Ketupat dan Kuah Kacang adalah menu yang wajib ada bila hari raya

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 19 тра 2020
  • Bagi orang Johor kalau tak ada ketupat tak bermaknalah hari raya pada tahun itu. Ketupat adalah antara hidangan yang wajib ada setiap kali hari raya. Kalau dulu-dulu.. ibu dan bapa pasti akan mengajar cara mengayam ketupat pada setiap anak-anak.. supaya ianya kekal turun temurun di warisi..
    Tapi anak-anak zaman sekarang semua tak minat.. yang dia tau makan je.. usah cakap anak orang lain.. anak sendiri pun sama je... 😁
    Untuk menjadikan sebiji ketupat tu... banyak proses yang perlu di lalui.. dari mencari pucuk kelapa muda hingga proses mengayam dan merebus. Semua ada teknik dan tips supaya dapat menghasilkan ketupat yang tidak terbuka semasa direbus.. tidak terlalu keras dan juga tidak terlalu lembik dan yang penting ianya lembut , enak dan tidak mudah basi.
    Ketupat biasa di hidangkan bersama kuah lodeh.. untuk resepi lodeh boleh rujuk video lontong kak ita sebelum ini. Ia juga di makan bersama rendang daging atau ayam.. , sambal tumis , serunding dan kuah kacang.
    Hari ini kak ita juga tunjukkan cara kak ita sediakan kuah kacang. Ini cara kak ita ya.. mungkin setiap orang caranya agak berbeza.. biasalah daerah pun tidak sama cara memasaknya inikan pula negeri..
    Jom ikut kak ita masuk dapur dan tengok bagaimana kak ita sediakan dua juadah istimewa untuk hari raya
    KETUPAT
    Pilih beras yang berkanji , beras wangi, beras basmathi, beras yang tiada kanji tidak sesuai.
    Cuci bersih beras dan rendam sekejap dalam 1 atau 2 jam
    Daun kelapa muda di anyam dan di jadikan kelonsong
    Cuci bersih
    Beras yang telah di rendam di toskan
    Masukkan dalam kelonsong ketupat 1/2 dari saiz kelonsong dan matikan kepala dan ekornya supaya tidak terbuka semasa proses merebus
    Ikat 3 biji atau 5 biji sekali
    Didihkan air rebusan hingga mendidih
    Masukkan sedikit garam
    bila air didih masukkan ketupat dan daun pandan
    rebus selama 3 jam
    selepas masak, angkat rendam dalam air sejuk
    cuci . tarik sikit bagi padat dan anginkan
    biar sejuk dan sedia di hidangkan
    KUAH KACANG
    1 mangkuk kacang tanah ~ goreng dan tumbuk kasar ( kalau nak buang kulit dulu pun boleh )
    Bahan kisar
    1 cawan cili kering
    5 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    3 batang serai
    1 inc lengkuas
    2 inc halia
    * bahan ni di goreng dahulu
    kemudian di kisar
    * kalau nak letak jintan manis dan jintan putih pun boleh, sangai dulu sekejap , kisar sekali dgn bawang dan lada
    1 sudu besar udang kering
    2 inc belacan
    sedikit air asam
    air secukupnya
    2 ketul kecil gula batu
    1 ketul gula Melaka
    garam secukup rasa
    gula
    Resepi ni banyak gula sebab kuah kacang kena manis-manis pedas baru sedap!
    * cara masak boleh rujuk video
    #stayathome
    #selamathariraya
    #juadahpagiraya
    #juadahhariraya

КОМЕНТАРІ • 38

  • @sitinanihjb2996
    @sitinanihjb2996 Рік тому +1

    Terbaik semua tahu buat 👍🏿👍👍🏼👍🏿👍👍🏼👍🏿👍👍🏼🤓

  • @rosminiahmad8656
    @rosminiahmad8656 2 роки тому +1

    Keluarga saya d A Staq mesti buat ketupat palas pulut jagung dg rendang campur iaitu dang, hati Dan paru

  • @nazlinghazali7046
    @nazlinghazali7046 2 роки тому

    saya suka yamat puan punya content

  • @sanjanashree2529
    @sanjanashree2529 4 роки тому +2

    Kalau ingatkan Raya saya paling suka takbir raya.. then tentulah ketupat dgn rendang..really miss bazaar ramadan tahun ini..Selamat Hari Raya untuk semua umat Islam ..

  • @zulaikhamarani1578
    @zulaikhamarani1578 4 роки тому +2

    😍 suka tengok video2 akk...menggamit kenangan aidilfitri di kg..

  • @tembikaisusu3270
    @tembikaisusu3270 4 роки тому +1

    kak ita ni serba serbi pandai..srba boleh..masih mengekalkan tradisi walaupun diera serba moden..bertuah anak2 n fmily dpt seorang ibu sprti Kak Ita..

  • @ilysuni
    @ilysuni 3 роки тому

    Alahai sis....tetiba sedih pulak teringat hari raya tahun ni...covid punya hal..😭😭

  • @RosmawatiRose
    @RosmawatiRose 4 роки тому +1

    Waw2 wlaupun dh berlalu 1 bulan saya tetap request blik resepi anda...ketupat yg lemak dan lembut..terbaik.

  • @dapurnyumai1223
    @dapurnyumai1223 4 роки тому +1

    Terbaik la ketupat Sis...

  • @najihahmatnot2158
    @najihahmatnot2158 4 роки тому +2

    masak sendiri lebih sedap

  • @noorfasha7524
    @noorfasha7524 4 роки тому +2

    Tks for sharing puan... cantik indah suasana kmpng. Selamat menyambut Bulan Syawal...

  • @muhammadneezam9464
    @muhammadneezam9464 4 роки тому +1

    Nak cubalah resepi ni. Selalu follow resepi. Thanks ye sis. Moga mewah rezeki

  • @nurhayati-dr1ju
    @nurhayati-dr1ju 4 роки тому +1

    Assalamualaikum..slmt berpuasa..slmt hari raya.
    Seronok dpt duduk kawasan kg.luas mata memandang..trima kasih resepi..😊

  • @tomasandersthor2603
    @tomasandersthor2603 4 роки тому +2

    Salam Kak Lita, kuah sate puan sungguh menyelerakan. Resepi tradisi orang Johor yang cukup manis dan pedas dimakan bersama nasi impit/ketupat. Selamat Eid Fitr kepada Kak Lita

  • @shikinsaerah
    @shikinsaerah 4 роки тому +1

    Terbaik vdeo kali ni. Setiap kali ada je kejutannya. Saya minat mnganyam. Tapi xreti sb msa kecil lgsung xambil port bila arwah mak buat. Mak nak ajar pun wat xheran je. Skrg bru tkial2 mncari vdeo tutorial kt UA-cam & dll. ketupat daun palas pun sma jugak ceritanya. Anyway, tqvm kak sllu tunjuk ajar ilmu yg bmnfaat ❤️
    Slmat mnghabiskan ibadah puasa & selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir & batin 😊

  • @mislindaizlyn
    @mislindaizlyn 4 роки тому

    Pergh...terbaikla..nice preview ..love it..👍😍

  • @aqidahukm
    @aqidahukm 4 роки тому +1

    Suka video akak. Ada kehidupn dalamnya

  • @roxxyroxxy4667
    @roxxyroxxy4667 4 роки тому +1

    best nya tingal kt kampong 😻

  • @missalynn7002
    @missalynn7002 4 роки тому +2

    Bestnya kalau pandai anyam sarung ketupat. Tgk akak buat mcm senang je..sendiri buat tak jadi2😅

  • @faridahyahaya2647
    @faridahyahaya2647 4 роки тому +1

    Alhamdulillah.terima kaseh mahu cuba masak sambal kacang cara puan dan SELAMAT HARI RAYA ...FAN dari Singapura

  • @zilazaidon688
    @zilazaidon688 4 роки тому +1

    Selamat Hari Raya Ita & family

  • @epimsnnani1901
    @epimsnnani1901 4 роки тому +1

    Sedihnya tgok video ni. Teringat mak ayah di kpg halaman. Suasana dapur riuh dgn adk beradik. Tp tahun ni..... Hmm

  • @miezilla
    @miezilla 4 роки тому +1

    Terima kasih untuk video,rindu nak balik kampung tp x boleh balik😭😭😭

  • @cikrashomemade987
    @cikrashomemade987 4 роки тому +2

    Terima kasih sis azlita..resepi2 akak mmg slalu menjadi rujukan saya..semoga terus sukses slali ye sis..doakan saya dpt mengikuy jejak langkah sis ye 👍🏼🥰

    • @baizurabohari9690
      @baizurabohari9690 4 роки тому +1

      Semoga cik ra terus sukses juga ye..terus semangat..jgn putus asa hasilkan content2 yg lebih menarik lagi..💪🏼👍🏼 thank you sis azlita yg menjadi inspirasi kami semua..

  • @zubaidahshariff2949
    @zubaidahshariff2949 4 роки тому

    💕💕💕

  • @silvisusanti2725
    @silvisusanti2725 4 роки тому +1

    Selalu suka vidio kak ita... Dah balik kampung kak? Kenalkan saya silvi dari indonesia.. fans kakak sejak jaman blog dulu

  • @rafflesia6952
    @rafflesia6952 4 роки тому +1

    Terimakasih sis Azlita..Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yg akan menjelang tiba..❤️

  • @nurilamin829
    @nurilamin829 4 роки тому +1

    First.. Gurau je.. Heee

  • @norainimohamed4033
    @norainimohamed4033 4 роки тому +1

    terima kasih kak ita.......
    saya boleh menganyam....tapi sukatan beras nya tu fail.......
    selamat hari raya kak ita👍💖

  • @fnfamilys2329
    @fnfamilys2329 4 роки тому +3

    Assalamualaikum pn.ita....suka sgt tgk video² puan... cantik je view....nk tanye apa tujuan masukn gula batu awal² tumis tu ye...

    • @sheilazaaba3812
      @sheilazaaba3812 4 роки тому +2

      Heheheh kita tlg jawab Kalau tak sama dgn pn ita minta maaf, Kalau keluarga kami letak gula batu nak nampakan makanan lagi menyerlah pada warna masakan, Maaf itu resipi arwah atok saya dulu2, hehehe mungkin lain keluarga lain tujuan.

  • @alagisr373
    @alagisr373 4 роки тому +1

    Tq kak ita... been looking for this recipe 👍can pair with satay also kan 😊

  • @munerahmohamed2846
    @munerahmohamed2846 2 роки тому

    Nak tanya i mangkuk tu berapa gram..tak tau saiz mangkuk .kan lain2..lagi simple kalau bilang berapa cup ikut cup takaran..

  • @hidayahrahmat8280
    @hidayahrahmat8280 4 роки тому

    Please nak resepi rendang daging kak.. upload sblm raya

  • @shikinsaerah
    @shikinsaerah 4 роки тому

    Kak ita, kacang tu semangkuk ade ke sampai 500g? Sorry tanya. Tak reti nak bajet. Klu kak ita bgtau lebih kurang je pun xpe. Tqia ye 😊