Viva - Tukar lower arm. Ada tekniknya

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 21 жов 2024
  • Assalamualaikum ... kali ini saya akan menyiarkan video berkenaan lower arm Perodua Viva. Lower arm adalah komponen utama dalam menyokong posisi roda agar sentiasa kekal tegak. Selain itu ia juga menyokong beban kenderaan dan daya yang berlaku semasa memecut dan membrek.
    Lower arm mempunyai 2 bush yang diikat pada frame/kerangka di bawah enjin dan sebuah ball joint yang diikat pada knuckle. Ball joint ini membenarkan roda berpusing ke kiri dan ke kanan.
    Proses penukaran lower arm adalah perlu dilakukan pada sesebuah kenderaan bila mileadge mencecah 200000 km atau 5 tahun.
    Untuk video kali ini, ada satu perkara yang perlu dibuat pada perodua viva yang belum pernah ditukar lower armnya. Iaitu sebatang bolt yang mengikat lower arm yang tersangkut pada body kenderaan. Inilah masalah yang akan dihadapi oleh semua mekanik di luar sana. Jadi untuk selesaikan masalah ini, jom saksikan sedutan video yang saya kongsikan ini.
    Jika video ini bermanfaat pada anda, tolong share dan subscribe channel saya ( Matt Fuyver) ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua.
    Sekian dari saya :
    ~Matt Fuyver / Chegu Faiz~

КОМЕНТАРІ • 1

  • @MShah-ch6st
    @MShah-ch6st 11 місяців тому

    Boleh ciba tulis macam mana tekniknya yang saudara buat dalam video ni?