aliciauvangkitchen9880
    @aliciauvangkitchen9880 3 роки тому +1

    Salam kenal dari Sarawak...
    Nice to meet u sis...
    Saya dah lama follow blog sis Jendela Dapur Surianti...byk resipi menarik & kreatif...saya pun dah cuba resipi roti ni,mmg sedap rasanya & lembut teksturnya...great sharing sis, keep it up!

  • @junaidahismail7333
    @junaidahismail7333 3 роки тому

    Saya dh cuba..,first time buat roti...menjadi dan lembut sangat. Sedap.

  • @xfredstudio1779
    @xfredstudio1779 Рік тому

    Assalamualaikum kak..terima kasih berkongsi tips membuat roti..semoga dimurahkan rezeki Amin ya Rabbal Alamin 🤲🏻

  • @sitirose6881
    @sitirose6881 3 роки тому

    Satu perkongsi ilmu meroti yang sangat lengkap dan mudah di fahami ..
    terima kasih keena tidak lokek ilmu ..semoga terus berkarya dan berjaya ..

  • @madamcookies7683
    @madamcookies7683 2 роки тому

    Sy suka puan sue klu bt video masak2 semua jadi bila kita buat...

  • @noraniraahmad8008
    @noraniraahmad8008 3 роки тому

    Saya sudah cuba.. menjadi sgt.
    Terima kasih puan atas resepi dan tips.

  • @wannorasiah
    @wannorasiah 3 роки тому

    Saya dh cuba...mmg terbaik hasilnya

  • @IzahIzad
    @IzahIzad 3 роки тому

    Alhamdulillah 3x..pertama kli buat terus menjadi roti..lembut nye..terima kasih puan suriati...

  • @roslaneyabrah931
    @roslaneyabrah931 3 роки тому +1

    haiii sis terima kasih kongsi resepi roti yg gebu

  • @semuamilikallahchannel5251
    @semuamilikallahchannel5251 2 роки тому

    Alhamdulillah..terima kasih sgt².. resepinya menjdi

  • @charmieputri5882
    @charmieputri5882 2 роки тому

    Suka tengok video2 Sis Surianti....mudah difahami.....semoga sukses selalu

  • @pecintasolawat99
    @pecintasolawat99 2 роки тому

    Terus nak buat roti .. tak tahan tgok roti ni gebuu 😍😋👍

  • @farazillarahmat7609
    @farazillarahmat7609 2 роки тому

    Dah buat semlm...mmg lembut..berebut anak2

  • @dapurinspirasicikgulizaahm823
    @dapurinspirasicikgulizaahm823 3 роки тому +1

    Lembutnya... Terima kasih ilmunya..

  • @jhtaragichannel6013
    @jhtaragichannel6013 3 роки тому

    Boleh dicuba ni..perkongsian yg sangat berfaedah.

  • @nurs105
    @nurs105 3 роки тому

    Saya dapat 23 biji jer.Kecik sangat ..saya cuba lagi nanti.Terima kasih

  • @sitisarahbintiazhar7864
    @sitisarahbintiazhar7864 Рік тому

    Alhamdulillah sy dah buat lembut halal resepi

  • @nuraqilahadlin5524
    @nuraqilahadlin5524 3 роки тому +1

    hari ahad ni boleh cuba buat😁..hari tu buat potato bun,lembut sangat

  • @abcdef-te9yc
    @abcdef-te9yc 3 роки тому

    Wawwww!.....saya da byk cuba resepi Dr sini....
    Mmg menjd.....Dan bdn saya pun makin lama makin d Pam Pam mcm roti ni....huhuhu

  • @abcdef-te9yc
    @abcdef-te9yc 3 роки тому +1

    Terima kasih atas perkongsian

  • @Abdsiat
    @Abdsiat 2 роки тому

    Nnti saya cuba. Insya Allah dan terima kasih atas perkongsian info dan resepnya. 😍👍👍👍

  • @ZalfaKitchen
    @ZalfaKitchen 3 роки тому

    Sangat detail dn trlihat mudah...Terima kasih Bunda brbgi resepnya

  • @tigerganeral5109
    @tigerganeral5109 3 роки тому +4

    Tq sharing my favourite bread 🍞🍞🍞

  • @sitikhatijah5188
    @sitikhatijah5188 Рік тому

    Saya baru beli tepung dan bahan2 lain...nak belajar meroti jgk..semoga menjadi roti

  • @usrahummidzakitchen3799
    @usrahummidzakitchen3799 3 роки тому

    Subhaanallah alhamdulillah allahuakbar..
    Sedapnya

  • @ShanneAnuar3739
    @ShanneAnuar3739 2 роки тому

    Sy dah cuba, jadi ❤️❤️ ya Allah lembut sangattt, terima kasih puan kongsi ilmu 👍

  • @nadhirashid_2796
    @nadhirashid_2796 3 роки тому

    Yeahh saya punya jadi walaupun first time buat. Terima kasih share resepi 😘

  • @mummycat70
    @mummycat70 11 місяців тому

    Salam sis Su cantik dan gebu lah roti sis..jika nak isi inti bole juga ya sis semua bahan sama ya.tkaseh kongsi resepi rotinya 🌼😀

  • @nurulnadia6966
    @nurulnadia6966 3 роки тому

    Terima kasih puan..sy dah buat..mmg menjadi

  • @nurwafa2767
    @nurwafa2767 2 роки тому

    Bru try resepi sis...suke sgt..super soft..lmbut ...suke2...kalau nk buat bnyk double kn bahan je ke sis?

  • @maklykitchen6080
    @maklykitchen6080 3 роки тому

    Roti nya lembut skl bunda, warnanya pun cantik...terimakasih sdh berbagi resepi, semoga tambah sukses, salam kenal

  • @usk8475
    @usk8475 3 роки тому

    Alhamdulillah. Menjadi rotinya. Tq teacher.

  • @norasikinsamsudin2885
    @norasikinsamsudin2885 3 роки тому +1

    Best nya ... Gebu je ..smua resepi roti sis mmg . Menjadi Dan memuaskan ... Sis boleh buat roti swirl bread Tak sis?.. plzz ...🥰🥰🥰

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  3 роки тому

      Doh ni adalah dos asas, boleh pelbagaikan utk buat jenis lain

  • @abcdef-te9yc
    @abcdef-te9yc 3 роки тому

    Oooooo..br tahu cara uli yg betul supaya doh x JD menggerutu....terima kasih atas perkongsian

  • @sarjitkaur1828
    @sarjitkaur1828 3 роки тому +2

    Thank you so much for sharing recipe step by step..tried this today wow i am so happy memang lembut the roti sangat sedap.

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  3 роки тому +1

      Wow😍😍happy saya baca. Thanks sudi mencuba👏👏

  • @awatifarif
    @awatifarif 3 роки тому +1

    Terima kasih puan sudi berkongsi tips dan resepi. Boleh saya tahu, cara penyimpanan bagaimana ya supaya roti kekal lembut dan tak kering keesokkan harinya?

    • @afrina921
      @afrina921 3 роки тому +1

      Sb dh spray dgn air sebelum bakar tu roti dh moist. Lpas roti dh sejuk simpan bekas kedap udara ikut tips cikgu ni. Sy simpan dlam bekas Tupperware je. Mmg menjadi sy dh buat dua kali dua kali roti lembut mcm kapas walaupun dh 3 hr.

  • @usk8475
    @usk8475 3 роки тому

    Alhamdulillah. Menjadi. Tq teacher

  • @masmonaschannel802
    @masmonaschannel802 3 роки тому +2

    Terbaik kejadiannya...well done sis 👍👍

  • @shintaasbi8162
    @shintaasbi8162 3 роки тому

    Rotinya kelihatan sangat lembut dan empuk banget...

  • @sharmilanadaraja1342
    @sharmilanadaraja1342 Рік тому

    Hi Kak Surianti. Terima Kasih banyak2 utk resepi ni. Saya bercadang nak cuba ban coklat. Boleh Kak cadangkan cara nak ubahsuai resepi ni utk buat ban coklat?

  • @surayahanaifah5659
    @surayahanaifah5659 3 роки тому +2

    asalamualaikum Su...terima kasih share resepi roti...nanti aunty cuba ya ❤️🌹

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  3 роки тому +1

      Wslm aunty, Sama2 alhamdullah, selamat mencuba😍

    • @surayahanaifah5659
      @surayahanaifah5659 3 роки тому +1

      @@SuriantiKitchen aunty tengah buat resepi roti su...tapi aunty tarok dried cranberry dalam roti tu....sedap su...resepi roti su🌹❤

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  3 роки тому +1

      Terima kasih aunty sudi mencuba😍👏👏

  • @qbabdulhamid4636
    @qbabdulhamid4636 3 роки тому

    Wahh mudah nak cuba nanti..t.kasih sis ❤

  • @nuredayu4134
    @nuredayu4134 Рік тому

    Insyllh Sy Cuba.. doakan Sy bjya

  • @zainahmohdzain2622
    @zainahmohdzain2622 3 роки тому

    Terimakasih Puan Su kongsi resepi. Cantik dan lembut rotinya😍

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  3 роки тому

      Sama2 alhamdullah, selamat mencuba😍

    • @zainahmohdzain2622
      @zainahmohdzain2622 3 роки тому

      @@SuriantiKitchen Tqvm Puan Su. Saya sedang membakar roti. Alhamdulillah boleh buat untuk buka puasa hari ni👍😋😋😋 Semoga di murahkan rezki Puan Su sekeluarga🤲

  • @norazizah9587
    @norazizah9587 2 роки тому

    Trm ksh ilmunya

  • @JJ-wm4gt
    @JJ-wm4gt 3 роки тому

    Tq berkongsi resepi 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

  • @anjunajimek8133
    @anjunajimek8133 3 роки тому

    Hi kak, tadi dah cuba buat. Sedap dan empuk bun nya. Terima kasih atas resepi nya. Keep it up kak. Smoga akak murah rezeki. 🤍🤍

    • @abcdef-te9yc
      @abcdef-te9yc 3 роки тому

      Cer cer jual kat kwn2 mesti suka

  • @murniwatimatrashid
    @murniwatimatrashid 3 роки тому

    Terima kasih sis share resepi...

  • @khasnida2500
    @khasnida2500 3 роки тому

    Dah cuba ptg tadi.. Menjadi dan sedap, ada rasa.. 👍🏻 Terbaik

  • @pooseokpoh2648
    @pooseokpoh2648 Рік тому

    Love your roti.

  • @haridanxoxo751
    @haridanxoxo751 3 роки тому

    Thanks for the video.. Very detail!

  • @noorSamat-uz8ju
    @noorSamat-uz8ju Рік тому

    t.kaseh pn...

  • @elnielianimayor5026
    @elnielianimayor5026 3 роки тому

    Nampak mudah bahan2 pun sanhat ringkas

  • @ziladaud
    @ziladaud 3 роки тому +1

    Terima kasih kongsi resepi. Klu nk letak apa2 inti boleh guna resepi ni gak kn?

  • @trielcanada7628
    @trielcanada7628 3 роки тому

    Sya dah cuba mmg roti lembut gebu.. Tq resepi sis.. Tpi nak tanya kenapa bahagian bawah roti melekat ye kalau dah keluar dari oven?

  • @leeselias9617
    @leeselias9617 Рік тому

    Sis.. Resipi ni boleh tak buat roti sosej or sis ada resipi lain utk roti sosej

  • @Aincarren
    @Aincarren 3 роки тому

    Terima kasih cikgu