MARBLE WORKTOPS

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 вер 2024
  • MARBLE WORKTOP SESUAI UNTUK KABINET DAPUR??
    Sebelum memilih material kabinet dapur, adalah sangat penting untuk kita memilih jenis table top yang bersesuaian dengan budget dan kemasan yang dimahukan.
    Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. 18 tahun menceburi
    bidang kabinet dapur. Hari ini, Uncle Andrew nak kongsikan
    sedikit info tentang Marble Worktop
    Pada masa kini, plat marble menjadi satu bahan yang beprofil tinggi dalam pengeluaran perabot dan bahan bina dalaman.
    Jika dibandingkan dengan batu semulajadi yang lain, marble merupakan batu yang agak popular, bukan sahaja kerana kecantikannya yang semula jadi, bahkan kerana ianya mempunyai ciri-ciri mesra alam dan juga selamat untuk kesihatan manusia.
    Marble merupakan batu metamorfik yang mengandungi calcite atau dolomite.
    Kecantikan dan ketahanan marble tidak dapat dinafikan. Permukaanya yang sejuk, licin dan nampak mewah menjadikannya pilihan ramai. Walaupun terdapat batu buatan yang hampir sama dengan marble, namun kecantikan dan keunikannya tetap tidak dapat ditiru sepenuhnya.
    Sesuai ke marble ni dijadikan worktop dekat dapur kita?
    Jawapannya “YA” bagi pengguna Europe. Disana marble sudah dijadikan worktop selama beratus tahun. Ia juga merupakan material yang paling sesuai untuk kerja-kerja pastri kerana permukaannya yang semula jadi sejuk, sesuai untuk dijadikan tempat membuat doh.
    Tetapi, pendapat yang berbeza pula di Malaysia. Kerana, kita lebih cenderung untuk memilih material yang tahan lasak seperti granite, quartz, porcelin slab dan meja concrete.
    Marble sesuai dijadikan wortop bagi mereka yang lebih pentingkan kecantikan berbanding fungsinya.
    Selain itu, penggunaan marble bukan sahaja terhad kepada kabinet dapur semata-mata, malah ia juga banyak digunakan pada sturktur bangunan di seluruh dunia. Koposisinya yang canggih dan daya ketahanannya dalam jangka masa panjang membuatkan ramai arkitek dan designer kagum.
    Marble agak popular antara batu semula jadi kerana bahannya yang mesra alam. Bila mesra alam ni, ia bukan sahaja selamat pada kesihatan kita malah untuk alam sekitar juga.
    Walaupun marble mempunyai banyak ciri-ciri keistimewaan sebagai batu semula jadi, kita juga perlu tahu cara untuk penyelenggara dan penjagaan yang betul demi kecantikan dan ketahanan yang lebih terjamin.
    Disebabkan oleh corak, warna dan bentuk urat yang pelbagai, kita tidak akan jumpa kepingan marble yang sama di dunia ini.
    Kecantikan dan keunikan marble meningkatkan nilai kesenian pada ruangan dapur apatah lagi jika ianya digunakan sebagai table top dan digabungkan dengan backsplah yang tinggi antara kabinet bawah dan atas.
    Secara semulajadi, marble mempunyai tekstur yang padat namum sederhana dari segi kekerasannya. Pendek kata, proses mengukir, mengisar dan mengilap adalah mudah. Selepas marble digilap, permukaannya menjadi lebih halus dan licin. Proses mengilap (polish) marble akan menyerlahkan lagi kecantikan semulajadinya ketika permukaan marble dipantulkan dengan cahaya. Secara tidak langsung, dapur kita akan disinari dengan kilauan dan pantulan seperti cermin sehingga menampakkan suasana yang cukup unik pada dapur.
    Marble memang boleh menahan suhu yang tinggi, tetapi kita masih galakkan supaya menggunakan pelapik sebelum meletakkan periuk atau sesuatu yang panas untuk menjaga permukaan marble.
    Jika anda ingin mencari material yang kuat dan kecantikan yang berkekalan, maka marble adalah pilihan yang terbaik.
    Marble merupakan batu semulajadi yang berongga menyebabkan permukaan worktop senang meresap cecair seperti air kopi, kunyit dan lain-lain lagi sehingga meninggalkan kesan kotoran kekal.
    Akan tetapi, masalah seperti ini boleh diatasi dengan menggunakan “nano particle sealer”. Bahan ini mampu meresap ke dalam rongga marble dan menutupinya disebabkan oleh zarahnya yang kecil. Setelah beberapa tempoh, berkemungkinan besar beberapa rongga akan terbuka kembali disebabkan oleh penggunaan kita seharian. Namun begitu, ia tetap berkesan dalam meningkatkan ketahanan marble worktop terhadap kotoran degil.
    Antara kelemahan marble worktop juga adalah, ianya agak sensitif dengan bahan yang berasid seperti cuka, limau,tomato dan lain-lain lagi. Acid Etching ini akan menyebabkan permukaan marble worktop terhakis dan hilang kilauan semula jadinya.
    Jika kerosakan acid etching terjadi pada permukaan marble, kos yang tinggi diperlukan untuk membuat kerja-kerja mengilap(polish) semula permukaan marble worktop.
    Selain itu, produk pembersihan yang menggandungi klorin tidak boleh digunakan pada permukaan marble. Semua kerja pembersihan marble digalakkan menggunakan air bersih sahaja.
    Kesimpulannya, marble adalah material yang sesuai untuk worktop kabinet dapur. Cuma kita perlu lebih mendalami cara dan penggunanya yang betul.

КОМЕНТАРІ • 15

  • @aminuddinsoopar
    @aminuddinsoopar 3 роки тому +2

    Tq Uncle, marble nampak cantik tapi maintenance sangat teliti, orang yang sibuk dan tiada pembantu rumah boleh la guna marble. Busy adults cannot

  • @shafwansabri5275
    @shafwansabri5275 2 роки тому +1

    ske sgt penerangan uncle hope uncle dpt lagi ramai sub & view.. love your info.

  • @xaviahmad6368
    @xaviahmad6368 2 роки тому +1

    Dari segi ketahanan risiko pecah tinggi ke. Boleh pasang terus atas kabinet bawah dan boleh tahan tak dari retak dll.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 роки тому

      Marble worktop memang lemah jika dibandingkan dengan worktop yang lain.Tetapi ia masih tidak begitu mudah pecah jika bawah penggunaan biasa dan selamat digunakan jika tidak terkena hentakan yang melampau.

  • @mohdsharinmdsalim2082
    @mohdsharinmdsalim2082 2 роки тому +1

    uncle... mana lagi sesuai utk sinki.. material granite atau nano stainlees steel..?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 роки тому

      1. In order to define "suitable", i think it can be explain through 2 perspectives which is
      *Material characteristic*:
      Granite come with a sense of bold and heavy. It is durable and create less echo as compared to the nano stainless steel when you are using it. It also a natural scratch proofing and easy to clean.
      Nano stainless steel is more modern and concise. There are more variety as compare to the granite whereby it also can match with the different colour or style of kitchen. Thus, the price is more affortable as compare to the granite.
      *Market price*:
      Garnite is expensive than nano stainless. This is because of the process of production, transportation and process of installation, extra caution is needed to for the garnite sink as is brittle. but as long as the installation is completed, it wouldnt be a concern anymore.
      So wherether suitable is still depend to the requirement on the sink and user, both of this material come with different characterics and analysis based on the requirement from the client.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  2 роки тому

      Satu lagi point perlu kita timbangkan. Granite sink ada ketebalan tertentu, selalu ia dipasang dalam keadaan top mouth.Tidak mudah kita buat dalam keadaan undermouth.
      Manakala s/s nano sink boleh ada pilihan undermouth,
      jauh lebih kemas dan cantik selepas pemasangan.

  • @nazrulazman8925
    @nazrulazman8925 3 роки тому +1

    tile marble blh cuci guna asid tak ? sbb kena semin

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  3 роки тому

      kalau marble ,memang kita tidak galak gunakan asid.

  • @mohdrezaierostam111
    @mohdrezaierostam111 3 роки тому +1

    Uncle...citer psl plaster siling boleh?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  3 роки тому +2

      Boleh... Perlukan masa untuk persediaan. Terima kasih sabar menunggu 🙏🙏🙏

  • @dayang9961
    @dayang9961 Рік тому +1

    Video begini la yg ada menafaat banding dgn video org politik mabuk ketum