laksa penang resepi sedap original utara.

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 12 тра 2023
  • laksa penang resepi sedap taktau nak habaq. resepi laksa penang original dari utara mai. Sebut sahaja laksa penang memang terbayang kuah laksa harum dan pekat dengan isi ikan yang banyak. Makan pula bersama denga hirisan timun, bawang besar dan telur rebus memang semangkuk besar baru puas. Laksa penangni memang antara menu popular di Malaysia kan , lihat sahaja di tempat tinggal kita memang ramai yang menjualnya. Tiada musim rasanya sepanjang tahun ada. Tetapi jika buat sendiri dapatlah kita adjust sesuai dengan selera kita. Lagi berbaloi sebab dapat makan lebih daripada satu mangkuk. Hehe .ok lah selamat mencuba ya!
    Bahan-bahan laksa penang:
    1 1/2 kg ikan sardin
    20 tangkai cili kering
    2 biji bawang besar
    2 ibu jari belacan
    5-6 keping asam keping
    Gula
    Garam
    Daun kesum
    Bunga kantan
    Bahan-bahan lain :
    Laksa
    Timun
    Bawang besar
    Telur
    Cara-cara:
    1. Siang dan cuci bersih ikan sardin. Kemudian rebus bersama dengan 2 jug air. Masukan juga 4 keping asam keping dan rebus sehingga ikan lembut dan masak. Biarkan sejuk apabila sudah masak. Air rebusan ikan mestilah disimpan.
    2. Sementara itu rebus cili kering sehingga lembut, dah siap toskan dan tuang ke dalam pengisar. Di dalam pengisar masukan juga bawang besar dan belacan. Kemudian tuang sedikit air rebusan ikan dan kisar sehingga halus dan lumat.
    3. Perisi ikan sardin rebus dengan mengasingkan bahagian isi dan tulang. Apabila selesai, kisar bahagian isi dengan sedikit air rebusan ikan. Ketepikan dan kemudian kisar pula bahagian tulang ikan.
    4. Untuk mula memasak kuah laksa, di dalam periuk masukan cili kering yang dikisar, kemudian masukan pula lebihan air rebusan ikan yang berbaki. Setelah itu masukan bahagian tulang yang telah dikisar pastikan ditapis. Selesai ,kemudian angkat penapis dan tuang masuk bahagian isi ikan yang juga telah dikisar. Masukan juga daun kesum dan juga bunga kantan.
    5. Jika kuah laksa agak pekat boleh tambah air sedikit lagi mengikut kepekatan kuah yang kita mahu. Akhir sekali setelah kuah laksa masak dan mendidih perasakan dengan gula dan garam.
    6. Sediakan laksa di dalam mangkuk dan semasa kuah laksa masih panas berasap tuang ke dalam mangkuk berisi laksa tersebut. Jangan lupa hirisan timun,bawang besar dan juga telur rebus. Selamat menjamu selera.
    Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE UA-cam kami :
    / malaykitchen​
    Laman web rasmi MALAY kitchen :
    malaykitchen.my​
    Telegram MALAY kitchen :
    t.me/malaykitchen​
    Track: Ikson - Coral [Official]
    Music provided by Ikson®
    Listen: • #132 Coral (Chill Beat)
    #malaykitchen #laksapenang #laksautara
  • Розваги

КОМЕНТАРІ • 34

  • @tempatmakanmenarik
    @tempatmakanmenarik 18 днів тому

    🔊ya Allah sedapnya 👍💖👍👌

  • @jamilahjamilah8334
    @jamilahjamilah8334 4 місяці тому +1

    Nampak sedap..t.kasih kongsi resepi yg mudah..semoga manja terus maju jaya..dg resepi yg sedap2..

  • @aminahmohd3594
    @aminahmohd3594 8 місяців тому +1

    Resepi mudah simple.x banyak sangat tambah bahan2 lain.suara pon lemak manis❤sedap didengar 👍

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  Рік тому +4

    Tips : selain ikan sardin boleh juga dicampur dengan ikan kembung lemak

  • @nickasmah4937
    @nickasmah4937 10 місяців тому +1

    Mmmmm sedap nya,, nak cuba buat lah nanti,, terima kasuh kongsi resipi😊

  • @deessmohdzain902
    @deessmohdzain902 5 місяців тому

    Yes this is also exactly the recipe that i learnt from an old lady from Perlis long time ago. Btw she added a spoonful of Petis Udang too ( can just ommit if you are not taking )
    Was really yummy...
    It's been a long time since i last made ...
    Nostalgia...
    AlFathihah to all the late Muslimin Muslimmat who had left us ❤❤❤

  • @aishahwyme3443
    @aishahwyme3443 Рік тому +4

    My kinda laksa. Original tak over-acting bubuh halia dan lengkuas dan sebagainya. Ikan kembong and ikan sardine segar bukan canned sardine. Terbaik 👍🏻👍🏻

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  11 місяців тому +1

      Terima kasih. Senang, mudah dan paling penting memang rasanya laksa hehe

    • @DEWIVIRGO-SELASAPON39
      @DEWIVIRGO-SELASAPON39 11 місяців тому +1

      Guna sardin tin pun sedap sis try la buat😊

    • @aimonbintiothman9830
      @aimonbintiothman9830 8 місяців тому

      ​@@DEWIVIRGO-SELASAPON39@😅

  • @anchoranchor7117
    @anchoranchor7117 7 місяців тому +1

    sedap tu manja.saya hantu laksa jika sebulan x dpt mkn rasa demm .saya suka kuah pekat mcm tu.guna ikn sardin mmg sedap manja manis rasanya🥰🥰🥰

    • @melcyunk9513
      @melcyunk9513 3 місяці тому

      try laksa sabah.. dr sy . heheh.. kalau sedap.. bole ajk yg lain beli..😊

  • @dapurnekpah7193
    @dapurnekpah7193 3 місяці тому

    Sedap tu kuah cantik

  • @SyazweenWazir
    @SyazweenWazir 7 місяців тому

    Laksa warna ni aku suka..

  • @user-vl3sd5cu4r
    @user-vl3sd5cu4r 2 місяці тому

    Terliur kak saya ❤❤

  • @mr.mohamednoorjantan8067
    @mr.mohamednoorjantan8067 8 місяців тому

    Mantap..

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  Рік тому +1

    Tips : Manja tidak tambah air biasa dan menggunakan sepenuhnya air rebusan ikan . Jika kuah laksa pekat, boleh tambah dengan air biasa.

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  Рік тому

    Tips : cili kering yang Manja gunakan tahap pedas sederhana. 20 tangkai. Boleh tambah atau kurangkan mengikut jenis cili kering yang digunakan

  • @suarimi590
    @suarimi590 Рік тому +1

    Sedapnya weiii Cuba buat la nanti terima kasih ❤❤❤

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому

      Kan..lagi2 cuaca panas ni sedap makan yang berkuah 😀

  • @chenorsiah3233
    @chenorsiah3233 Рік тому

    T kasih beri resepi laksa utara.sedap buat bagi masam2terbaik

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому

      Sama sama . Mesti cuba. Sedap sangat 🥰

  • @zamrisafari6459
    @zamrisafari6459 2 місяці тому

  • @haslina4757
    @haslina4757 7 днів тому

    Knpa buh gula.laksa kn pki ikn.klu me rebus.ke.rojak ke memag la nk terasa manis sikit.

  • @mohammadhmz5852
    @mohammadhmz5852 2 місяці тому

    Ikan tenggiri boleh ke?

  • @noorazizah7662
    @noorazizah7662 Рік тому +1

    lksa penang sllunya ada nenas gan daun pudina ..nape xder erk..

  • @hairinyen2022
    @hairinyen2022 Рік тому

    Salam..ada 2 bahan yg x lengkap utk laksa penang ni iaitu buah nenas n daun pudina yg dihiris dan ditabur keatas kuah nya...anyway tq for the receipt 😘😘

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Рік тому

      Wsalam. Boleh jugak. Sesuai selera ya.

  • @marzulianajohari6247
    @marzulianajohari6247 11 місяців тому

    Apa beza laksa penang dgn laksa kedah. Cara sis buat ni mcm laksa kedah

    • @Oxytetracycline46
      @Oxytetracycline46 Місяць тому

      Ye,ini laksa utara.laksa Penang org selalu tambah macam2 n rasa masam manis...

  • @katijahrulia1381
    @katijahrulia1381 Рік тому

    Masokan bahan2 dalam blender dan kita blend . Blender dan blend tak masa . 🙏🏻