Petua Halau Cicak Dari Rumah

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 9 вер 2024
  • Petua Halau Cicak Dari Rumah
    Sama macam lipas, kehadiran cicak di rumah boleh buat kita tidak senang duduk. Najis nya yang merata-rata, mengotorkan rumah dan susah nak dibersihkan bila dah kering. Lebih memudaratkan jika najisnya terjatuh dan mengotori makanan dan peralatan rumah.
    Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini Uncle Andrew akan kongsikan petua jimat untuk menghalau cicak di rumah anda. Jika anda ada sebarang soalan setelah menonton video ini, terus komen dibawah.
    Kita perlu tahu yang cicak merupakan haiwan yang kotor serta boleh membawa penyakit. Ini kerana wujud mikrob di dalam tubuh badan cicak yang berbahaya. Antara penyakit paling umum adalah selesema, demam, pening kepala, sakit perut, sembelit, cirit-birit, muntah-muntah dan keracunan.
    Kabinet dapur, almari dan belakang perabot antara ruang yang sering menjadi tempat cicak bersembunyi. Cicak juga sukakan persekitaran yang kotor, serta tempat yang berbau hapak seperti timbunan baju yang belum di basuh, atau kawasan yang berhabuk.
    Ada banyak cara menghalau cicak, tetapi anda mungkin tak akan tahu bagaimana halau cicak yang sesuai jika tak cuba dulu. Betul tak?
    Pertama, kulit telur
    Cicak sangat bencikan bau telur. Secara teknikal, kulit telur mengandungi bahan sulfur yang akan memberi kesan terbakar pada ruang abdomen cicak. Selepas ini, jika anda memasak telur, kulitnya jangan dibuang terus. Masukkan kulit telur ke dalam bekas dan letak dekat kawasan laluan cicak. Jangan lupa gantikan dengan yang baru selepas tiga minggu digunakan.
    Kedua, bawang merah atau bawang putih
    Cicak tidak suka bawang merah yang mengandungi sulfur dan bau yang tengik. Caranya mudah, letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawah merah di kawasan yang disukai cicak. Jangan lupa gantikan selang tiga hari kerana bimbang bawang akan membusuk. Anda juga boleh kisar bawang dan sembur di kawasan yang berkenaan.
    Ketiga, serbuk kopi dan tembakau
    Cara ini bukan untuk halau cicak, tetapi untuk membunuh cicak. Apa yang anda perlukan adalah kopi, tembakau, gam, dan pencungkil gigi.
    Campurkan sedikit kopi dan serbuk tembakau. Kemudian, sapukan gam pada hujung pencungkil gigi dan lalukan pada serbuk yang telah dicampur tadi.
    Pastikan serbuk itu melekat pada batang tersebut dan letakkan di tempat cicak masuk dan belakang almari. Cicak akan mati apabila makan serbuk tadi.
    Keempat, cuka
    Cicak tak suka benda yang berbau kuat, jadi cuka antara salah satu daripadanya. Campurkan 1/3 cuka makan, 1/3 cecair pencuci pinggan, dan 1/3 air. Kemudian, masukkan kesemuanya dalam botol spray.
    Lepas itu semburkan pada semua kawasan yang selalu ada tahi cicak dan tempat cicak selalu sembunyi.
    Kelima, pelihara kucing
    Kucing mempunyai naluri memburu. Kalau ada cicak, mesti hendak ditangkapnya. Kadangkala kucing akan memakannya jika terlampau lapar. Kucing tidak akan membantu menghalau cicak secara keseluruhan, tetapi dapat membantu seimbangkan populasinya.
    Namun begitu, anda harus ingat bahawa cicak mempunyai parasit yang merbahaya terhadap kucing. Parasit ini dikenali sebagai Liver Flukes. Apabila parasit ini menyerang hempedu kucing, ia akan menyebabkan keradangan hati yang boleh membawa maut.
    Walaupun ada pelbagai cara untuk halau cicak di rumah, penting juga untuk kita memastikan yang rumah sentiasa bersih supaya tidak mengundang cicak untuk beranak pinak di rumah kita.
    Pilih cara yang anda rasa sesuai dengan keselesaan anda dan jangan lupa kongsikan keberkesanannya di ruang komen dibawah. Uncle Andrew harap ada petua-petua di atas yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah cicak di rumah anda. Selamat mencuba!

КОМЕНТАРІ • 429

  • @adnanhjmahmud283
    @adnanhjmahmud283 Рік тому +102

    Salam sejahtera Pak Andrew. Cuba guna petua saya ini yang cukup efektif. Untuk menghalau cicak dari rumah taburkan bebiji gegat (mothballs / naphthalene) atau Kapur Barus (camphor) didalam siling rumah, atau dalam bilik yg bermasalah,100% cicak tidak datang lagi. Cuba jangan tak dicuba.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Рік тому +5

      Terima kasih banyak² 🙏🙏🙏atas perkongsian petua yang membantu ini👍👍👍

    • @rotijagung_141
      @rotijagung_141 Рік тому

      Dkt mn blh dpt ye ?

    • @kingkong-os8jr
      @kingkong-os8jr Рік тому +1

      @@rotijagung_141 kedai,,rm2

    • @ainnurazila992
      @ainnurazila992 Рік тому

      Salam..encik letak dalam siling biji gegat tu banyak2 kan kalau siling tu bsr kan?

    • @adnanhjmahmud283
      @adnanhjmahmud283 Рік тому +8

      @@ainnurazila992 ye betul .... Baling saja di setiap penjuru. Perlu di ingat bebiji gegat in akan meresap ke udara setelah 3-4 bulan jadi kenalah repeat proses in jika cicak2 menjelma semula.

  • @muhammadabdrazak1327
    @muhammadabdrazak1327 7 місяців тому +18

    rumah mak saya di kampung terdapat banyak sangat cicak. Saya nak kongsikan salah satu usaha saya memerangkap cicak ialah dengan melekatkan "buku lalat" atau pelekat yang selalu digunakan peniaga makanan untuk memerangkap lalat. Saya lekatkan 2 bucu pelekat tadi menggunakan musking tape kerana ia tidak merosakkan cat dinding jika ia tidak dilekatkan terlalu lama. Ganti buku lalat selepas 2,3 minggu. Setakat ni lebih dr 30 ekor telah berjaya di musnahkan. Berminat nak cuba kaedah kopi dah serbuk tembakau pulak. T kasih

  • @85herry
    @85herry 5 місяців тому +10

    aku guna double tape yg nipis tu lekat kt kertas A4 pastu letak kt tepi peti ais. esok pagi bangun tido tersenyum puas tengok 4-5 ekor cicak melekat terus mati kt situ. boleh cuba cara ni beb!

    • @zainabahmad3765
      @zainabahmad3765 5 місяців тому

      tq for sharing beb😍

    • @zainabahmad3765
      @zainabahmad3765 5 місяців тому

      this is d best tips ever💃

    • @85herry
      @85herry 4 місяці тому

      Mantap beb.. dh mengena ke haha

  • @kaharabdullah8010
    @kaharabdullah8010 Рік тому +12

    Hanya pastikan jika anda menggunakan kaedah campuran cuka, jangan disembur pada bahagian dapur yang diperbuat dari marmar (marble) kerana cuka adalah musuh kepada marmar ye 🙏🙏

  • @greenyellow1200
    @greenyellow1200 Рік тому +13

    Memang stress kalau ada tahi cicak merata dlm rumah... terima kasih diatas perkongsian ilmu ini 💚

  • @kaknr8242
    @kaknr8242 Рік тому +14

    Sya ada yg bleh mematikan cicak.. tapi untuk luar rumah dan jauhkan dri makanan dan baby. Sya gunakan racun anai² yg dicampur dgn air kemudian masukkkan dlm botol spray. Buat semburan yg tajam yg terus tembak kena cicak. Bila terkena bhgian kepala cicak automatic dia akan termakan racun itu. Esok harinya kita cuma kutip sja cicak yg mati itu.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Рік тому +2

      Wah...guna racun👍

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Рік тому +3

      Terima kasih banyak banyak kongsikan kaedah ni.🙏

    • @kaknr8242
      @kaknr8242 Рік тому +3

      @@UncleAndrew1111 ..sama².. tapi itu la kena hati² sbb racun kann.. kena ttup hidung dan mulut.

    • @RogayahAli-ec2hd
      @RogayahAli-ec2hd 10 місяців тому

      saya dah Cuba berkesan jugak ..masalahnya selepas sembur cicah saya pulak rasa mabuk , memang baunya cukuk memualkan .

    • @kaknr8242
      @kaknr8242 10 місяців тому

      @@RogayahAli-ec2hd Alhamdulillah berkesan kan. Puan kena tutup pakai mask. Memang pening klau terhidu bau racun tu. Awas jugak ye takut habuk² semburan tu masuk mata. Satu lagi saya cuba dengan clorox,puan. jgn campur air,bubuh clorox dlm botol tu dan tembak ke cicak.

  • @zahedahabdulwahid2696
    @zahedahabdulwahid2696 Рік тому +7

    Letak jr pelekat rm2 bli kt kdai 2ringgit ...2ringgit ad byk keping ..taburkn nasi ..letak pd laluan cicak ...eeerm mudah dan bersih ...ad jr cicak yg trjerat ...lipas pun kdng bole trjerat kt pelekat tu ..'mudah n cpt lg bersih ...
    Cicak trus trjerat n mati ..jd brkurang la cicak kt umh ...sbb dh trjerat n mati terus ..
    ..mudah jr noted '

  • @mohdnazimnordin522
    @mohdnazimnordin522 6 місяців тому +17

    Bagus uncle bagi petua.. uncle pun bagus cakap melayu 👍👍👍😊

  • @mramdkamarul
    @mramdkamarul 10 місяців тому +14

    Terima Kasih uncle Andrew, petua yang sangat berguna padat dengan isi kandungan yang menarik serta penyampaian yang sangat baik.

  • @gilapunyaorang
    @gilapunyaorang Рік тому +2

    Masalah cicak kat rumah saya datang dari rumah jiran sebelah yg kotor. Dulu sebelum jiran sebelah masuk sangat kurang cicak. Ni tiap2 hari bunuh 2-3 ekor sehari populasi cicak tidak menurun langsung.

  • @NorzibadrinaNorzibadrinaGhazi
    @NorzibadrinaNorzibadrinaGhazi 3 місяці тому +1

    TERIMA KASIH BANYAK uncle Andrew, tips2 kesemuanya MEMANG SANGAT2 MEMBANTU. ❤❤❤❤❤

  • @roslili9812
    @roslili9812 4 місяці тому

    Ambil sebatang buluh peleting,potong dan bersih.Jadikan buluh tadi sebagai sumpitan.Sumpit shj cicak dengan gunakan lidi satay sebagai peluru atau pelibut.Srcara tak lansung kadi mahir dlm menyumpit.Srlamat mencuba.

  • @starrysky1865
    @starrysky1865 Рік тому +2

    I absolutely hate house lizard because it poops everywhere and proliferate uncontrollably. Terima kasih uncle dgn pelbagai tip dan petua yg diberi 👍. Saya akan cuba!

  • @tokjelebor5497
    @tokjelebor5497 Рік тому +10

    woww...tq sgt uncle..rmh sy mmg byk sgt cicak..nk try petua ni

  • @masmad8561
    @masmad8561 5 місяців тому +1

    Sekarang dah ada penyembur cicak dijual di kedai2. Aerosol yg mcm spray nyamuk tu.

  • @bersamapalestin
    @bersamapalestin 6 місяців тому +6

    kucing saya pulak yang takut cicak🤣🤣...sedih betul...terima kasih tuan share ilmu

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  5 місяців тому

      😅😅😅

    • @bersamapalestin
      @bersamapalestin 5 місяців тому

      @@UncleAndrew1111 saya dah buat cuka campur sabun pinggan...memang menjadi...terima kasih share ilmu

  • @MANdalorian79
    @MANdalorian79 Рік тому +1

    Cicak jalan disekeliling semua kawasan rumah....
    Campakkan kulit telur, bawang, kopi, gam, cuka dan lain2 semua di seluruh rumah...

    • @KasinoMalaysia
      @KasinoMalaysia Рік тому

      serius la ? mcm tu seluruh rumah besepah , melekit basah , bau mcm2 la???

  • @zamzari5848
    @zamzari5848 Рік тому +6

    Saya suka kaedah guna cuka + dishwasher + air. Saya akan cuba. Kalau dapat boleh juga buat review jenama produk penghapus cicak yang ada dalam pasaran, produk yang mana sangat berkesan.

  • @kamarulkhairibella2597
    @kamarulkhairibella2597 Рік тому +3

    Buat umat islam diluar sana..bela la meow..meow saya banyak.kali dapat bunuh cicak..terima kasih ya Allah..kerana cipta kan kucing supaya mereka boleh bunuh serangga yang datang ke rumah kita..semoga bermanfaat .😋

    • @prettyblossom7258
      @prettyblossom7258 Рік тому

      Meow ku manja, lari juga tengok cicat

    • @agrebee8344
      @agrebee8344 Рік тому

      Meow skg x mkn cicak....dia tgk je...klu ada cicak dia lari dulu...

    • @AhmadZulmi-y1k
      @AhmadZulmi-y1k Рік тому

      Meow kt umah ni lnsong xleh pakai pas mkn jilat bulu blah gtu je ..sng hidop

  • @rubaiyaabunawas1967
    @rubaiyaabunawas1967 5 місяців тому +1

    Terima kasih. Saya suka cadangan cara ini kerana bahan semulajadi.

  • @ailisamohdishak2387
    @ailisamohdishak2387 Рік тому +1

    Rumah saya besar, masalahnya dia xkan lalu kawasan yg merbahaya baginya. Kulit telur jenuh dah di taburkan, dia lalu pulak ikut ceiling rmh. Bela kucing, tetap juga dia ada
    Nak cuba tgk kaedah cuka & serbuk kopi pulak. Terima ksh Unc Andrew

  • @tasyl2008
    @tasyl2008 Рік тому +4

    Terima kasih banyak. Sangat membantu.

  • @montahkut9312
    @montahkut9312 Рік тому +3

    Saya ada kucing adoi... Bila tangkap tu ok la tapi dia gonggong letak kat peha... Letak atas katil.. Purr purrr... Adeh... Menjerit orgumah..

  • @azahidazali8133
    @azahidazali8133 6 місяців тому +6

    Thank You Sir...Very good sharing....

  • @rasidranea4271
    @rasidranea4271 11 місяців тому +1

    Ya sya ada cuba gunakn bawang Putih.dgn mngiriskn& letakn kt laluan cicak..memang brkesan TQ👍🌺🇲🇾😎

  • @normahabusamah5127
    @normahabusamah5127 Рік тому +3

    Thanks uncle Andrew...is mungkin dpt membantu kurangkan cicak d rumah saya....sy akan Cuba salah satu petua uncle.

  • @alifae2021
    @alifae2021 5 місяців тому +1

    tq uncle, petua yang baik & penerangan yang mudh difahami 😎👍

  • @shamsudinshamsudin6720
    @shamsudinshamsudin6720 Рік тому +2

    Elok dicuba..ada betulnya..Tksh unvle Andrew.

  • @lailasalleh6244
    @lailasalleh6244 Рік тому +1

    Tq.Nanti nak cuba.Rumah kg selalu tinggal memang penuh dg taik cicak

  • @farasawati518
    @farasawati518 Рік тому +1

    Rumah saya banyak semut halus ..setiap hari perlu spey..baby banyak kena gigit

  • @L3v3F4l4stin4
    @L3v3F4l4stin4 5 місяців тому

    Kulit telur dan bawang merah mmg effective

  • @arya8ballpoolmalaysia586
    @arya8ballpoolmalaysia586 4 місяці тому +1

    Cara dan kaedah paling mudah mencegah cicak di rumah adalah dgn cara JANGAN BELI RUMAH.... ini PALING berkesan....cubalah

    • @dinzack
      @dinzack 2 місяці тому

      rumah sewa pun banyak cicak.

  • @nursuraya7869
    @nursuraya7869 Рік тому +1

    Terima kasih uncle Andrew, nanti nak buat lah...rumah saya banyak cicak...geli tengok.

  • @pikor666
    @pikor666 4 місяці тому

    tq uncle, saya mahu cuba cuka mix sabun basuh pinggan dan air , tapi isea serbuk kopi dan tembakau tu lagi terbaik, mana boelh dapat serbuk tembakau? tq uncle for sharing

  • @mataharimau8415
    @mataharimau8415 Рік тому +1

    Ok next...tips nak halau membe yg pengotor dari rumah...kalau blh cpt sikit...

  • @mohdrfizanamjadali5049
    @mohdrfizanamjadali5049 Рік тому +4

    Terima kasih Unc Andrew. Tips yang sangat berguna. Sharing is caring! ❤☝🏽

  • @zubaidahmddom1090
    @zubaidahmddom1090 Рік тому +3

    Terima kasih uncle..saya akan cuba semua kaedah yang disarankan 👍

  • @ayobabdhalim1807
    @ayobabdhalim1807 4 місяці тому

    Slmt mlm sdra info mga2 broleh menefaat buat teman² smua, mga2 sdra sihat2 criaSlalu makseh 🙏🏼👍🏼👌

  • @normalasamsuddin6304
    @normalasamsuddin6304 5 місяців тому +1

    Terima kasih atas sharing ❤

  • @ridzauddinabdghani1735
    @ridzauddinabdghani1735 Рік тому +3

    Tqvm atas pencerahan...
    👍👍👍

  • @syahnimarzainal3256
    @syahnimarzainal3256 Рік тому +1

    Tq ilmu nya.kat rmh sy bnyak sgat cicak.

  • @rfym2831
    @rfym2831 Рік тому +1

    I hate cicak. Thank you Uncle Andrew

  • @julieyjoldi7698
    @julieyjoldi7698 Рік тому +1

    Terima kasih atas perkongsian.
    Sy nak cuba salah satu petua di atas.

  • @qingjune5801
    @qingjune5801 4 місяці тому

    Tqvm for sharing 👍👍👍
    Jaga-jaga “Cicak-man” .. ilmu drp Pak Andrew dah dapat !!!

  • @fauzirhgm
    @fauzirhgm Рік тому +2

    Terbaik nasihat tunjuk ajar. ..

  • @susamruadyilak4981
    @susamruadyilak4981 Рік тому +2

    Terima kasih Mr Andrew Sebab bagi petua menghalau cicak. Saya berharap Mr Andrew juga boleh kongsikan cara menghalau burung merpati. Tq

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Рік тому

      😅😅😅👍👍👍😁😁😁

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Рік тому

      Saya cuba study sikit dulu ya...

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Рік тому

      Sama sama

    • @AL-nl8rt
      @AL-nl8rt 6 місяців тому

      Tangkap, sembelih, makan habis cerita. 😅😅😅

    • @pineapple4373
      @pineapple4373 5 місяців тому

      Cuba gantung seekor merpati yg dah mati di cable. Merpati cerdik dan akan terasa terancam. Cubalah

  • @azrics
    @azrics Рік тому +3

    Superb uncle, sy akan cuba kaedah kopi gam & semburan air cuka tu 👍🏻

  • @makdalenalada6730
    @makdalenalada6730 25 днів тому +1

    Trimakasih ilmunya.Pak.

  • @hayatimohd1079
    @hayatimohd1079 Рік тому +4

    Wow tq info YG amat2 berguna ..tq uncle 👍😻

  • @afiifayoi2217
    @afiifayoi2217 Рік тому +3

    Tq uncle, saya mahu cuba yang spray itu lebih mudah

  • @armanjunaidimursheed9475
    @armanjunaidimursheed9475 Рік тому +1

    Sayapun nk try seperti apa yg uncle cadangkan ini, mudah2an ianya berkesan, tqvm uncle.

  • @maznahbasir3517
    @maznahbasir3517 Рік тому +2

    Terima kaseh uncle...boleh cuba ..

  • @ramlibinatak3614
    @ramlibinatak3614 8 місяців тому +2

    TQ....amat bagus

  • @mohdrashidmaan1817
    @mohdrashidmaan1817 Рік тому +2

    Terima kasih Boss...sangat membantu..

  • @tahirahramli5653
    @tahirahramli5653 Рік тому +3

    🇲🇾👩‍🏫
    Selamat Malam dan salam sejahtera.
    Terima kasih atas perkongsian ilmu yg bernafaat.Semoga kita sentiasa sihat dan bahgia bersama famuly tersayang.Amin.

  • @safiandzat7991
    @safiandzat7991 2 місяці тому

    yg pakai kulit telur tu dulu saya pernah cuba...cicak dtg dia jilat kulit telur tu..tk berkesan

  • @xeedsenterprise505
    @xeedsenterprise505 Рік тому +1

    Boleh buat bisnes ni...jual spray halau cicak....tapi kena test dulu

  • @raimdiah7181
    @raimdiah7181 Рік тому +6

    Terima kasih uncle atas perkongsian ilmu yg manfaat...terbaik

  • @catofficial9276
    @catofficial9276 Рік тому +1

    Terimakasih perkongsiannya. Sy akan cuba amal.

  • @titam9360
    @titam9360 Рік тому +2

    Kebanyakan suma tu berbau dn leceh nk buat..Entah le..aku gunakan pagar dgn ayatulkursi je..langsung hilang lepas 3,4 hri...xde dh dngr sahut menyahut .byang pn x nmpk.

  • @yatierichariffin7608
    @yatierichariffin7608 Рік тому +1

    Tqvm Uncle Andrew share petua..nati bleh try kt umah I byk🦎🦎🦎

  • @hafshahsamsuri8708
    @hafshahsamsuri8708 Рік тому +5

    Tq Uncle Andrew. Tip yg sgt berguna. I will try.

  • @rahimsharif3863
    @rahimsharif3863 Рік тому +3

    T/ksih bnyak2 uncle!👌👍👍👍🤝🙋‍♂️✅

  • @oppaoyen
    @oppaoyen 5 місяців тому +1

    Terima kasih uncle👍

  • @hijrahasasmulia1762
    @hijrahasasmulia1762 Рік тому +2

    Tq

  • @zolrenjer3034
    @zolrenjer3034 5 місяців тому +1

    Terbaik...petua yang berguna ..tq

  • @ronrayyanron1111
    @ronrayyanron1111 5 місяців тому

    Sy gunakan pelekat lalat cicak akan melekat letak umpan ikan masin atau apa sj yg cicak suka mkn.

  • @anashariff3494
    @anashariff3494 5 місяців тому +1

    Bagaimana utk halau semut dlm umah.. umah sentiasa bersih tapi masih ada semut 🧐

  • @Abdsiat
    @Abdsiat Рік тому +2

    Nnti try...
    Terima kasih atas perkongsian infonya. 👍👍👍

  • @mazlanmasuri8761
    @mazlanmasuri8761 5 місяців тому +1

    Saya guna spray baygon je bunuh cicak lagi berkesan.

  • @muhammadhanif2762
    @muhammadhanif2762 Рік тому +2

    terbaik perkongsian

  • @hot7280
    @hot7280 Рік тому +1

    Akan saya cuba. Terimakasih ilmunya.

  • @admiralwhale6578
    @admiralwhale6578 Рік тому +5

    "terima kasih uncle andrew atas tip2 ni..."
    -dah cuba beberapa tip... dan ia memang berkesan
    #sub_uncle_andrew

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Рік тому +1

      👍👍👍😁gembira dengar result selepas mencuba.

    • @carburet0rdung
      @carburet0rdung 7 місяців тому

      boleh kami tahu tip yang mana paling berkesan yang awak dah cuba?

  • @mantokpoi9940
    @mantokpoi9940 Рік тому +1

    T.kasih diatas Petua2/Tips menghalau cicak, Uncle andrew. Saya akan mencuba petua2 ini. 👍👍👍😊

  • @zulkiflihamid7559
    @zulkiflihamid7559 5 місяців тому +1

    Thanks

  • @ahmadalbab2971
    @ahmadalbab2971 Рік тому +1

    Terbaik, nanti saya cuba TQ

  • @callisto985
    @callisto985 Рік тому +1

    Terima kasih uncle

  • @acitramlee4665
    @acitramlee4665 Рік тому +2

    Thank you uncle Andrew

  • @zaitunsovilinus3712
    @zaitunsovilinus3712 Рік тому +2

    Info yg sgt bermanfaat . T kasih . 👍🏻👍🏻👍🏻

  • @SalmahMax-rp4ik
    @SalmahMax-rp4ik 5 місяців тому

    Terima kasih atas perkongsin petua ini👍

  • @sharifsalleh
    @sharifsalleh Рік тому +1

    Terima Kaseh.

  • @nodamegumi5745
    @nodamegumi5745 Рік тому +1

    Terima kasih
    Boleh dicuba tips tips ini

  • @faridahtpg6810
    @faridahtpg6810 6 місяців тому +1

    terima kasih.......💐💐💐💐

  • @rozainahmohdsaid999
    @rozainahmohdsaid999 Рік тому +1

    Terima kasih,🌷

  • @nazariahNaza-xf4oi
    @nazariahNaza-xf4oi Рік тому +2

    Tq uncle Andrew

  • @asmaahmad2429
    @asmaahmad2429 Рік тому +2

    Ni baru tau tq uncle andrew

  • @Greenaura101
    @Greenaura101 5 місяців тому

    Tq uncle serabuk cicak nie byk sgt

  • @mimihuslindahussain7170
    @mimihuslindahussain7170 Рік тому +2

    Best best… nnt boleh try … Thank you Uncle Andrew

  • @othmuna1887
    @othmuna1887 Рік тому +1

    Tq mr.andrew....saya sangat geli dan takut dg haiwan ini...namanya pun saya geli dan takut nak sebutkan..saya mahu cuba petua yang mr.andrew bagi itu....selain ini...bolehkah mr.andrew buat untuk hewan lain seperti lipas..tikus...semua ni pun..sangat menggelikan..dan menakutkan....alangkah bagusnya kalau ikan paus adalah hewan yang menggelikan dan menakutkan untuk kita.,kann.dapat la hidup dengan aman dirumah..

  • @asrulnizam937
    @asrulnizam937 Рік тому +2

    Tq sir, i will apply on my home

  • @edelweiss3029
    @edelweiss3029 5 місяців тому

    Terimakasih pakcik Andrew.

  • @kadangkaler
    @kadangkaler Рік тому +1

    Untuk menghalau cicak daripada rumah, antara cara paling mudah adalah dengan membunuh seekor atau dua cicak di dalam rumah anda. Biasanya cicak2 lain akan dengan sendirinya tidak masuk ke rumah anda.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Рік тому

      Ohh...macam macam cara ada 👍👍👍terima kasih kongsi idea💡

    • @KasinoMalaysia
      @KasinoMalaysia Рік тому +1

      i letak pelekat tikus , bila ada cicak melekat kat situ , i biar je biar cicak lain takut . tp sama je.. dtg jugak

  • @ratimahratimah2824
    @ratimahratimah2824 Рік тому +1

    Saya akan chuba terima kaseh.

  • @aidahabdghani5098
    @aidahabdghani5098 4 місяці тому

    Terima kasih.

  • @idrisabdwahab5978
    @idrisabdwahab5978 Рік тому +3

    Uncle Andrew, good information ... thank you

  • @rocco1458
    @rocco1458 Рік тому +1

    Very important and detaily explained. Thank you uncle...

  • @azmanerain982
    @azmanerain982 Рік тому +3

    Terima kasih uncle andrew..perkongsian yg sgt2 bermanfaat..👍👍

  • @Drduaminit
    @Drduaminit 5 місяців тому +1

    terbaik. terima kasih uncle..

  • @jojotobby9555
    @jojotobby9555 Рік тому +2

    Tq for the info

  • @sulaimanbandan978
    @sulaimanbandan978 5 місяців тому

    Terima kasih,saya akan cuba.👍