Kuih Bakar Pandan Lembut Dan Berlemak

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 3 жов 2024
  • Jom kita buat Kuih Bakar Pandan yang mudah ini! Resepi ini saya peroleh ketika kursus masakan kuih-kuih talam. Saya telah olah sedikit resepinya & ini saya kongsikan bersama anda. Selamat mencuba!
    [Kuih Bakar Pandan Kuih Bakar Pandan Lembut Dan Berlemak
    (Sukatan Metrik Lagi Perfect
    oleh Azah Kumasi]
    • BAHAN-BAHAN A:
    350gm tepung gandum
    250gm gula
    400ml santan
    600ml air daun pandan (saya guna paste)
    4-5 biji telur
    1/4 sudu kecil garam
    1 sudu kecil serbuk vanila
    1 tsp paste pandan
    1 titik pewarna hijau
    • BAHAN B:
    Bijan di sangai
    25gm minyak sapi
    • CARA-CARANYA:
    Alas loyang dgn baking paper dan sapu dgn minyak sapi
    1. Campurkan semua bahan-bahan A hingga sebati
    2. Tapiskan dan masak sekejap hingga berat.
    3. Tuang ke dalam loyang yg dilapik kertas yg telah di sapu dengan minyak sapi.
    4. Panas dan cairkan 25gm minyak sapi dan tuang di atas adunan
    5. Panaskan oven (mesti panas)
    6. Taburkan bijan dan bakar suhu 170 celcius selama 1 jam @ sehingga masak
    Sejukkan kemudian di potong.
    Sedia di hidangkan.
    Happy baking!
    Follow my Instagram @ / ohazahkumasi
    Terima kasih kerana menonton! SUBSCRIBE FOR MORE VIDEOS 🥰
    Sebarang pertanyaan boleh comment sahaja di bawah!
    #kuihbakar #kuihbakarpandan #kuihmelayu #kuihtalam ##kuihtradisional #kuihbakarkemboja

КОМЕНТАРІ • 19

  • @fizahsahimi2185
    @fizahsahimi2185 Рік тому

    Terima kasih puan atas perkongsian. Sudah cuba buat memang sedap

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  Рік тому

      Alhamdulillah..Terima kasih Pn Fizah. Semoga terus mendapat manfa’at dari lebih 160 videos tutorial saya ya💞

  • @zierazak3820
    @zierazak3820 Рік тому

    Sy kongsi ya...tq

  • @Aidarusli2549
    @Aidarusli2549 4 місяці тому

    Assalamualaikum kak..nak tny. Berapa lama ketahanan kuih ni kalau simpan dlm fridge?
    Kalau sy nak buat awal,simpan fridge 1 mlm,esk br guna utk dessert table,rahan tak kak kat luar lama

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  4 місяці тому +1

      Walaikumussalam Aida..
      InShaaAllah, jika masak cara yang betul, boleh bertahan 1-2 hari jika letak atas meja. Jika nak simpan di chiller, seminggu pun masih ok.
      Jika masuk dlm fridge, masuk kuih dlm bekas bertutup atau wrap supaya takda bau yg meresap ke dalam kuih, yang boleh mengubah rasa kuih. Semoga mendpt manfaat ya.

    • @Aidarusli2549
      @Aidarusli2549 4 місяці тому

      Terima kasih kak reply 😊

  • @kaksyieda2052
    @kaksyieda2052 2 роки тому

    Betul2 lemak elok 😁

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому +2

      Resipi belajar berbayar ini, asalnya resipi untuk loyang 12x12 tapi saya ubah untuk adunan 9x9, semoga mendapat terus manfaat ya Pn Syieda 💖

    • @kaksyieda2052
      @kaksyieda2052 2 роки тому

      @@AzahKumasi saya nk buat jual Nanti bulan puasa 😋

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому +1

      Saya doakan laris jualnya, semoga puan dan family diberi kesihatan yang baik serta di murahkan rezeki selalu.. Aamiin Aamiin Aamiin YRA.

  • @chenalm.i3276
    @chenalm.i3276 Рік тому

    tiada masalah kh klu masak ketul2?

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  Рік тому

      Maaf lambat reply.. so far tidak berketul, akan sekata bila di bakar. Boleh ke video resipi kuih-kuih saya yg di masak dulu baru di bakar atau di kukus.
      Kuih talam tokyo di link channel saya
      ua-cam.com/video/f88zH9GnA2U/v-deo.html
      Kuih Seri Muka di link saya juga di ua-cam.com/video/IZguJvEYl1Y/v-deo.html
      Semoga mendapat manfaat ya Chenai M.I🥰

  • @nickizzad6574
    @nickizzad6574 2 роки тому +1

    X berketul2 ko bila dah masak nanti

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Tidak berketul, akan sekata bila di bakar. Boleh ke video resipi kuih-kuih saya yg di masak dulu baru di bakar atau di kukus.
      Kuih talam tokyo di link channel saya
      ua-cam.com/video/f88zH9GnA2U/v-deo.html
      Kuih Seri Muka di link saya juga di ua-cam.com/video/IZguJvEYl1Y/v-deo.html
      Semoga mendapat manfaat ya Nick Izzad 🥰

  • @izzaha.807
    @izzaha.807 Рік тому

    boleh saya tahu size loyang puan guna? terima kasih

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  Рік тому +1

      Hi Izzah, saya guna loyang 8 x 8, terima kasih singgah, semoga mendapat manfaat dari lebih 160 video masakan saya🥰

  • @lieyatahir4181
    @lieyatahir4181 2 роки тому

    Jika loyang 12x12 sukatannya mc mna puan

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Tepung dan gula di gandakn. Santan guna 500ml, Telur 6-7 biji dan air daun pandan 1300ml boleh tambah. Harap dpt membantu Lieya ya🥰

    • @lieyatahir4181
      @lieyatahir4181 2 роки тому

      @@AzahKumasi ...tqvm💕