Kuey Teow Goreng menu sarapan pagi yang mudah dan sedap!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 15 кві 2020
  • Bila ita beli udang di pasar, ita akan asingkan mana yang nak buat untuk masak dan mana yang nak buat rencah. Biasa untuk rencah ita akan kopek kulitnya dan simpan dalam bekas. Ini untuk mudahkan kerja memasak jadi lebih cepat. Kulit dan kepala udang pula ita akan jadikan stock dan simpan dalam frezer untuk di gunakan bila memasak nanti. Jadi tak perlulah setiap kali nak masak ita kena sediakan stock udang.. semua dah di sediakan lebih awal.
    Ok hari ni ita sediakan Kuey Teow Goreng untuk sarapan pagi kami sekeluarga. Semestinya hidangan yang mudah di sediakan ringkas dan yang penting sedap!
    Jom kita lihat bahan yang kita perlu sediakan dan cara memasak boleh rujuk pada video ya!
    KUEY TEOW GORENG
    1 peket kuey teow
    1 cawan taugeh lagi banyak lagi sedap
    5 pokok kucai
    10 ekor udang
    1/2 cawan kerang ~ jika suka
    2 biji telur ~ kocok lepas dan goreng 1/2 matang
    Bahan Kisar
    20 tangkai cili kering
    5 las cili padi
    3 ulas bawang putih
    6 ulas bawang merah
    Bahan Sos
    2 sudu besar sos tiram
    3 sudu besar kicap manis
    1 sudu besar cuka makan
    1 cawan stock udang ~ kalau suka basah atau berkuah lebih kan stock udang
    garam , gula dan secukup rasa
    minyak untuk menumis
    * cara masak rujuk video
    terima kasih sudi menonton
    #stayathome

КОМЕНТАРІ • 37

  • @salimahsuri404
    @salimahsuri404 4 роки тому +5

    Saya suka tgk cara masakan awak,bila awak sediakn bahan2 utk masakan,tunjuk perkarangan umh.Lps memasak,menyaji utk di santap ngan kluarga tersayang.You are so prim n proper lh.Mmg wanita melayu yg penuh adat dn sopan.😊😊🌹🌷🌹🌷🌹

    • @zakirahsupian
      @zakirahsupian 4 роки тому

      Waaa nampak menyelerakan laa , best resipi ni... 🤩
      Saya pun ada buat resepi sarapan pagi yg TERSIMPLE dan memang sedap helok. Jemput singgah channel saya jugak ye😊 Terima kasih - ua-cam.com/video/ewUUmlMVwbg/v-deo.html

  • @inaahmad6257
    @inaahmad6257 4 роки тому +5

    Berkenan la dgn tmpt telur tu 😁😁😁

  • @thejokerisme1978
    @thejokerisme1978 4 роки тому +7

    Just found ur channel. Cooking channel dh byk tp x ramai local youtubers yg wat vid ASMR cooking. Yg ada pon kdg2 x consistent. Keep up this kind of vid. Background sound was awesome too. Masukkn lagu irama tradisional mcm vid lontong (if copyright enable lah) Watching ur vid felt like my mom is cooking in the kitchen. Miss her so much #jauhdikampung #homesick

    • @AzlitaAzizMasamManis
      @AzlitaAzizMasamManis  4 роки тому

      Thank you for your feedback. Really appreciate it. Insyaallah video2 akan lebih diperbaiki 😄😄

  • @aziahabubakar2181
    @aziahabubakar2181 4 роки тому +4

    Nak beli kewtiaw jugaklah😋

  • @srianugerahqarisma7051
    @srianugerahqarisma7051 4 роки тому +3

    'Beradun' (istilah org Perak)..
    Terpegun dgn cara Sis Ita masak dan menguruskan rmhtangga.💞💞

  • @neffostplink4666
    @neffostplink4666 4 роки тому +3

    Ska tgok kak brmain gn air dn memilih milih syur...myusun syur mse memotong,tq bleh dijdkn inspiration

  • @sallehaibrahim6505
    @sallehaibrahim6505 4 роки тому +1

    persembahan cantik siapa pun lihat jadi asyik....segala hal tampak professionalisma nya ada kualiti tersusun terjaga....sangat menambat hati....kekalkan....tingkatkan....keep it up

  • @TheBakingMom
    @TheBakingMom 4 роки тому +2

    Wahh best nye 😍😍😍😍

  • @nurfarahzura6570
    @nurfarahzura6570 4 роки тому +1

    Sedapnya🥺😋

  • @DiybyUnclenui
    @DiybyUnclenui 4 роки тому +1

    😊😊😊 V e r y n i c e 😊😊😊

  • @rokiahsamsudin9400
    @rokiahsamsudin9400 4 роки тому

    Suka tgk video puan
    Suksess selalu

  • @ummyhalimah8493
    @ummyhalimah8493 4 роки тому

    Senng liat kk ita masak2😉😉😉

  • @roslinabtabubakar7330
    @roslinabtabubakar7330 4 роки тому

    Tq share resepi kak.. 🤝🤗nak buat esok utk dinner.. barang ada dah ❤️😍

  • @ammasamayalarai6630
    @ammasamayalarai6630 4 роки тому +4

    👍Hi Kak...I'm new Subscriber. Really look delicious and mouthwatering. Love the way you organized your fridge and Kitchen. Love from Kampar Perak 🌹

  • @miiilea2394
    @miiilea2394 4 роки тому +2

    selera ngk mee teow 😋

  • @esteebrown4102
    @esteebrown4102 4 роки тому

    🥰🤤🤤🤤🤤🤤

  • @dikziechestopa
    @dikziechestopa 4 роки тому +1

    Sy suka btl tgk cara masak n semua peralatan yg sis guna. Kt mne beli rak telur tu. Cantik!😁

    • @zakirahsupian
      @zakirahsupian 4 роки тому

      Waaa nampak menyelerakan laa , best resipi ni... 🤩
      Saya pun ada buat resepi sarapan pagi yg TERSIMPLE dan memang sedap helok. Jemput singgah channel saya jugak ye😊 Terima kasih - ua-cam.com/video/ewUUmlMVwbg/v-deo.html

  • @fanfare78
    @fanfare78 4 роки тому

    Kat mana beli tempat telur tu?
    Cute la

  • @airinrinaairinrina
    @airinrinaairinrina 4 роки тому

    Assalamualaikum sis.. Suka tgk cra sis masak. Tpi klau blh lbh elok kiranya ada tertulis bahan² yg sis gunakan. Sbb tak semua yg tahu, lbh² anak² muda yh baru nak beljr masak. Tksh 😊

    • @fikirlatiff6046
      @fikirlatiff6046 4 роки тому

      Ya lah saya pon x tahu tgk main letak jer cam mana nk belajar first saya tgk video yg x ada senarai nama main masak2 ker

    • @ashteaslc7732
      @ashteaslc7732 4 роки тому

      tgk pd description..

    • @vanesaroslin4774
      @vanesaroslin4774 3 роки тому

      @@fikirlatiff6046 setakat untuk show off aja...ikut contoh cik nom yg iklas berkongsi masakkan nya...🙏🙏

  • @Amyj4000
    @Amyj4000 4 роки тому +1

    Salam kak.. Stok udang tu tahan berapa lama? Beku kan ker klu x guna?

    • @AzlitaAzizMasamManis
      @AzlitaAzizMasamManis  4 роки тому +1

      Jasmine Jamaluddin Waalaikumussalam
      Tahan lama , ya masuk kat freezer bekukan, biasa akk tahan 1 bulan klu jarang masak

    • @Amyj4000
      @Amyj4000 4 роки тому

      @@AzlitaAzizMasamManis oo ok kak.. Tq ☺️

  • @khais5902
    @khais5902 4 роки тому

    Lambat penyedianya 🙌

  • @sarinahmohamed8144
    @sarinahmohamed8144 3 роки тому +1

    maaf ya ....boleh tak sekiranya puan menggunakan sudip kayu kerana tiap kali puan mengaul masakan puan saya akan terasa nyilu 😅

    • @AzlitaAzizMasamManis
      @AzlitaAzizMasamManis  3 роки тому

      Terima kasih dik atas komen, ni video lama , video baru semua akk dah guna sudip atau senduk kayu dan silicon , adik blh tgk video2 yg baru akk. Video ni akk tak blh nak ubah balik tapi adik blh tutup suara untuk elak adik rasa nyilu, sbb video akk pun tak ada terangkan apa2 ini ASMR video sahaja 😃