TREND TERKINI AKSESORI KABINET DAPUR

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 24 вер 2023
  • Trend Terkini Aksesori Kabinet Dapur
    Rimas lah kalau tak ada kabinet dapur yang sesuai untuk kita letak-letak barang. Nak panggil kawan dan saudara-mara datang rumah pun malu sebab dapur bersepah, nak cari barang pun susah. Anda pernah ada dalam situasi macam ni?
    Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini Uncle Andrew hendak kongsikan trend terkini aksesori kabinet dapur yang anda perlu ada. Aksesori no 5 mesti ramai yang suka.
    Setiap aksesori mempunyai fungsi yang berbeza. Mempunyai aksesori yang sesuai dapat memastikan dapur anda kelihatan bersih dan teratur. Pemilihan jenis aksesori kabinet dapur bergantung kepada cara kerja anda di dapur, keluasan dapur dan juga kuantiti barang yang hendak disimpan.
    Spoon Tray atau Cultery Organizer
    Aksesori dapur ini didatangkan dengan kompartmen pelbagai saiz. Ianya sesuai untuk menyimpan sudu, garpu, pisau, senduk dan sebagainya.
    Dengan adanya cutlery organizer, perkakas anda lebih tersusun dan mudah untuk dicari.
    Tall Unit
    Fungsi tall unit adalah sebagai tempat peyimpanan stok makanan kering atau makanan ringan seperti gula, tepung dan sebagainya. Dengan adanya tall unit, stok makanan dapat disusun dengan kemas dan rapi, serta mudah diambil atau dicari.
    Pull-Out Spice Storage
    Berfungsi sebagai ruang untuk menyimpan botol rempah, kicap, minyak dan lain-lain. Kebiasaannya, ia diletakkan bersebelahan dengan dapur masak, supaya mudah untuk kita capai minyak dan rempah semasa memasak.
    Dish Rack
    'Dish rack' berfungsi sebagai tempat pinggan atau cawan disusun selepas dicuci. Biasanya 'dish rack' ditempatkan berdekatan atau bahagian atas sinki ianya bertujuan untuk memudahkan proses mencuci dan menyusun pinggan serta cawan selain ianya tampak lebih kemas dan bersistem.
    Pull-Out Gas Tank Tray
    Dengan adanya Pull Out Gas Tank Tray, ia dapat memudahkan kerja kita untuk keluar dan masukkan tong gas ke dalam kabinet. Selain itu, kerja-kerja untuk menukar tong gas, hos dan regulator juga lebih mudah.
    Pull-Out Bowl Basket
    Rak penyimpanan pelbagai guna untuk menyimpan pinggan, mangkuk, cawan dan lain-lain. Dengan adanya Pull-Out Bowl Basket, anda tidak perlu lagi membongkok untuk mengambil barangan yang jauh ke dalam kabinet. Anda hanya perlu menarik keluar sahaja dan mengambil barang yang anda perlukan.
    Pull-Out Dustbin
    Bila anda fikir tentang dapur idaman apa yang anda bayangkan? Uncle Andrew yakin tong sampah bukanlah perkara pertama yang anda fikirkan.
    Luas kabinet yang diperlukan untuk menyimpan dua bakul sampah ini adalah 15”, 18” atau 21” inci. Namun, anda harus sentiasa memeriksa bakul sampah ini setiap hari. Ia tidak sesuai untuk membuang sisa makanan yang berbau dan basah.
    Sink Bottom Basket
    Idea tempat simpanan dibawah sinki merupakan cara terbaik untuk menggunakan ruang yang ada. Anda boleh menyusun detergen, kain buruk dan lain-lain peralatan supaya dapur sentiasa bersih dan teratur.
    Corner Basket
    Sebelum anda membeli corner basket, pastikan sudut kabinet anda mempunyai kedalaman sekurang-kurangnya 500mm dan lebar pintu melebihi 450mm. ≥
    Reka bentuk corner basket dapat membantu anda menggunakan ruangan sudut sepenuhnya. Ia jugak dapat memudahkan anda untuk mengakses ruangan yang sukar untuk dijangkau.
    Jika anda mempunyai ruang kabinet yang cukup, manfaatkan ruang tersebut dengan pemilihan aksesori yang tepat.
    Semoga dengan sedikit info Uncle Andrew kongsikan dapat membantu anda memilih aksesori dapur yang sesuai. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin mencadangkan tajuk video seterusnya beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.
  • Навчання та стиль

КОМЕНТАРІ • 18

  • @amiydyra6868
    @amiydyra6868 20 днів тому

    Cantik lawa , kemas , insya Allah rajin masak kalau mcm ni 🥰

  • @raimdiah7181
    @raimdiah7181 9 місяців тому +1

    Terima kasih uncle Andrew atas perkongsian ilmu kabinet yg manfaat...terbaik

  • @Syzwnz_98
    @Syzwnz_98 9 місяців тому +1

    Terima kasih sngt.... mmg sngt membantu..... 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 cuma klau dapur2 moden2 mcm review tu sesuai dgn rumah besar like Bunglow... klau rumah double story single story kena carilah 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 KEEP IT UP! 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

  • @Munie_Aliey
    @Munie_Aliey 6 місяців тому +1

    Tq uncle. All your info sgt² membantu

  • @memespuaka8272
    @memespuaka8272 9 місяців тому +1

    Info yg sgt bagus👏👏👏terbaik uncle andrew

  • @TheApanie
    @TheApanie 9 місяців тому +1

    👍🏼👍🏼👍🏼

  • @MFaiza-lv5jw
    @MFaiza-lv5jw 8 місяців тому

    Tq uncle for info. Blh uncle share x info untuk tiny kitchen? Dapur saya kecil sgt.

  • @azninabdulaziz5378
    @azninabdulaziz5378 9 місяців тому +1

    Thank you Uncle Andrew. Kalau bawah sinki, tak buat laci, biarkan kosong dan kita susun dgn basket organiser, ok tak?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  9 місяців тому

      Kena pastikan size ruangan yang ada pada bawah ruangan sink. Jangan tertinggal piping bawah sink tu.

    • @azninabdulaziz5378
      @azninabdulaziz5378 9 місяців тому

      @@UncleAndrew1111 baik. Thank you uncle.

    • @azninabdulaziz5378
      @azninabdulaziz5378 9 місяців тому

      @@UncleAndrew1111 saya nak buat sinki depan tingkap tp untuk letak 2 sinki pula tak muat. Tak apa ke sinki x letak berhampiran tingkap?

    • @Munie_Aliey
      @Munie_Aliey 6 місяців тому

      Tq uncle. All your info, sgt² berguna utk sy.

  • @enjoycooking115
    @enjoycooking115 8 місяців тому +1

    Great Information - Andrew. Thank You So Much.