Roti Burger Gebu | Fluffy Homemade Burger Buns | No Mixer

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 6 чер 2020
  • Hi semua! Dalam video ni saya akan kongsikan cara saya sediakan roti burger homemade yang gebu, lembut tanpa menggunakan mixer. Saya gunakan dua jenis tepung untuk resepi ni iaitu tepung roti (tepung berprotein tinggi) dan tepung gandum. Tepung roti mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi, penting untuk pembentukan gluten yang menganjalkan dan meringankan tekstur roti. Tapi tepung roti ni agak ringan dan kurang rasa, jadi saya campur dengan tepung gandum supaya rasa roti lebih sedap. Resepi ni menghasilkan anggaran 9 atau 10 biji roti burger.
    Selamat mencuba!
    BAHAN-BAHAN:
    2 cawan tepung roti | 250 gram
    1 1/2 cawan tepung gandum | 180 gram
    1 sudu besar yis kering (pastikan masih aktif) | 8.5 gram
    1/4 cawan gula pasir | 50 gram
    1 sudu teh garam halus | 6 gram
    1 sudu besar minyak sayuran | 13.6 gram
    2 sudu besar mentega/marjerin (cairkan dan biarkan sejuk) | 28.4 gram
    1 cawan + 1 sudu besar susu segar suam | 243 gram
    1 biji telur gred A
    HIASAN:
    sedikit putih telur
    Bijan putih secukupnya
    *TIPS:
    Kalau tak pasti sama ada yis yang digunakan masih aktif atau tak, campurkan yis kering dengan gula pasir dan susu suam. Biarkan selama 5 hingga 10 minit hingga yis mengembang. Kemudian, campur campuran yis bersama bahan lain.
    Sesuaikan kuantiti susu yang digunakan, kalau pakai telur yang lebih kecil, tambah lagi sedikit kuantiti susu hingga adunan boleh dibentuk menjadi doh.
    ================================================================================
    [ENGLISH]
    In this video I'll share on how I make burger buns that is fluffy even without a mixer. I combined between two types of flour- bread and wheat or plain flour. Bread flour contains higher protein ratio that'll make your bun fluffy, light and airy but it lacks in taste, that's why I combined with wheat flour to enhance the bun's taste. This recipe yield 9 or 10 pieces of burger buns.
    Happy baking!
    INGREDIENTS:
    2 cups of bread flour | 250 grams
    1 1/2 cups of wheat/plain flour | 180 grams
    1/4 cup of white sugar | 50 grams
    1 tablespoon of dry yeast | 8.5 grams
    1 teaspoon of fine salt | 6 grams
    1 tablespoon of vegetable oil |13.6 grams
    2 tablespoons of melted, cooled butter | 28.4 grams
    1 cup + 1 tablespoon of lukewarm milk | 243 grams
    1 large egg
    TOPPING:
    A small amount of egg white
    White sesame seeds as needed
    *TIPS:
    If you're unsure whether your dry yeast is still active, combine the yeast with lukewarm milk and sugar, let sit for 5 to 10 minutes until it bubbled. The, combine yeast mixture with the remaining ingredients.
    You may need to adjust the amount of milk added until the mixture achieved the right consistency to form a dough.
    ================================================================================
    If you like my videos, please subscribe to my channel through this link 👇👇
    / @thebutterybites
    For more delicious cooking & baking recipes, visit my websites 👇👇
    thelynalina.blogspot.com/
    thebutterybites.blogspot.com/
    Connect with me through Instagram 👇👇
    / lyns_homelicious
    ===============================================================================
    Video Editor : In Shot (inshotapp.com/share/youtube.html)
    Music by Ikson
    - Tender Wind (purchased version)(ikson.bandcamp.com/track/tend...)
    - Motion (purchased version) (ikson.bandcamp.com/track/motion)
    - Among Stars (purchased version) (ikson.bandcamp.com/track/among...)
    Add UA-cam - Music by @ikson or / ikson
    (source: www.iksonmusic.com/howtouse/s...)
    #rotiburger #softburgerbun #resepiroti #bunrecipes

КОМЕНТАРІ • 45

  • @dapurinspirasicikgulizaahm823
    @dapurinspirasicikgulizaahm823 3 роки тому +1

    Terbaik...

  • @nongnongnur6371
    @nongnongnur6371 4 роки тому +1

    Yummy flufff 👍👍 Wow the initial volume more than doubled 👍👍🤓🤓

  • @AnakOrang11
    @AnakOrang11 11 місяців тому

    Yg ni saya tiru jadi sebab owner bgtaw sukatan dalam Gram so mudah faham Terima kasihh❤

  • @lelaharun3863
    @lelaharun3863 2 роки тому

    Terima kasih sis ,nnti sya cuba buat

  • @mamamchannel26
    @mamamchannel26 2 роки тому

    im gonna try this resepi.
    banyak sgt beef untuk burger dlm freezer tp roti burger tak hahahaha
    tq for resepi

  • @maiyacat9626
    @maiyacat9626 3 роки тому +1

    Kbanyakkan resepi roti sy ikut smua mcm tak kena. Tp yg ni mmg jd cntik lembut roti sy. Trima kasih ye kerana bkongsi resepi.

  • @remy4307
    @remy4307 3 роки тому

    Dan resepi Burger bun macdonald

  • @norainiejusoh6792
    @norainiejusoh6792 5 місяців тому

    Sis klau nk buat mini burger y letak nuget tu agak2 doh brape gram yer stiap 1?

    • @muhamadhelmi7949
      @muhamadhelmi7949 Місяць тому

      1/4 ke 1/5 dari resipi asal,ikut saiz nuget gak.

  • @remy4307
    @remy4307 3 роки тому

    Boleh buat Tak bun untuk whooper burger king?

  • @fairuzizzati8503
    @fairuzizzati8503 2 роки тому

    Hi sis , kalau saya nak buat burger ayam crispy , ayam crispy kan besar , puan kan pakai daging biasa je kan , doh puan timbang sampai 70gm je , kalau saya punya doh boleh ke cecah 100gm , sbb saya nak letak ayam crispy dekat dalam dia . Boleh ke puan ?

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  2 роки тому

      Ayam crispy mcm zinger tu yea? Rasanya kalau 100 gram mcm jumbo sgt tu..hihi..maybe boleh timbang dalam 80 gram pun rasanya dh ok..tp trylah dulu kan sebahagian buat 80 gram sebahagian doh lg buat 100 gram ya.selamat mencuba!😄

  • @nurshaf5616
    @nurshaf5616 4 роки тому

    👍👍 no kitchen aid in this video

  • @AnaRahman
    @AnaRahman 2 роки тому

    Suhu atas bawah ke utk dua2 kali..masa rak bawah lepas tu masa rak atas...?

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  2 роки тому +1

      Yup atas bawah. Sis bakar sekejap pada rak atas tu sebab nak bagi kaler roti gelap sikit. Sebenarnya kalau bakar rak tengah sahaja pun boleh, guna api atas bawah ya

    • @AnaRahman
      @AnaRahman 2 роки тому

      @@TheButteryBites ok makasih...smlm dah try sy guna rak atas api atas bawah temp 170 oven size 60L sat ja dlm 12-15 minit camtu dah golden. Makasih resepinya memang senang dan lembut...terbaik!!

  • @noorbaizura3462
    @noorbaizura3462 2 роки тому

    Kalau nak buat roti ala2 big mac tu mcm mana ye? Ada 3 lapisan roti tu.. Boleh bagi tips x mcm mana nak buat?

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  2 роки тому

      Kalau big mac tu roti burger kene potong 3 lapis 😃

    • @noorbaizura3462
      @noorbaizura3462 2 роки тому

      @@TheButteryBites heee... Tau kena potong 3 lapis... Berat doh tu nak kena tambah x? Maksudnye perlu x roti tu meninggi sikot dari roti burger yg biasa... Terima kasih reply.. 😊😊😊

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  2 роки тому

      @@noorbaizura3462 sorry lmbt reply, tak perlu tambah pun takpe, kalau nak lebih senang dan supaya roti lebih tinggi, boleh bakar pakai burger ring, boleh check resepi roti burger sis yg lg satu yg pakai burger ring

  • @hafizholland7913
    @hafizholland7913 2 роки тому

    Yis klo bancuh dulu dgn air suam bleh x kak

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  2 роки тому +1

      Boleh terutama kalau pakai active dry yeast. Kalau pakai instant dry yeast x perlu, tapi kalau check sama ada yis masih aktif atau tak boleh bancuh dgn air/ susu suam yea

    • @hafizholland7913
      @hafizholland7913 2 роки тому

      @@TheButteryBites ok kak trima kasih

  • @emmaofficial3641
    @emmaofficial3641 3 роки тому

    Berapa suhu bakarnya sis dan minitnya...?

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  3 роки тому +1

      Hi, suhu membakar 180°C selama 15 minit. Bakar pada rak kedua dari bawah. Untuk gelapkan sikit bahagian atas bun, pindahkan ke rak atas 1 ke 2 minit terakhir. Good luck!

  • @MohdRizwan-wm8jb
    @MohdRizwan-wm8jb 2 роки тому

    Roti yg dah siap tahan brapa lama ?

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  2 роки тому

      3-4 hari suhu bilik.. boleh simpan dlm peti sejuk utk tahan lebih lama ya

  • @nursabrinaamira4662
    @nursabrinaamira4662 2 роки тому

    Untuk resepi ni dapat brp keping roti?

  • @heart5651
    @heart5651 3 місяці тому

    sedih sy bt xjadi.

  • @syahminasri6473
    @syahminasri6473 2 роки тому

    Boleh guna tepung gandum ker

    • @syahminasri6473
      @syahminasri6473 2 роки тому

      Takde tepung roti takpe ker

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  2 роки тому

      boleh pakai tepung gandum untuk resepi ni, tapi kalau nak tekstur roti lebih ringan dan "chewy" sikit pakai tepung roti ya

  • @nurulafidamohdsalim3104
    @nurulafidamohdsalim3104 8 місяців тому

    Susu suam tu cmne ye sis

  • @langputih6881
    @langputih6881 3 роки тому +1

    Tepung roti jenama apa ya? Nak cari yg ada halal..