[HADIS PALSU] - Orang paling jahat ialah peniaga dan petani & tukang-tukang (pakar-pakar)!
Вставка
- Опубліковано 10 лют 2025
- darulkautsar.w... [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM
USUL DIRAYAT KE - 48 - Hadith-hadith yang mencela sesuatu pekerjaan atau usaha mencari rezeki dan profession tertentu semuanya palsu. Begitu juga dengan hadith-hadith yang menghina tukang-tukang atau orang-orang yang melakukan sesuatu pekerjaan sebagai professionnya seperti guru, tukang jahit, peniaga, petani dan lain-lain.
SELINGAN
1. 00:10:59 - Berhati-hati bila menerima atau kongsikan ilmu-ilmu berkaitan agama, contohnya, hadith-hadith yang tidak dipastikan kesahihannya. Ingatlah Nabi s.a.w. mengancam dengan neraka kepada orang yang berdusta atas nama Baginda. Niat yang baik sahaja tidak menjamin untuk mendapat pahala malah mungkin menuai dosa sekiranya apa yang dibuat atau dikongsikan salah di sisi agama. Oleh itu belajarlah dan tingkatkanlah ilmu pengetahuan.
2. 00:11:17 - Islam menganjurkan umatnya supaya bermesyuarat dalam perkara-perkara yang penting
Video Asal - • Sesi 82 - Hadith Men...
CONTOH HADITH PALSU
1. 00:00:48 - HADIS PALSU NO. 1
"Manusia yang paling jahat ialah peniaga-peniaga dan petani-petani"
00:01:09 - KOMENTAR HADIS PALSU NO. 1 i. Seorang tokoh hadith, al-Jauzaqaani berkata hadith ini bathil (karut) dan di dalam sanadnya terdapat beberapa orang perawi yang tidak dikenali. ii. Hadith palsu ini bercanggah dengan sabda Nabi s.a.w. Apabila ditanya apakah pekerjaan yang paling baik dan paling utama, Nabi s.a.w. menjawab, "Pekerjaan seseorang menggunakan tangannya dan segala bentuk jual beli (perniagaan yang halal)". iii. Hadith palsu ini juga bercanggah dengan hadith sahih yang diriwayatkan dari 'Aisyah r.ha., "Sesungguhnya apa yang paling baik dimakan oleh seseorang ialah daripada hasil usahanya. Dan anak seseorang juga daripada hasil usahanya".
2. 00:03:11 - HADIS PALSU KE-2
"Jangan kamu bermesyuarat dengan tukang-tukang tenun, tukang-tukang bekam dan guru-guru, kerana Allah telah menarik akal mereka dan menghilangkan keberkatan pekerjaan mereka."
00:03:31 - KOMENTAR HADIS PALSU KE-2 i. Perawi hadith ini Muhammad bin Dhau' adalah seorang pendusta besar. Seorang lagi perawinya, 'Ubaidillah bin Zahar ialah perawi hadith maudhu'. ii. Ada kemungkinan perawi-perawi ini bermusuhan dengan mereka yang menceburi bidang pekerjaan tersebut lalu mencipta hadith palsu untuk melepaskan geram mereka. Atau mungkin juga perawi hadith palsu ini memang sengaja mencipta hadith palsu untuk merosakkan Islam. iii. Larangan dari bermesyuarat dengan mereka yang bekerja sebagai tukang bekam, tukang tenun kain atau guru-guru adalah tidak munasabah dan tidak mungkin keluar dari mulut Nabi s.a.w. yang mulia. Ianya bercanggah dengan apa yang diperintahkan Allah, iaitu supaya bermesyuarat. iv. Budaya mengklasifikasikan pekerjaan berdasarkan status dan "pandangan masyarakat" adalah asing dalam Islam. Yang penting dalam Islam ialah sesuatu pekerjaan itu hendaklah halal.
3. 00:07:17 HADIS PALSU KE-3
"Umatku yang paling teruk (jahat) ialah tukang-tukang tempa (seperti tukang emas, tukang besi dan lain-lain) dan tukang-tukang celup"
00:07:35 KOMENTAR HADIS PALSU KE-3
i. As-Suyuti, as-Sakhaawi dan Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini dhaif di segi sanadnya. Tetapi di segi dirayat, ianya jelas maudhu'.
ii. Hadith palsu ini bercanggah dengan hadith sahih yang berbunyi, "Tidak ada sama sekali makanan yang lebih baik dimakan oleh seseorang daripada makanan (yang diperolehi daripada) hasil usaha tangannya. Nabiyullah Daud a.s. memakan daripada hasil usaha tangannya". iii. Apa yang disebut "tukang" di zaman Nabi, di zaman ini boleh disamakan seperti kepakaran di dalam sesuatu bidang umpamanya kejuruteraan, perubatan dsb. Ianya amat diperlukan dan tidak munasabah ianya dikatakan sebagai manusia yang paling teruk.
iv. Betapa ramai tukang-tukang yang disebut di dalam hadith palsu tersebut adalah terdiri dari mereka yang baik-baik dan amanah.
Kalau difikirkan dan diperhatikan betul-betul pada zaman moden ini, mungkin betul hadis hadis ini. Cuba perhatikan kelakuan perilaku peniaga peniaga, petani petani dan tukang tukang dizaman ini. Mereka peniaga, sengaja menaikkan harga, menipu. Dalam menukang rumah. Asyik nak duit jer. Kerja tak siap duit nak. Mungkin betul Hadi's ni. Kerja meniaga, petani dan tukang tukang jahit, tukang rumah, tukang gunting dan lain lain memang mulia kerja nya. Yang menjadi masalahnya perilaku dan perbuatan mereka dalam melaksanakan perniagaan, bertani dan tukang tukang. Cuba tengok depan mata kita sendiri kerenah mereka.