Nasi Ayam Gerenti Sedap Anti Gagal

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 11 чер 2024
  • NASI AYAM GERENTI SEDAP DAN ANTI GAGAL
    Cara menyediaan dan memasak nasi ayam jamin sedap dan anti gagal
    Nasi Ayam antara resepi yang sangat senang untuk dicuba. Masa penyediaanya tidak mengambil masa yang lama dan kos bahan-bahan sangat murah. Bagi yang berminat untuk berniaga sangat disarankan menu nasi ayam ini kerana pulangannya yang tinggi. Resepi nasi ayam ini saya CSM
    Menggunakan beras basmathi parboil yang bebas kanji dan sangat sesuai dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis. Walau bagaimanapun kalau nak gunakan beras biasapun boleh. Bahan untuk sos pula CSM gantikan penggunaan gula dengan STEVIA dan kicapnya pula CSM gantikan dengan sos karemel pekat. Oleh itu untuk resepi nasi ayam CSM kali ini, CSM nyatakan juga bahan ganti agar Nasi Ayam CSM ini boleh dimakan oleh semua orang.
    Bahan tumbuk halus
    10 ulas bawang putih
    2 inci halia
    Bahan perap
    2 1/2 sekor ayam
    4 sudu besar sos tiram
    1 bahagian Bahan tumbuk halus
    4 sudu besar kicap manis
    4 sudu besar kicap cair
    Bahan untuk nasi ayam
    5 cwn beras ( Guna beras basmathi parboil untuk pengidap Dibetic )
    6 1/2 cawan air rebusan ayam
    2 SB mentega @ Minyak Zaitun
    1 batang kayu manis (saiz sederhana)
    7biji buah pelaga
    2 kuntum bunga lawang
    4 helai daun pandan
    1 batang serai
    Sedikit garam secukup rasa
    1 sudu kecil serbuk kunyit
    Bahan-bahan sos
    10 biji cili merah
    6 biji cili api
    Bahan tumbuk halus
    3 sudu besar cuka
    Garam
    Gula
    1 senduk t air rebusan ayam
    Bahan untuk kicap
    1 senduk air lebihan perapan ayam
    1 mangkuk kecil kicap manis
    Sedikit air rebusan ayam
    Bahan untuk sup
    Lebihan air rebusan ayam
    Tulang, kaki ayam (opsional))
    1 sup bunjut
    1 Sudu besar lada putih
    Garam
    Daun sup & Daun bawang
    1 kiub ayam
    Bahan untuk mengoreng ayam
    Minyak untuk menggoreng
    Ayam yang diperap
    Sedikit madu atau ( 2 titik stevia + 1 sb mentega - panaskan dan kacau sebati )
    Bahan-bahan sayuran
    Tomato
    Timun
    Salad
    Daun sup
    Daun bawang

КОМЕНТАРІ • 5

  • @Muhammadyusof-op6sf
    @Muhammadyusof-op6sf 26 днів тому +4

    Wahh ... Sedapnya 🤤

  • @rohaana1458
    @rohaana1458 30 хвилин тому +1

    Assalamualaikum.. kalau ada apa-apa nak tanya tentang cara nak buat nasi ayam ni secara detail insyallah saya akan kongsikan. Terima kasih support channel CSM . Allah bless you here and here after... amminnn

  • @nidaiklaten
    @nidaiklaten 15 днів тому +2

    Apreseasi saya, vidionya bagus, tutorialnya juga mudah dimengerti, bahan - bahan untuk membuat juga sangat mudah didapatkan itu semua akan mudah untuk mempraktekkannya, tak lupa saya ucapkan terima kasih sudah berbagi resep nasi ayam gerenti, semoga channelnya selalu ramai ....