Laksa Utara Resepi Mak Che Nom

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 лют 2025
  • Kali ni Che Nom nak masak menu special resepi dari bonda Che Nom sendiri iaitu laksa utara versi laksa kedah. Masakan ni tak terlalu rumit dan tak guna bahan yang banyak sangat.Cuma yang penting..bahan-bahan nya nya mestilah fresh, terutama sekali ikan. Che Nom biasanya akan masak kalau ada ikan kembung yang fresh, yang belum masuk peti beku lagi sbb manis semulajadi ikan tu yang akan sedapkan kuah laksa. Resepi laksa Kedah ni lah yang mak Che Nom masak untuk buat jualan lama dulu.
    //Bahasa Melayu
    ----------------------------------------
    Bahan-bahan untuk ikan rebus:
    1 kilo ikan kembung/selayang(sardin)
    1 biji bawang merah kecil
    2 ulas bawang putih
    2 keping asam gelugur
    Air secukupnya
    Bahan untuk kisar halus:
    4-5 biji bawang merah kecil
    3 ulas bawang putih
    1 biji bawang besar
    15-20 biji cili kering
    ½ mangkuk kecil ikan bilis
    sedikit air panas
    1 inci belacan
    Bahan-bahan lain untuk kuah:
    1 batang bunga kantan
    1 ikat daun kesum
    2 keping asam gelugur
    Air secukupnya untuk kisar
    Bahan-bahan sampingan:
    1 batang timun
    2 biji bawang besar
    Cili padi
    Daun salad
    Telur rebus
    Limau nipis
    //English
    --------------------------------------
    Ingredients for boiled fish:
    1 kilo of mackerel/scad fish
    1 shallot
    2 cloves garlic
    2 pieces tamarind slice
    Ingredients for fine grind:
    4-5 shallots
    3 cloves garlic
    1 red onion
    15-20 dried red chillis
    ½ small bowl of anchovies
    Some hot water
    1 inch fermented shrimp paste
    Other ingredients for gravy:
    1 stalk of torch ginger flowers
    1 bunch of vietnamese coriander leaves
    2 pieces of tamarind slice
    Enough water to grind
    By-products:
    1 cucumber
    2 red onions
    Bird's eye chilli
    Salad leaves
    Boiled eggs
    Lime
    Instagram: bit.ly/CheNomIn...
    Twitter: bit.ly/CheNomTw...
    Facebook: bit.ly/CheNomFa...
    #resepichenom #laksa

КОМЕНТАРІ •

  • @blooming98
    @blooming98 3 роки тому +94

    nenas xdak che nom. tak kick la hahaha

    • @CheNom
      @CheNom  3 роки тому +179

      Bukan semua laksa di kawasan utara perlu di masukkan nenas. Ia nya mengikut kawasan/daerah atau lebih kepada citarasa masing2.
      .
      Resepi ni memang sengaja tidak ditambah Nenas sebab bahan yg sedia ada sudah cukup sedap manis dengan ikan segar tu semua…ada masakan yang Che Nom memang takkan tambah banyak2 bahan sbb nak maintain rasa segar bahan asas, dan kuah laksa resepi mak Che Nom ni memang ini sahaja bahannya. Sebab tu che Nom tekan kan penggunaan ikan segar. Mudah pun untuk masak.
      .
      Kalau nak yg tambah nenas ka, petis ka dan banyak bahan2 lain boleh rujuk resepi Laksa Penang di channel Che Nom. Yang tu memang berjela2 bahannya. Kedua2 versi ada keistimewaan tersendiri.

    • @blooming98
      @blooming98 3 роки тому +8

      @@CheNom faham che nom. 😁

    • @CheNom1
      @CheNom1 3 роки тому +2

      @@blooming98 😊👌 ❤️🙏

    • @itaamansor7467
      @itaamansor7467 3 роки тому +78

      Laksa pure dari kedah memang takdak nenas , kalau ada nenas tu laksa penang 😌

    • @bepopxxx
      @bepopxxx 3 роки тому +17

      @@blooming98 kan dh kena mrh dngn che nom hahahaha

  • @radinputra4632
    @radinputra4632 3 роки тому +125

    Sy nk share reseipi laksa sy..sy oqang kedah.. kuah laksa sy, sy akan letak udang kecik2 tu, bli rm3 blik basuh rebus letak garam skit .n blender halus.. untk ikan sy pkai ikan sardin or temenung, tp wajib letak ikan kayu sekor, pastu sardin tin ayam brand 1. yg kcik tu.. untk pastikan kuah tahan lama, sy akan msak cili kering,bawang blacan yg di blend tu, msak shingga naik bau, bru kuah akan tahan lama, pstu bru msuk kan isi ikan, n bahan2 lain.. bwang putih xpenah letak, pkai bawang bsar je.. n laksa sy wajib ada ajinamoto, letak perasa tu bru kuah lagi mantap..jgn letak gula, gula mmg xsdap n mkan xkan bertambah..yang pasti laksa utaqa adlah yg terbaikk.. ahahhaha

    • @nabilahsaifuddin2547
      @nabilahsaifuddin2547 3 роки тому

      Klu ikan kembung 5 ekor bawang nk kena berapa biji ja. Saya buat terlebih bawang jadi tak sedap

    • @sallyhalim9918
      @sallyhalim9918 3 роки тому +4

      Org penang ajar sy buat laksa letak daun kesom bunga kantan dn daun pudina buat kuah laksa sedap dn tak bauh hanyir...!!

    • @suhanasuparman7511
      @suhanasuparman7511 Рік тому

      Tq bgthu

    • @kamisahawang6591
      @kamisahawang6591 Рік тому +1

      ikan kayu ikan ape

    • @radinputra4632
      @radinputra4632 Рік тому

      @@kamisahawang6591 ikan tongkol.. Beli sekor rebus dgn ikan sardin. Sdap..

  • @ams_muq01
    @ams_muq01 3 роки тому +30

    Anak saya umur 8 tahun minat betul dgn che nom..dia boleh ingat ape che nom cakap dan dia akan ingatkan saya balik..hehe..pkp makin rajin dia tolong saya masak🤭

    • @vivoy15y4
      @vivoy15y4 3 роки тому +3

      Anak saya pun sama...dia dh hapal kalo ibu tengok youtube...mesyi resepi che nom

    • @CheNom
      @CheNom  3 роки тому +5

      😍 Terharu Che Nom baca

    • @kamalikrish4209
      @kamalikrish4209 3 роки тому

      ua-cam.com/video/34jbhrYVXkY/v-deo.html

  • @cheahhuat9007
    @cheahhuat9007 3 роки тому +8

    Resipe dari Singapore ..otak udang rm 3.0 bubuh dalam kuah ,Sardin cap ayam rn 8.20 satu tin bagi patah sardin tiga ketul , Asam keping 10 keping ,barang yg di atas meja sama dng Che Nom..di hari Raya Cina saya masak bagi lima keluarga makan..recipe ini Adek ambil juara dari Taman Jurong Singapore..thank u Che Nom..see u again. !

    • @MalayaEmpayar
      @MalayaEmpayar 9 місяців тому +2

      Buat video sendiri.

    • @epicmobilia978
      @epicmobilia978 2 місяці тому

      sorry. org singapore tak layak bagi pendapat pasal makanan. sorry sgt

  • @orangesunquick1434
    @orangesunquick1434 3 роки тому +39

    2 kali ulang part che nom kelepiaq salad tu. Ingat salah dengar rupanya oh menang ada efek 😂😂. 1st time tengok vlog che nom ada bunyi tambahan.

  • @zulkarnainbinawang5315
    @zulkarnainbinawang5315 3 роки тому +1

    dulu setiap kali saya ke rumah saudara di penang,laksa utara mesti dicari.skrg che nom dah ajar.boleh saya nanti.

  • @ydajeffrey3761
    @ydajeffrey3761 3 роки тому +1

    Saya dah balik sabah...teringat2 laksa utara yg ni..ms kerja kt smenanjung suka meround makanan sana..lagi2 kwn2 opis..allah rajinnya buat laksa..yum2..sebelum covid rajin juga ulang alik kl sabah cari selera tekak semenanjung..yes!ada resipi..sy nak cuba buat..tq che nom

  • @NurAisyah-sp1vh
    @NurAisyah-sp1vh Рік тому +1

    Sedap dah try ..ikut semua yg mcm che nom tunjuk tu..cuma kalo laksa my mom style pula ada add on sedikit bahan dia.. contohnya add on sayur kangkung dalam kuah laksa tu ..dekat² kuah dah nak masak . masukkan sayur kangkung.. dan bahagian bunga kantan tu.. my mom xpotong ..dia blended masuk kn semua dlm Kuah..cuba try la..sya gerenti bertambah mangkuk..

  • @sofiahlazim5811
    @sofiahlazim5811 2 роки тому

    Bulan posa ni sedap mkn laksa,tq che nom..dah buat hr tu..mmm..sedap.suami yg x minat pun mkn bertambah..ptg ni buat lg...org kedah n perak..laki bini suka..ank pulak hirup kuah ja..boh kicap...allahhh..sedap sgt2

  • @fizabekap6912
    @fizabekap6912 Рік тому +2

    Baru je buat for dinner.Tiru sebijik resepi ni cuma ikan bilis dh abis,i ganti dgn kiub ikn bilis sikit.
    Ya Allah....sedap sgtt..anak & hb bertambah2..siap puji mcm rasa laksa kt Langkawi aritu.
    Tq Che Nom share resepi..simple & padu!!Tak payah beli dah lepas ni..buat lagi puas mkn hehe

  • @missbunga012
    @missbunga012 3 роки тому +3

    Saya dh mmg reti buat laksa, tp tgk resepi kalini boleh add on mn2 yg x pnh letak utk tmbh bg sedap. Thank you che nom

  • @msrizal2159
    @msrizal2159 3 роки тому +25

    Terima kasih Che Nom. Inilah resepi yang sama dengan laksa emak saya. Dari kecil sampai ke besar, tak jemu-jemu makan.

  • @manjulaarumugam8524
    @manjulaarumugam8524 2 роки тому +1

    1st time cuba laksa dengan receipe che n9m. Anak memang suka sangat. I cuma skip belacan.

  • @lukmanramli1344
    @lukmanramli1344 2 роки тому +7

    Saya orang Teganu. Walaupun laksa pineng lebih popular kat sini, tp saya lebih suka laksa utara. Kuahnya lebih pekat dan kurang masam. Atas citarasa masing².

  • @rosminahbaharun836
    @rosminahbaharun836 3 роки тому +1

    Saya suka video masakan Che Nom..Ank Sya 3 org semua lelaki..tp klu tengok UA-cam nmpk video Che Nom yg baru mesti bgtau.. video masakan terbaik👍👍

  • @faryssa8538
    @faryssa8538 3 роки тому +7

    Sedapnye😋..sy org johor tp suke sgt dgn laksa utara..tak pndai nk msk laksa utara ni tp after tgk resepi che nom jd semangat plk nk msk hehe..thanks akak😘

  • @nurazmatulomar5165
    @nurazmatulomar5165 3 роки тому +1

    TQ che nom, saya dah try recipe che nom hari ni. Cuma saya skip ikan bilis shj. sedap che nom. tq2 che nom. kuah elok pekat dan manis sbb bawang. Selama ni saya tak letak bawang mesin (sebab di ajar mcm tu). Subhanallah, recipe yang ni sedapp. tq again che nom.

    • @kesidang70
      @kesidang70 2 роки тому

      Sy pun skip ikan bilis sebab ada keluarga gout, x boleh makan.

  • @zuenishahh
    @zuenishahh 3 роки тому +2

    Owh rebus kembung dgn bawang sikit... Ok2 InsyaAllah nt try. X prnh buat mcm tu lg. Apapun laksa kedah che nom pekat! terbaik! 👍😊

  • @afiqahadnan8459
    @afiqahadnan8459 3 роки тому +1

    Hahaha saya jenuh ulang blk kenapa ada bunyi ciknom pukul salad 🤣 siap scroll komen ke telinga ni yg salah. Btw sy suka sgt ciknom masak 😘😘😘

  • @ratupengabdishaitooon6049
    @ratupengabdishaitooon6049 3 роки тому +1

    Sedapnya! Tbh meols mmg hntu laksa even though bkn org utagha. Mak meols mmg pandai juga bt laksa

  • @azharczar2909
    @azharczar2909 3 роки тому

    Kalau dulu masa 70-80 an masa tu masuk kan juga hirisan nenas dan sengkuang. Macam buat rojak pasembor. Saya fikir sekarang ini boleh tambah hirisan epal hijau dan yang dirasakan sesuai ikut selera. Nak sedap lagi bubuh otak udang, kicap dan jeruk cili. Sedap bak hang. Ada juga di Kedah yang ganding dengan sate dan air nira. Alhamdulillah nikmat Allah yang mana lagi yang hendak didustakan. Terbaik resepi Che Nom. Wallahuaklam.

  • @yumianis
    @yumianis 2 роки тому +2

    Patutlah resepi che nom semua sedap rupanya sbb che nom orang utaqa. 😍

  • @atihatih1232
    @atihatih1232 3 роки тому

    Resepi laksa sedap.semua resepi che Nom terbaek.dn sedap.ijin share che Nom.trmkaseh.

  • @solehasoleha9703
    @solehasoleha9703 3 роки тому +4

    Alhamdulillah ada tambahan ilmu utk mudah kan kopek kulit telur dg mnaruh cuka saat nak merebus telur trmksih cik nom👍👍🙏🙏🙏

  • @fadhli6058
    @fadhli6058 3 роки тому +12

    Salah 1 makanan ke sukaan saya ni…terbaik la che nom

  • @nasblackwater7901
    @nasblackwater7901 3 роки тому +1

    Lemah gemalainya lahai che nom buh ikan dlm bekas ikut susunan..klu pakcik ni nah tuang terus..hehe,apa² pun psembahan che nom terbaikkk arrr..Salam dari abg bomba che nom..tq share ilmu..👍👍👍

  • @noorazizahnasarudin9250
    @noorazizahnasarudin9250 Рік тому +1

    Waalaikumsalam Che Nom. Sedap menyelerakan kesukaan saya ini

  • @ernan8670
    @ernan8670 2 роки тому +3

    sebijik resepi mak cuma mak tak letak bawang putih...rindu mak huhu...inshaAllah nanti nak buat...terima kasih che nom 💕

  • @SalamahAbdWahid-wm2eg
    @SalamahAbdWahid-wm2eg 2 роки тому +1

    Resepi Dr cik nom mmg ikhlas Dr hatinya ..share tq

  • @missfaz1991
    @missfaz1991 3 роки тому +3

    Che nom sy byk tgk video2 che nom start sy tgk video masakan2 che nom sy byk blajar masak & skrg alhmdllh sy dah pndi masak 😉

  • @nurainsaharudin3037
    @nurainsaharudin3037 2 роки тому

    Che nom saya dah cuba… sadapp… 🥰 terime kasih che nom sudi berkongsi ilmu… semoga dimurahkan rezeki che nom…

  • @tkahahmad3116
    @tkahahmad3116 Рік тому

    Walaupun dh 2 tahun..tetap refer video che nom setiap Kali teringin nk makan laksa..sebab sy x selalu masak..hehe

  • @azizahm4148
    @azizahm4148 3 роки тому +1

    My favourite laksa... Kami orang kedah ada yang tambah santan che nom.. Laksa utara... Kami panggil laksa kuah lemak... Tp bukan kuah puteh mcm laksam kelantan.

  • @yinnasuha
    @yinnasuha 6 місяців тому

    Oh ini lah che nom. Saya belajar masak semua guna resipi che nom dekat google 🤭 terima kasih che nom

  • @vivoy15y4
    @vivoy15y4 3 роки тому

    Tanjat kita dengo Che Nom libas daun salad tu....piiiapppp !!...mcm libas kuda jeeee...🤣🤣🤣...ape pun laksa utara ni mesti sedapppp....cuma kalo saya buat...saya tambah lengkuas sikit..terasa lemak kuahnye...
    😋😋😋😋😋😋😋😋

  • @shamsudinman612
    @shamsudinman612 3 роки тому +1

    Terliok haik tgok laksa utara che Nom kuah pun likat pasti sedap.

  • @cikguhayatiartchannel7181
    @cikguhayatiartchannel7181 3 роки тому

    Tengok potongan telor pun dah kecur air liur .. sedapnya.. kuah nampak pekat sedap aummm

  • @rayng2759
    @rayng2759 3 роки тому

    Saya ingat masak laksa susah benor..tengok che nom buat laa sesimple nye...cam buat sup...ok bolej buat ni

  • @DariDapurCikNa
    @DariDapurCikNa 3 роки тому

    aduhhh lintas lagi kat youtube recommendation malam ni terliur lagii feverett nii

  • @ummualeesa4540
    @ummualeesa4540 3 роки тому

    Resepi Che Nom serupa resepi mak saya... Memang padu... Dlu sy tk mkn laksa, tah mcm mana tah trmakan laksa mak... Rupanya... Mmg sedap ...

  • @nurhanisahmdros271
    @nurhanisahmdros271 2 роки тому +2

    Terima kasih cik Nom ,banyak dah resepi sy belajar dr chanel ni, semua mudah dan sedapppppppp

  • @cikschaanis8872
    @cikschaanis8872 3 роки тому +18

    dah try resepi ciknom harini..ya Allah sedap sgt. festime buat laksa ssdap😂 tHanknyou ciknom semoga dilimpahkan rezeki selalu♥️♥️

  • @maryamabdullah913
    @maryamabdullah913 2 роки тому +1

    Sedapnya terbaik Che Nom

  • @wardahsakinah5722
    @wardahsakinah5722 3 роки тому +12

    Rindunya laksa ni.. dulu masa study kat Perlis klu keluar gi pasar Malam mesti beli.. awal tahun 2000 sebungkus RM1.50 banyak.

    • @itsmeazera3471
      @itsmeazera3471 3 роки тому

      Lani kt Perlis laksa 4 ringgit dh haha

  • @hasfiantyarmand9434
    @hasfiantyarmand9434 3 роки тому +1

    Sy dr Batam...kami jg mkn menu laksa ni... terimakasih sdh berbagi resep laksa...Insya Allah sy nak cb buat... 👍👍

  • @OrkidsChannel
    @OrkidsChannel 3 роки тому

    dulu ada kawan orang kedah niaga area rumah saya.. suka sangat beli laksa dia tq share resepi ya che nom

    • @OrkidsChannel
      @OrkidsChannel 3 роки тому

      terkejut dengan che nom libas salad tu 😂😂

  • @seisahhajiibrahim4395
    @seisahhajiibrahim4395 2 роки тому +1

    Aslm Che Nom, trima ksih ya resepi nya...

  • @royhamidcookshare7658
    @royhamidcookshare7658 3 роки тому +1

    Terbaik. Che Nom.. Menyelerakan

  • @situnbai
    @situnbai 3 роки тому

    Kot la che nom baca komen saya ni. Tengok che nom masak no, teruih rasa nak cuba. Seumur hidup, memang membeli laksa. Tak pernah buat sendiri lg

    • @CheNom
      @CheNom  3 роки тому

      Boleh cuba sis. Tak susah cuma part blender tu kena buat bnyk kali, tapi hasil berbaloi. Ikan wajib fresh

  • @norazianzakaria4897
    @norazianzakaria4897 3 роки тому +1

    Terima kasih resepi nye che nom...nnti nk buat kn ank..diorg suke laksa

  • @vallisubramaniam3865
    @vallisubramaniam3865 3 роки тому +7

    Hai che nom.sedapnya,terasa rindu nak balik kampung kat Kedah...

  • @jihanoris
    @jihanoris 3 роки тому +1

    Mak kami punya tips..org perlis..masak cili, bwg blend lama sikit, pastu baru masuk bhn2 lain. Mak reneh kuah sejam juga la nak bg rasa tu sebati

  • @lianiundang3367
    @lianiundang3367 Рік тому

    Done try...bapa sy cakap lbih enak Dari yang dia beli d kedai😂😂😂...tq che Nom

  • @hhanim60
    @hhanim60 3 роки тому +5

    Terima kasih na, Che Nom! Saya menang sangat nak buat tapi tak tahu! Alhamdulillah, rezeki saya Che Nom post resipi ini.

  • @nurbidara4110
    @nurbidara4110 Рік тому

    Hari ini dah try resepi cik nom, menjadi sgt sedap. Cuma cili kering xde gantikan dgn cili merah. Ubah sikit, Ikan bilis & udang kering air fryer bagi wangi sebelum blender. Kebanyakkan menu masak saya goggle follow cik nom jer 😍

  • @mdfaridxz5152
    @mdfaridxz5152 Рік тому

    waduh.. enak bangat si resep nya che nom.. inshallah nanti gue cuba..

  • @missfaz1991
    @missfaz1991 3 роки тому +1

    Harap satu hari akan dapat jumpa dgn che nom ..suami juga hri2
    Join sy tgk masakan2 che nom

  • @noraininsaman3803
    @noraininsaman3803 3 роки тому +13

    Sedapnya 😍saya suka tengok video Che Nom sebab penerangan dan tips yang diberi sangat mudah difahami dan bermanfaat,terima kasih Che Nom 😊

  • @wansue2
    @wansue2 Рік тому

    Alhamdullilah sy dh cuba menu laksa ni sedap sgt2 menjadi terima kasih che nom

  • @nurhamizanurhamiza4789
    @nurhamizanurhamiza4789 3 роки тому +3

    senang paham resepi che nom ni 😍 walaupun dah pandai buat laksa tapi still suka tengok . sebab cara terangkan tu memang paham sangat sangat ❤️❤️

  • @raniaaira9846
    @raniaaira9846 3 роки тому +6

    Laksa utara memang feveret saya, sedap😋.

  • @Mayalang
    @Mayalang 3 роки тому +1

    Seleghaaa tgk laksa Che nom

  • @yumianis
    @yumianis 2 роки тому

    Patutlah resepi che nom semua sedap rupanya sbb mak che nom orang utaqa hehe

  • @evayantiyanti1930
    @evayantiyanti1930 3 місяці тому

    Dah Cuba memang terbaik che non , 2 kali 👍👍

  • @sifoosan
    @sifoosan 3 роки тому

    Power tu !!!! kesedapan laksa utara bergantung pada kuahnya. Kuah pulak bergantung pada ikan dan belacan.Ikut selera masing2 la....tapi biasanya guna ikan kembong@pelaling atau kami panggil temenung lemak.....sangat manis kalau banding dengan mabong atau temenung borek; famili kembung jugak la. Ikan Selayang, sardin pun ok tapi bg saya temenung lemak juga terbaik. Kalau nak kuah laksa kluster kayangan try la pakai belut.......tak tau nak habaq sedapnya !!!!!!!!!

    • @CheNom
      @CheNom  3 роки тому +1

      Che Nom pun suka pelaling. Lemak manis

  • @noorcahaya4967
    @noorcahaya4967 3 роки тому +1

    Nyummm2 sedapnyer bergegor2 perut......first time tgk letak ikan bilis.....xsabooo nk try resepi ni.........tq CN

  • @samsulalam8630
    @samsulalam8630 2 місяці тому

    Sedap nye..dah teringin nak makan laksa

  • @theridzwanofficial8618
    @theridzwanofficial8618 3 роки тому +5

    Suka tgk Semua video Che nom & bercakap lembut je 🥰

  • @tokeykwong
    @tokeykwong 3 роки тому +3

    Wah mantap ni teman,menu laksa utara,pasti sedap dan enak ni

  • @LeeXuan88
    @LeeXuan88 3 роки тому +4

    Pair dengan otak udang = marvelous! Laksa kedah ni kuah ikan rasa lebih pekat, cream, dan pahit sebab tidak dicampur dgn nenas. Jadi bila di pair dgn otak udang mmg sedap.

    • @missbunga012
      @missbunga012 Рік тому

      Ada letak msg sikit tak? Kalo letak msg hujung2 sudu, konpem tak phit.. rasa dia balance elok

  • @vivin861
    @vivin861 3 роки тому +1

    tq che nom comel kongsi resepi

    • @CheNom
      @CheNom  3 роки тому

      Sama2 😊

  • @santubongputerichannel2471
    @santubongputerichannel2471 3 роки тому +3

    Sedapnya....biasanya sya mkn tmbh kicap lgi sedap

  • @pojikarok
    @pojikarok 3 роки тому +1

    Dah lama tak dengar sebutan daun cendehom tu😁 ada satu lagi bahan kalau laksa utara iaitu pucuk janggus.... teringat kat arwah mak saya.

  • @hanizamuhammad9162
    @hanizamuhammad9162 2 роки тому

    Terima kasih Che nom....sy dah cuba ...sedap ..Ank sy ckp mcm laksa kt kedai😉😉....terima kasih share resepi👍👍👍

  • @_itsmeschxshxmjuniorrr9820
    @_itsmeschxshxmjuniorrr9820 3 роки тому

    Kalau d tambah nanas lagi perghhh rasa dia. . Terliurr baq hangg🤤😋 tq che nom share resepi🥰

  • @upinipin-vz4ij
    @upinipin-vz4ij Місяць тому

    Terima kasih berkongsi risipi ini kepada kami😊

  • @azi77ahmd
    @azi77ahmd 3 роки тому

    Arwah suami saya dulu mmg hantu laksa. Pernah dia minta saya masakkan dulu, seharian dia hadap laksa tu xmakan nasi dah. Sampaikan saya susah hati takut dia sakit perut pulak sbb xmakan nasi. Kenangan dgn arwah, xpernah terlupakan. Dah 13 tahun dia meninggal. Anak² pulak dan saya xberapa minat laksa ni cuma kalau makan tu, mesti kena ada otak udang baru bertambah makannya. 😄

  • @matshahirmohdnoor296
    @matshahirmohdnoor296 2 роки тому

    Terima kasih bagi resepi yang terbaik dan sedap.

  • @DariDapurCikNa
    @DariDapurCikNa 3 роки тому +1

    ADUHHH trus rasa lapar laksa nih

  • @puannat5553
    @puannat5553 3 роки тому +2

    Menarik ut k dicuba.. Tq Che Nom😍

  • @ratnasariasnidaabdrahim251
    @ratnasariasnidaabdrahim251 3 роки тому +2

    Assalamualaikum Che nom...sedap btkl nmpk laksa tu 🤤🤤🤤akk suka sgt video2 Che nom...kadang2 ulang2 tengok sbb nk dengar suara Che nom yg sebijik mcm suara pelakon Zara Zya tu....🥰🥰🥰resepi2 Che nom pn byk yg akk dh buat & menjadi semuanya...semoga Che nom lbh success, bahagia di samping keluarga tersayang & diberi kesihatan yg baik oleh Allah..🥰🥰🥰

  • @moonblizz
    @moonblizz 2 роки тому

    Oii..penapis klasik. Mak saya pun dari kecik sampai saya umur 40 dok ada lagi penapis tu. Sentimental kot orang utara ni noo

  • @norizanbinsaad9326
    @norizanbinsaad9326 3 роки тому +1

    Terima kasih bnyk Che Nom. Teringat arwah tok selalu masak sebiji mcm Che Nom masak. Dia guna ikan selayang segaq. Saya tukang kutip pucuk daun putat belakang rumah utk dipotong serong dan taboq atas kuah laqsa. Che Nom oghang Kedah jgak ka....

    • @CheNom
      @CheNom  3 роки тому

      Sedapnya daun putat, lama tak makan. Ya Kedah

  • @nuradilahmohdyunos3398
    @nuradilahmohdyunos3398 3 роки тому +1

    Saya org Kedah.Memang buat resepi mcm Che Nom.Letak ikan bilis

  • @LiaVensen
    @LiaVensen 2 роки тому

    Laksa Penang laksa utara ni fav sgt lgi2 Klau kuah tu Pekat dan pedas ..fuhh kick

  • @باعلوي_جمال_الليل
    @باعلوي_جمال_الليل 3 роки тому

    makanan paling favorite saya ngan mak saya...xde nasi pon xpe...kitaorg masak pakai ikan selayang..sbb kalau ikan temenung rasa kurang kick

  • @dakuberbicara4425
    @dakuberbicara4425 3 роки тому

    makan laksa kedah + perahan asam limau + hirisan cucuq bawang.......mmmm....dapppp

  • @zaihamid78
    @zaihamid78 3 роки тому

    Alhamdulillah..
    Tkasih Cik nom share resipi yg menyelerakan 🌷👍

  • @fyaarn
    @fyaarn Рік тому

    Terima kasih atas resepi😭❤️❤️semoga dimurahkan rezeki n moga istiqomah❤❤

  • @lee2819
    @lee2819 3 роки тому +3

    Wah! Tak sangka Che Nom share recipe ni! Saya dari Kedah! Thank you Che Nom!

    • @CheNom
      @CheNom  3 роки тому +1

      Ya asal Kedah. Sama2 ☺️

  • @marzulianajohari6247
    @marzulianajohari6247 3 роки тому

    Sy org kedah, suka mkn laksa dgn ulam pucuk putat n pucuk janggus. Bg sy dua2 ulam tu lg sedap. Kl xde, daun selom pn ok ja

    • @CheNom
      @CheNom  3 роки тому +1

      Dok KL zaman covid takleh memimilih bahan2. Kena guna apa yang ada 😅

  • @captainanuaranisanis4638
    @captainanuaranisanis4638 5 місяців тому

    Saya Chef Anuar org Jitra. And I do refer from your videos sometimes. Just to refresh the recipes.😊

  • @naihusna
    @naihusna 3 роки тому

    Dah lama x msk laksa...ikut resepi mak che nom ni sama mcm resepi mak sy jgk..mudah je bhn2 nya...

  • @aisyahkitchen5140
    @aisyahkitchen5140 3 роки тому +1

    Alhamdulilah sedapnya laksa utara.. Terima Kasih resepinya

  • @nabilahizzati7369
    @nabilahizzati7369 3 роки тому

    Kuah laksa tu makan dengan bihun goreng lagi power 😋😋😋😋😋

  • @dapurbungamatahari2399
    @dapurbungamatahari2399 3 роки тому

    Ooh..bgt cara buat laksa,itu mie putih ya..'mantap sedap

  • @adilahkamilia9674
    @adilahkamilia9674 3 роки тому

    Selaim daun selom, org kedah makan dengan daun janggus. Wangiiiii dan sedap 🤤

  • @deamyleebeauty2350
    @deamyleebeauty2350 3 роки тому

    Mmg sama resepi dgn arwah mama akak jugak ni che nom.. pasai arwah mama mmg org Kedah... Tgk kuah laksa tu mmg sama ja... Sb cara masak pn sama... 🥰

  • @a.rahmanhassan7982
    @a.rahmanhassan7982 3 роки тому +1

    Penapis tu mmg antik zaman 70an.

  • @yulziel9807
    @yulziel9807 3 роки тому +1

    Laksa utara ni mmg favourite laaa