Cara Mudah Buat Roti Naik / Roti Paung - Sukatan Cawan (In PerySmith Stand Mixer)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 1 лют 2021
  • #ROTINAIK #ROTIPAUNG #ROTINAIKJOHOR #BREAD #ROTI #BUN #breadinstandmixer #PERYSMITH #STANDMIXER #CATLOVER 😻
    Asalam semua, lebih dari sebulan saya tidak ke udara disini kerana di quarantine 2 minggu kerana Kontak Rapat COVID-19, hasil saringan di Swab test utk RTK dan PCR, saya didapati negative Alhamdulillah.. ketika menanti keputusan swab test, hanya Allah saja yg tahu perasaan saya🥺
    Dari itu Stay home stay safe semua ♥️🏡
    Jgn lupa subscribe channel saya utk memberi sokongan ya 😍
    👩🏻‍🍳 Jom masak.. cara saya buat Roti Naik , resepi keturunan keluarga saya di Johor Bahru yg telah saya ubah suai menjadikannya lebih mudah utk semua.
    Roti Paung selalu saya beli ketika zaman remaja, belajar di ITM Sura Gate Terengganu, rasa sama dgn Roti Naik ini cuma Roti Paung tidak mampat mungkin kerana untuk jualan ada bahan yg di kecualikn🤔
    Cara buat Roti Naik / Roti Paung
    by Azah Kumasi
    Sukatan Cawan yang Lembut Tanpa Water Roux Dalam PerySmith Stand Mixer
    Bahan-bahannya:-
    4 cawan Tepung gandum
    1 sdk Baking powder
    (di video kesilapan tulis 1 sdb sepatutnya 1 sdk)
    Yeast segera 1 pkt (11gram)
    1 sdb gula pasir/brown
    3 sdb sudu besar air suam
    Susu pekat 1/2 tin (200ml) (saya guna brand SAJI boleh saja apa apa jenama)
    1 biji telur,
    2 sdb brown sugar atau gula pasir
    AIR 1/2 tin atau 1 cawan (boleh di kurangkan)
    (Note: di video tulis AIR 1/2 cawan sepatutnya lebih kurang 1 cawan..harap maaf tapi lebih baik, letak air sedikit demi sedikit hingga cukup adunan kenyal/elastic.
    Butter 3 - 5 sdb utk semasa uli-uli dan sapu atas permukaan
    Aktifkan Yeast/Yis caranya
    Dlm mangkuk letak yis, gula dan 3 sdb air suam, kacau sebati - tunggu hingga berbuih. (** Jika tak berbuih atau tak kembang tandanya Yeast/Yis tak boleh di gunakan. Kenalah guna Yis yg baru)
    Ayak tepung dan baking powder - tepikan
    Dalam bowl/bekas, letak susu pekat, letak telur, letak air kemudian letak gula
    Whisk hingga gula semuanya larut (2minit) kemudian
    Letak tepung, gaul-gaul hingga sebati hingga Doh ringan kemudian letak majerin sikit sambil di uli.
    Uli-uli hingga tak melekat di jari, jika melekat letak lagi majerin atau tepung
    Tutup dgn tuala kering yang bersih dan tunggu hingga naik (45minit-1jam!)
    Sediakan loyang dan sapu majerin.
    Bila adunan dah naik, tumbuk2 adunan dan uli-uli sekejap.
    Bahagikan adunan, angaran 30gram-50gram atau ikut suka!
    Amek satu adunan, uli jadikn hingga bulat dan susun ltk dlm loyang buat sampai habis.
    Susun di loyang dan tunggu hingga naik baru di bakar.
    Panaskan Oven 10minit.
    Kemudian masuk kan adunan roti yg dah naik dan Bakar suhu 160’ - 180’ selama 15-20minit ~ suhu ikut oven masing-masing
    Nota: untuk semua sukatan di video2 saya memggunakan cawan metrik standard.
    Susu pekat boleh saja guna jenama lain juga memainkan peranan, ada susu pekat tidak berapa pekat tapi jumlah air di dalamnya membuatkan air lebih dari susu. Jalan yg selamat, letak air sedikit demi sedikit hingga adunan roti kenyal/elastic.
    Tips:- Resepi ini juga boleh dibuat lain-lain jenis bun. Seperti Roti inti tuna, roti inti hotdog, roti inti sardin, roti inti kaya, roti inti kacang merah, roti inti kelapa manis, roti taburan cheese, roti taburan kelapa atau taburan gula di atasnya dan sebagainya.
    Untuk lembutkan roti selain di uli lama, sapu susu cair atas doh sebelum di bakar dan apabila masak, sapu pula dengan marjerin.
    Uli lah doh hingga ringan dan tidak melekit.
    Di video ini, saya guna acuan/loyang 7x7 yg bulat dan 9x7 yg empat segi, loyang2 boleh saja guna loyang ikut pilihan dan ikut size oven 💞
    Note: Di video di minit ke 4.20 sepatutnya “pusingkan acuan/loyang” bukan di terbalik-balikkan, harap maafkan editor😬
    Happy baking 👩🏻‍🍳
    Stay home stay safe 🏡
    ~ 💐 Jazakallah Khairan utk Kakak saya NorRaihan yg berkongsi cara buat Roti Naik ini di minit ke 5.19, semoga menjadi amal jariah berpanjangan.. Aamiin 🤲🏼
    Follow my Instagram at 📸 / ohazahkumasi for more trailer of my cooking videos! 🎥🎬📺
    THANKS FOR WATCHING! 👀
    SUBSCRIBE FOR MORE VIDEOS!👍🏼
    HAPPY COOKING!👩🏻‍🍳
    For Any Inquiries:
    mymedanselera@gmail.com
    WARNING: NO THIRD PARTY UPLOADS OF THIS COPYRIGHT PROTECTED VIDEO. UNLESS YOU HAVE A LICENCE. IF NOT YOUR ACCOUNT WILL RECEIVE COPYRIGHT STRIKES AND WILL BE SUSPENDED AND TERMINATED.

КОМЕНТАРІ • 121

  • @adamfauzi8340
    @adamfauzi8340 3 роки тому +8

    Baru nak cari resepi roti paung sukatan cawan tengok tengok dah jumpa tq resepi tengah uli doh guna tangan sampai elastik😊😊😊

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      ✨ Alhamdulillah. Semoga semua mendapat manfaat dengan resepi ini. ✨
      [DI SINI SAYA SERTAKAN SEKALI RESEPI SECARA BERTULIS SEBAB DI VIDEO ADA SEDIKIT KESILAPAN]
      Bahan² Aktifkan Yeast:-
      • 1 pkt (11gram) yeast segera
      • 1 sdb brown sugar/gula pasir
      • 3 sdb air suam
      Bahan² Roti Naik / Paung:-
      • 4 cawan tepung gandum
      • 1 sudu kecil baking powder
      • 1/2 tin (200ml) susu pekat
      • 1 biji telur
      • 2 sdb brown sugar/gula pasir
      • 1 cawan air
      (nota: di dalam video ada sedikit kesilapan (air 1/2 cawan) sepatutnya 1 cawan)
      • 3-5 sdb butter (semasa uli-uli & sapu atas permukaan)
      Terima kasih pada siapa yang sudi menonton! Jangan lupa subscribe, like & komen! 💞

    • @adamfauzi8340
      @adamfauzi8340 3 роки тому +1

      Ok akak

  • @hamecca
    @hamecca 2 роки тому +3

    smoga Allah murahkn rezeki Azah.
    Alhamdulillah mjadi walaupun hanya sukatn cawan & tepung gandum murah.
    👍🏼👍🏼👍🏼 sedap.
    dah 2x buat

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому +1

      Aamiin Allaahumma Aamiin🤲🏼
      Alhamdulillah.. Terima Kasih Encik Muhammad Hamka di atas doa. Baarakallah semoga Allah memberkahi mu juga dan terus mendapat manfa’at dari lebih 150 videos tutorial saya ya💞

  • @mizadayyana9414
    @mizadayyana9414 3 роки тому +1

    Terima kasih kasi resipi. Roti menjadi..Sesuai utk saya sebab saya tak rajin nak uli pakai tangan. Masuk mixer senang...

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Hai Miza Dayyana.. Semoga terus mendapat manfa’at dari lebih 150 buah video masakan di channel Kak Azah ya💞

  • @bungaitv4826
    @bungaitv4826 2 роки тому

    Wow.. Sedap, lembut dan cantik sekali rotinya kawan ingin saya cuba. Terima kasih resepinya ya.

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Semoga mendapat manfaat ya 😍

  • @lindaroslin1736
    @lindaroslin1736 Рік тому

    Saya dah cuba ikut sukatan sebiji sebiji, Alhamdulillah kali ni menjadi. Cuma stand mixer tak blh adun tepung banyak dalam anggaran 250 hingga 500 gm blh la. Minum dengan kopi o panas waktu petang, nikmat Allah beri Alhamdulilah

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  Рік тому +1

      Barakallahu fik, terima kasih komen disini ya linda roslin. Semoga terus mendapat manfa’at dari lebih 160 videos tutorial saya💞

  • @elnielianimayor5026
    @elnielianimayor5026 3 роки тому

    Thanks for sharing.. tercari2 resepy roti paun yang mudah untuk sarapan

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Sama-sama, semoga mendapat manfaat.. masa letak air, ltk sedikit sedikit ya💞

  • @ruthbagay9165
    @ruthbagay9165 3 роки тому +8

    It's delicious and the bread so soft, my madam she likes to eat. Thanks for this recipe ☺️☺️☺️

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому +3

      You are most welcome Ruth Bagay. Thank you, I appreciate your kind words. Don't forget to subscribe🥰🥰🥰

  • @mohdnoorothman8212
    @mohdnoorothman8212 2 роки тому +1

    Dah cuba, sungguh mudah dan lembut , terima kasih resipinya, semoga puan dimurahkan rezeki aamiin

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Aamiin Aamiin Aamiin YRA🤲🏼

  • @nooramalinamatyusof4865
    @nooramalinamatyusof4865 3 роки тому +1

    Saya dah try. Sedap sgt. Anak2 suka roti ni.

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому +1

      Semoga resepi ini dan lebih dari 150 buah video masakan akak mendpt manfaat utk Noor Amalina 🥰
      Lepas ini try letak hotdog pasti mereka gembira (hotdog di rebus dulu kemudian baru gulung dgn doh) atau letak inti kesukaan mereka 😍

  • @lizakarim7650
    @lizakarim7650 2 роки тому +1

    Alhamdulillah, saya dah cuba resipi ni. Memang lembut Dan sedap.... I am a fan. T.kasih! 🥰

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому +1

      Terima kasih Liza. Semoga terus mendapat manfa’at dari lebih 150 videos tutorial saya ya💞

    • @lizakarim7650
      @lizakarim7650 2 роки тому

      @@AzahKumasi ya, baru discover channel ni.... Tgh tengok resipi2 lain. Terima kasih...👍👍👍

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому +1

      Alhamdulliah terima kasih 😍

  • @suriangah2529
    @suriangah2529 3 роки тому

    Insya-Allah akan cuba nanti... terima kasih atas perkongsian resipi ini...

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Semoga mendapat manfaat ya. Terima kasih kerana menonton 💞

  • @maisarahsara7044
    @maisarahsara7044 3 роки тому +1

    Dah cuba dgn mggunakn rsepi yg dberi alhamdulillah menjadi 👍👍👍

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Alhamdulillah terima kasih kerana sudi beri feedback 💞
      P/s boleh saya tahu Puan guna berapa cawan air?

    • @maisarahsara7044
      @maisarahsara7044 3 роки тому

      Saya guna air dalam 120ml

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      JazakAllah Khair💐 akan saya tulis di description, terima kasih puan 😍

  • @insankerdil9748
    @insankerdil9748 3 роки тому

    Senang. Boleh cuba InsyaAllah

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Semoga mendpt manfaat ya. Thanks Asrul Sany for watching 💞

  • @JELITAHAWA
    @JELITAHAWA 3 роки тому

    Assalamualaikum ..sy like resepi ni..and sy buat jadi tkasih bagi tips buat roti 🥰🥰🥰🥰sedap moga dpt bnyk ilmu untuk share..tq

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Wa'alaikumussalam.. semoga resepi ini dan lebih dari 150 buah video masakan akak mendpt manfaat utk JELITAHAWA 2828 dan semua ya. Terima kasih like resepi kak azah😍🥰😘❤️

  • @TOMZfanz
    @TOMZfanz 3 роки тому +1

    Wowww..looks yummyyyyy

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Sapu lebih butter lagi bertambah yummeh! Kalau tak keberatan, jangan lupa subscribe & like. ❤️

  • @khadijahfieshah4342
    @khadijahfieshah4342 3 роки тому

    Waaaaah, terima kasih ..
    Nak cuba juga la.

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Semoga mendapat manfaat ya. Thanks for watching 💞

  • @heyms77
    @heyms77 2 роки тому

    mak saya org johor pun dlu selalu buat roti naik ni. tq for sharing

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Aahh akak orang Johor, resipi keturunan ini dan mmg dari dulu suka buat roti naik ini.. semoga resipi roti naik yg mudah ini mendapat manfaat utk semua , terima kasih kerana menonton💞

  • @y2kplan753
    @y2kplan753 3 роки тому +1

    nice video. sedap nih..

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Tq.. mmg sedap ‘no nowhere’ 😅 Semoga mendpt manfaat ya. Jgn lupa subscribe channel kak azah ini ya 😍

  • @itaintmattertome
    @itaintmattertome 3 роки тому +1

    Wah nampak sedap... Ni kalau masuk oven saya mau 55 minit untuk masak 😭😭 tapi nak cuba juga resipi ni

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому +1

      Yes mmg sedapp.. Cubalah, sebelum bakar roti, adjust kan suhu oven Eysa.. mesti panaskan oven 10minit sebelum masuk kan adunan roti 🍞
      Practice makes perfect 🥰

  • @ramlahcomel5735
    @ramlahcomel5735 3 роки тому +3

    Tq resepi nya dik...menjadi..rotinya lembut akak tambah softener dn bread improver sikit😊

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Alhamdulillah. Sama-sama. Kalau sudi, jemput subscribe & share video ni kalau tak keberatan. ❤️

    • @nazrilabdulrazak7695
      @nazrilabdulrazak7695 2 роки тому

      Brapa sukatan utk bread improver dan shortening?

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому +2

      Resepi saya tidak menggunakan pelembut sebab mmg lembut walau sudah 3 hari di masak .. cubalah.
      Tapi jika ingin juga nak letak pelembut roti silakan..
      untuk adunan setgh kilo tepung, letak lah 5g gram bread softener dan 5g bread improver. Semoga mendpt manfaat ya💞

  • @AzahKumasi
    @AzahKumasi  3 роки тому +5

    ✨ Alhamdulillah. Semoga semua mendapat manfaat dengan resepi ini. ✨
    [DI SINI SAYA SERTAKAN SEKALI RESEPI SECARA BERTULIS SEBAB DI VIDEO ADA SEDIKIT KESILAPAN]
    .
    Bahan² Aktifkan Yeast:-
    • 1 pkt (11gram) yeast segera
    • 1 sdb brown sugar/gula pasir
    • 3 sdb air suam
    Bahan-bahan Roti:
    - 4 cawan Tepung gandum
    - 1 sdk Baking powder
    (di video kesilapan tulis 1 sdb sepatutnya 1 sdk)
    Susu pekat 1/2 tin (200ml) (saya guna brand SAJI)
    1 biji telur,
    2 sdb brown sugar atau gula pasir
    AIR 1/2 tin atau 1 cawan (boleh di kurangkan)
    (Note: di video tulis AIR 1/2 cawan sepatutnya 1 cawan) tapi utk mengelak kan adunan lembik, letak air sedikit demi sedikit hingga adunan kenyal/elastic.
    * Butter 3 - 5 sdb utk semasa uli-uli dan sapu atas permukaan saja.
    Terima kasih pada sesiapa yang sudi mencuba dan telah komen! Jangan lupa subscribe, like & komen! 💞
    Note: Di video ini di minit ke 4.20 sepatutnya “pusingkan acuan/loyang” bukan di terbalik-balikkan, harap maafkan editor😬

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Aamiin terima kasih Syaziratul Fazira.. Alhamdullillah dan Semoga terus memdpt manfaat dari video-video akak hampir 150 buah video masakan. Jgn lupa subscribe ya💞

  • @nuratikahabdulhafiz6984
    @nuratikahabdulhafiz6984 2 роки тому

    bestnya pengayak tepuk tu

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Kann.. murah saja, akak beli online rm15😍

  • @linamaliyani
    @linamaliyani 3 роки тому +1

    Nak cuba buat jgk nanti. Mohon guna resepi ye. Tq

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Silakan ..terima kasih kerana menonton💞

  • @reccapower7202
    @reccapower7202 2 роки тому

    Terima kasih.. Saya sedang buat ikut resepi puan.. tengah tunggu doh naik..

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому +1

      Terima kasih Recca, pasti teruja masa roti itu naik 🍞

    • @reccapower7202
      @reccapower7202 2 роки тому

      Alhamdulillah.. 1st try seumur hidup buat, ikut resepi puan terus jadi.. tqvm puan.. semoga dimurahkan rezeki

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому +1

      Aamiin 🤲🏼 Lepas ini try letak hotdog atau boleh saja pelbagaikan inti. Terima kasih Recca, semoga terus mendapat manfa’at dari lebih 150 videos tutorial saya ya💞

  • @arazaksl
    @arazaksl 3 роки тому

    Nnti saya cuba buat..

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Good luck ..semasa letak air, ada baiknya letak sedikit demi sedikit, sebab susu pekat berlainan jenama, ada brand yg lebih air dari susu 😒

  • @lizamdsalleh3442
    @lizamdsalleh3442 3 роки тому +1

    Alhamdulillah... Baru buat & jadi... Tq

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Alhamdulillah terima kasih kerana sudi beri feedback 💞
      P/s boleh saya tahu Puan guna berapa cawan air?

    • @lizamdsalleh3442
      @lizamdsalleh3442 3 роки тому

      @@AzahKumasi 1 cawan.. Tapi sy terlepas pandang kena letak margerin. Sy letak masa nak perap salut sikit jer...

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Alhamdulillah terima kasih reply, saja akak tanya sebab ada yg komen adunan lembik hingga mereka ltk byk tepung..
      Resipi ini tak byk guna majerin, lepas ini cubalah letak inti seperti hotdog(kena rebus dulu baru gulung di adunan)
      TQ Liza 💐 semoga terus mendpt manfaat dari video2 resipi kak azah🥰

    • @nazrilabdulrazak7695
      @nazrilabdulrazak7695 2 роки тому

      Alhamdulillah. Siap buat dan menjadi.

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Alhamdullillah, semoga terus mendapat manfaat dari lebih 150 video resipi saya. Jazakallahu khayr kerana beri feedback💞

  • @keijisawamura6779
    @keijisawamura6779 2 роки тому

    trima ksih resepi nya

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Sama-sama.. semoga mendapat manfaat💞

  • @sarinahsapri758
    @sarinahsapri758 3 роки тому +1

    Assalamualaikum kak ain hai sya sarinah dri w.p Labuan.. Suka sgt tgk kak ain buat roti sblm nie DA try resipi akak roti manis tu 🤭 mmg mnjdi kak 🥰 tq sgt.. mohon halalkan ya kak.. Nak tnya dlm nie guna tepung apa ya kak?

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому +1

      Walaikumussalam wbt.. saya halal. Akak guna tepung gandum jer 🥰 (nama akak “azah” ya hehe)

  • @Nur-ly8qs
    @Nur-ly8qs 3 роки тому +2

    Hai salamualaikum sis smoga sis diberikan kesihatan yg baik² selalu .. btw nk tanyee oven tu guna api atas bwh ke or api atas shj yee 😅

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Wa'alaikumussalam wbt dan Aamiin Aamiin Aamiin YRA 🤲🏼 terima kasih Nur syaindah doa kan akak, semoga Nur pun begitu juga, sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.. Aamiin 🤲🏼❤️
      .
      Utk masak roti ini akak guna api atas dan bawah 160’ - 180’ atau ikut oven masing2.. kebetulan, akak pun tgh nak baking 🍞😍

    • @Nur-ly8qs
      @Nur-ly8qs 3 роки тому

      @@AzahKumasi AMIN AMIN YRA sama² akak 🤲❤️ ouh ok akak tq byk² yee Share resepinya semoga akak sekeluarga dilimpahkan rezeki yg byk slalu , Amin² 🤲☺️

  • @ramlahjaleh5794
    @ramlahjaleh5794 3 роки тому

    Share tq

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Semoga mendapat manfaat ya💞

  • @zamawitoerin9375
    @zamawitoerin9375 2 роки тому

    Lazat nya roti tu sedap kan😍😋😋

    • @zamawitoerin9375
      @zamawitoerin9375 2 роки тому

      Ada yang nak cuba masak ke?

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Hi Zamawi, dah ramai yg cuba.. terima kasih singgah 💞

  • @linamaliyani
    @linamaliyani 2 роки тому

    Mohon tiru resepi ye. Tq

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Semoga mendapat manfaat 💞

  • @hurulzulkifli2680
    @hurulzulkifli2680 2 роки тому +1

    Assalamualaikum, akak pakai yeast brand apa ya? Free to use any kind of yeast or there’s specific? Needed explanation please. Terima Kasih 😊

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому +1

      Walaikumussalam wbt
      hurul Zulkifli..dalam video akak guna saf-instant dalam tin, akak mmg beli byk sebab selalu buat Roti. Tapi apa2 Yis Segera pun hurul boleh guna yis segera seperti mauri-pan, kijang pun boleh saja, janji yis itu aktif. Semoga mendpt manfaat and good luck 😍

  • @minaibrahim3477
    @minaibrahim3477 2 роки тому

    Bukan terbalik tetapi pusingkan acuan ke arah sana pula klw terbalik habis semua jatuh ketanah hehehe.

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Itulah... yg edit video ini orang lain.. thanks for watching and comment Sis🥰

  • @BCBeastiality
    @BCBeastiality 3 роки тому +3

    Salam, nak tanya; i slalu buat roti naik (bukan this recipe) tapi end up roti tu jadi keras.. lepas keluar dari oven ok lagi lembut, tapi sehari lepas tu dia jadi keras. Kenapa ek.. mohon siapa2 boleh bagi pencerahan..

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому +2

      WSalam..Kemungkinan tepung terlebih atau ulian tidak secukupnya tapi selalunya jika keras, kes tepung terlebih atau tepung dah masuk angin.
      Cubalah resepi akak ini, in shaa Allah jika di ikut mmg menjadi.
      [DI SINI SAYA SERTAKAN SEKALI RESEPI SECARA BERTULIS SEBAB DI VIDEO ADA SEDIKIT KESILAPAN]
      Bahan² Aktifkan Yeast:-
      • 1 pkt (11gram) yeast segera
      • 1 sdb brown sugar/gula pasir
      • 3 sdb air suam
      Bahan² Roti Naik / Paung:-
      • 4 cawan tepung gandum
      • 1 sudu kecil baking powder
      • 1/2 tin (200ml) susu pekat
      • 1 biji telur
      • 2 sdb brown sugar/gula pasir
      • 1 cawan air
      (nota: di dalam video ada sedikit kesilapan (air 1/2 cawan) sepatutnya 1 cawan)
      • 3-5 sdb butter (semasa uli-uli & sapu atas permukaan)
      Jangan lupa subscribe, like & komen! 💞

  • @ticernn7718
    @ticernn7718 2 роки тому

    Salam kak azah, kalau nak letak inti mcm kacang merah ke butter milk ke boleh ke tu 🤭

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Waalaikumussalam w.b.t Mama Dam.. letak inti kacang merah or butter milk itu, semasa ulian kedua dan tunggu adunan naik baru di bakar. Jika letak inti Hotdog, akak rebus dulu baru gulung dgn adunan.

  • @tuannurulshafiqatuanyacob7394
    @tuannurulshafiqatuanyacob7394 3 роки тому

    Salam. Boleh ke tambah bread softener? berapa sudu ya

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому +1

      Wsalam. Boleh saja, jika 4 cawan tepung letak lah 1 sudu besar bread softener (akak guna sudu metric ya). Semoga mendpt manfaat. Jgn lupa subscribe akak ya 💞

  • @iduraaaziz1828
    @iduraaaziz1828 3 роки тому +1

    May I know what brand of your mixer ?

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Im using PerySmith stand mixer. very affordable. you can get it on shopee.
      here is my unboxing video of this product 👇🏼
      ua-cam.com/video/VBCvLYNSOWw/v-deo.html

  • @lianamuhd8615
    @lianamuhd8615 2 роки тому

    Kak, saya sudah Cuba resipenye. Allahamdulillah menjadi. Tapi air kena 3/4 cup. Kalau X adunan terlalu lembik.

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Alhamdulillah, mesti harum bau roti satu rumah🥰

  • @poweroffmamakmamak8335
    @poweroffmamakmamak8335 2 роки тому

    Cuma nk tanya...boleh bg ukuran tepat tak tepung tu..kalau pakai cawan,cawan bnyak saiz..kalau bg gram senang measure

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому +2

      Saya guna “cawan metrik standard” ada saya tulis di discerption.
      Cawan metrik standard ada jual online atau boleh beli di kedai peralatan bahan2 kek.
      Untuk memudahkan En Abdul Latif di bawan ini saya c&p sukatan metrik dari sumber google:-
      TEPUNG
      1/4 cawan = 30 gram
      1/3 cawan = 40 gram
      1/2 cawan = 60 gram
      3/4 cawan = 90 gram
      1 cawan = 125 gram
      MENTEGA
      1/4 cawan = 60 gram
      1/3 cawan = 80 gram
      1/2 cawan = 125 gram
      3/4 cawan = 180 gram
      1 cawan = 250 gram
      GULA HALUS
      1/4 cawan = 60 gram
      1/3 cawan = 80 gram
      1/2 cawan = 125 gram
      3/4 cawan = 180 gram
      1 cawan = 250 gram
      CECAIR
      1/4 cawan = 60 ml
      1/3 cawan = 80 ml
      1/2 cawan = 125 ml
      3/4 cawan = 180 ml
      1 cawan = 250 ml
      4 cawan = 1000 ml @ 1 liter
      Semoga ini dapat membantu.

  • @norasmahothman9027
    @norasmahothman9027 3 роки тому

    Assalammualaikum Puan, boleh tahu Mixer Perry Smith tu berapa litre ya?

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Wa'alaikumussalam wbt, sizenys 5.5L
      Ada akak buat unboxing video product ini di link channel akak juga 👇🏼
      ua-cam.com/video/VBCvLYNSOWw/v-deo.html
      Semoga Nor Asmah mendpt manfaat ya 💞

  • @faraaqilah2921
    @faraaqilah2921 2 роки тому

    Salam, nk tanye sikit.. Kalau air tu saya tukr pada susu full cream tk ape ke?

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Wsalam, saya tak pernah cuba tukar air kpd susu full cream. Puan Fara cubalah, if menjadi, share lah di sini, semoga yang lain dan saya mendapat manfaat.

  • @nooramalina1631
    @nooramalina1631 2 роки тому

    Salam.sis.boleh tahu saiz loyang yg bulat2.

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Selamat Hari Raya Noor Amalina.
      Di video ini, saya guna acuan/loyang 7x7 yg bulat dan 9x7 yg empat segi, loyang2 boleh saja guna loyang ikut pilihan dan ikut size oven 💞

  • @DJ89788
    @DJ89788 2 роки тому

    kalau instant yeast pon kena buat camtu eh

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Jika yakin instant yeast puan aktif/baru, boleh saja terus digunakan.

  • @sayaabang6454
    @sayaabang6454 3 роки тому

    Nk tanya air suam utk cmpur dgn yis tu air suam panas ke?

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому +1

      Ya.. sedikit air panas di campur air biasa, jadilah air suam. Tujuannya supaya Yis cepat membiak💞

    • @sayaabang6454
      @sayaabang6454 3 роки тому +2

      @@AzahKumasi ok trm ksh

  • @deemuniera8947
    @deemuniera8947 2 роки тому

    Tak perlu buat pelicau dulu ke kat atas doh sebelum bakar?

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому +1

      Tidak perlu, hanya selepas di bakar di sapu dengan butter untuk berseri dan berkilatnya roti. Semoga mendapat manfaat ya 🥰

  • @zulharith8869
    @zulharith8869 2 роки тому

    Ms bakar api ats bawah ke cm mn sis

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Ya Zulharith, guna api atas bawah. Dan panaskan oven 10minit sebelum membakar roti, semoga mendapat manfaat🥰

  • @awatifqistina8539
    @awatifqistina8539 3 роки тому

    Hai cik. Saya nak tanya, kenapa ye doh saya jadi lembik. Dah uli lama and tambah tepung pun still lembik.

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому +1

      Hai Awatif, betul ke ikut sukatan yg akak beri di description?
      Jika adunan Awatif itu lembik bermakna penggunaan cecair byk lah itu, kena kurangkan. Di dlm semua resipi akak menggunakan cawan dan sudu metrik standard .

    • @awatifqistina8539
      @awatifqistina8539 3 роки тому

      @@AzahKumasi okay akak nanti saya try lagi ikut resepi akak betul2. Thanks kak 🤗

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Semoga mendpt manfaat ya Awatif Qistina 💞

    • @huzaimichehasan4125
      @huzaimichehasan4125 3 роки тому

      Adunan saya pun jadi lembik sangat. Mungkin air setengah cawan tu betul kot sis sebab saya kena tambah almost 2 cawan tepung. Ni masih me nunggu adunan naik

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  3 роки тому

      Assalamualaikum Huzaimi.. Akak sukat ikut 1/2 tin susu pekat. (Dlm video ini, Akak guna Susu SAJI, ada kalanya guna susu pekat F&N.. susu pekat jenis lain tak pernah cuba)
      Selalu buat akak guna Air 1/2 tin yg sama.
      Jika guna cawan akak guna cawan metric.
      Sedih juga dpt tahu adunan huzaimi lembik, tapi boleh saja di tambah tepung. Dua hari lps akak baru buat.
      Akak telah tanya dgn kawan akak seorg Chef pakar baking, dia ckp susu juga memainkan peranan, ada susu pekat tidak berapa pekat tapi jumlah air di dalamnya membuatkan air lebih dari susu. Jalan yg selamat, letak air sedikit demi sedikit hingga adunan roti elastic.
      Terima kasih beri komen, telah akak edit resepi.

  • @lianamuhd8615
    @lianamuhd8615 2 роки тому

    Roti Paun ni kalau buat bole tahan brpa Hari? Tq

    • @AzahKumasi
      @AzahKumasi  2 роки тому

      Selalunya saya masak tak sampai 2 hari dah habis 😅 tapi mmg boleh bertahan sehingga 5-6 hari, roti ini jugak boleh di frozen kan. Semoga mendapat manfaat ya🥰