Apakah Hukum Muzik - Haram atau Harus? - [Video Ringkas [49]
Вставка
- Опубліковано 5 лют 2025
- darulkautsar.w...
VIDEO RINGKAS TENTANG HADITH
[ Video UA-cam - tinyurl.com/y6... ]
[ Video Penuh - tinyurl.com/y8...]
[ Channel UA-cam - tinyurl.com/yc... ]
APAKAH HUKUM MUZIK - HARAM ATAU HARUS?
Terdapat berbagai pendapat tentang muzik, di antaranya,
1) haram (bersandarkan hadis, "Akan ada umatku yang menghalalkan...muzik."),
2) harus (berdasarkan pendapat Ibnu Hazm) dan,
3) dibolehkan untuk beberapa alat muzik sahaja seperti rebana dan kompang.
Pendapat yang dipilih ialah muzik adalah harus selagi dalam batas tidak mengganggu tanggungjawab terhadap Allah dan manusia. Hukum ini adalah berkenaan semata-mata muzik, tidak berkenaan dengan apa yang mengiringi muzik seperti arak yang diminum bersama muzik atau percampuran bebas lelaki dan perempuan di majlis-majlis yang ada muzik.
Ibnu Hazm dalam kitabnya "al-Muhalla" telah menganalisa 22 hadis yang berkaitan muzik termasuk yang dimuatkan dalam Sahih al-Bukhari. Beliau mendapati semua hadis adalah tidak sahih dan tidak boieh dijadikan hujjah untuk mengharamkan muzik. Ibnu Hazm berkata hukumnya bergantung kepada niat seseorang; muzik adalah baik jika niatnya adalah untuk menenangkan jiwa dan mencergaskan diri. Al-Qaradhawi pula berpendapat muzik adalah harus tetapi jangan sampai melekakan. Ringkas nya, muzik semata-mata adalah harus selagi ianya tidak melalaikan kita dari tanggungjawab kepada Allah dan sesama manusia. Sekiranya terdapat unsur-unsur haram seperti dihidangkan arak dan pergaulan bebas, yang haram adalah unsur-unsur tersebut dan bukannya muzik itu sendiri.
[ Maulana Muhammad Asri Yusoff (Jan 2013) ]
👍
Ilmu Maulana sangatlah tak terjangkau kealiman beliau dalam Fiqh dan Hadis, but with all due respect, saya kurang bersetuju dengan pengharusan Muzik. Wallahu A'lam.
Video ringkas, 20 min. Yang tak ringkas 20 jam kot.
Kasian nya kurang peminat ke ustaz?
Maulana mengajar bkn utk Cari peminat
Apa Maksud Anda? Saya TIDAK RASA Maulana Mengajar Ilmu Untuk Cari Kemasyhuran Seperti Ustaz2 Selebriti Yg Lain TERUTAMA PARA POLTIKUS YANG MENGGUNAKAN ISLAM JADI BAHAN TUNGGANGAN POLITIK MASING2...SEPERTI PAS!
Kesiannya terleka dengan benda duniawi
Ya Allah...saudara...dulu masa nabi sampai kan kebenaran pun ramai puak puak jahiliyah ckp mcm saudara ni lah..sebiji..
@@UsamahMohdSabrikesiannya kau terleka dgn main youtube duniawi ni