Kek Bluder / Brudel / Bludal Yang Mudah & Cara Membuat

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 3 жов 2024
  • [Kek Bluder @ Brudel Cake @ Bludal - Kek Di Raja Johor] oleh Azah Kumasi
    Bludal @ Bluder adalah Kek Di Raja Johor yang ramai tidak tahu, dari resipi warisan belanda, mereka menyebutnya Bluder. Kek Brudal ini berbeza sedikit saja dari Resepi Roti Brioche.
    Lama juga untuk saya mendapatkan mood baking tutorial sehinggalah saudara saya ada posting Kek Bludal di instagramnya, membuatkan saya dapat idea dan teruja untuk membuat tutorial step by step di UA-cam Kek Bludal untuk tatapan semua, seperti juga Harissa (linknya • Resepi HARISSA AYAM st... ) resipi kek ini, saya ubah suai dengan resipi Almarhumah Bonda Hjh Ungku Salmah (رحمه الله), ibu mertua kpd Kekanda saya Hjh NorHuda Hj Kumasi dan resipi dari sumber rujukan lain, semoga ini menjadi amal jariah mereka Aamiin.
    Jom baking 🧁🍞!
    • BAHAN-BAHANNYA:
    1 cawan telur kuning (9-11biji)
    1 cawan tepung self raising flour (sukat selepas di ayak)
    ½ cawan gula castor
    11gm yis instant
    ½ cawan butter (suhu bilik) (Tuanku guna butter dalam tin - golden churn)
    2 tspn @ 30ml Butter Milk
    1 tspn Asen Vanilla
    • CARA-CARANYA:
    Sediakan Ibu Roti
    11g Yis instant
    ½ cawan tepung
    1 sudu kecil gula
    5-6 sdb air suam
    Semua di kacau sebati (tekstur harus cair dari adunan cokodok) tepikan hingga naik (3-5minit)
    Pukul butter hingga gebu (5minit)
    Kemudian letak gula castor hingga berubah warna
    Then letak telur sebiji demi sebiji hingga habis (jarak kan 30 saat setiap masuk kan telur)
    Apabila tekstur adunan tidak berketul2 baru masuk kan tepung.
    Letak tepung yg di ayak dan Masuk kan ibu roti dan gaul hingga sebati
    (adunan tekstur haruslah tidak terlalu cair dan tak terlalu pekat)
    Sediakan acuan dan scoop adunan batter ini 1/4 jika guna acuan cupcake. Boleh guna loyang roti.
    Tunggu adunan hingga naik dan permukaannya licin. (1jam)
    Bakar selama 25-30 minit suhu 150’
    Bila dah masak, sapu permukaan bludel dengan kuning telur + susu cair utk lebih moist!
    NOTA: Bluder yg cantik haruslah kelihatan moist, lembab & berkilat!
    Kek Brudal ini rasa seperti roti cheese cake sponge @ spongy cake yg moist.
    Happy baking.
    Nota:
    Jika tiada butter milk boleh ganti dgn yogurt.
    Follow my Instagram @ / ohazahkumasi
    Terima kasih kerana menonton! SUBSCRIBE FOR MORE VIDEOS 🥰
    Sebarang pertanyaan boleh comment sahaja di bawah!
    #BLUDER #BRUDEL #SPONGECAKE #rotibrioche #roti #bread #spongycake #briochebread #bread #cupcake #royalrecepi

КОМЕНТАРІ • 4

  • @chetamilagro2031
    @chetamilagro2031 Рік тому

    ❤❤nampak sedap ❤

  • @prettykapas3723
    @prettykapas3723 2 роки тому

    Assalamualaykum. Ada buat katering lagi?

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Walaikumussalam wrt. wbt. Sejak 2010 dah stop catering kerana keadaan kesihatan tak menizinkan.🥺

    • @azizahsalleh1113
      @azizahsalleh1113 Рік тому

      Assalammualaikum, buku resepinya ada dijual lagi?