Roti manis gebu | Tanpa sebarang mesin | guna tangan pun lembut sangat

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 27 сер 2024
  • Resepi : Roti manis gebu | Tanpa sebarang mesin | guna tangan pun lembut sangat
    Lepas ni, sesiapa yang xde mesin pon boleh buat roti yang gebu gebas macam ni. ;)
    Resepi Roti manis gebu
    Bahan-bahan
    Bahan Roti
    290 g tepung roti
    165 ml susu segar
    35g butter
    1 tsp bread improver
    8 tbsp gula kastor
    11g yis
    Secubit garam
    1 biji telur
    Bahan Sapuan
    Kuning telur
    Mozzarella
    Gula kastor
    Cara-cara
    Perapkan susu suam, dengan yis dan gula sehingga kembang
    Sementara itu, campurkan bahan lain (kecuali telur) dan gaul rata.
    Apabila campuran yis kembang, tuangkan ke dalam adunan tepung. Pecahkan telur dan gaul rata.
    Uli selama 10 minit dgn menggunakan tangan.
    Perap adunan sehingga 2 kali ganda kembang, dan uli sekali lg selama 10 minit. Perap kembali.
    Bulat2 kan doh 30gram setiap 1 dan susun ke dalam loyang.
    Perapkan doh sehingga kembang. Sapukan kuning telur ke atas dan taburkan gula kastor.
    Bakar suhu 170c selama 20 minit. Sedia dihidang
    Download aplikasi Seminit Resepi di handphone anda
    Android bit.ly/AppSemin...
    iPhone/iOS bit.ly/iosSemin...
    Website : seminitresepi.com
    #seminitresepi
    #resepiviral

КОМЕНТАРІ • 177

  • @Fallen_Angel17
    @Fallen_Angel17 3 роки тому +46

    Makcik dari Timurtengah dah 50 tahun kat sini,waktu acik balik m'sia kejap tahun 2017 acik tengok ,makanan ruji orang malaysia dah bertukar banyak,ada yg makan roti sahaja malam malam,waktu sarapan pon roti,Ketahuilah kurangkan makan barangan gandum ini atau tepung kerana kanji sebab utama penyakit kencing manis, sedangkan Nasi,kurang kanji dan boleh dimasak dan disejukkan untuk menjadi Kanji tidak hadam atau "Resistant Carbs* yg tak dapat diserap oleh usus kecil dan akan terus diproses menjadi bahan buangan.

  • @shamimahful
    @shamimahful 3 роки тому +9

    Tried and tested, memang sedap manis dan pastinya gebu gebas macam kapas..thank you for the recipe ♥️

  • @dzulikhsan7881
    @dzulikhsan7881 3 роки тому +3

    terima kasih cik ain...sgt menjadi roti saya..mohon halalkan ilmu...semoga cik ain terus sukses dan ilmu yg diberi memberi manfaat kepada org lain

  • @normadyzah6325
    @normadyzah6325 3 роки тому +7

    Cik Ain, saya dah try. Sedap, gebu memang menjadi! Bau pun sedap walaupun tak pakai vanilla. Terima kasih cik ain.

  • @megazali4192
    @megazali4192 3 роки тому +2

    alhamdulillah dah beberapa kali buat mmg lembut ..sedap dan berhari2 pun lembut

  • @mayhua7277
    @mayhua7277 3 роки тому +1

    Cik Ain...sy ikut cara n resepi Cik Ain ni jerr skrg....berjaya sgt sgt....tips tu sgt menjadi...kalau dpt bg vedio kegebuan dan kelembutan roti yg sy buat mst yg baru2 belajar tu happy....

  • @fadhilyafawiofficial
    @fadhilyafawiofficial 8 місяців тому +1

    Sedapnya roti tu

  • @minmin3926
    @minmin3926 2 роки тому

    Assalamualaikum cik Ain pagi tadi saya cuba buat. Sebelum ni kalau buat roti mesti tak jdi. Alhamdulilah cuba resepi cik ain menjadi elok. Saya buat roti kacang merah. Terima kasih ye kongsi resepi.😍💕😊

  • @aliciauvangkitchen9880
    @aliciauvangkitchen9880 3 роки тому +2

    Wah...sangat gebu hasilnya sis... thanks for sharing sis...

  • @noorbaizura3375
    @noorbaizura3375 3 роки тому +4

    Dah buat jadilah cikAin.sodap! Derhaka sikitla pakai tpg gandum baker's choice, marjerin pelangi n susu tepung bancuh je.haha.Alhamdulillah berdesup habis ank2 mkn.yiihaaa!!

    • @mierazumira
      @mierazumira 3 роки тому +1

      Boleh tak guna tpg gndum

  • @sitizaleha4246
    @sitizaleha4246 3 роки тому +3

    Saye dh try.. Tqsm dear mnjadi sgt puas ati, halalkn resepi ye

  • @nurafniosnan9033
    @nurafniosnan9033 Рік тому

    Try resepi cik ain ni alhamdulillah menjadi, anak2 & family pun puji sedap. Terima ksih resepinya cik ain. Halal ya. ❤️

  • @norshafikah4739
    @norshafikah4739 Місяць тому

    cntik kejadian yer .. sedap yee

  • @SitiPikah-qf1ns
    @SitiPikah-qf1ns Рік тому

    terima kasih cikain ..sy dah bt alhamdulilah jdi ..mohon halalkan resepinya

  • @ABRUSAHAELEKTRIK
    @ABRUSAHAELEKTRIK 4 роки тому +3

    Tudia sedapnya. Teringat plak roti paung kt terengganu.

    • @ilaazman5651
      @ilaazman5651 4 роки тому

      roti paung ganu sedap boh...lama pulok dok makang roti paung...

    • @ABRUSAHAELEKTRIK
      @ABRUSAHAELEKTRIK 4 роки тому +1

      @@ilaazman5651 tahu x apa. Memang sedap pun.

  • @ellaismail83
    @ellaismail83 4 роки тому +6

    Tengah membuat roti cikain nih. Hopefully jadi lah Inshaallah aamiin

  • @sikaka4234
    @sikaka4234 3 роки тому +2

    Terima kasih cik Ain,guna resepi cik Ain jadi sgt,🥰🙈🙈

  • @muz92family52
    @muz92family52 4 роки тому +4

    Yeay petang Nanti bleh buat.... 😍😍😍

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  4 роки тому +1

      Dah buat ke? Sedap x? Hehhe

    • @muz92family52
      @muz92family52 4 роки тому

      Dah buat Cik ain.. Mula2 tu Inga mcm xjd.. Last2 jdilaaa Cik ain. 😍😍😍

  • @llauraurra6335
    @llauraurra6335 3 роки тому

    Tq cik Ain ... suda buat dan menjadi roti saya, happy sangat...🤗 betul lembut gebu sedaaap

  • @FoodDestina
    @FoodDestina 3 роки тому +1

    terbaiklah 👍🏻👍🏻👍🏻 gebu ... tanpa mesin 😍

  • @noraziaabas1902
    @noraziaabas1902 2 роки тому

    Terima kasih share recipe ini. First time buat Alhamdullilah menjadi 👍🏻

  • @warnapelangitrading8487
    @warnapelangitrading8487 3 роки тому

    Sy dh try semlm.. mmg gebu gebas rotiku.. tq ye cik ain...

  • @illiza7707
    @illiza7707 4 роки тому +4

    Klo guna tpg roti + bread improver mmg roti gebu gebas.. Xyh guna bm pon da mmg lembut sb guna tepung roti tu..

  • @sayangkusuliesayangkusulie1115
    @sayangkusuliesayangkusulie1115 3 роки тому

    Salam..cik ain..
    Masyallah....gebu beno rotinya......buat terliuq...tq share resepi...👍👍👍😙😙

  • @shofiliahanin6491
    @shofiliahanin6491 4 роки тому +2

    Bestnye 😍
    Cik Ain , saya nak bagi cadangan 🙋
    Boleh tak lepas ni cik Ain buat resepi Nasi Dagang dan Honey Butter Biskutt 😁 saya nak tau sangat macam mana nk buat nasi dagang 😂😂
    Terima Kasih 😊 have a nice dayyy ! Happy Independence Day !!! Malaysia Bolehhhh !

  • @Borneo446
    @Borneo446 3 роки тому

    Ya Allah sedapnya.. Mohon share resepi nya Sahabat ku semua..moga murah rezeki semua nya.. Aamiin

  • @vrilia89
    @vrilia89 Рік тому

    Kakak buat sedap sgt ikut resepi cik Ain. Tp bila saya buat 😑 Kakak kata tangan sejuk 🤣🤣🤣

  • @Batman-sd1eb
    @Batman-sd1eb 3 роки тому +1

    Terbaik ain memang sedap

  • @Maskantila
    @Maskantila 4 роки тому +2

    Wah! Lembutnya tgk... tasabar nk buat nnt...

  • @farahain1911
    @farahain1911 3 роки тому

    Terbaiklah saya suka

  • @akabbaka4886
    @akabbaka4886 3 роки тому

    Terima kasih ilmu buat roti

  • @zaimahpara75
    @zaimahpara75 3 роки тому +1

    Terbaik cik ain.. Semoga murah rezeki

  • @noorshahira212
    @noorshahira212 3 роки тому

    Terima kasih kongsi tips! 😊

  • @imammahadi7558
    @imammahadi7558 3 роки тому

    ilmu yg memberi manfaat...Syukran....

  • @infolumajang_id
    @infolumajang_id 4 роки тому +3

    Mantap Guys
    Thx infonya

  • @haizaneddie5121
    @haizaneddie5121 3 роки тому +1

    Mohon share ye resepi nya.. terima kasih.. 😊

  • @rozitadawood6192
    @rozitadawood6192 Рік тому

    Hi sis tq for the recipes and l nk tnye brape byk tepung perlu di tambah jika adunan lembik sgt?

  • @user-rs2ty1sg4m
    @user-rs2ty1sg4m 10 місяців тому

    Tksih ❤

  • @sitimariam5958
    @sitimariam5958 4 роки тому +1

    Ingt wanihasrita td

  • @Kucing-Tanaman-Vlog
    @Kucing-Tanaman-Vlog 4 роки тому +2

    Terbaik👍

  • @rozlinamatmusa3286
    @rozlinamatmusa3286 4 роки тому +1

    Terima kasih share resepi.... Nmpk yg ada cheese tuuu sedaaappp.... Kalo nk buat roti yg ada initi mcm tuna ke sardin keee boleh jugak kee guna resepi yg sama? Terima kasih

  • @sirHARIZAL
    @sirHARIZAL 4 роки тому

    Terbaik. Hebatnya.

  • @therattanbasket6343
    @therattanbasket6343 3 роки тому +1

    Kenapa kena cucuk cik ain plastik tu sbb apa tgk org buat dia tk pnh cucuk. Pstu yg cik ain spray tu ape di acuan? Hihi mohon cik ain pncerahan sikit. 😊

  • @lizamaulud889
    @lizamaulud889 4 роки тому +3

    Tq...pasti saya cuba. If tak guna bread improver boleh?

    • @norhidayahabdulhalim9056
      @norhidayahabdulhalim9056 4 роки тому

      Bread improver/dough softener tu fungsi nk melembutkan roti

    • @aurorakasih
      @aurorakasih 3 роки тому

      Bread improver dengan bun softener sama je ke fungsinya

  • @salehahhashim
    @salehahhashim 4 роки тому +3

    Kalau sikit boleh la guna tangan. Kalau sekilo mahu bantuan mesin juga ni 😂

    • @zuzu8376
      @zuzu8376 4 роки тому

      Sekilo tepung x bnyk pn..mula2 agak berat tp lps bbrp minit senang je uli..

    • @salehahhashim
      @salehahhashim 4 роки тому +1

      @@zuzu8376 Ikut kudrat masing2. Saya biasa uli tangan 30-40min sebab nak dapatkan doh yang elastik. Cara masing masing kan

  • @mohdasriyusof7538
    @mohdasriyusof7538 3 роки тому +1

    Nak tanya....bm noxxa saya tak berfungsi untuk BREAD. Saya uli guna tangan dan bakar guna funsi OVEN. Boleh ka. Macam mana suhu dan masanya...?

  • @harrietmary3859
    @harrietmary3859 3 роки тому

    Best dan senang cik boleh guna instant yeast? Pls rlpy tnks

  • @kikykhetsuda2117
    @kikykhetsuda2117 3 роки тому

    Hello! saya dah try , memang jadi 😘

  • @rahmah2905
    @rahmah2905 2 роки тому

    Salam cik Ain. Perap kali ke 2 tu berapa lama ya? Insya Allah nak cubalah nanti

  • @norasyikinalim5528
    @norasyikinalim5528 2 роки тому

    Thank u cik ain. Nk tny, cik ain pki loyang saiz apa??

  • @iekayien1728
    @iekayien1728 4 роки тому +3

    i first like comment and share

    • @hazeeq736
      @hazeeq736 3 роки тому

      Lapo plk perut ni.

  • @suziela2342
    @suziela2342 4 роки тому +2

    Cik Ain ajar buat kek span hm

  • @mobilelandmobileland-ls3ur
    @mobilelandmobileland-ls3ur 4 роки тому +5

    Maaf ye kat video cakap tepong roti tapi video tulis tepong kek....mana yg boleh kita pakai....1tsp baking powder tulis divideo tapi bahan² tkde.... tolong jelaskan t/kasih🙏🙏👍

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  4 роки тому +6

      Pakai tepung roti. Editor salah edit. 😅

    • @dzalihaisadz8757
      @dzalihaisadz8757 3 роки тому

      boleh guna tepung high protein...sama tak dgn tepung roti

    • @jueabakar9580
      @jueabakar9580 3 роки тому

      Alamak saya guna tepung kek..Haha..Blom bakar tunggu esok pagi

  • @kilaieyla6566
    @kilaieyla6566 2 роки тому

    Cik ain nk tanya kalau bakar roti letak dekat rak tengah atau bawah ?

  • @jurainiza93firdaus13
    @jurainiza93firdaus13 2 роки тому

    Tepung kek tu bole buat roti juga yaa , tepung kek brand apa

  • @mzaidiazman5861
    @mzaidiazman5861 3 роки тому

    trbaikkkk

  • @hafidatulhamat9575
    @hafidatulhamat9575 3 роки тому

    Cik ain ajarkan buat kek velvet cheese

  • @fififaiza825
    @fififaiza825 4 роки тому +1

    Cikgu, setiap roti berapa lama blh tahan?.. seminggu boleh?

  • @nenyvietri9947
    @nenyvietri9947 3 роки тому

    Salam cik ain.. gula tu 8 sudu makan ke sudu tea ye.. sy keliru maaf.. sbb

  • @andwhy4494
    @andwhy4494 3 роки тому

    Roti ni kekal gebu sampai bbrp hr ke? Sy biasa buat hr pertama je gebu dan ringan. Hr kedua jd padat dan berat

  • @cookytara
    @cookytara 3 місяці тому

    Tepung roti ke tepung kek?

  • @anizazaini3253
    @anizazaini3253 3 роки тому

    Awak nak tanya
    Tak ada bread improver tak apa ke?

  • @nurulhusna9211
    @nurulhusna9211 3 роки тому

    Kalau tak letak telur , bole ke? And ganti dengan apa?

  • @mimilatip5274
    @mimilatip5274 3 роки тому

    Salam cik ain...knpa kena letak baking powder ye cik ain

  • @nsri8673
    @nsri8673 3 роки тому

    kalau tkda bread improver tu nk guna ap eh?

  • @norasniynamohammad4482
    @norasniynamohammad4482 3 роки тому

    Cik ain spray apa kat loyang

  • @sawiyahdapon2514
    @sawiyahdapon2514 3 роки тому

    Boleh tak kalau tk pakai telur?

  • @magrateramlee97
    @magrateramlee97 Рік тому

    Kalau guna mentega boleh ke

  • @maimunahismail1779
    @maimunahismail1779 3 роки тому +1

    Alaa...takde bread improver pulak..bole ganti dgn ape ?

  • @borneokelate-nurulliyanaab8235
    @borneokelate-nurulliyanaab8235 3 роки тому

    Susu tu susu tepung bleh? Gandum biasa dpt?

  • @farhanrazlan1428
    @farhanrazlan1428 3 роки тому

    Kli kedua rest pn dlm tu jgk ke ltk?

  • @yy-jf3ym
    @yy-jf3ym 2 роки тому

    Macam mana kita nak tahu bila dah boleh stop uli@doh dah cukup elastik?

  • @khadeejanor8158
    @khadeejanor8158 2 роки тому

    gula tu, 8 sudu besar ke?

  • @langputih6881
    @langputih6881 Рік тому

    Uli berapa lama

  • @copelien766
    @copelien766 3 роки тому

    Cik Ain, kalau takdea tepung roti, boleh ke guna tepung gandum biasa?

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  3 роки тому +1

      Boleh sis. Tp texture dia lain sikit la. Hehe

  • @RockKapak90
    @RockKapak90 3 роки тому +1

    Kak masa sapu kuning telur Tu dough saya jadi Kempis,kenapa ya?😬

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  3 роки тому +2

      Sapu slow2 je. Jgn kuat sgt tekan nye. Huhu

  • @hasnorhudayah1723
    @hasnorhudayah1723 4 роки тому +1

    Tapi cik ain klau nak breadmaker, mcm mna yee, set timer just tanya

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  4 роки тому

      Boleh tgok resepi roti kami yg lain ye. Ada ajar cara pakai bm. ☺️

  • @bibiarifa3996
    @bibiarifa3996 4 роки тому +1

    Cik ain kalau guna tepung gandum biasa boleh x

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  4 роки тому +1

      Boleh. Tp x brpe sedap dan gebus

    • @bibiarifa3996
      @bibiarifa3996 4 роки тому

      @@Seminitresepi ohhh patut la sblm ni bt roti x bpe sedap.. Ok cik ain tq.. Semoga cik ain dimurahkan rezeki dan dilindungi diberkati Allah swt..... 😊

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  4 роки тому +1

      Amiiinn. ☺️

  • @wajeihah2704
    @wajeihah2704 3 роки тому

    Cik Ain , kalau nk kasi doh kembang tanpa letak dlm oven yang suam pon x pe ke

  • @adilahaina2283
    @adilahaina2283 4 роки тому +1

    Boleh ke kalau nak guna tepung gandum??

  • @Ell12343
    @Ell12343 3 роки тому

    Cik Ain klu guna tepong roti bole

  • @mardiahsalam9798
    @mardiahsalam9798 3 роки тому +1

    Tepung roti tu tepung apa?

  • @einailias6225
    @einailias6225 3 роки тому

    Selain bread improver blh ganti apa lagi ye? Kalau tak xletak boleh ke?

  • @fannydaud3582
    @fannydaud3582 3 роки тому

    Hai ain,akak nak ty ,akak guna braedmaker brand trio,kalo akak buat roti ikut resipi cik ain nak tekan menu brapa ya.

  • @afnyoq21
    @afnyoq21 3 роки тому

    Resepi ni untuk satu loyang ke cik ain?

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  3 роки тому

      Dapat 2 loyang mcm dalam video sis. ^_^

  • @syirarashak1270
    @syirarashak1270 3 роки тому

    Kalau nk doublekan jumlah tepung yg lain kena doublekan juga ke?

  • @darleenahumayra8953
    @darleenahumayra8953 3 роки тому

    resepi ni boleh buat jadi roti sosej ke?

  • @jamaliasaipudin6339
    @jamaliasaipudin6339 3 роки тому

    Cik ain.. klau guna mixer mcm mnee

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  3 роки тому

      Boleh scroll2 channel kitorg ye. Cik ain ada ajar guna mixer

  • @Maskantila
    @Maskantila 4 роки тому +1

    Perap kali kedua lama sikit tu berapa minit..?

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  4 роки тому

      Depends on suhu bilik. Bila tgok doh dah nak penuh bekas, boleh guna dah.

    • @Maskantila
      @Maskantila 4 роки тому

      @@Seminitresepi ok... terima kasih bagi tips.

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  3 роки тому

      @@intansharinabintimohdisa4041 iye

  • @lilynabilah2865
    @lilynabilah2865 4 роки тому +1

    bread improver tu pa ye sis

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  4 роки тому +1

      Itu adalah pelembut roti. Nk bg roti extra gebus

  • @fififaiza825
    @fififaiza825 4 роки тому +1

    Blh guna bread maker x?

  • @ailhadayaros8765
    @ailhadayaros8765 3 роки тому

    Loyang saiz apa ya?

  • @nurarenah94
    @nurarenah94 3 роки тому

    cik ain, tepung kek tu tepung "superfine" ka bukan?

  • @athirahs8388
    @athirahs8388 3 роки тому

    Kalau takde bread improver boleh ke

  • @noraishahazeme1765
    @noraishahazeme1765 3 роки тому

    @Seminit Resepi klo guna tepung naik sendiri boleh ke?

  • @nurulatirahfitriahmohdzain1340
    @nurulatirahfitriahmohdzain1340 3 роки тому

    Cik ain, kalau takde bread improver boleh ke?

  • @safirahdaud7640
    @safirahdaud7640 3 роки тому

    klau guna tepung pau blh tak

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  3 роки тому

      Erm. X brpe sesuai. Sbb tepung pau low protein. Tepung roti high protein. Tp kalau nk try, boleh jee.

  • @mahfuzmustafa4394
    @mahfuzmustafa4394 3 роки тому

    guna air fryer boleh ke

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  3 роки тому

      Boleh2. Ade video yg kitorg tunjuk guna air fryer

  • @CL-zd7tg
    @CL-zd7tg 3 роки тому

    Kena uli sampai elastik atau cukup 10minit berhenti uli?

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  3 роки тому

      Sampai elastik. Baru roti gebusss

    • @CL-zd7tg
      @CL-zd7tg 3 роки тому +2

      @@Seminitresepi ada tak cara atau teknik nak cepat elastik. Saya uli 1jam belum elastik. Sedihhhh

  • @abuyasien6269
    @abuyasien6269 3 роки тому

    Kalau tak letak bread improver tu jadi ke..

    • @Seminitresepi
      @Seminitresepi  3 роки тому

      Jd je. Still lembut. Tp bila letak, lagiii lembut

    • @abuyasien6269
      @abuyasien6269 3 роки тому

      @@Seminitresepi okay.. Baik terima kasih utk resepi nii🤗