Touch ‘n Go Tolong Lah Dengar !!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 7 вер 2024
  • Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub baru-baru ini ada buat satu posting di FB beliau, berkenaan Kad Visa TNG yang tak boleh digunakan untuk pembayaran tol dan pengangkutan awam.
    Selain itu, Menteri mengarahkan pihak Touch ‘n Go untuk ambil 6 tindakan segera berkenaan isu dan masalah yang dah lama orang dok bising. Harapnya lepas ni, Touch ‘n Go tolong lah selesaikan isu ini segara.
    Seperti biasa! Jika suka dengan video ini, jangan lupa juga terus layari, Subscribe dan tekan loceng;
    LAMAN WEB : pandulaju.com.my
    UA-cam : / pandulaju
    FACEBOOK : / pandulaju.com.my
    INSTAGRAM : / pandulaju
    TIKTOK: / pandulaju
    #pandulaju #touchngo
  • Авто та транспорт

КОМЕНТАРІ • 666

  • @SyukDiyChannel
    @SyukDiyChannel Рік тому

    *Strongly Agree with you 👍🏻*

  • @ZoolHakeemLordbyte
    @ZoolHakeemLordbyte Рік тому

    Sangat2 setuju,terbaik abg Gan!!!!

  • @zafranm.1677
    @zafranm.1677 Рік тому +33

    Dah tahun 2023, Touch N Go masih memonopoli semua rakyat Malaysia.

    • @muhamadsufee
      @muhamadsufee Рік тому +1

      Betul tu, sepatutnya kerajaan dah tukar syarikat konsesi ni. So takde lah naik lemak sampai semua servis teruk

  • @ismailbsaidin396
    @ismailbsaidin396 Рік тому

    SETUJU SEKALI ABANG GAN. TERIMA KASEH.

  • @amirism91
    @amirism91 Рік тому +2

    Senang HAPUSKAN tol.

  • @mmmmat
    @mmmmat Рік тому

    Terima kasih abang Gan untuk suara anda.

  • @azmanmarzuki434
    @azmanmarzuki434 Рік тому

    Terbaik, informatif

  • @SP-Steel
    @SP-Steel Рік тому +73

    Isu sama, padahal Malaysia dah berpuluh puluh tahun dah ada sistem lebuhraya. Kita sepatutnya dah ada sistem pembayaran "gantry" supaya perjalanan lagi lancar. Ini tak, dah ada smart tag sedia ada, nak perkenalkan RFID pulak.

    • @kamarulnajmi5780
      @kamarulnajmi5780 Рік тому +7

      Beli aruz, dapat build in smarttag. Takkan taknak pakai. Membazir beli RFID..

    • @kamarulnajmi5780
      @kamarulnajmi5780 Рік тому +6

      Kalau yg jarang guna hiway, membazir beli RFID.. Baik guna paywave Debit kad. Semua orang ada debit kad.

    • @tokmisai
      @tokmisai Рік тому +6

      Bagi pendapat sya rfid memudahkan kita nak cek@top up baki (Kat mana2 boleh top up) n nak elak mslah smart tag device(Battry kong,rosak). Just pendapat.

    • @amadakun5659
      @amadakun5659 Рік тому +1

      @@tokmisai btl, aku pungguna RFID ok ja kadang smartag pun x detac keta org lain gak

    • @hendri_vii
      @hendri_vii Рік тому +2

      singapore dh ada lama malaysia bila lgi ni 🤦‍♂️

  • @amusdam76
    @amusdam76 Рік тому +1

    Nmpaknya pihak tng kaut untung atas angin apabila kad pengguna expired.... Renung2 kan... Rakyat marhaen mcm sy x reti la mcmna nak ambik balik baki yg ada dlm kad😭

  • @arifmnasir9165
    @arifmnasir9165 Рік тому

    mantap kerajaan. akhirnya ada jugk tindakan kat touch n go

  • @SAZTUBE
    @SAZTUBE Рік тому

    Kadar top up minima NFC RM30...tak masuk akal. Buatlah mcm Touch n' Go...minima RM10. Orang bukanya setiap hari nak guna tol!.

  • @shaha_ab
    @shaha_ab Рік тому +12

    Terbaik Abang Gan 👍👍👍👍👍. Sekiranya saranan kerajaan tak dipatuhi oleh TnG rasanya kerajaan patut kaji balik kontrak TnG ni tak silap TnG ni syarikat di bawah CIMB. Kelembapan yang teramat ...

    • @raishamid1575
      @raishamid1575 Рік тому +2

      Bagus tamatkan aje kontrak touch n go ni, dia tak perform pun, siap monopoli lagi. Kasi kontrak untuk 2, 3 syarikat lain supaya depa boleh bersaing secara sihat macam syarikat2 Telco. Baru boleh maju.

  • @faisalamir1928
    @faisalamir1928 Рік тому +1

    Ini lah masalah malaysia, bagi monopoli dekat kroni2. Yang suffer end user.

  • @hakimrustam9133
    @hakimrustam9133 Рік тому +1

    TnG tolong perbaiki system nfc ini, banyak phone tak support nfc. Kad ada pun tak boleh guna

  • @zulfadhlizainol6678
    @zulfadhlizainol6678 Рік тому +91

    Dulu ada dengar cerita plus nak buat payment direct dari debit atau credit card melalui paywave tapi touch n go tak bagi sebab dalam perjanjian hanya touch n go saja boleh provide service. Nampak sangat monopoly dengan lama. Dulu tahun 2021 nak buat refund touch n go card yang dah expired pun macam2 benda kena buat. Kena pergi website key in itu ini lepas itu minta balance masuk dalam bank accounts. Lepas sebulan lebih macam tu duit tak masuk lagi cuba call careline banyak kali tak jawab last2 give up and kata biarlah burn duit itu. Secara tiba2, awal tahun ini pihak touch n go call tanya pasal refund tersebut dan saya cakap ' dah nak masuk 2 tahun baru nak update ke. Apa punya service'. Pihak Careline cakap sorry terlepas pandang. Wow terlepas pandang hampir 2 tahun. Lepas itu, duit itu akan kami proses dan terus akan debit ke tng e wallet. Lepas seminggu, duit dah masuk.

    • @johnydeep7624
      @johnydeep7624 Рік тому +7

      Ko tau sbb ape x pasal da kne saound ngn menteri

    • @adampotatos6854
      @adampotatos6854 Рік тому +9

      Saya pulak ada request refund sebab RFID Seremban buat masalah, dah reverse depan belakang banyak kali tak boleh read. Akhir sekali terpaksa pakai TnG. Ha amek ko dia charge full. Tapi malang sampai sekarang ni dah nak setahun dah, TnG tak refund-refund pun duit saya. Saya pun dah give up kira burn duit tu 😂

    • @fitricyber
      @fitricyber Рік тому +10

      @@adampotatos6854 mmg tk halal kn lah camtu, tu sbb syarikat touch n go asyik ada masalah jer, tk settle2, sbb pakai mkn duit haram org ramai, tggu masa nk lingkup jer😅😂

    • @mr.brontok
      @mr.brontok Рік тому +8

      sama kita....bila nak minta pulangkan baki macam2 minta...mengarut jer

    • @ziran6620
      @ziran6620 Рік тому

      TnG ni mmg hampeh sejak diperkenalkan... Plus bodo, pengarah dia bodo, kerajaan bodo... Menyusahkan rakyat. Dah la monopoli kira pahit pun terpaksa telan... Pekerja takda efficiency... Sistem beli harga mahal tapi menyusahkan... Mmg lahanat punya company.. Aku dah pakai sejak highway di buka... Pengalaman banyak Dan boleh tulis buku... Tapi kerajaan tagline: Ada Ku Kisah... Rakyat mampos dia punya pasal...

  • @AGYT5796
    @AGYT5796 Рік тому +1

    System Tol Malaysia memang outdated…. Tak boleh pakai, banyak masalah….. kenapa nak ada touch n go, smart tag dan RFID…. PAKAI SATU SYSTEM CUKUP LAH… TAK PAYAH BANYAK LORONG YG BERBEZA….. SEPATUTNYA… PAKAI YG GATE LESS MACAM SINGAPORE ERP…. CEPAT DAN TAK JAMMMED…. YG SUKA GUNA TOL FREE, TANGKAP, SAMAN DAN PENJARAKAN….

  • @jevanchandran
    @jevanchandran Рік тому +24

    I agree. NFC TNG sudah 1thn ...Kata no stock

  • @azrinmustaffa2849
    @azrinmustaffa2849 Рік тому +15

    Ini touch & go tak ada sop yg terbaik.Dah lama sgt conquer. So perkhidmatan & standard tak jg.Jgn marah ya sesiapa yg terasa.Kerajaan patut buka pasaran kpd sesiapa yg boleh beri service yg terbaik.Ini bila bg kontrak tp tak jg dgn baik.Yg merana rakyat jelata.

  • @brojack1378
    @brojack1378 Рік тому +10

    aku masih ada kad touch and go yang tiba-tiba tak boleh di gunakan walaupun kredit masih ada +-RM80. Apabila pegi ke pejabat jualan dekat plaza tol dia kata kad sudah rosak. Aku minta transfer baki kad itu namun pengawai tu kata kena pegi ke HQ di Kerinchi. Ini bangang punye kerja takkan lah klim tak boleh buat buat di cawangan jualan dan kena pergi kl. Kos pegi kL lagi siap mau bayar.

  • @URL_Intel
    @URL_Intel Рік тому +1

    Sebab takda persaingan tu die berani buat mcm nie

  • @azharabdullah6697
    @azharabdullah6697 Рік тому +1

    Benda ada je tapi semua jual online nak untuk lebih

  • @dinxkesah
    @dinxkesah Рік тому +1

    Dulu masa byk lorong tunai xde org jenis cucuk rapat2 nk lari tol.... Sebab ada operator kutip tol🤭🤭🤭🤭

  • @newjourney9220
    @newjourney9220 Рік тому

    Inilah masalah kronism dan monopoli di Malaysia. Rakyat yg susah tapi ramai yg masih tak faham

  • @morganaugustinedom87
    @morganaugustinedom87 Рік тому +1

    TnG monopoly mode pembayaran 😵‍💫

  • @mardhiyah9282
    @mardhiyah9282 Рік тому

    Hapuskn monopoli..bru diorg nk gerak..

  • @roycun5013
    @roycun5013 Рік тому

    ini Lee masalah, bila orang xreti berniaga diberi peluang berniaga. menyusahkan orang jee.

  • @alongcak7731
    @alongcak7731 Рік тому +9

    Betul apa yg abg gan ckp. Pemulangan kredit pun kne merayu2. Gara2 monopoli xde persaingan cmni la jadik, keje nak untung je kualiti xde. Pengguna bukan semakin senang. Semakin mengarut company tng ni.

  • @hardyabdel
    @hardyabdel Рік тому

    Xkan la menteri x bole nk selesai isu ni.

  • @AlyssaKidrauhl
    @AlyssaKidrauhl Рік тому

    TAHNIAH ABANG GAN JUGAK YANG BERANI💪💪💪💪

  • @FirdausAmir
    @FirdausAmir Рік тому +11

    RFID tu senang je, letak semua kat semua lane jgn la 2 lane je, kat area lain ada je TouchNgo dgn RFID, Smartag dgn RFID skali, duit banyak xnk rolling balik, RFID sticker tu bape sen je la, guna la duit tu utk semua lane ada RFID bkn makan sorang2

    • @deathcodex
      @deathcodex Рік тому +7

      Tugas TnG ni menyenangkan pengguna bkn menyusahkan org, ni la masalah bila xde competitor, sorg je songlap

    • @SPEEDREAPER
      @SPEEDREAPER Рік тому +2

      Tu la sakit hati lak

    • @wxlew94
      @wxlew94 Рік тому

      Lane apa guna RFID adalah tanggungjawab highway company. I pasti TNG dah lama sudah ready, Technology dah ada, kenapa highway owner tak mau guna?

  • @onn88
    @onn88 Рік тому

    lembab pihak pengurusan TnG, monopoli pulak tu..., jika tiada kemampuan, bagi saja kepada company yang lebih competent

  • @kk-bl9hi
    @kk-bl9hi Рік тому

    HIDUP PAKATAN HARAP.AN 👍👍👍😃

  • @leatherhouselegacy7032
    @leatherhouselegacy7032 Рік тому

    stuju,tp bab monopoli utk kaut keuntungan tu,xpatut sbnarnya,,terbaik abam gan..

  • @hazrilhamdan7505
    @hazrilhamdan7505 Рік тому +1

    ni monopoli. knp tak buka kpd servis provider yg lain. jadi pengguna boleh pilih nk byr pakai tng, debit card, kredit card, e-wallet yg lain. dan sebagainya.

  • @greeneight
    @greeneight Рік тому

    Sebab T&G buat sambil lewa sbab tiada saingan, rakyat nak ke taknak trpaksa beli dari dia. Semua msuk poket cimb. Janji untong, masalah apa jadi dorang pduli apa, tolong wujudkan 4-5 lagi syarikat lain utk bg saingan.

  • @ZulKongsiChannel
    @ZulKongsiChannel Рік тому +5

    Tambahan: Sila tambah lorong RFID.. 10 lorong tol, 2 ja RFID.. hampeh

    • @kEirenic
      @kEirenic Рік тому

      Tu pun nasib baik 2. Byk yg 1 je rfid. Anak tiri betul

  • @mohd.nizamzainalabidin4878
    @mohd.nizamzainalabidin4878 Рік тому

    Terbaik bang!

  • @neutralgrounds07
    @neutralgrounds07 Рік тому +1

    This demand by kpdn is actually useless... The fastest way govt can make tng listen is govt compel highway operators to open up different payment methods on highway like pay using debit/credit card and maybe bring in competent RFID tag provider to debit the toll amount from cr/dr card... Watch how tng will suddenly become more competent instead of the fools running it now...

  • @stevenknight95
    @stevenknight95 Рік тому

    TnG company monopolized the TnG card, back in the day you can buy TnG card from petrol station , 7eleven etc for just RM5, now TnG company only sell you at their website for RM35 for a empty card. stupid greedy company , gov should take action.

  • @abglongkaikl794
    @abglongkaikl794 Рік тому +32

    TAMBAHAN... 📢📢📢 Sila letak papan tanda BESAR2 kat lorong anda
    "Ada staff di lorong ini. Sila pandu ke lorong ini untuk bantuan" ❗❗❗❗❗
    Ni siap pasang tinted gelap... ada jugak yg letak langsir kedap bunyi.. bila org panggil...lambat buka tingkap
    "Ada org ke kat dalam ni...?" ⚠⚠⚠ kalo dikira nisbah dlm 10x... 4 je muka ikhlas akan bantu... lg 7 muka NYAMPAH...
    yg lg 1 tu terlebih tu korang... menyorok kot...

    • @amadakun5659
      @amadakun5659 Рік тому +2

      haah dlm pondok tu ada org kut ingat x dk haree btl

    • @abglongkaikl794
      @abglongkaikl794 Рік тому +2

      @@amadakun5659 kalo xde, reverse semula masuk lorong sebelh.. tu pon kalau ada... 🤭

    • @keon79
      @keon79 Рік тому +3

      dlm pondok tu kena ada org, sbb dia akan tukar Kelas kenderaan sblm kita touch kad kita.. so biasanya kat lorong paling kiri yg sentiasa berubah kelas kenderaan. kereta polis, teksi, lori, ambulan semua akan masuk lorong tu.. so lorong tu lah yg ada org..
      tu sbb lorong kelas 1 (kenderaan 2 gandar), mmg takde pondok & palang dia 2.1m saja (sbnrnya tinggi lagi, sbb van & lori kecik pun 2 gandar jugak.. hehe)
      tapi muka ketat tu mmg saya setuju.. haha

    • @nazslinnazslin1334
      @nazslinnazslin1334 Рік тому +1

      Apa bikin bikin duduk2 dalam sana kita tanye hello mau resit buka tingkat mcm langsi ckp kasar memang aku maki ni punye

    • @abglongkaikl794
      @abglongkaikl794 Рік тому +1

      @@nazslinnazslin1334 🤕

  • @HotRod16
    @HotRod16 Рік тому +45

    Eyy....ini mmg topik panas.
    Lagi satu, reload tu apehal kena asingkan reload kat kad dan reload kat ewallet?
    Kat Klang Valley banyak toll, lalu pakai tng (walaupun pakai kad nfc) dia tolak baki kat ewallet, so kita senang lah reload je wallet. Jadi bengang ialah lalu PLUS kena asingkan, kena masuk keluar ikut RFID baru tolak ewallet. Pakai TnG atau Smartag kena plak reload kad...taktau apa dia cerita kat Abg Gan, mmg tak boleh terima lah. Dah kita masuk banyak wang credit, bajet mesti dah ada kayaraya tapi dah berapa tahun sistem rfid tak nak link lagi? Reload masih asing. Salah masuk keluar pintu tolak habis RM30-40 dari Duta ke Rawang (fi asal baru beberapa ringgit je). Kita setia pakai, tapi kena penalti mcm ni mana adil? Nak ckp psl report memang mendidih lah darah. Saya rugi RM40 dari Duta (Smartag) ke Rawang (RFID)...report payah nak cari CS masa awal RFID mula. Lagi satu, pernah kad tercicir hilang sebab parking guna TNG, taknak simpan kad dlm kereta. Sejurus tahu kad hilang, lambat sungguh saya nak cari mana nak lapor kehilangan, nak block. Bila kad kita hilang, kereta nak keluar kena lagi penalti RM50 nak keluar panggil security buka palang. Mangsa lagi dimangsakan...wa dah email bagainya, kad itu masih diguna org lain berbulan bulan. Sampai saya duduk lebih 2 jam cari CS dan nombor, call, kemukakan pelbagai bukti baru dia bertindak. Terima kasih cik adik kat CS yg layan saya sampai lepas waktu kerja dia utk settlekan isu saya, dia siap bagi kad baru NFC (waktu semua habis stok)...itupun dia kata tersilap cancel kad Watson Tng saya...
    Saya guna TnG hampir 20 tahun dan baik je.. Sejak RFID dan Ewallet ini mula, mmg saya kali pertama komplen.
    Last skali, kat lane RFID sebelum tol, atas jalan yg cat(paint) warna putih logo RFID tu, tolong tukar cat tu kepada yg lebih kasar. Itu mcm cat minyak, permukaan gloss kilat licin. Dah beberapa kali tayar Michelin kereta saya tergelongsor sebab licin sgt. Siap pulak RFID selalu ada kereta kandas, kena brek tertiba tiba, ditambah cuaca selalu hujan, mmg resepi buat kita langgar. Saya sendiri video...walau dah ada video viral, tapi masih tak ambil tindakan. Seperti biasa, nak ada org mati baru nak bertindak?

    • @Vanguardkl
      @Vanguardkl Рік тому +3

      i kena benda sama. masuk rfid, 3km jam sbb satu lane je RFID. masa keluar silap masuk TNG card lane. tolak terus baki Rm35. esok kena la pg kl sentral. diorg refund dlm 30 hari,smp skg aku tak tau dpt balik ke tak,, nama touch n go dlm 1 saat, refund 30 hari. mmg company paling si yarl di malaysia

    • @azimfauzi1
      @azimfauzi1 Рік тому +2

      @@Vanguardkl YESSSS bangang punya system . saya pernah terkena. topup kad fizikal kena cas 50 sen. Kad fizikal bapak susah nak dapat, tapi byk tempat still kena pakai kad fizikal tngo. Smart tag pulak 3rd party yg jual ahahahha

  • @Zammin
    @Zammin Рік тому

    Pecah monopoli, letak pay wave kat tol..

  • @sitibainun4698
    @sitibainun4698 Рік тому

    bagi saya tolonglah jangan ada kad tamat tempoh ni.pakai sampai lunyai pastu mudahkan transfer ke kad baru.

  • @ornerynymph4625
    @ornerynymph4625 Рік тому

    Tng aku xkisah sngt. Hiway malaysia ni nak kena perbesarkan. Kete kt malaysia ni dah melambak 2!

  • @ronin9617
    @ronin9617 Рік тому

    Fuh this issue sooooo 🔥💥

  • @raracollections1039
    @raracollections1039 Рік тому

    ni salah satu syarikat yg susah gila nak berhubung. call mesin jawab. balasan emel pun guna soalan n jawapan zaman kaduk. x mesra lgsg. kalau malas jawab call x payah keje la. tutup je company. nak suh org pakai tng tp malas nak urus hal customer. sistem bongok menyusahkan org bila tile ic dan phone number. bila tukar nombor phone jd masalah. apa yg susah sgt. dah masuk code dalam phone pun macam2 masalah. error la bagai. pastu susah nak berhubung. pastu paksa org pakai. grrr

  • @wanwannabe5855
    @wanwannabe5855 Рік тому

    RFID sama lane dgn smart tag, bila RFID selalu buat hal, pakai balik smart tag, sekali dua2 kena potong. lagi menyampah bila nk bagi ada lane rfid, smart tag sama lane dgn tng. ada smart tag pun kena tggu lama. buang je la semua lane RFID tu.

  • @H34Rt54
    @H34Rt54 Рік тому

    ni la akibatnye kalau takde competition. sukahati diorang je nk buat apa lagi2 dari gov lagi lah lambat.

  • @KhairulNizamBakar
    @KhairulNizamBakar Рік тому

    Setuju hentikan monopoli. Ini kartel besar!

  • @nafiesamat4647
    @nafiesamat4647 Рік тому

    Servis tng mmg teruk. Org Singapore nk masuk Malaysia n nak beli kad tng pun susah. Terpaksa guna org belakang punya tng. Memalukan betul. Maintenance utk machine pun teruk.. Pastu, tetiba duit dalam kad hilang.. Bila tanya, jawapan tak tau... Haih

  • @ismailabrahman3098
    @ismailabrahman3098 Рік тому

    inilah buktinya monopoli memang akan menyusahkan dan operator takkan akan peduli

  • @abglongkaikl794
    @abglongkaikl794 Рік тому +3

    KEPADA CEO TnGo SILA LETAK JAWATAN... ‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼

  • @mohdizrulabubakar5287
    @mohdizrulabubakar5287 Рік тому

    Dulu kad tng hilang kena curi nk terminate kad smp sebulan br terminate, smp abis duit org yg curi tu pkai bile check online..

  • @abgnakib
    @abgnakib Рік тому +4

    Patut satukan ja 1 lorong plaza tol wat untuk touch n go, smart tag n RFID sekaligus.

  • @Smy65
    @Smy65 Рік тому

    Politik merosakan negara.

  • @exziarc4600
    @exziarc4600 Рік тому

    pandangan saya tng kena kasi kata2 semangat kat driver, dekat lorong rfid bubuh banner besar2 "TENANG TENANG...UNDUR UNDUR PASTI BOLEH!"

  • @habibshauqi5170
    @habibshauqi5170 Рік тому

    Blah utara drp toll sg 2 ke toll hutan kg,xde smart tag..heran jgk

  • @teemengsheng2022
    @teemengsheng2022 Рік тому

    Bagi satu syarikat lagi masuk, skg tng monopoli* adalah tidak bagus!!

  • @ianfiqri
    @ianfiqri Рік тому +5

    Ambil lah contoh macam dekat Japan, card Suica (Penguin) ... One card for all, toll boleh, kedai mamak boleh, vending machine boleh, nak bayar hotel pun boleh.
    Ini tak, card TnG untul toll sahaja, ada visa takleh toll pulak, ewallet takleh topupkan card TnG kecuali kad latest... Tapi kad latest pun stok takde. Rakyat sakit kepala untuk kad bodoh yang ONLY FOR TOLL. apa benda ni weh 🤦🏻‍♂️

    • @dore3faso6sido
      @dore3faso6sido Рік тому +3

      Di Indonesia, card e-toll dikeluarkan oleh bank (Mandiri BCA BRI).
      Card ini boleh di gunakan untuk toll, parking, Indomaret, alfamart, train, bus, isi minyak, dan semua merchants yang kerjasama dengan bank.

  • @ahmadzainiabubakar4134
    @ahmadzainiabubakar4134 Рік тому

    Apa yg berlaku kerana yg terlibat hanya memikirkan tentang DUIT..Tak nampak sebarang usaha penambahbaikkan.. Paling TERUK pihak pemberi perkhidmatan tidak pernah didesak utk memberikan perkhidmatan seperti yang sepatutnya

  • @IrfanRoss
    @IrfanRoss Рік тому

    Pandangan aku, Harap menteri arahkan semua konsesi tol untuk enablekan paydirect tolak terus dari ewallet. Esp Plus tu....tu yg lebih penting. Xpayah nk pening topup kad. Selesai issue refund kad, topup kad. Kalau dh tech canggih kt pasaran tp konsesi tol degil xnak upgrade xguna gak. Masalah internet kt tol? Sembang 5g, fiber seluruh alam, call menteri helo² tu.

  • @firdauszainudin7118
    @firdauszainudin7118 Рік тому

    Ini bahaya sebenar monopoli kutip tol, bukan monopoli beras Bernas.

  • @shininsemnia3825
    @shininsemnia3825 Рік тому

    Touchngo nak dengar buat pe, die monopoly, die buat elok ke x kite xdek pilihan, die je ade🤷‍♂️, jage kroni masing2

  • @silverarrow6440
    @silverarrow6440 Рік тому

    Bagus gak Touch n Go buat macam tu barulah kita rasa privileged bila ada kad Touch N Go NFC.

  • @shamismail8006
    @shamismail8006 Рік тому +8

    Lagi satu, pastikan sesiapa nak masuk tol, kad anda cukup wang. Jangan la bila sampai dekat tol, time tu la baru kau orang nak top up. Naya orang yang tunggu di belakang. Jadi la pengguna yang bijak.

  • @nf737_ak
    @nf737_ak Рік тому +4

    Terbaik abg Gan..mcm ni la influencer kita..TnG mmg banyak buat hal..bagusla dah ada tekanan utk perubahan..

  • @fazrain05
    @fazrain05 Рік тому

    betul abg Gan nak ada expired dkt kad tu buat apa..sy pn baru sedar rupanya ada expired dkt kad..buatnyer user lupa dah satu hal jd jammed kt tol lg2 time peak hour dkt klang valley tu naya..come on laa tol tu dah bayar takkan dkt kad pn nak mark up..kite duduk dkt malaysia bkn negara yahudi !

  • @waniggy
    @waniggy Рік тому +93

    Hapuskan komisen 50sen bila top up TNG kat sesetengah ejen. Sepatutnya TNG yg tanggung kos 50sen tu. Cuba tengok Telco semua, takde pun kena komisen bila kita topup kredit prepaid. Telco yg bayar komisen kpd ejen/dealer topup diorang. Ni lah jadinya bila TNG monopoli.

    • @LA-el9xv
      @LA-el9xv Рік тому +1

      Semoga bos TnG dan menteri jumpa jln penyelesaiannya. Amin

    • @Janee8336
      @Janee8336 Рік тому +3

      Tu sebab dorang cipta Enhance TnG NFC , topup sendiri guna E wallet 🌝

    • @padeanz
      @padeanz Рік тому +5

      @@Janee8336 nk beli punya payah..asyik sold out je💁🏻‍♂️

    • @wxlew94
      @wxlew94 Рік тому

      Itu syarikat bukan charity, u have a choice not to use tng in all scenarios, there is visa enable parking lot and there is non toll road.

    • @MrMoufyiedarz
      @MrMoufyiedarz Рік тому +1

      @@padeanz senang je nak dpt sekarang dah

  • @MakePeaceWithLife
    @MakePeaceWithLife Рік тому

    Semua Nye betul ... CEO management tng semua buat Bodo je... Sebab monopoli... Nak tunggu menteri tegur .
    Pernah marah tng makan duit haram susah nak pulang duit yg lock dlm Tu ..nnti akhirat Cari Kami

  • @lissalizzamella7643
    @lissalizzamella7643 Рік тому

    Teringin nk rasa xpayah touch.. Hanya show n go

  • @hazimabdulhalim8226
    @hazimabdulhalim8226 Рік тому

    Pasal tu saya malas nak beli kad nfc atau rfid buat masa ni.. pakai je la kad yg sedia ada

  • @MohammadHazim-cp3mu
    @MohammadHazim-cp3mu Рік тому

    Wujudkan pasaran persaingan sempurna mcm telco. Baru service jadi terbaik sb nk bersaing. Kalau monopoli mmg mcm tu je la.

  • @luqmanhakimkasmon7793
    @luqmanhakimkasmon7793 Рік тому

    Customer Service touch n go memang the worst.. kalau call,, tak pernah berangkat... lebih dari sejam.. itu lah dasar monopoli sekian lama ! lebih 10 tahun beb..

  • @mahamuar
    @mahamuar Рік тому

    Nak buat satu2 benda buat kajian ,buat kajian,buat kalian. Kalau belum bersedia dengan seribu satu masalah tak payah buat. Dah biasa sangat laksana satu2 perkara tak pernah nak buat kajian secukupnya. Memang Malaysia ni semua benda laksana dulu baru nak kaji ke weiii. Dari pak menteri sampai lah ke tol. Apa benda ni wei

  • @amirulhazeem988
    @amirulhazeem988 Рік тому

    Lorong RFID jangan la pegi letak sekali dgn yg pakai kad tngo tu…ataupon pegi letak kat hujung sekali sbelah tambah nilai..menyusahkan

  • @OrgKgTV
    @OrgKgTV Рік тому

    60 TAHUN DAH MERDEKA...SELALUNYA SEMUAAA CEO..BOD..MENTERI AGENSI2 KERAJAANNI PIMAKAN ANGIN KONONNK TENGOK BELAJAR CMNEERNEGARA2 LAIN BUAT...TETAPI..HAMPAHHHSS KELAPA PUN TAK IMPLEMENT...WASTE DUITCUKAI RAKYAT..INGAT ESOK2 SEMUAAA KENA JAWAP. .
    BAGUSSSS ABG GAN..KITA NK REPORTER DAN RAKYAT BERANI KERANA BENAR. ..JGN TAKUT ..NAK SEDARKAN YG AMBIL AMA AH TU SUPAYA HIDAYAH DAN SESAMA HUSNUL KHAATIMMAH DANMAJUKAN NEGARAAA..
    MZB...SEGALANYA HANYA UTK MU MALAYSIA NEGARAKU...DEIII!!

  • @Syakirmesman
    @Syakirmesman Рік тому +34

    TQ abg Gan wakilkan suara kami sebagai pengguna. Semalam baru kena dekat toll lorong RFID. Rupanya kalau topup ewallet akan amek masa sikit untuk digunakan dekat toll, habis kena sidai dahla lorong RFID satu je 🤦 lepastu Isu touch n go dari dulu sama mcm tu je 💆 Menteri dah boleh kot jenguk negara sebelah singapore tengok sistem toll diorang macam mana. Malu la ada menara tertinggi dunia ke 2 dekat Malaysia tapi sistem toll mcm ni 😂

    • @metitan1398
      @metitan1398 Рік тому

      Menteri dah tahu mana lebih baik yg boleh di gunapakai drp sistem luar negara,mereka pun dah biasa makan angin bersama family di luar sana. Tapi tetap tak mahu laksanakan beñda yg baik, sebab apa? Sebab tidak menjejaskan hidup mereka pun

    • @mojaaiman5168
      @mojaaiman5168 Рік тому

      betul, sy pernah kena..padahal dah dekat 1 jam sy topup ewallet, tapi bila lalu kat tol, keluar baki x ckup😅

    • @equalrights9091
      @equalrights9091 Рік тому

      Singapura tu negara kafir.....sini lain....malulah.....biar tak maju pun takpe....mundur sampai khiamat pun takpe....

    • @metitan1398
      @metitan1398 Рік тому

      @@equalrights9091 kenapa? Negara Islam tak boleh kejar kemajuan? Mazhab mana ni

  • @norhilmiarif5475
    @norhilmiarif5475 Рік тому

    Siapa pernah kena rfid lama X berfungsi dia. Fungsi balik, sentuh kad tol Touch N go, tiba2 serentak RFID cas sekali adoi double byr tol

  • @mistermeaww
    @mistermeaww Рік тому

    Bukak aja cara bayaran tol ni kepada payment sistem yang lain. Tak perlu nak beli atau topup T&G ni. Sticker RFID limaposen dia jual sampai RM35. Lepas tu selalu tak boleh nak detect.

  • @hoshaoyan2238
    @hoshaoyan2238 Рік тому

    Ikut la cara Singapore Yang guna "gantry". Tak payah berhenti pun..

  • @johngordon5892
    @johngordon5892 Рік тому

    Nampak semua menteri skg ada effort utk ubah sistem lama..
    Unifi pun nak turun ke 69 utk 30 mbps bulan Mac ni..

  • @ahmadluqman5060
    @ahmadluqman5060 Рік тому

    Pendapat saya lah,senang je.. buang je semua tol tu … buat semak.. dulu kata kalau menang tol hapus.. bila menang sama juga.. lagi naik duit bayaran tol.

  • @amirfakhri7296
    @amirfakhri7296 Рік тому

    Macam ini , biar saya buat system yang cukup habis power .

  • @redjoker9935
    @redjoker9935 Рік тому

    Kad aku tamat tempoh…duit dlm tu byk lg…tngo mmg saja nk cari duit atas angin…skrg guna ic je…kalau ada tempoh masa jugak x tahu la…lg 1 bila topap tngo ada cas servis pulak…

  • @shamishak2787
    @shamishak2787 Рік тому

    yea ok la agreed..kita end user so kita komen je sebab hak kita, lagi pun depa buat atau jual untuk end user jugak...kita beli, so expectation kita very high atas barang yang kita beli tu...

  • @deanzchannel1402
    @deanzchannel1402 Рік тому +6

    Betul abg gan...saya sokong menteri & awak skali isu pasal tng ni....kena kasi improve pasal jualan kad nfc tu...teruk sgt...payah nk dpt...itupun saya beli yg RM25 punya yg mesra alam sekitar tu....

  • @MohdAzlan
    @MohdAzlan Рік тому +2

    Terbaik.. Tq menteri..

  • @wildboarjungle3995
    @wildboarjungle3995 Рік тому

    Pelanggan pakai sampai Exp.Date ..itu adalah pelanggan lama ...layanlah dia baik baik ...Jangan lagi meyusahkanNya ,membebankanNya ..Buatlah Bisnes secara berhikmat ,jujur & berkemanusiaan + terpuji ..

  • @ahmadhaziq3514
    @ahmadhaziq3514 Рік тому

    company paling menyusahkan rakyat.

  • @akulahmohditu
    @akulahmohditu Рік тому +8

    Tiada langsung persaingan. Sapa pemegang share TNG?

  • @miserjagger
    @miserjagger Рік тому

    Pttnya dsai kne dgr, janji nk hapus tol kata cekik darah, bt jem ap bagai. Smpi skrg masih ada dan bermasalah.

  • @AbdulHadi-gs1ov
    @AbdulHadi-gs1ov Рік тому

    200% setuju dgn abg gan

  • @sipenarekbecha7193
    @sipenarekbecha7193 Рік тому

    inilah kesan buruk dari syarikat yang memonopoli pasaran.. 🙄

  • @jamalludinkudin3635
    @jamalludinkudin3635 Рік тому

    Lebuh raya dh kutip hasil..tapi masallah pengguna masih sama~Malu M'sia.

  • @vikimix12
    @vikimix12 Рік тому

    ni masalah kalau monopoli, takde incentive nak improve. lorong rfid tambahkan. selalu jam.

  • @WisdomSociety90
    @WisdomSociety90 Рік тому

    Tolong la dengar luahan kami..Aku dah cukup semak asik over charged dkt RFID. Kadang2 kita terlupa or traffic kat tol mmg mcm ikan sardine kena plak kau mmg nak cepat.Termasuk plak lane lain lepas tu kau nak charged aku sampai RM 30 lebih Fuhh melampau..pdhal sepatutnya tak sampai RM 2 pon. Kau dpt untung berganda2 gitu je.😢😢😢😢😢

  • @norshco8135
    @norshco8135 Рік тому

    Touch N Go ni , complain la ape pun wat pekak badak je.. duit nk, service kelaut...

  • @kennyyee852
    @kennyyee852 Рік тому

    Masalah terbesar TNG & RFID setiasa susah dapat scan di lorong tu.

  • @asirvatham3156
    @asirvatham3156 Рік тому

    Kiosk kiosk top up kat toll booth semua selalu rosak

  • @mojaaiman5168
    @mojaaiman5168 Рік тому

    tlg bagi alternatif kalau x dapat detect rfid masa kat tol..kadang2 tpaksa reverse dan forward 2,3 kali baru detect..org2 kat blkg mesti dah myumpah seranah..smart tag lebih reliable, kalau x detect smart tag, boleh je touch mcm biasa guna tng