Cik Suka Masak
Cik Suka Masak
  • 12
  • 31 055
CHICKEN CHOP BLACKPAPER MUSHROOM SAUCE – KRISPY DILUAR TENDER DIDALAM
CHICKEN CHOP BLACKPAPER MUSHROOM SAUCE - KRISPY DILUAR TENDER DIDALAM
Chicken chop yg dihidangkan dengan kentang goreng, brokoli, karot dank obis bunga dan sos blackpepper mushroom. Menggunakan bahagian whole leg yang dimarinade, disalut dengan 2 jenis tepung, iaitu tepung kering sebagai salutan 1 dan tepung basah untuk salutan ke 2 dan tepung kering semula sebagai salutan ke tiga, untuk hasil ayam goreng yang lembut dan moist di dalam, serta kruncy di luar. Dihidangkan pula dengan brokoli, karot dan kobis bunga yang dicelur, French fries yang digoreng garing..dan juga sos blackpepper mushroom homemade yang cukup pekat, pedas dan creamy rasanya. Kalau nak bisnes western food ,menu Chicken chop ni adalah pilihan yg tepat.
Bahan marinate :
10 pcs paha ayam fillet
10 Ulas bawang putih - tumbuk halus
5 sdt air halia - Halia ditumbuk lumat dan diambil airnya sahaja
1 sdm kicap cair masin
5 sdm tepung jagung
5 sdt gula pasir
3 sdt lada putih
2 sdt cukup rasa
Bahan Tepung kering:
250 g tepung gandum protein sederhana
250 g tepung jagung
2 sdm baking powder, opsional
2 sdm secukup rasa
1 sdm serbuk lada putih
Bahan tepung basah:
150 g tepung kering
2 butir telur
10 sdm air
Bahan-bahan untuk sos blackpapper mushroom
1 paket Cendawan butang (hiris)
2 sudu besar mentega
1-2 sudu besar serbuk lada hitam
½ biji bawang holland
2 ulas bawang putih
1 tin sup krim cendawan
1 kotak kecil cooking cream
1 kotak kecil susu segar
2 sudu besar kicap pekat manis
CARA MEMBUAT CHICKEN CHOP
1. Keringkan ayam dengan tisu, tutup ayam dengan baking paper atau plastik lalu pipihkan dengan cara di pukul-pukul menggunakan rolling pin atau benda tumpul.
2. Perap ayam dengan bawang putih halus, air halia, kicap cair masin, lada putih, gula pasir, secukup rasa dan tepung jagung. Gaul rata, tutup dengan cling wrap dan perap minimum 15 minit.
3. Untuk tepung kering, campurkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, secukup rasa dan lada putih, kacau rata.
4. Di mangkuk lain, masukkan sedikit campuran tepung kering, putih telur, dan air, kacau rata
( boleh tambah atau kurangkan tepung jika adunan terlalu pekat atau cair yang penting kepekatannya sama macam buat goreng pisang )
5. Celupkan ayam ke dalam tepung kering lalu ke dalam tepung basah dan terakhir ke dalam tepung kering
6. Panaskan minyak (pastikan minyak betul-betul panas), kemudian goreng ayam di api sedang hingga keperangan dan saring minyaknya.
7. Chicken chop siap untuk disajikan.
Sos blackpapper mushroom
1. Panaskan butter.
2. Masukan bawang Holland dan bawang putih yang dicincang.
3. Kacau dan masak sampai wangi dan keperangan.
4. Masukkan cendawan (video terskip) dan masak sampai layu.
5. Masukkan lada hitam yang dikisar. Kacau rata. Masukan cream of mushroom Kimball dan kacau
Sebati.
6. Masukan susu segar dan cooking cream.
7. Masak sambil kacau sampai mendidih.
8. Akhir sekali masukan kicap manis (untuk memberi warna gelap pada sos - mengikut citarasa anda) serta perasakan dengan sedikit garam.
Переглядів: 52

Відео

FAMI-CHIKI ALA FAMILY MART - SOFT , JUICY (JAPAN FAMOUS FRIED CHICKEN)
Переглядів 119День тому
FAMI-CHIKI ALA FAMILY MART - SOFT , JUICY (JAPAN FAMOUS FRIED CHICKEN) * BAHAN- BAHAN: 10 KETUL FILET AYAM BAHAGIAN PEHA BUANG TULANG * BAHAN PERAP (SEKURANG KURANGNYA 3 JAM) 2 sk garam 3 sk soda bicarbonat 10 sk gula 5 sk Aji no-moto ataupun cukup rasa 5 sk serbuk bawang putih 5 sk paste bawang putih 5 sk kicap cair 4 sb Perahan lemon ataupun limau nipis 3 cawan air 3 cawan Tepung gandum * BAH...
RENDANG AYAM WANGI, CUKUP ENAK, WAJIB CUBA . CHICKEN RENDANG. . . EVERYONE CAN DO IT.
Переглядів 41614 днів тому
RENDANG AYAM WANGI, CUKUP ENAK, WAJIB CUBA CHICKEN RENDANG. . . EVERYONE CAN DO IT. Hidangan yang sedap dimakan bersama lemang, ketupat ataupun juga pulut kuning mahupun nasi putih. BAHAN- BAHAN 2 ekor ayam, potong kecil BAHAN- BAHAN YANG DIKISAR HALUS 20 biji bawang merah kecil 2 biji bawang merah besar 12 ulas bawang putih 6 batang serai 6 inci halia 6 inci lengkuas 4 inci kunyit hidup 30 tan...
Daging Masak Lemak Cili Padi, Confirm Tak Cukup Sepinggan, Resepi Makan Tengah Hari Mudah & sedap
Переглядів 27321 день тому
DAGING MASAK LEMAK CILI API - CONFIRM TAK CUKUP SEPINGGAN BAHAN-BAHAN 1.5 kg daging (bahagian bahu)- REBUS SAMPAI EMPUK BERSAMA GARAM DAN ASAM KEPING BAHAN CAMPURAN 25 biji cili api 1.5 inci kunyit hidup 7 biji bawang merah BAHAN-BAHAN LAIN 4 biji kentang 4 batang serai, dititik 500g Santan 1 keping asam keping 2 helai daun kunyit Garam secukup rasa air secukupnya
Chicken Roll... Sekelip mata habis. Idea terbaik untuk bisnes.
Переглядів 13721 день тому
Soy skin Chicken Roll Bagi pengemar Yong Tau Foo, wajib cuba resepi ini.Menu tinggi protein sesuai untuk minum petang atau hidangan sampingan untuk majlis keramaian. Sangat mudah untuk disediakan selain rasanya yang sangat sedap. Bahan: 600 g isi ayam 7 ulas bawang putih - tumbuk halus 1 butir putih telur 2 sdm minyak bijan 1.5 sdt garam 1.5 sdm gula pasir 2 sdt secukup rasa ayam ½ sdt lada sul...
NEPOLEON CHEESE CAKE. 3 bahan saja dah jadi. Rasanya memang “WOW”. Tak sampai 5 minit …licin.
Переглядів 12828 днів тому
NEPOLEON CHEESE CAKE. 3 bahan saja dah jadi. Rasanya memang “WOW”. Tak sampai 5 minit …licin. Assalamualaikum semua.. Hari ni CSM nak kongsikan satu resepi kek yang mudah dan hanya guna 3 bahan saja dah jadi iaitu NEPOLEON CHEESE CAKE . Nepoleon Cheese Cake ni tak guna tepung tapi guna puff pastry yang boleh kita beli kat supermarket seperti Lotus atau mana-mana supermarket. Kosnya pun tak lah ...
KARI AYAM PENANG ..WAJIB CUBA. SENANG NAK MASAK, RASA UMMPH MACAM KENDURI.
Переглядів 165Місяць тому
KARI AYAM PENANG ..WAJIB CUBA. SENANG NAK MASAK, RASA UMMPH MACAM KENDURI. PENANG KARI AYAM , Asal kari saja mesti PENANG. Kalau nak makan kari datanglah ke Penang. Hari ini saya akan kongsikan resepi kari ayam cara orang Penang. Resepi ini CSM dapat dari arwah mertua yang mana apa saja yang arwah masak semuanya sedap. Terima kasih mummy…semoga Allah membalas segala kebaikan mummy.Amin…. Kari A...
Nasi Ayam Gerenti Sedap Anti Gagal
Переглядів 1,5 тис.Місяць тому
NASI AYAM GERENTI SEDAP DAN ANTI GAGAL Cara menyediaan dan memasak nasi ayam jamin sedap dan anti gagal Nasi Ayam antara resepi yang sangat senang untuk dicuba. Masa penyediaanya tidak mengambil masa yang lama dan kos bahan-bahan sangat murah. Bagi yang berminat untuk berniaga sangat disarankan menu nasi ayam ini kerana pulangannya yang tinggi. Resepi nasi ayam ini saya CSM Menggunakan beras ba...
homemade chicken tandoori masala in 5 minute,its so tasty..tender & juicy
Переглядів 119Місяць тому
Ayam tandoori masala …sedap… juicy.. sebijik macam makan kat restoran tandoori terkenal kat penang. Cik Suka Masak rekomen guna rempah tandoori ‘’Dapur 5 minute kitchen’’. Memang sedap. Sebab tu saya nak kongsi resepi ni dengan semua.Cara penyediaannya pun simple. Yang penting dapat jimat belanja, masak sendiri ramai yang boleh makan. Ayam Tandoori ni sedap kalau makan dengan nasi Briyani Ala-a...
Talam Pandan Jagung Paling Sedap dan Mudah
Переглядів 17 тис.4 роки тому
RESEPI TALAM PANDAN JAGUNG PALING SEDAP DAN MUDAH BAHAN-BAHAN ( 1 loyang saiz sederhana ) LAPISAN JAGUNG 1 tin jagung manis @ krim jagung 1 cawan Santan pekat @ susu cair 1 cawan tepung gandum 1 cawan gula pasir 4 biji telur saiz B 1 sudu kecil pewarna kuning telur Cara membuatnya 1.Kisar semua bahan di atas hingga betul-betul sebati dan masak sekejap (hingga lapisan dasar adunan rasa likat) gu...
Bebola Daging Keju Paling Sedap dan Mudah
Переглядів 1474 роки тому
BEBOLA DAGING KEJU BAHAN-BAHAN *3 pek daging kisar (400g) 1 biji ubi kentang saiz besar (rebus dan dilenyek) 1 pokok daun ketumbar (hiris) *1 Sudu kecil garam @ secukup rasa *5 Sudu besar sos tiram *1 sudu besar lada sulah 1 pek serbuk roti Sedikit Oregano Leaves Sedikit Bijirin hitan (Habbastus sauda) jika suka BAHAN KISAR 2 sudu besar biji lada hitam 1 biji bawang Holland 5 ulas bawang putih ...
Kurma Kambing Sedap Ala Kenduri Kahwin
Переглядів 11 тис.4 роки тому
RESEPI KURMA KAMBING SEDAP ALA KENDURI KAHWIN Bahan-bahannya 3 kg daging Kambing (direbus ¾ masak) 1 Mangkuk besar minyak masak 4 Biji ubi kentang saiz sederhana belah 2 Bahan Tumis (A) 3 biji bawang besar (hiris nipis) 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 9 kuntum bunga cengkih 5 biji buah pelaga 7 tangkai daun pudina 2 helai daun pandan (disimpul) Bahan Tumis (B) 15 Ulas bawang put...

КОМЕНТАРІ

  • @Muhammadyusof-op6sf
    @Muhammadyusof-op6sf День тому

    Wah sedapnya

  • @AinalZahar
    @AinalZahar 3 дні тому

    Sedapnya ❤

  • @Piggybjorn
    @Piggybjorn 3 дні тому

    Japan famous fried chicken is delicious

  • @dapurpukul12
    @dapurpukul12 13 днів тому

    Waalaikumussalam CSM. Sedap rendangnya. Semoga terus success.❤

  • @phonelcs1892
    @phonelcs1892 14 днів тому

    Tolong beri tahu sukatan puan.

    • @rohaana1458
      @rohaana1458 14 днів тому

      salam & selamat pagi . Tuan / puan boleh cek kat description. Terima Kasih

    • @rohaana1458
      @rohaana1458 14 днів тому

      Kalau ikut sukatan yang CSM bagi tu tuan/puan boleh dapat banyak kuah yang pekat dan tak kering sangat. kalau untuk pesakit dibetis boleh ganti gula dengan stevia anggaran 2 atau 3 titik ( megikut citrasa anda). Santan pula boleh ganti dengan susu segar dan minyak pula gunakan minyak zaitun yang khas untuk mengoreng . Walaupun bahan asal telah diganti dengan bahan lain hasilnya tetap sedap tanpa mengubah rasa . Yang penting sihat.

    • @mariatulkabatiah1009
      @mariatulkabatiah1009 14 днів тому

      X beri sukatan tu x ikhlas nk mnunjuk je bkn nk mngajar

    • @rohaana1458
      @rohaana1458 13 днів тому

      @@mariatulkabatiah1009 ALHAMDULILLAH....

  • @rohaana1458
    @rohaana1458 15 днів тому

    Asalamualaikum .... terima kasih menyokong channel CSM. Tuan/puan ada apa-apa pertanyaan cara nak buat rendang. Boleh tanya di ruangan comment insyallah saya akan terangkan dan kongsikan pengetahuan yang saya ada tentang masakan rendang ayam ini.

  • @rohaana1458
    @rohaana1458 15 днів тому

    Assalamualaikum semua... terima kasih menyokong channel CSM. Kalau tuan/puan ada apa-apa nak guide tentang mcm mana nak buat ayam tandoori ni secara detail insyallah saya akan kongsikan. Teruskan menonton resepi-resepi CSM. Jangan lupa like dan subscribed ye....

  • @rohaana1458
    @rohaana1458 15 днів тому

    Assalamualaikum.. kalau ada apa-apa nak tanya tentang cara nak buat nasi ayam ni secara detail insyallah saya akan kongsikan. Terima kasih support channel CSM . Allah bless you here and here after... amminnn

  • @fizinor
    @fizinor 18 днів тому

    cik suka masak teruskan masak, terus semangat 🤩💪💪💥💥 sedap ni daging masak lemak cili padi..

    • @rohaana1458
      @rohaana1458 18 днів тому

      terima kasih support channel CSM.

  • @norzulaihamrsan6293
    @norzulaihamrsan6293 24 дні тому

    saya dah cuba resepi ni...sangat cepat utk memasak...yang penting SEDAP!!! terima kasih Cik Suka Masak atas sharing yang UUMMPPHH!!!

  • @norzulaihamrsan6293
    @norzulaihamrsan6293 28 днів тому

    Emm nampak senang nak buat ...x yah susah2 ambik masa yg lama😊

  • @Muhammadyusof-op6sf
    @Muhammadyusof-op6sf 28 днів тому

    Wow

  • @noneyyyyy721
    @noneyyyyy721 29 днів тому

    Aruah mok akn masok krisek juggo biar enakk posanya😢😢

  • @nidaiklaten
    @nidaiklaten Місяць тому

    Apreseasi saya, vidionya bagus, tutorialnya juga mudah dimengerti, bahan - bahan untuk membuat juga sangat mudah didapatkan itu semua akan mudah untuk mempraktekkannya, tak lupa saya ucapkan terima kasih sudah berbagi resep nasi ayam gerenti, semoga channelnya selalu ramai ....

  • @Muhammadyusof-op6sf
    @Muhammadyusof-op6sf Місяць тому

    Wahh ... Sedapnya 🤤

  • @ArshadMohammedKassim
    @ArshadMohammedKassim Місяць тому

    Saya dah buat memang sedap senang nak buat... Terima kasih cik suka masak ❤

  • @ArshadMohammedKassim
    @ArshadMohammedKassim Місяць тому

    Saya dah buat memang sedap senang nak buat... Terima kasih cik suka masak

  • @ArshadMohammedKassim
    @ArshadMohammedKassim Місяць тому

    Saya dah Cuba memang sedap senang nak buat.... Terima kasih cik suka masak

    • @rohaana1458
      @rohaana1458 Місяць тому

      alhamdulilah ....klu nk buat businesspun blh guna resepi ni.

  • @Muhammadyusof-op6sf
    @Muhammadyusof-op6sf Місяць тому

    Wahh ... Macam sedap je terliur tengok

    • @rohaana1458
      @rohaana1458 Місяць тому

      terima kasih kerana menyokong kami

  • @Muhammadyusof-op6sf
    @Muhammadyusof-op6sf Місяць тому

    Wah macam sedap je 🤤

  • @Muhammadyusof-op6sf
    @Muhammadyusof-op6sf Місяць тому

    Tengok macam sedap je

  • @AbdullatifMuhammad-yz8cr
    @AbdullatifMuhammad-yz8cr Рік тому

    Semoga berjaya

  • @mariyamomar474
    @mariyamomar474 2 роки тому

    Terbaikkk.nmpak pon tahu pasti sedap

  • @secretariat1973
    @secretariat1973 2 роки тому

    Tgk bahan2 pon tahu sedap. Tp xramai yg mampu buat kalau bahan byk mcm ni. Haha

  • @putrisofia4687
    @putrisofia4687 3 роки тому

    I Love you 😗

  • @putrisofia4687
    @putrisofia4687 3 роки тому

    I Love you 💓

  • @putrisofia4687
    @putrisofia4687 3 роки тому

    I Love you

    • @saadiahmohamed4342
      @saadiahmohamed4342 2 роки тому

      Sya nk Tanya klau tk Ada day pandn bolh tk sya gunakn perisa pandn tolng jawb Yee terima kash resepinya selamt maju jaya

  • @lindayani4447
    @lindayani4447 3 роки тому

    Bunda..sy mau tanye 1 cawan maksudnye brp gram atw ml..maaf sy tak.paham.dr indon

    • @rohaana1458
      @rohaana1458 3 роки тому

      sukatan boleh guna apa-apa saiz cawan yang penting guna cawan yg sama saiz untuk sukat semua bahan. tq..selamat mencuba.

  • @speargraphy6301
    @speargraphy6301 3 роки тому

    Terbayek!!!

  • @SA8757V
    @SA8757V 3 роки тому

    .......

  • @silveriasnow8163
    @silveriasnow8163 3 роки тому

    Byk gk gna telor.

  • @ramusinusamy1970
    @ramusinusamy1970 3 роки тому

    Sungguh sedap... thank you Sara’ Kithen

  • @sadiahismail8613
    @sadiahismail8613 3 роки тому

    kalau tak letak plastik dlm loyang ok tak?

  • @madasan4180
    @madasan4180 3 роки тому

    Kesilapan. Dalam. Masakan ini ialah masukkan air rebusan sebelum rempah.. Patot rempah ditumis dgn bawang sehingga naik bau baru letak air.. Baru pecah minyak.. Tgok dh x cantik kurma nya n rasa kurang sedap kalau dilihat pada cara masak... Mungkin 2 dari 5 bintang. Saya head chef hotel di sg petani.. Perlu belajar lebih lagi

  • @pulaelahramdhani7104
    @pulaelahramdhani7104 4 роки тому

    Yumiii😋

  • @pulaelahramdhani7104
    @pulaelahramdhani7104 4 роки тому

    Teringin nak cuba😊😊😊....cuba nak rasa...😀😀😀

  • @muhammadzulhusniabdulaziz7591
    @muhammadzulhusniabdulaziz7591 4 роки тому

    Memang nak cuba resepi ini. Menarik!