Sup Tomato Nasser's Kitchen

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 вер 2024
  • RESEPI Lengkap di www.nasserskit...
    Sup tomato ialah makanan selesa yang lazat dan mudah disediakan yang dibuat dengan tomato dan pelbagai jenis herba dan rempah ratus, menghasilkan sup yang berperisa dan memuaskan. Resipi sup tomato berkrim ini mudah dibuat dan pasti menjadi kegemaran keluarga.
    Berikut adalah beberapa petua utama yang perlu diingat semasa membuat sup tomato yang baik. Pertama, sentiasa gunakan tomato masak untuk rasa yang terbaik. Jika anda tidak dapat menemui tomato masak di tempat anda berada, menggunakan tomato dalam tin adalah alternatif yang baik kerana ia diproses dipetik dan diproses apabila ia masak dan dalam keadaan terbaik.
    Pastikan tumis bawang besar dan bawang putih sebelum masukkan tomato untuk mendapatkan rasa yang terbaik. Akhir sekali, adakah tabiat yang baik untuk merasai dan menyesuaikan perasa mengikut keperluan sebelum dihidangkan. Sedikit gula akan membantu mengimbangi keasidan tomato, dan menambah hanya sedikit krim tenusu segar akan memberikan sup tekstur berkrim dan kaya.
    Sup tomato adalah hidangan ringkas dan mengenyangkan yang sesuai pada bila-bila masa sepanjang hari. Sama ada anda sedang mencari makan tengah hari yang lazat atau makan malam ringkas, resipi sup tomato berkrim ini pasti menggembirakan. Padankan dengan sandwic keju bakar atau hanya roti bakar hangat untuk hidangan lengkap.
    Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah sup tomato berkrim. Sup ini sangat mudah di sediakan dan antara sup kegemaran saya dan keluarga. Tanpa berlengah lagi, Jom kita ke dapur!
    Bahan utama yang kita perlukan ialah buah tomato. Buah tomato yang terbaik ialah yang masak diatas pokok, tetapi kebanyakan tomato segar dipasaran di petik sebelum betul-betul masak. Untuk resepi ini saya gunakan 1 tin atau 400g tomato dalam tin. Tomato dalam tin pada amnya lebih perisa tomato kerana diproses dari tomato yang masak atas pokok. Kalau mahu gunakan tomato segar, kelarkan seperti ini dan siram dengan air yang baru mendidih. Dan kopekkan kulitnya seperti ini.
    Kita juga perlukan 2 biji bawang merah. 3 ulas bawang putih. 1 kiub pati lembu/ayam dan 1 helai daun salam. Bawang dan bawang putih dicincang seperti ini.
    Kita juga perlukan 100ml whipping cream atau cooking cream. Sedikit minyak zaitun untuk menumis, kalau tak ada mintak zaitun, apa-apa minyak masak pun boleh. Sedikit daun selasih atau basil, saya gunakan yang kering 1 sudu kecil.
    Panaskan sedikit minyak. Dan tumiskan bawang. Bila bawang sudah layu dan mula kelihatan garing di tepi, masukkan bawang putih. Gunakan api yang sederhana kecil supaya tidak hangus. Ini akan mengambil masa 7-10 minit. Bila bawang dan bawang putih garing seperti ini, masukkan tomato. Pastikan tidak ada yang tertinggal. lecekkan tomato supaya lebih mudah hancur seperti ini. Tambah 2 cawan atau 500ml air. Kacau! Jangan tak kacau! Masukkan kuib pati lembu, DAN daun salam. Kuatkan api. Bila sudah mendidih kecilkan api dan renihkan untuk 20 minit.
    Tambah 1 sudu kecil daun selasih atau basil kering. Herba dimasukkan tidak terlalu awal supaya perisanya tidak hilang semasa direnih lama. Tambah satu sudu kecil gula untuk mengimbangkan rasa masam tomato. Kacau supaya larut dan renihkan 10 minit lagi lagi sehingga tomato kelihtan hancur dan sup menjadi pekat sedikit. Sekarang kita akan kisarkan sup dengan menggunakan hand blender. Boleh juga guna blender biasa tetapi pastikan sup sudah sejuk sedikit kerana mengisar sup yang panas agak merbahaya.
    Begini rupanya selepas dikisar halus. Sekarang kita rasa sedikit sup untuk tentukan sama ada apa-apa yang perlu ditambah. Saya masukkan 1 sudu kecil lada hitam yang baru ditumbuk, sedikit lagi garam dan sedikit lagi gula. Kacau supaya rata. Dan panaskan semula sup sebelum dihidangkan. Untuk sup yang lebih berkrim, tuangkan sedikit whipping atau cooking cream. Dan taburkan sedikit lagi daun selasih atau basil kering. Sangat sesuai dipadankan dengan roti bawang putih atau roti keju bakar. Selamat mencuba.

КОМЕНТАРІ • 4

  • @AyseCalsr-qh4qp
    @AyseCalsr-qh4qp Рік тому

    Merhaba...🥰👋 Maşhallah çok lezzettli.😍😍😋😋😋 Thank's ye Pacik resepnye. Inşhallah, saye akan cuba Sup tomat yang sangat sedap ni. From, Türkiye Istanbul.🤗😘💝

  • @ainibakat149
    @ainibakat149 18 днів тому

    Kalau ada resepi kat kotak deskripsi lagi elok ,chef. Link website resepi yg chef bagi bila tekan keluar "site not found". Begitulah selalunya.

  • @nabilnasser6964
    @nabilnasser6964 2 роки тому +1

    Great recipe. Can't wait to try it!