Maulana Asri - Hukum Talfiq (Campur) Mazhab

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 8 лют 2025
  • 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗧𝗔𝗟𝗙𝗜𝗤 (𝗖𝗔𝗠𝗣𝗨𝗥) 𝗠𝗔𝗭𝗛𝗔𝗕
    𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡: Adakah boleh mencampur adukkan pelbagai mazhab sekiranya mazhab itu mudah untuk kita mengikutinya dan bolehkah digunakan cara begini bagi orang awam dan golongan yang berilmu?
    𝗝𝗔𝗪𝗔𝗣𝗔𝗡:
    Masalah ini disebut sebagai talfiq mazhab atau mencampur adukkan beberapa pendapat daripada mazhab yang berbeza. Maka, orang yang melakukannya tidak terikat dengan satu mazhab sahaja dalam semua masalah atau keadaan dalam kehidupan sehariannya.
    Para ‘ulamak berbeza pendapat dalam menentukan hukumnya. Ada sebahagian yang mengharusnya dan ada pula yang melarangnya. Jadi, kalau kita mahu beramal dengan talfiq mazhab, kita hendaklah terlebih dahulu bersetuju dengan ‘ulamak yang mengharuskannya.
    Contohnya, Imam Syafi’i berpendapat bahawa haji yang paling baik adalah Haji Ifrad, manakala Mazhab Hanbali pula berpendapat bahawa haji yang paling baik adalah Haji Tamattu’, kerana Nabi s.a.w. sendiri Haji Tamattu’ dalam Haji Wida’, barangkali kerana ia lebih menyenangkan. Misalnya, setelah selesai ‘umrah, pasangan suami isteri sudah boleh bersama. Ertinya, Nabi s.a.w. sendiri mahukan kesenangan untuk umatnya.
    Jadi, mana-mana pengikut Mazhab Syafi’I yang mengerjakan Haji Tamattu’ kerana menganggap ianya lebih baik daripada Haji Ifrad, dia sebenarnya telah melakukan Talfiq Mazhab tanpa disedarinya.
    Contoh kedua ialah kita mengambil wudhu’ mengikut Mazhab Syafi’i, lalu kita mengikut Mazhab Hanafi dalam masalah pembatalan wudhu’. Kemudian, kita bersolat mengikut Mazhab Maliki.
    Adakah ia juga boleh dilakukan? Jawapannya, boleh, jika kita benar-benar mengetahui hukum fiqhnya ada; bukan mesti mengetahui dalil-dalilnya, kerana hakikatnya mazhab hanyalah pendapat para ‘ulamak; bukannya sebuah ketatapan daripada Allah sehingga kita mesti berpegang dengan satu mazhab dalam semua perkara pada setiap masa.
    Yang dilarang hanyalah apabila kita beramal tanpa ilmu dan berdasarkan prasangka semata-mata, kerana Allah sendiri berfirman:
    وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
    Maksudnya: “𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙪𝙩 𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙪 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙥𝙪𝙣𝙮𝙖𝙞 𝙞𝙡𝙢𝙪 𝙩𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜𝙣𝙮𝙖. 𝙎𝙚𝙨𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖, 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙖𝙣, 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙮𝙖 𝙞𝙣𝙩𝙚𝙡𝙚𝙠, 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙨𝙖𝙩𝙪𝙣𝙮𝙖 𝙥𝙖𝙨𝙩𝙞 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙩𝙖𝙣𝙮𝙖 (𝙩𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙖𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖).”
    [Surah al-Isra’ (17) : 36]
    Wallahu a’lam.
    ---
    𝗣𝗔𝗨𝗧𝗔𝗡: www.galerimaul...
    𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢: • Maulana Asri - Hukum T...
    𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛: toyyibpay.com/...

КОМЕНТАРІ • 81

  • @janglegendszasss6727
    @janglegendszasss6727 Рік тому +18

    Bagus pencerahan ustaz.. Samalah mcm cerita org miskin yg telah menggauli isteri dia pd siang hari ramadhan, dan org miskin pun bertemu nabi saw, kemudian nabi suruh dia puasa 2 bln dia jwb tak mampu, nabi saw suruh sedekah pun dia tak mampu, kemudian nabi bagi buah kurma dan suruh beliau cari org miskin tetapi tdk ditemui org miskin kerana dlm tmpt tersebut beliaulah yg paling miskin. Beliau jumpa nabi saw dan beritahu tiada org miskin. Maka nabi bgtau buah kurma tu dapat ke beliau.. Org miskin pun balik dgn hati yg senang.. Nabi tdk menyusahkan umatnya.. Kebanyakan yg sya nmpk skrg ada yg berlebih lebihan dlm menjatuhkan hukum pd org.. Jika dilihat pd zaman ini susah nak jmpa yg mengikuti cara nabi saw berdakwah.. Sebab yg sya nmpk mereka byk yg merasa lebih mulia dari org lain.. Mereka lupa allah tutup aib mereka.. Subhanallah..

    • @AchZam99
      @AchZam99 10 місяців тому

      Ada rujukan kisah ni? Jd motivasi dan contoh.

  • @asysyaukaniassalafi8677
    @asysyaukaniassalafi8677 Рік тому +16

    Alhamdulillah.... barakallah hufik kepada Maulana Asri dan uploder...

  • @adikaazri4991
    @adikaazri4991 Рік тому +4

    benda boleh,tapi ada ustaz2 utube buat jadi susah dgn pemahaman mreka...t kaseh👍🏻

  • @Idea-900
    @Idea-900 Рік тому +7

    Yg pting 'know' tahu..mka jdilah 'knowledge' pngetahuan.. muslim wajib mncri ilmu...👍

  • @Sabri-ds7hh
    @Sabri-ds7hh Рік тому +8

    Terima kasih maulana mamberi ilmu kepada kami.

  • @pdbmesra
    @pdbmesra Рік тому +1

    Alhamdulillah.. Menarik & Thanks 👍🏼

  • @mnahis
    @mnahis Рік тому +1

    makin byk ilmu, makin mudah hidup kita 👍

  • @armanmohamedmansor4737
    @armanmohamedmansor4737 Рік тому +3

    Alhamdulillah..trima kasih utk pcerahannya maulana Asri..

  • @aisyahmaryamainfamily6085
    @aisyahmaryamainfamily6085 6 місяців тому +2

    pernah dgn kalam ulamak.. keharuman ilmu fikah boleh didapati setelah menguasai khilaf antara mazhab

  • @faizaniz5946
    @faizaniz5946 Рік тому +1

    Terbaik jawapan

  • @ahmadzyuleddyzynooddin7854
    @ahmadzyuleddyzynooddin7854 Рік тому +2

    Sempoi👍🏻

  • @meash4674
    @meash4674 Рік тому +3

    alhamdulillah.🤲🤲🤲

  • @jacksparrow-ms3ns
    @jacksparrow-ms3ns 7 місяців тому

    Tq ust Al hamdulila

  • @sirajsoe
    @sirajsoe 5 місяців тому

    Masyarakat tak mampu menjalankannya bila tak boleh
    Klu ambil yg mudah2 saja baru tak boleh

  • @andalusiahamra7777
    @andalusiahamra7777 19 днів тому

    Islam adalah cara hidup. Islam itu mudah. Yang menyusahkan urusan agama ialah pentaksub mazhab

  • @drmdzakariahmdali6677
    @drmdzakariahmdali6677 Рік тому +1

    Alhamdulilah. Terbaik Ustaz. Zaman Nabi saw dan khulafah arrashidin ikut mazhab mana. Ikut nabi lagi mudah dan memudahkan. Jauhi sikap taksub kepada seseorang.

  • @Kelapamuda126
    @Kelapamuda126 Рік тому

    Alhamdulillah.. Benar sy setuju..

  • @adyabdillah7139
    @adyabdillah7139 Рік тому

    Alhamdullilah❤❤❤

  • @othmanahmad7942
    @othmanahmad7942 Рік тому

    Kita mistilah ada rumah kita sendiri dan bila kita mengembara kita duduk Hotel atau Rest House dan balik semua kpd rumah kita,bukan jadi macam burung tukang,bertelor atas tanah,takada sarang.
    Kita bolih Taqlid mana-mana ibadah yang samada lebih afdhal atau lebih mudah untuk satu ibadath sahaja.

  • @othmanahmad7942
    @othmanahmad7942 8 місяців тому

    Tatabu' Al Rukhas adalah diharuskan olih sebahagian besar ulama Syafi'e dan Hanafi jika ada sesuatu kemudaratan dalam melaksanakan sesuatu amalan yang disyariatkan dalam Islam.

  • @mohammadraimiarifrosli102
    @mohammadraimiarifrosli102 Рік тому +3

    Membuka minda molek

  • @akubarusampai
    @akubarusampai Рік тому +1

    Xleh la ustaz..sebb koho payoh koho Allah suko kato ustaz ngok

  • @armanxperiasp5422
    @armanxperiasp5422 Рік тому +2

    pnh di tanya ikot mazhad mana?? .'sy jawab ikot mana2 aje lh"kena marah 😡..ko kena ikot 1 mazhad je.."cam tu ko ajar aku !! ..kwn sy jwb tk pernah baca kitab2 mazhab ni cm mana nk ajor !!😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨

  • @khamalshariff725
    @khamalshariff725 Рік тому +2

    Assalam.. Gelaran Maulana Di Di dapati dari Intuitusi mana? Siapa yg menganugerah kan nya? Dahulu belajar dari negara mana Dan Tahun brapa?

    • @hazr1305
      @hazr1305 Рік тому +7

      Sekurg2nya beliau belum umur 12 da merantau ke luar negara belajar agama. Talaqqi dgn byk ulama hadith di pakistan selama bertahun2. Syarah kitab2 hadith dlm sunnah sittah pun dah bertahun2. Tulis buku syarah hadith imam bukhari. Bukan baru 4-5 bulan pakai serban dan rida' buat content jampi kat tiktok pastu layak dah dipanggil ustaz dan tok guru..

    • @komunitidarulkautsar9328
      @komunitidarulkautsar9328 Рік тому +9

      Maksud gelaran "Maulana" tu di India/Pakistan sama jer dengan "Ustaz" di Malaysia...tak de isu pun

    • @korangcamgampang
      @korangcamgampang Рік тому +9

      cari la sendiri ... byk pasal maulana asri ni ..cuma tak porpuler macam ustaz2 tiktok yg bg amalan2 merapu entah dari mana .... etc ... capal lagi mulia dr mak ayah kite .... tak ke sengal ...buat tiktok letak lagu sedih sikit ... cair terus cehhh

    • @Yosukei22
      @Yosukei22 Рік тому +2

      Antara kriteria utama yang perlu dipenuhi sebelum diberi gelaran maulana adalah khatam kitab Hadith imam Bukhari bersanad.
      Hurm itu salah satu lah.

    • @muhamadsaniabubakar427
      @muhamadsaniabubakar427 Рік тому +1

      ​@@Yosukei22Cuma yang terbaru je yang terlampau ghulu mahzab.
      Padahal ianya cuma cabang Ilmu fiqh sahaja.
      Contoh Imam Hanafi r.a punya pendapat serta kefahaman begini dan Imam Syafie r.a punya pendapat dan kefahaman begitu pula .
      Tapi bab Akidah mereka tiada perbezaan

  • @KudaSang
    @KudaSang 2 місяці тому

    Boleh tetapi tak faham boleh yang mcm mana segi apa. Apa panduan nya dari mana.

    • @kasimpatalon4648
      @kasimpatalon4648 Місяць тому

      Kena belajar
      Mcm maulana kata di hujung video tu, janji tahu memang ada pendapat dari dalil yg sahih walaupun tak hafal nama ulama yg berkenaan

  • @saifulkhairul9118
    @saifulkhairul9118 Рік тому +4

    mazhab Shafie layaknya bagi negara Islam penuh. Negara yang rakyatnya tiada yang miskin, pemimpin dan pemimpin tak bergaduh. Kalau negara tu banyak rakyat miskin, tak payah acah² alim kata bermazhab Shafie.

  • @JackSparrow-bc4zt
    @JackSparrow-bc4zt Рік тому +1

    Patut la anak2 muda suka sngat ikut mazhab wahabi...snang sungguh dia punya kaedah dia...janji tau balun janji snang ja balun...

    • @musicrock_
      @musicrock_ Рік тому

      Nk tanya.. imam ahmad tu kafir ke?? Sesat ke??

    • @mindnavigator
      @mindnavigator 9 місяців тому +2

      Mazhab wahabi??????? Sejak bila wahabi jadi mazhab?? Adui. Teruknya level pendidikan islam.

    • @mindnavigator
      @mindnavigator 9 місяців тому +2

      Jack sparow. Kamu duk dengar muzik tu mazhab mana???? Mazhab lahabi?

    • @JackSparrow-bc4zt
      @JackSparrow-bc4zt 9 місяців тому

      @@mindnavigator bukan mazhab wahabi ke cedok smua mazhab asal tau... orang awam pon blih cedok jugak 4 mazhab asal tau..xfham pon xpa...itu lh mazhab wahabi...

    • @JackSparrow-bc4zt
      @JackSparrow-bc4zt 9 місяців тому +1

      @@mindnavigator hng dengr muzik mazhab apa pulak...?

  • @jusohderaman8138
    @jusohderaman8138 Рік тому +1

    Zaman nabi takdog mazhab....jd 4 mazhab tu semua ikut nabi....ikut je le yg mana suka

  • @roslyismail3620
    @roslyismail3620 Рік тому +1

    Bimbang juga kalau anak2, 'kahwin' sendiri sendiri saja, sebab pilih yg boleh dan menyenangkan....
    1. Ada lelaki dan perempuan ikut Syafie
    2. Tak perlu wali ikut Hanafi
    3. Tak perlu saksi ikut Maliki

  • @AhlussunahWaljamaah-l2k
    @AhlussunahWaljamaah-l2k Рік тому

    Gimana pula tak boleh, imam2 Mazhab kan satu seperguruan, iman Malik gurunya imam Syafi'i, imam Syafi'i guru nya imam Ahmad bin Hambal

  • @arashaqasha2845
    @arashaqasha2845 7 місяців тому

    imam shafii.. ada wudhu bersentuh dgn bini hanya 3 perkara yg tidak membatalkan..rambut.. tulang dan kuku..klu kulit dgn kulit tetap batal wudhu

  • @amirahshikhomar2807
    @amirahshikhomar2807 Місяць тому

    K😅

  • @othmanahmad7942
    @othmanahmad7942 Рік тому +2

    Bolih Talfiq bagi satu amalan dalam satu masa..bukan satu amalan pakai 3 mazhab.

    • @kasimpatalon4648
      @kasimpatalon4648 Рік тому

      Terangkan

    • @othmanahmad7942
      @othmanahmad7942 Рік тому

      @@kasimpatalon4648
      Basic knowledge for every muslim..!!?

    • @kasimpatalon4648
      @kasimpatalon4648 Рік тому

      @@othmanahmad7942 terangkan based on your understanding… apa maksud ‘bukan 1 amalan pakai 3 mazhab’?

    • @othmanahmad7942
      @othmanahmad7942 Рік тому

      @@kasimpatalon4648
      Ada tiga perkara berkaitan dlm hal ini.
      1.Taqlid
      2.Talfiq
      3.Tabaruq Al Rukhsh
      Bergantung kepada ilmu, Amalan dan kecenderungan anda.

    • @tghafiz5652
      @tghafiz5652 Рік тому +1

      ​@@othmanahmad7942tabaruq? atau Tatabbu' Ar-Rukhas?