Video Ringkas Tentang Hadith
Video Ringkas Tentang Hadith
  • 121
  • 20 989
[HADIS PALSU] - Orang paling jahat ialah peniaga dan petani & tukang-tukang (pakar-pakar)!
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM
USUL DIRAYAT KE - 48 - Hadith-hadith yang mencela sesuatu pekerjaan atau usaha mencari rezeki dan profession tertentu semuanya palsu. Begitu juga dengan hadith-hadith yang menghina tukang-tukang atau orang-orang yang melakukan sesuatu pekerjaan sebagai professionnya seperti guru, tukang jahit, peniaga, petani dan lain-lain.
SELINGAN
1. 00:10:59 - Berhati-hati bila menerima atau kongsikan ilmu-ilmu berkaitan agama, contohnya, hadith-hadith yang tidak dipastikan kesahihannya. Ingatlah Nabi s.a.w. mengancam dengan neraka kepada orang yang berdusta atas nama Baginda. Niat yang baik sahaja tidak menjamin untuk mendapat pahala malah mungkin menuai dosa sekiranya apa yang dibuat atau dikongsikan salah di sisi agama. Oleh itu belajarlah dan tingkatkanlah ilmu pengetahuan.
2. 00:11:17 - Islam menganjurkan umatnya supaya bermesyuarat dalam perkara-perkara yang penting
Video Asal - ua-cam.com/video/o0fGwSbfKU0/v-deo.html
CONTOH HADITH PALSU
1. 00:00:48 - HADIS PALSU NO. 1
"Manusia yang paling jahat ialah peniaga-peniaga dan petani-petani"
00:01:09 - KOMENTAR HADIS PALSU NO. 1 i. Seorang tokoh hadith, al-Jauzaqaani berkata hadith ini bathil (karut) dan di dalam sanadnya terdapat beberapa orang perawi yang tidak dikenali. ii. Hadith palsu ini bercanggah dengan sabda Nabi s.a.w. Apabila ditanya apakah pekerjaan yang paling baik dan paling utama, Nabi s.a.w. menjawab, "Pekerjaan seseorang menggunakan tangannya dan segala bentuk jual beli (perniagaan yang halal)". iii. Hadith palsu ini juga bercanggah dengan hadith sahih yang diriwayatkan dari 'Aisyah r.ha., "Sesungguhnya apa yang paling baik dimakan oleh seseorang ialah daripada hasil usahanya. Dan anak seseorang juga daripada hasil usahanya".
2. 00:03:11 - HADIS PALSU KE-2
"Jangan kamu bermesyuarat dengan tukang-tukang tenun, tukang-tukang bekam dan guru-guru, kerana Allah telah menarik akal mereka dan menghilangkan keberkatan pekerjaan mereka."
00:03:31 - KOMENTAR HADIS PALSU KE-2 i. Perawi hadith ini Muhammad bin Dhau' adalah seorang pendusta besar. Seorang lagi perawinya, 'Ubaidillah bin Zahar ialah perawi hadith maudhu'. ii. Ada kemungkinan perawi-perawi ini bermusuhan dengan mereka yang menceburi bidang pekerjaan tersebut lalu mencipta hadith palsu untuk melepaskan geram mereka. Atau mungkin juga perawi hadith palsu ini memang sengaja mencipta hadith palsu untuk merosakkan Islam. iii. Larangan dari bermesyuarat dengan mereka yang bekerja sebagai tukang bekam, tukang tenun kain atau guru-guru adalah tidak munasabah dan tidak mungkin keluar dari mulut Nabi s.a.w. yang mulia. Ianya bercanggah dengan apa yang diperintahkan Allah, iaitu supaya bermesyuarat. iv. Budaya mengklasifikasikan pekerjaan berdasarkan status dan "pandangan masyarakat" adalah asing dalam Islam. Yang penting dalam Islam ialah sesuatu pekerjaan itu hendaklah halal.
3. 00:07:17 HADIS PALSU KE-3
"Umatku yang paling teruk (jahat) ialah tukang-tukang tempa (seperti tukang emas, tukang besi dan lain-lain) dan tukang-tukang celup"
00:07:35 KOMENTAR HADIS PALSU KE-3
i. As-Suyuti, as-Sakhaawi dan Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini dhaif di segi sanadnya. Tetapi di segi dirayat, ianya jelas maudhu'.
ii. Hadith palsu ini bercanggah dengan hadith sahih yang berbunyi, "Tidak ada sama sekali makanan yang lebih baik dimakan oleh seseorang daripada makanan (yang diperolehi daripada) hasil usaha tangannya. Nabiyullah Daud a.s. memakan daripada hasil usaha tangannya". iii. Apa yang disebut "tukang" di zaman Nabi, di zaman ini boleh disamakan seperti kepakaran di dalam sesuatu bidang umpamanya kejuruteraan, perubatan dsb. Ianya amat diperlukan dan tidak munasabah ianya dikatakan sebagai manusia yang paling teruk.
iv. Betapa ramai tukang-tukang yang disebut di dalam hadith palsu tersebut adalah terdiri dari mereka yang baik-baik dan amanah.
Переглядів: 20

Відео

[HADIS PALSU] - Memandang wajah yang cantik adalah satu ibadat!
Переглядів 3114 днів тому
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 47 - Setiap hadith yang menyebutkan kelebihan orang-orang yang berwajah cantik (baik laki-laki dan perempuan), pujian Nabi s.a.w. terhadap mereka, perintah Baginda supaya memandang mereka, meminta hajat dengan mereka atau mereka tidak akan disentuh api n...
[HADIS PALSU] - Anak zina tidak akan masuk syurga, tidak juga anaknya & tidak juga anak bagi anaknya
Переглядів 528 днів тому
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 46 - Hadith-hadith yang menyatakan anak zina tidak akan masuk syurga, demikian juga anak cucunya, tidak ada satu pun yang sahih, bahkan semuanya maudhu'. Demikian juga hadith-hadith yang menyatakan anak zina diciptakan untuk neraka, semata-mata kerana ia...
[HADIS PALSU] - Penduduk Mesir Pendek-Pendek Umurnya!
Переглядів 2Місяць тому
[Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 45 - Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan mana-mana tempat atau negeri atau pujian Nabi s.a.w. terhadapnya yang bersifat tetap dan berkekalan selain Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis adalah palsu. Demikian juga dengan hadith-hadith yang mencela sesuatu tempat atau negeri. [Nota: ...
[HADIS PALSU] - Untuk dapat berkat, kalau ada yang bernama Muhammad, wajib ajak dia masuk meeting!
Переглядів 10Місяць тому
[Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 44 - Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad semata-mata kerana nama itu, dan celaan serta ancaman terhadap orang yang tidak melebihkan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad adalah palsu. Demikian juga celaan dan ancaman terhadap orang yang t...
[HADIS PALSU] -Kepapaan adalah kecacatan disisi manusia, tetapi cantik disisi Allah pada hari kiamat
Переглядів 4Місяць тому
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 43 - Riwayat-Riwayat Yang Menyebutkan Tentang Kelebihan Hidup Dalam Keadaan Miskin Dan Papa Kedana, Maudhu' (Palsu) Semuanya. Tidak Ada Satu Pun Yang Sahih. Demikian Juga Riwayat-Riwayat Yang Memuji Kemiskinan Dan Kepapaan, Menyatakan Kemuliaan Orang-Ora...
[HADIS PALSU] - Pelihara anak anjing lagi baik dari pelihara anak kandung! Wow!
Переглядів 4Місяць тому
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 42 - Hadith-hadith yang memuji dan menyatakan kelebihan kehidupan membujang dan mencela kehidupan berkeluarga dengan beranak pinak semuanya karut. Tidak ada satupun daripadanya sahih. SELINGAN 1. 00:11:52 - KEMANISAN, KEHEBATAN DAN MANAFAAT MENGETAHUI HA...
[HADIS PALSU] - Suara Di Bulan Ramadhan & Lahir Selepas Tahun 100 Tak Guna!
Переглядів 5Місяць тому
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 41 - Mana-mana Riwayat Yang Menyatakan Pada Abad Sekian-sekian, Pada Tahun Sekian-sekian, Pada Bulan Sekian-sekian Atau Pada Hari Sekian-sekian Akan Berlaku Peristiwa-peristiwa Tertentu Dengan Tepat Dan Jelas, Semuanya Maudhu' (Palsu). Demikian Juga Riwa...
[HADIS PALSU] - Hari Rabu hari paling sial! & Syiah ada kalender sial atau bertuah untuk setiap hari
Переглядів 2Місяць тому
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 40 - Hadith-hadith yang menyebutkan bulan-bulan atau hari-hari tertentu seperti hari Selasa atau Rabu dan lain-lain sebagai bulan-bulan atau hari-hari nahas atau hari bertuah boleh dikatakan semuanya palsu; yang paling baik pun ianya sangat dhaif. CATATA...
[HADIS PALSU] - Tiada Ibadat Khusus Di Malam Hari Raya
Переглядів 22 місяці тому
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 39 - Riwayat-riwayat yang menyatakan kelebihan beribadat khusus pada malam dua hari raya dan makbul doa pada dua malam itu tiada satu pun yang sahih TIADA IBADAT KHUSUS PADA MALAM HARI RAYA Ibnu Qayyim berkata, "Tidak ada satupun hadith yang sahih tentan...
[HADIS PALSU] - Timbunan Hadith Palsu Nisfu Sya'ban & Ulama' Cari Makan Guna Amalan Bid'ah!
Переглядів 92 місяці тому
[Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 38 - Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan malam Nisfu Sya'ban, kelebihan amalan-amalan tertentu pada malam itu dan kelebihan berpuasa pada keesokan harinya secara khusus, tidak ada satupun yang sahih, ianya sama ada maudhu' atau amat dha'if. Video Asal - i) ua-cam.com/video/SPR2...
[HADIS PALSU] - Puasa Khusus Di Bulan Rejab & Keistimewaan Bulan Rejab & Bersungguh Beribadat Rejab
Переглядів 162 місяці тому
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 37 - Riwayat-riwayat yang menyatakan kelebihan bulan Rejab serta kelebihan berpuasa dan beribadat padanya secara khusus, tidak ada satu pun yang sahih. Ia hanya berkisar di sekitar dha'if dan maudhu'. Video Asal - i) ua-cam.com/video/qPgFtIU4wHA/v-deo.ht...
[HADIS PALSU] -Solat Asyura, Solat Raghaib, Solat Nisfu Syaaban, Tunggu Kubur & Kaifiat Solat Hajat
Переглядів 22 місяці тому
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 36 - Riwayat-riwayat yang menyatakan kelebihan sembahyang pada hari atau malam bagi bulan tertentu seperti sembahyang Ragha'ib pada malam tertentu di bulan Rajab, sembahyang Asyura dll semuanya maudhu' kecuali sembahyang tarawih pada malam-malam di bulan...
[HADIS PALSU]-Sesiapa yang tak mahu papa, sakit mata & gila, hendaklah potong kuku pada hari Khamis
Переглядів 23 місяці тому
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 34 - Hadith-hadith tentang kelebihan dan faedah memotong kuku pada hari-hari tertentu, juga hadith-hadith tentang kaifiat (cara) dan tertib memotong kuku tidak ada satu pun yang sahih, semuanya sama ada amat dhaif atau maudhu' (palsu) Video Asal - • ua-c...
[HADIS PALSU] -Hadis kelebihan sesuatu perkara drp suatu yang lain semuanya palsu kecuali satu hadis
Переглядів 33 місяці тому
darulkautsar.wordpress.com/ [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM USUL DIRAYAT KE - 33 - Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan sesuatu perkara/orang daripada sesuatu yang lain [contohnya, "Kelebihan ku (Nabi s.a.w.) daripada sekelian benda atau perkara'] semuanya palsu, paling tinggipun ianya dhaif, kecuali satu hadith, iaitu hadith, ...
[HADIS PALSU] - Elak Soalan Munkar Nakir Dengan Ber"khidab" (Memakai Inai)!
Переглядів 324 місяці тому
[HADIS PALSU] - Elak Soalan Munkar Nakir Dengan Ber"khidab" (Memakai Inai)!
[HADIS PALSU] - Inai Penghulu Wangian & Mencegah Soalan Dari Munkar Nakir
Переглядів 634 місяці тому
[HADIS PALSU] - Inai Penghulu Wangian & Mencegah Soalan Dari Munkar Nakir
[HADIS PALSU] - Burung Merpati Perdayakan Jin & Ayam Jantan Putih Kawan Nabi s.a.w.
Переглядів 834 місяці тому
[HADIS PALSU] - Burung Merpati Perdayakan Jin & Ayam Jantan Putih Kawan Nabi s.a.w.
[HADIS PALSU] - Permata Zamrud Dan Delima Cegah Kepapaan & Permata Akik Cincin Ahli Syurga
Переглядів 604 місяці тому
[HADIS PALSU] - Permata Zamrud Dan Delima Cegah Kepapaan & Permata Akik Cincin Ahli Syurga
[HADIS PALSU] - Garam Penghulu Makanan & Penyembuh Penyakit Kronik
Переглядів 584 місяці тому
[HADIS PALSU] - Garam Penghulu Makanan & Penyembuh Penyakit Kronik
[HADIS PALSU] - Hadith Palsu Kebaikan Dan Keburukan Sayur
Переглядів 764 місяці тому
[HADIS PALSU] - Hadith Palsu Kebaikan Dan Keburukan Sayur
[HADIS PALSU] - Hadith Kelebihan Minyak Tertentu Semuanya Palsu
Переглядів 1074 місяці тому
[HADIS PALSU] - Hadith Kelebihan Minyak Tertentu Semuanya Palsu
[HADIS PALSU] - Semua Hadith Tentang Bunga Adalah Palsu
Переглядів 255 місяців тому
[HADIS PALSU] - Semua Hadith Tentang Bunga Adalah Palsu
[HADIS PALSU] - Riwayat Aqal Adalah Kejadian Pertama Adalah Palsu
Переглядів 145 місяців тому
[HADIS PALSU] - Riwayat Aqal Adalah Kejadian Pertama Adalah Palsu
[HADIS PALSU] - Cerita Ajaib Masa Nabi Lahir Semuanya Palsu!
Переглядів 55 місяців тому
[HADIS PALSU] - Cerita Ajaib Masa Nabi Lahir Semuanya Palsu!
[HADIS PALSU] "NUR MUHAMMAD" - Komplot Syiah Dan Kejahilan Umat
Переглядів 655 місяців тому
[HADIS PALSU] "NUR MUHAMMAD" - Komplot Syiah Dan Kejahilan Umat
[HADIS PALSU] Sambutan Hari Haul Yang Direka & Bahaya Kepada Aqidah Umat Islam
Переглядів 136 місяців тому
[HADIS PALSU] Sambutan Hari Haul Yang Direka & Bahaya Kepada Aqidah Umat Islam
[HADIS PALSU] Maulid Nabi - Dalil Palsu & 15 Kesan Buruk Sambutan Maulidurrasul
Переглядів 116 місяців тому
[HADIS PALSU] Maulid Nabi - Dalil Palsu & 15 Kesan Buruk Sambutan Maulidurrasul
[HADIS PALSU] Abu Talib Islam? & Ubaidillah Jahsy Kristian? & Nabi Isra' Hanya Dengan Roh?
Переглядів 56 місяців тому
[HADIS PALSU] Abu Talib Islam? & Ubaidillah Jahsy Kristian? & Nabi Isra' Hanya Dengan Roh?
[HADIS PALSU] Abdurrahman Auf masuk syurga merangkak kerana kaya & Saidina Uthman dimalukan Nabi
Переглядів 76 місяців тому
[HADIS PALSU] Abdurrahman Auf masuk syurga merangkak kerana kaya & Saidina Uthman dimalukan Nabi

КОМЕНТАРІ

  • @RBSb7n
    @RBSb7n 3 дні тому

    Kalau difikirkan dan diperhatikan betul-betul pada zaman moden ini, mungkin betul hadis hadis ini. Cuba perhatikan kelakuan perilaku peniaga peniaga, petani petani dan tukang tukang dizaman ini. Mereka peniaga, sengaja menaikkan harga, menipu. Dalam menukang rumah. Asyik nak duit jer. Kerja tak siap duit nak. Mungkin betul Hadi's ni. Kerja meniaga, petani dan tukang tukang jahit, tukang rumah, tukang gunting dan lain lain memang mulia kerja nya. Yang menjadi masalahnya perilaku dan perbuatan mereka dalam melaksanakan perniagaan, bertani dan tukang tukang. Cuba tengok depan mata kita sendiri kerenah mereka.

  • @DanishMuqriChannel
    @DanishMuqriChannel 12 днів тому

    Ilmu Maulana sangatlah tak terjangkau kealiman beliau dalam Fiqh dan Hadis, but with all due respect, saya kurang bersetuju dengan pengharusan Muzik. Wallahu A'lam.

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 28 днів тому

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam) 3. 00:06:13 HADITH PALSU KETIGA "Anak-anak zina akan dibangkitkan (di Mahsyar) dalam rupa kera-kera dan babi-babi" KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Perawi hadith ini, Ali bin Zaid bin Ju'dan adalah seorang perawi yang langsung tidak bernilai. Hadith ini dihukumkan maudhu' oleh ramai ulama' hadith. ii. Hadith palsu ini menyalahi firman Allah di dalam al-Quran dan menyalahi prinsip keadilan Islam.

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 Місяць тому

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN KOMEN UA-cam) 2. 00:06:47 HADITH PALSU KEDUA "Apabila Wilayah Khurasan (mulai) ditakluk, dan agak lama tentera-tentera Islam ke sana, sehingga mereka berkumpul di Azerbaijan dan kawasan-kawasan pergunungannya. Ketika itu lemahlah semangat Umar r.a. lalu dia berkata, "Kenapalah sibuk sangat aku dengan Khurasan! Kenapalah sibuk sangat aku dengan Khurasan! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada gunung-gunung salji! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada beberapa gunung api! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada seribu tembok, setiap satu daripadanya seperti tembok Ya'juj dan Ma'juj! Ketika itu berkatalah Ali bin Abi Thalib a.s., "Sabar wahai anak al-Khattab! Agaknya engkau tidak mendapat ilmu Muhammad, atau agaknya engkau belum mengetahui ilmu dari Muhammad s.a.w. bahawa Allah mempunyai sebuah bandar di Khurasan, namanya Marw. Ia diasaskan oleh saudaraku Dzul Qarnain, dan 'Uzair telah bersembahyang di situ. Sungai-sungainya cantik (menarik pengembara) dan buminya pula subur. Di setiap pintu bandar itu ada malaikat yang menghunus pedangnya demi menjaga penduduknya daripada segala bencana hingga ke hari kiamat. Allah (juga) mempunyai sebuah bandar di Khurasan. Namanya Thaalaqaan. Kekayaannya bukan berupa emas dan perak, tetapi berupa orang-orang mukmin yang bangkit bila orang-orang lain bangkit dan menolong bila orang-orang lain telah gentar. Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Syasy. Orang yang berdiri dan tidur di bandar itu sepertii orang yang berlumuran dengan darahnya di jalan Allah. Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Bukhara. Penduduk Bukhara aman daripada kejutan ketika huru-hara berlaku. Ketika orang-orang lain bersedih, mereka pula bergembira. Bertuahlah Bukhara! Allah menjenguk mereka setiap malam, lalu mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Taubat orang-orang yang bertaubat di kalangan mereka pula diterima Allah. Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Samarqand. Ia dibangunkan oleh orang yang membangunkan Hiirah. Allah melindungi penduduknya dan mendengar hiruk pikuknya. Setiap malam berserulah yang berseru (dengan berkata), "Bertuahlah kamu kerana akan memperolehi syurga! Berbahagialah Samarqand! Orang-orang di sekitarnya akan aman daripada azab Allah pada hari kiamat nanti jika mereka taat. Kemudian berkata Ali, "Wahai Ibnu al-Kawwa', berapakah jarak di antara Busanj dan Hiraat?" Jawab Ibn al-Kawwa', "Enam farsakh". Kata Ali, "Tidak, bahkan sembilan farsakh, tidak lebih dan tidak kurang walaupun sebatu. Demikianlah kekasih dan kesayanganku Muhammad s.a.w. memberitahuku." Kemudian beliau (Ali) berkata lagi, "Sesungguhnya di Khurasan ada sebuah bandar dipanggil Thuus. Betapa hebatnya orang-orang mukmin di Thuus! Mereka tidak mempedulikan kerana Allah celaan orang yang mencela. Mereka melakukan ibadat kerana Allah, dan menghidupkan sunnah Nabi-Nya s.a.w. Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Khuwarizm. Orang yang tidur di situ seperti orang-orang yang beribadat pada hari paling panjang di musim panas. Mereka adalah anak-anak Qafthuura. Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Jurjan. Hasil taninya elok. Tanah tinggi dan tanah rendahnya menghijau. Sumber airnya pula banyak. Makan dan minum hamba-hamba Allah di situ cukup mewah. Mereka berada dalam kesenangan ketika orang-orang lain berada dalam kesempitan. Mereka menurut perintah Allah dan bersegera pula mentaatinya. Sungguh bertuah mereka! Sekali lagi, sungguh bertuah mereka, jika mereka beriman dan membenarkan! Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Quumas. Alangkah istimewanya orang-orang di Quumas! Maka berkata Umar, "Hai Ali engkau memang penimbul fitnah!". Mendengar kata-kata (tuduhan) Umar itu, Ali pun berkata, "Jika dua biji batu tercampak dari udara pun orang akan berkata, "Ini perbuatan Ali bin Abi Thalib." Umar seterusnya berkata, "Alangkah baiknya kalau jarak di antaraku dan Khurasan sejauh jarak di antaraku dan Balqa' ". [Hadith palsu ini terdapat di dalam kitab al-Maudhuat, Ibnu al-Jauzi] KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini palsu. Perawi hadith ini Nuh bin Abi Maryam langsung tidak bernilai dan hadithnya tidak boleh ditulis. ii. Terdapat unsur-unsur Syiah di dalam hadith ini seperti diletakkan doa "alaihissalam (a.s.) selepas nama Ali bin Abi Talib. Saidina Umar (musuh ketat Syiah) pula digambarkan sebagai seorang pengecut dan lemah semangat berbanding Saidina Ali yang digambarkan sebagai seorang yang penyabar dan berpengetahuan luas dalam hadith-hadith Nabi. 3. Untuk melebihkan dan memuliakan sesuatu tempat berbanding tempat lain, diperlukan nas yang sahih dan terang tentangnya. 3. 00:12:27 HADITH PALSU KETIGA "Sesungguhnya Mesir akan ditakluk sepeninggalanku. Maka rebutlah kamu kebaikannya, tetapi jangan jadikannya sebagai tempat tinggalmu. Sesungguhnya akan digiring kepadanya orang-orang yang paling pendek umurnya". KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Tokoh-tokoh hadith seperti Ibnu al-Jauzi, as-Sakhawi, al-Albani dan al-Ghumairi menghukumkan hadith ini sebagai maudhu' (palsu). ii. Hadith ini bercanggah dengan kenyataan di mana tidak terbukti semua orang yang tinggal di Mesir pendek umurnya. iii. Ramai Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. tinggal di Mesir dan tidak mengamalkan hadith palsu ini.

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 Місяць тому

    3. 00:07:08 HADITH PALSU KETIGA "Tidak berkumpul mana-mana kaum sama sekali untuk bermesyuarat, sedangkan ada di antara mereka seorang yang bernama Muhammad, tetapi mereka tidak memasukkannya dalam mesyuarat mereka, melainkan mesyuarat mereka tidak diberkati". [Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu] KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Tokoh-tokoh hadith telah menghukumkan hadith ini sebagai dusta dan maudhu' (palsu). ii. Hadith ini tidak praktikal, kerana untuk mendapat keberkatan, seseorang perlu menghadiri mesyuarat semata-mata kerana namanya Muhammad, padahal dia bukan yang layak menghadiri mesyuarat tersebut. iii. Hadith palsu ini memberi imej buruk tentang Islam kepada orang bukan Islam dan memeningkan kepala orang Islam sendiri! 4. 00:09:01 HADITH PALSU KEEMPAT "Sesiapa mendapat tiga orang anak laki-laki, tetapi ia tidak memberi nama Muhammad kepada seorang pun daripadanya, bererti ia memang jahil" KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT i. Perawi-perawi hadith ini dalam beberapa saluran terdiri dari mereka yang dituduh sebagai pendusta besar dan pereka hadith. ii. Ramai Sahabat termasuk Saidina Umar r.hu. tidak mengamalkan hadith ini. i iii. Hadith ini bercanggah dengan ajaran al-Quran yang menyatakan kejayaan seseorang di akhirat adalah iman dan amal solehnya, bukannya nama dan gelarannya.

  • @ejan769
    @ejan769 Місяць тому

    Bagaimana saya ingin tahu lebih lanjut tentang maksud "tak kena"

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 Місяць тому

    SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam) 3. 00:08:43 HADITH PALSU KETIGA "Carilah pertolongan pada orang-orang faqir miskin di kalangan orang-orang Islam, kerana mereka ada kuasa di hari kiamat (kelak)" KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Perawi pertama hadith palsu ini ialah Wahab bin Munabih, menunjukkan ianya adalah kata-kata Wahab bin Munabih, bukannya sabda Nabi s.a.w. ii. Ulama'-ulama' hadith sepakat mengatakan ianya hadith palsu. ii. Hadith palsu ini seolah-olah mengatakan Nabi secara tidak langsung menggalakkan umatnya menjadi peminta sedekah, walhal, banyak hadith-hadith yang mencela meminta sedekah.

  • @mazmd4643
    @mazmd4643 Місяць тому

    Ramadhan 15 pd tahun 2025 ialah hari Jumaat. Walau apa pun, mungkin baik kita yg kurang amalan memperbanyakkan amalan kita dan meninggalkan hiburan hiburan

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 Місяць тому

    SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam) 3. 00:14:34 HADITH PALSU KETIGA "Tidak pernah berjaya sama sekali orang yang berkeluarga (yang mempunyai anak pinak)" KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah karut. ii. Kenyataan yang berlaku dalam masyarakat tidak menyokong hadith ini, kerana didapati ramai orang yang berkeluarga berjaya dalam hidup dan tidak semua yang tidak berkeluarga berjaya. iii. Dalam hadith sahih, Nabi s.a.w. bersabda yang bertentangan dengan hadith palsu ini, iaitu, sebaik-baik duit ialah yang dibelanjakan untuk keluarganya. Antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah orang yang membelanjakan ahli keluarganya. iv. Rasulullah s.a.w. mendoakan orang yang baru berkahwin kebahagiaan untuknya dan berdoa semoga dikurniakan zuriat yang baik. Ini menunjukkan Rasulullah suka umatnya berkeluarga dan Baginda mendoakan kebaikan kepada mereka.

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 Місяць тому

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam) 3. 00:06:07 HADITH PALSU KETIGA Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila tiba tahun 150, maka sebaik-baik anak-anakmu ialah anak-anak perempuan. Apabila tiba tahun 160 pula, maka manusia yang terbaik pada masa itu ialah yang tiada tanggungan". Kami bertanya, "Apakah maksud, 'manusia yang tiada tanggungan' itu?". Jawab Nabi s.a.w., "Iaitu orang yang tidak mempunyai anak, tidak banyak pula perbelanjaannya (orang miskin)". KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Ibnu Jauzi berkata hadith ini tiada nilai langsung. ii. Tujuan pereka hadith ini ialah untuk melemahkan umat Islam seperti menggalakkan umatnya hidup miskin dan hidup sendirian tanpa tanggungjawab. Walaupun ianya tidak diendahkan oleh masyarakat umum, hadith palsu ini mungkin mempengaruhi mereka yang jahil tentang hadith Nabi dan menganggapnya sahih. 4. 00:08:05 HADITH PALSU KEEMPAT "Apabila tiba tahun 380, kepada umatku, halallah kepada mereka hidup membujang dan bertapa di atas puncak-puncak gunung". KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT i. Hadith ini dimasukkan dalam kitab 'al-maudhuat', kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu. ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama Sulaiman bin Isa, seorang pereka hadith. iii. Hadith ini menggambarkan bahawa berkahwin adalah wajib sebelum tahun 380H dan ia juga menggalakkan amalan bertapa di kalangan umat Islam. iv. Ada hadith sahih tentang fitnah di akhir zaman, tetapi ianya tidak menyatakan tarikh berlakunya dengan tepat dan tidak menyatakan amalan bertapa.

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 Місяць тому

    [SAMBUNGAN NOTA KULIAH DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam] 2. 00:04:02 HADITH PALSU KEDUA Abu Said al-Khudri meriwayatkan katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hari Sabtu, hari helah dan tipu daya, hari Ahad hari menanam pokok dan mendirikan bangunan, hari Isnin hari berjalan dan mencari rezeki, hari Selasa hari besi dan perang, hari Rabu hari tidak mengambil dan tidak memberi, hari Khamis hari mencari segala hajat dan hari masuk menemui sultan dan hari Jumaat hari pertunangan dan pernikahan". KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA Hadith ini sangat dhaif kerana, a) "Ittirab" (tidak tetap) pada matannya, b) bercanggah dengan riwayat yang sahih, c) bercanggah dengan kenyataan, d) tidak ada sandaran yang jelas dan sahih. e) sanadnya dhaif. [Nota: Ada riwayat dalam kitab utama Syiah yang hampir serupa dengan hadith ini. Oleh itu, boleh dikatakan hadith ini berpunca dari Syiah. Masuknya hadith-hadith palsu ini adalah kerana kurang dan lemahnya pengajian hadith dalam masyarakat] 3. 00:08:04 HADITH PALSU KETIGA "Sesiapa memberi berita gembira kepadaku tentang keluarnya (habisnya) bulan Safar aku memberikan berita gembira kepadanya tentang dia akan masuk syurga". [Nota: Suatu masa dahulu bulan Safar dikaitkan dengan bala, sehingga orang tidak mahu berkahwin di bulan ini dan ada upacara mandi tolak bala] KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA 1. Hadith ini dimasukkan di dalam kitab-kitab "al-maudhuat", kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu. 2. Ulama' bersepakat mengatakan hadith ini maudhu' (palsu). 3. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih yang mengatakan tiada kepercayaan bahawa bulan Safar membawa sial atau nahas. 4. 00:09:56 HADITH PALSU KEEMPAT "Hari-hari itu semuanya diciptakan oleh Allah, sebahagiannya adalah hari-hari bertuah dan sebahagian yang lain pula adalah hari-hari nahas sebagaimana manusia semuanya adalah hamba-hamba Allah tetapi sebahagiannya untuk syurga dan sebahagian yang lain pula adalah untuk neraka. Tidak ada satupun bulan melainkan ada tujuh hari nahas padanya. Hari ketiga nahas padanya Qabil telah membunuh Habil, hari kelima nahas padanya dikeluarkan Adam dari syurga dan dicampakkan Yusuf ke dalam telaga. Hari ke 13 nahas padanya bala' menimpa Ayyub (Nabi Ayyub), hari ke 16 nahas padanya kerajaan Sulaiman (Nabi Sulaiman) dirampas, hari ke 21 nahas padanya kaum Lut ditelan bumi, orang-orang Nasrani ditukar rupa menjadi babi, orang-orang Yahudi ditukar rupa menjadi kera dan Nabi Yahya bin Zakaria dibelah dengan gergaji. Hari ke 24 nahas padanya Fir'aun dilahirkan dan mendakwa dirinya sebagai tuhan dan padanya juga ia ditenggelamkan, pada hari itu juga ribut taufan belalang, kutu dan katak dilepaskan (sebagai bencana kepada bani Israil), hari ke 25, nahas padanya Namrud membelah perut 40 orang wanita mengandung. Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api dan unta Nabi Saleh disembelih. Pada hari itu Allah membinasakan kaum Saleh dengan azab yang amat dahsyat. Hari Rabu di akhir setiap bulan juga hari nahas dan berterusan. Pada hari itu Allah melepaskan angin kencang untuk membinasakan kaum Aad dan pada hari itu juga Allah menimpakan azab ke atas kaum Tsamud." KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith maudhu' karangan as-Shaukani dan al-Fattani. Hafiz Ibnu Hajar mengatakan ianya dusta.

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 2 місяці тому

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam) 4. HADITH PALSU KEEMPAT Saidina Ali berkata: Pada malam Nisfu Sya'ban, saya tengok Rasulullah s.a.w bersembahyang 14 rakaat, selepas itu dia duduk dan Nabi s.a.w. membaca surah al-Fatihah 14 kali dan surah an-Naas 14 kali dan satu kali ayat al-Kursi...bila Nabi s.a.w. selesai bersembahyang maka saya pun bertanya tentang sembahyang yang dia lakukan. Maka Baginda menjawab, "Sesiapa yang melakukan seperti itu dia akan dapat pahala 20 kali haji mabrur dan pahala puasa 20 tahun". 5. HADITH PALSU KELIMA Riwayat dari Aishah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah s.w.t. turun pada malam Nisfu Sya'ban ke langit dunia. Dia mengampunkan begitu ramai orang, lebih banyak dari bulu kambing bani Kalb". [Nota: Hadith ini terdapat dalam kitab Imam at-Tirmizi, tetapi silapnya kita mengambil hadith ini tanpa menukilkan kata-kata Imam at-Tirmizi yang menyatakan Imam al-Bukhari menghukumkan hadith ini dhaif kerana terputusnya sanad di dua tempat] 6. HADITH DHAIF KEENAM - DOA BILA MASUK BULAN REJAB Hadith dhaif yang popular dan selalu disebut oleh imam-imam solat ketika masuknya bulan Rejab: اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ Maksudnya, “Ya Allah, Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan". 7. RIWAYAT DHAIF DALAM KITAB AL-UMM (IMAM AS-SHAFIE) Imam as-Shafei menulis dalam Kitab al-Umm, "Sampai maklumat kepadaku (Nota: Gaya bahasa ini dinamakan riwayat secara 'balagh', iaitu salah satu cara meriwayatkan hadith dhaif) bahawa dikatakan doa mustajab ada pada lima malam, pertama, malam Jumaat, kedua, malam Adha, malam Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'ban". [Nota: Riwayat Imam as-Shafie secara 'balagh' tidak diterima ulama' kerana ada kalanya ianya dhaif sangat (dhaif jiddan) atau palsu, tidak sebagaimana riwayat secara 'balagh' Imam Malik yang secara umumnya diterima]

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 2 місяці тому

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam) 4. HADITH PALSU KEEMPAT "Kelebihan Rejab daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan al-Quran daripada sekelian zikir. Kelebihan bulan Syaaban daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan Muhammad s.a.w. daripada sekelian nabi dan kelebihan bulan Ramadhan daripada sekelian bulan yang lain seperti kelebihan Allah daripada sekelian hamba-hamba-Nya". KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT i. Di dalam sanad hadith ini juga terdapat Abul Baraqat, seorang pereka hadith. ii. Hafiz Ibnu Hajar menghukumnya sebagai hadith maudhu' (palsu)

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 2 місяці тому

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam) 3. HADITH PALSU KETIGA Rajab ialah bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Ditanya orang, "Wahai Rasulullah. Apakah maksudnya kata anda 'Rajab itu bulan Allah'?". Baginda s.a.w. menjawab, "Kerana ia dikhususkan dengan keampunan Allah. Padanya darah tidak ditumpahkan, padanya Allah menerima taubat para nabi-Nya dan padanya juga Allah menyelamatkan para kekasih-Nya daripada tangan musuh-musuh-Nya. Sesiapa berpuasa pada bulan itu dia pasti mendapat tiga perkara daripada Allah iaitu, pertama, keampunan bagi sekelian dosanya yang lalu, kedua, keterpeliharaannya di sepanjang hayat selagi masih hidup dan, ketiga, keamanan daripada kedahagaan pada hari mahsyar." Tiba-tiba bangkit seorang tua lalu berkata, "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak mampu untuk berpuasa sepanjang bulan Rajab". Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Satu hari di permulaan bulan Rajab sesungguhnya satu kebajikan digandakan pahalanya 10 kali ganda. Satu hari di pertengahannya dan satu hari lagi di penghujungnya. Jika engkau berpuasa tiga hari sahaja daripadanya nescaya engkau akan diberikan pahala seperti berpuasa dii sepanjang bulan Rajab. Cuma jangan lupa malam pertama bulan Rajab itu kerana para malaikat menamakannya 'ar-Ragha'ib'. Pada malam itu tidak ada malaikat baik di langit maupun di bumi semuanya berkumpul di dalam kaabah dan di kawasan-kawasan sekelilingnya, maka Allah menjenguk pada mereka seraya berfirman, "Wahai para malaikat, mintalah kepada-Ku apa yang kamu mahu". Jawab malaikat, "Wahai tuhan kami, hajat kami kepada Mu ialah Engkau mengampunkan orang-orang yang berpuasa di bulan Rajab". Kata Allah, "Telah Ku terima permintaanmu". Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiada siapapun berpuasa pada hari Khamis pertama di bulan Rajab kemudian dia bersembahyang di antara sembahyang isya' dan maghrib malam Jumaatnya sebanyak 12 rakaat di mana dia membaca pada setiap rakaatnya Fatihatul kitab satu kali, Surah al-Qadr sebanyak tiga kali dan Surah al-Ikhlas sebanyak 12 kali. Ia memisahkan di antara setiap dua rakaat dengan salam. Setelah selesai bersembahyang dia berselawat kepadaku sebanyak 70 kali, dia mengucapkan "Allahummasoli ala Muhammad...". Kemudian dia bersujud. Di dalam sujudnya ia membaca "Subbu..." sebanyak 70 kali. Kemudian dia mengangkat kepalanya sambil membaca, "Rabbighfirli..." sebanyak 70 kali. Kemudian bersujud pula buat kali kedua. Dibacanya dalam sujud kedua itu seperti yang dibacanya dalam sujud pertama. Kemudian dia memohon hajatnya kepada Allah, hajatnya pasti akan ditunaikan. Kata Rasulullah s.a.w., "Demi tuhan yang nyawaku berada di tangan-Nya tiada seorangpun hamba (manusia) baik lelaki maupun perempuan yang mengerjakan sembahyang ini melainkan Allah mengampunkan segala dosanya walaupun ia sebanyak buih di laut dan sebanyak bilangan dedaun pada pokok-pokok. Ia dapat memberi syafaat pada hari kiamat nanti kepada 700 orang ahli keluarganya. Pada malam pertama di dalam kubur, penjaga sembahyang ini akan datang kepadanya dengan muka yang sangat cantik dan lidah yang sangat fasih. Ia berkata kepadanya, "Kekasihku, terimalah berita gembira bahawa engkau telahpun terlepas daripada segala kesukaran". Ia berkata: "Siapa engkau? Demi Allah tidak pernah ku lihat wajah yang lebih cantik daripada wajahmu. Tidak pernah ku dengar percakapan yang lebih manis daripada percakapanmu dan tidak pernah ku hidu bau wangi yang lebih wangi daripada baumu". Ia berkata kepadanya, "Wahai kekasihku. Akulah pahala sembahyang yang telah engkau kerjakan pada malam sekian di bulan sekian (malam Jumaat bulan Rajab). Malam ini aku datang untuk menunaikan hakmu, bermesra denganmu dan menghilangkan kesepianmu, meneduhkanmu di padang mahsyar. Terimalah berita gembira, kebaikan yang akan engkau terima dari tuhanmu tidak akan habis buat selama-lamanya". KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i) Hadith ini dipercayai direka oleh Abu Jahbah. ii) Ulama' hadith ijma' mengatakan hadith solat Ragha'ib adalah palsu. iii) Walaupun hadith ini ada di dalam Ihya Ulumuddin, ianya tetap palsu. Imam al-Ghazali memang seorang yang tokoh tetapi beliau bukan ahli hadith. iv. Antara sebab mengapa ianya palsu, selain dari perawi yang tidak sahih, ialah, a) Solat ini dilakukan secara berjemaah (solat sunat berjemaah boleh dilakukan berjemaah hanya sekiranya ada petunjuk dari Nabi seperti solat tahajjud dan tarawih), b) adanya ketentuan membaca surah dengan bilangan tertentu (tidak ada hadith sahih yang menentukan bilangan surah dalam setiap rakaat solat), [Nota: Solat hajat yang umum dilakukan di tempat kita yang menyatakan bilangan tertentu surah dalam setiap rakaat tidak ada dalilnya dan menyalahi sunnah Nabi] c) terdapat dua sujud yang perlu dilakukan selepas salam ( ujud tanpa rukuk hanya ada dua, sujud tilawah dan sujud syukur) 4. HADITH PALSU KEEMPAT "Sesiapa bersembahyang pada malam Nisfu Syaaban sebanyak 12 rakaat, dia membaca pada setiap rakaat surah al-Ikhlas sebanyak 30 kali, dia tidak akan keluar (dari dunia ini) sebelum melihat tempatnya di syurga. Dia juga dapat memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya yang mana semua mereka sudah pasti masuk neraka". KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT i) Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini maudhu' dan di dalam sanadnya terdapat beberapa perawi yang tidak dikenali (majhul). ii) Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu (al-maudhuat)

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 3 місяці тому

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam) 2. HADITH PALSU KEDUA "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Sabtu akan keluar daripadanya penyakit dan akan masuk ke dalamnya penawar. Pada hari Ahad akan keluar daripadanya kepapaan dan dia akan dimasuki kekayaan. Pada hari Isnin akan keluar daripadanya kegilaan dan dia akan dimasuki kesihatan. Pada hari Selasa akan keluar daripadanya penyakit dan dia akan dimasuki penawar. Pada hari Rabu akan keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan dia akan dimasuki keamanan dan penawar. Pada hari Khamis akan keluar daripadanya penyakit kusta dan dia akan dimasuki afiat dan pada hari Jumaat pula dia akan dimasuki rahmat dan dosa-dosa akan keluar daripadanya." KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA i. Ibnu Jauzi mengatakan hadith ini adalah hadith maudhu' yang paling teruk dan dahsyat. ii. Imam-imam hadith dan rijal seperti Imam Muslim, Abu Hatim, an-Nasaei dan ad-Daruqutni mengatakan perawi-perawinya terdiri dari pereka hadith dan majhul (tidak dikenali). Imam al-Bukhari dan Imam Ahmad mengatakan perawinya adalah 'munkarul hadith'. 3. HADITH PALSU KETIGA "Sesiapa memotong kukunya pada hari Jumaat sebelum solat, Allah akan mengeluarkan daripadanya segala penyakit dan memasukkan sebagai gantinya penawar dan rahmat." KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA i. Tiada kelebihan apa-apa memotong kuku pada hari Jumaat atau lain-lain hari. ii. Perawi dalam hadith ini, Talhah ialah perawi 'matruk' yang dituduh mereka hadith. "HADITH" PALSU YANG HAMPIR SAMA MAKSUDNYA "Sesiapa memotong kukunya pada hari Jumaat dia akan terpelihara daripada keburukan sehingga hari Jumaat berikutnya". Hadith ini diriwayatkan secara bersendirian (tafarrud) oleh Ahmad bin Thabit Farhawaih ar-Razi, seorang pendusta besar.

  • @razmiihsan8897
    @razmiihsan8897 3 місяці тому

    Video ringkas, 20 min. Yang tak ringkas 20 jam kot.

  • @jalanmalam7559
    @jalanmalam7559 4 місяці тому

    Assalamualaikum AlhamdulilLAAH syukur jazakalLAAHU Khairan MasyaalLAAH Harap ustaz bongkarkan lagi hadis palsu , buat seperti konten seperti video ini Ya ALLAAH selamatkan kami dari fitah yang fibuat atas nama Rasulullah Ameen ya Rabbal Alamin

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 4 місяці тому

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam) 3. HADITH PALSU KETIGA Anas kononnya telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda, "Penghulu lauk kamu ialah garam". ["Hadith" ini terdapat dalam kitab-kitab yang agak masyhur seperti Sunan Ibni Majah, Syu'abul Iman (al-Baihaqi), Musnad Abi Ya'la dan lain-lain] KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA Perawi-perawi hadith ini sama ada dhaif (matruk) ataupun tidak dikenali (majhul). HADITH PALSU YANG MEMBINCANGKAN TOPIK YANG SAMA i. "Penghulu lauk di dunia dan di akhirat ialah daging. Penghulu minuman di dunia dan di akhirat ialah air. Dan penghulu wangi-wangian di dunia dan di akhirat ialah bunga inai" ii. "Sebaik-baik lauk ialah daging, ia adalah penghulu lauk" iii. RUMUSAN - Tiada satupun hadith yang sahih berkenaan garam atau daging sebagai penghulu lauk.

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 5 місяців тому

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam) 4. RIWAYAT PALSU KEEMPAT [RINGKASAN] Apabila ibunda Nabi s.a.w. Aminah sakit hendak bersalin, semua bintang-bintang sujud ke bumi. Bila Nabi s.a.w. lahir seluruh alam menjadi terang. Riwayat ini dinukilkan dalam kitab-kitab Abu Nu'aim, at-Tabarani dan al-Baihaqi. KOMENTAR Perawi-perawi yang bermasalah dalam riwayat ini ialah Yaakub Bin Muhammad az-Zuhri (hadithnya ditinggalkan) dan Abdul Aziz Bin Umar Bin Abdurrahman Bin Auf (tukang cerita dan pendusta) 5. RIWAYAT PALSU KELIMA [RINGKASAN] Ibunda Nabi s.a.w. Aminah berkata dia tidak merasakan apa-apa tanda bila mengandungkan Nabi dan tidak mengalami kesulitan yang biasa dialami oleh wanita yang mengandung. KOMENTAR Semua saluran riwayat berpunca dari Waqidi, seorang pendusta besar dan cerita ini terhenti setakat Zuhri. Zuhri bukan seorang Sahabat Nabi, oleh itu riwayat ini terputus. 6. RIWAYAT PALSU KEENAM [RINGKASAN] Bila sampai masa Nabi hendak dilahirkan, Allah memerintahkan para malaikat membuka pintu-pintu langit dan pintu-pintu syurga. Malaikat saling memberi berita gembira di antara satu sama lain. Matahari berpakaian baharu. Pada tahun itu, semua wanita seluruh dunia mengandungkan anak lelaki. Semua pokok mengeluarkan berbuah. Kelihatan tiang-tiang dari permata zabarjad dan yakut tegak ke langit. Di tepi Sungai Kautsar tumbuh pokok-pokok dari kasturi. Semua berhala di Mekah jatuh tersungkur. KOMENTAR Imam as-Suyuti mengatakan riwayat ini mungkar. Kebanyakan sanadnya tidak lengkap dan maudhu'. 7. RIWAYAT PALSU KETUJUH [RINGKASAN] Ketika Nabi s.aw. dalam kandungan ibunya, banyak keajaiban berlaku. Antaranya, semua binatang peliharaan orang Quraisy boleh bercakap dan semuanya berkata, "Demi tuhan Kaabah! Penghulu sekelian alam sudah ada di dalam perut ibunya. Dia akan membawa keamanan dan menjadi penyuluh kepada penduduk bumi ini". Semua tukang-tukang tenung perempuan dari kalangan Quraisy kehilangan jin-jin mereka dan mereka hilang ilmu tenung. Takhta semua raja-raja di atas muka bumi ini terjatuh dan semua raja-raja jadi bisu pada hari Nabi dilahirkan. Binatang-binatang berlari-lari untuk menyampaikan berita gembira ini. Sungai-sungai saling memberi berita gembira antara satu sama lain. Di sepanjang bulan mengandung, ibunda Nabi mendengar satu suara mengucapkan tahniah kepadanya yang mengandungkan Abul Qassim dan memberitahu tidak lama lagi Abul Qassim akan dilahirkan.

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 6 місяців тому

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam) CONTOH RIWAYAT PALSU (VERSI KEDUA) [RINGKASAN] Allah telah menjadikan satu pohon kayu yang mempunyai empat dahan. Pohon kayu itu dinamakan “Syajaratu Al-Muttaqin”. Kemudian Ia menjadikan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seperti rupa burung merak dan diletakkan burung merak itu di atas pohon tadi, maka bertasbihlah Nur itu di atas pohon tadi selama 70,000 tahun. Setelah itu Allah menjadikan cermin malu, diletakkan cermin itu berhadapan dengannya. Bila burung merak itu menilik dirinya di dalam cermin itu, dilihatnya rupanya sangat cantik dan sangat elok. Maka malulah ia kepada Allah Taala lalu berpeluh dan keuarlah daripadanya enam titik peluh.... Daripada titik yang pertama Allah jadikan ruh Abu Bakr r.a. dan daripada titik yang kedua dijadikan ruh Umar r.a. Daripada titik yang ketiga dijadikan ruh Uthman r.a. dan daripada titik yang keempat dijadikan ruh Ali r.a. Daripada titik yang kelima dijadikan pokok bunga ros dan daripada titik yang keenam dijadikan padi....Kemudian Allah menjadikan “qandil” daripada “aqiq” yang merah. Bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalamnya. Kemudian Allah menjadikan rupa Muhammad itu seperti rupanya di dalam dunia ini. CONTOH RIWAYAT PALSU (VERSI KETIGA) [RINGKASAN] Allah telah mencipta Nur Muhammad sebelum segala sesuatu. Pada masa itu belum ada lauth dan qalam. syurga dan neraka, malaikat, langit, matahari, bulan, jin dan juga manusia. Allah membahagikan Nur itu kepada empat bahagian; bahagian pertama dijadikan qalam, bahagian kedua dijadikan lauth, bahagian ketiga dijadikan arasy dan bahagian keempat dipecahkan pula kepada empat bahagian lagi. Dari empat bahagian tersebut, dijadikan langit, bumi, syurga dan neraka dan bahagian keempat dipecahkan lagi kepada empat bahagian....sehingga akhir riwayat. (Nota: Riwayat ini didakwa ada di dalam Kitab Mushannaf Abdul Razak) KOMENTAR Riwayat-riwayat tentang Nur Muhammad semuanya tidak masuk akal dan bertentangan antara satu sama lain dengan percanggahan yang besar. Riwayat-riwayat ini tidak mempunyai sanad dan tidak diketahui sumbernya kecuali satu riwayat yang dikatakan ada dalam kitab Musannaf Abdul Razak. Walaupun begitu, bila diteliti, riwayat ini tidak dijumpai dalam Kitab Musannaf yang ada sekarang ini.

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 6 місяців тому

    (SAMBUNGAN NOTA DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam) 1. CONTOH HADITH PALSU PERTAMA Al-Baihaqi meriwayatkan dari al-Waqidi, kata beliau: Nabi s.a.w. sentiasa berziarah ke maqam para syuhada' di Bukit Uhud setiap tahun dan sesampainya di sana beliau mengucapkan salam dengan mengeraskan suaranya, "Keselamatan atasmu berkat kesabaranmu, maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu". Abu Bakar juga melakukan hal itu setiap tahun. Kemudian Umar, kemudian Uthman. Fatimah juga pernah berziarah ke Bukit Uhud dan berdoa. Saad bin Abi Waqqas mengucapkan salam kepada para syuhada' tersebut. Kemudian dia menghadap kepada para sahabatnya lalu berkata, "Mengapa kamu tidak mengucapkan salam kepada orang-orang yang menjawab salammu?" KOMENTAR i. "Hadith" ini tidak terdapat dalam sebarang kitab karangan Imam al-Baihaqi. ii. Jika diandaikan hadith ini wujud, ianya tidak boleh diterima kerana tiada sanad yang lengkap dan perawinya al-Waqidi adalah seorang pendusta besar. iii . Kalaupun hadith ini sahih, apa yang disebut dalam hadith tersebut ialah menziarahi kubur, bukannya mengadakan upacara-upacara seperti yang dilakukan semasa sambutan haul sebagaimana yang diamalkan hari ini. iv. Malangnya, ada Majlis Agama negeri tertentu di Malaysia menggunakan "hadith" ini sebagai dalil untuk menjustifikasikan sambutan haul. 2. CONTOH HADITH PALSU KEDUA At-Tabari meriwayatkan: Nabi s.a.w. pergi ke kubur para syuhada' Uhud di permulaan setiap tahun. Baginda berkata, "Assalamualaikum. Berkat kesabaran kamu, maka alangkah baik tempat kesudahan itu". Abu Bakar, Umar, Uthman juga pergi. KOMENTAR "Hadith" ini tidak sahih kerana dalam sanadnya gugur dua orang perawi 3. CONTOH HADITH PALSU KETIGA "Nabi s.a.w. pergi ke kubur para syuhada' di Uhud di permulaan setiap tahun. Abu Bakar dan Umar dan Uthman juga pergi." KOMENTAR "Hadith" ini tidak sahih kerana perawinya dhaif dan dalam sanadnya gugur sekurang-kurangnya dua orang perawi. Perawinya adalah dhaif. MAULANA MUHAMMAD ASRI YUSOFF ------------------------------------------------------------------------------------------------

  • @videoringkastentanghadith6195
    @videoringkastentanghadith6195 7 місяців тому

    (SAMBUNGAN "DESCRIPTION") 2. CONTOH HADITH PALSU KEDUA (Hadith palsu kerana orang yang bercerita dalam riwayat tidak layak dikaitkan dengan kisah tersebut, contohnya, kerana terlalu muda) Bapa saudara Nabi, Abbas Bin Abdul Muttalib bercerita: Pernah aku berkata, "Wahai Rasulullah! Apa yang mendorong aku memeluk agamamu ialah satu tanda kenabianmu, iaitu, ketika engkau berada dalam buaian dahulu, aku nampak engkau bercakap-cakap dengan bulan dengan penuh kemesraan. Engkau mengisyaratkan kepadanya dengan jarimu. Kemana engkau isyaratkan ke situlah ia condong". Maka Nabi s.a.w. bersabda, "Memang aku bercakap dengannya dan ia pula bercakap denganku. Ia menghiburkan daku supaya aku tidak menangis. Aku mendengar suaranya ketika dia bersujud di bawah Arasy". KOMENTAR Bapa saudara Nabi, Abbas Bin Abdul Muttalib tua setahun atau dua tahun daripada Nabi. Ketika peristiwa bercakap dengan bulan ini berlaku, dia pun masih di dalam buaian. Tidak mungkin dia ingat atau dia tahu apa yang berlaku di sekelilingnya kerana umurnya amat muda pada masa itu. 3 CONTOH HADITH PALSU KETIGA (Hadith palsu kerana orang yang bercerita dalam riwayat tidak layak dikaitkan dengan kisah tersebut, contohnya, kerana terlalu muda) HELAH MUAWIYAH UNTUK MENGAHWINKAN YAZID (DENGAN URAINAB) Yazid semasa menjadi bakal pengganti khalifah telah melihat seorang wanita yang luar biasa cantiknya bernama Urainab, isteri kepada Abdullah Bin Salam, seorang gabenor di Iraq. Bapanya Khalifah Muawiyah, dengan tipudayanya, berusaha untuk mengahwinkan Urainab dengan Yazid setelah Yazid menderita teruk kerana terkenangkan Urainab. Dia berjaya memujuk suami Urainab untuk menceraikan isterinya setelah dijanjikan untuk berkahwin dengan anaknya. Setelah habis iddah, Muawiyah meminang Urainab melalui Sahabat Nabi Abu Darda' dan Abu Hurairah. Walaupun begitu Saidina Husain juga menghantar pinangan melalui Sahabat yang sama dan beliau akhirnya berjaya menikahi Urainab. Abdullah bin Salam, bekas suami Urainab pula menderita kerana tidak berjaya mengahwini anak Muawiyah dan juga jatuh miskin. Beliau berjumpa dengan Urainab untuk mendapatkan pundi harta yang tertinggal dengan Urainab. Pertemuan semula ini menyedarkan Saidina Hussain yang mereka berdua masih saling menyayangi lalu dia menceraikan Urainab untuk membolehkannya berkahwin semula dengan bekas suaminya. Helahnya berkahwin dengan Urainab hanya untuk menghalang hasrat Yazid. KOMENTAR i. Tidak ada gabenor yang bernama Abdullah Bin Salam semasa pemerintahan Saidina Muawiyah. ii. Sahabat Nabi Abu Darda' r.a. yang membawa pinangan Yazid meninggal pada tahun 31H dan Yazid pula lahir pada tahun 30H, bermakna Abu Darda' membawa pinangan Yazid ketika Yazid berumur satu tahun! ATAU Jika pinangan itu dibuat semasa Yazid sudah dewasa, pada masa itu Abu Darda' telah meninggal dunia. iii. Cerita ini adalah rekaan golongan Syiah.

  • @hanifa3002
    @hanifa3002 11 місяців тому

    Terima kasih maulana

  • @mohdfariqmohdfadzil1587
    @mohdfariqmohdfadzil1587 Рік тому

    Time ksih kpd dr maulana asri yusof krn membela para sahabat

  • @mlys7229
    @mlys7229 Рік тому

    👍

  • @fahlvfaust677
    @fahlvfaust677 2 роки тому

    Mana lh nak cari lgi manusia2,umat generasi yg Allah swt sendiri puji mereka dlm Al Quran, d sebut fadhail2 oleh baginda Nabi saw melainkan kpd para sahabah Radhiyallahu anhum ajmain..

  • @asyraflutfi8669
    @asyraflutfi8669 2 роки тому

    Fhm jelas tq jazakallahu khair

  • @Ontel-kq3pq
    @Ontel-kq3pq 3 роки тому

    Kasian nya kurang peminat ke ustaz?

    • @عبدالقادر-ك7د7ص
      @عبدالقادر-ك7د7ص 3 роки тому

      Maulana mengajar bkn utk Cari peminat

    • @zarahassan3914
      @zarahassan3914 3 роки тому

      Apa Maksud Anda? Saya TIDAK RASA Maulana Mengajar Ilmu Untuk Cari Kemasyhuran Seperti Ustaz2 Selebriti Yg Lain TERUTAMA PARA POLTIKUS YANG MENGGUNAKAN ISLAM JADI BAHAN TUNGGANGAN POLITIK MASING2...SEPERTI PAS!

    • @UsamahMohdSabri
      @UsamahMohdSabri Рік тому

      Kesiannya terleka dengan benda duniawi

    • @Kelapamuda126
      @Kelapamuda126 Рік тому

      Ya Allah...saudara...dulu masa nabi sampai kan kebenaran pun ramai puak puak jahiliyah ckp mcm saudara ni lah..sebiji..

    • @nettwashere2725
      @nettwashere2725 8 місяців тому

      @@UsamahMohdSabrikesiannya kau terleka dgn main youtube duniawi ni

  • @enzo7031
    @enzo7031 4 роки тому

    Terbaik