Set Nasi Lemak, Ayam Goreng Berempah dan Sambal Tumis mak saya yang power!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 30 лип 2024
  • Rumah ita boleh kata setiap minggu pasti sekali mesti kena buat nasi lemak. Semua penghuni dalam rumah ni sangat suka nasi lemak. Biasa ita suka buat nasi lemak tumis, macam mak buat,. Bau bawang , serai, halba yang di tumis menusuk ke setiap rumah harum semerbak.
    Nasi lemak akan menjadi lebih sedap bila sambalnya power! kalau sedap sambal, nasi yang tak sedap pun jadi sedap dan menyelerakan. Sambal tumis mak ita memang sedap! Alhamdulillah ita dapat belajar dengan mak cara membuat sambal tumis yang sedap. Sambal ni kalau nak sedap kena masak lama hingga hilang bau lada. Sambal juga kena ada rasa manis, pedas , masam, masin lemaknya. semuanya mesti secukup rasa.
    Ita juga gorengkan ayam berempah untuk di makan besama nasi lemak dan juga telur gulung dan kacang goreng.
    NASI LEMAK TUMIS
    3 cawan beras
    2 cawan air
    1 cawan santan pekat
    1 helai daun pandan ~ simpul
    2 ulas bawang merah ~ hiris
    1 batang serai ~ titik
    2 ing halia ~ titik
    2 sudu teh halba
    garam secukup rasa
    sedikit minyak untuk menumis
    * cara masak rujuk video
    SAMBAL TUMISIKAN BILIS
    1 mangkuk ikan bilis ~ di goreng
    Bahan Kisar
    1 cawan lada kering ~ potong dan rendam hingga lembut
    8 ulas bawang merah
    4 ulas bawang putih
    2 inc belacan
    5 sudu besar gula
    1/2 cawan air asam jawa
    garam secukup rasa
    secukup rasa
    * cara masak rujuk video
    Cili tu tumis lama sampai betul garing
    baru masuk, gula, air ais, garam dan secukup rasa
    Ikan bilis tu masukkan bila sambal dah sejuk, baru itan bilis tu rangup bila makan
    AYAM BEREMPAH
    1/2 ekor ayam
    2 batang serai
    2 inc kunyit
    2 ing halia
    2 ulas bawang putih
    2 sudu teh ketumbar
    1 sudu teh jintan manis
    1 sudu teh jintan putih
    garam
    secukup rasa
    * kisar semua, lumur dekat ayam
    perap 1/2 jam lagi bagus semalaman simpan dlm peti ais
    kalau nak letak tepung jagung pun boleh atau nak letak telur pun boleh
    ita tak letak sebab anak-anak tak suka
    TELUR GULUNG
    5 biji telur
    aram secukup rasa
    Satukan dan kocok lepas
    kemudian dadar dan gulung
    * ikut video
    Bahan lain di makan bersama nasi lemak
    Timun
    Kacang goreng
    Selamat mencuba
    #stayathome
    #tambahlagi2minggu

КОМЕНТАРІ • 38

  • @CTSal
    @CTSal Рік тому

    Ayam goreng berempah mkn dgn nasi lemak.kacang tanah goreng.
    Telur tu di hiris cantik sgt...cara Sambal nasi lemak ni saya suka bila Ita taruh Ikan bilis goreng ke dlm sambal nya...nambah lazat dan tersgt sedap! Boleh cuba nnti.
    Thank u Azlita sharing this recipe!
    Makyus.😊😚💗

  • @tinahadzimahsayati5053
    @tinahadzimahsayati5053 2 роки тому +1

    wow sedap tu nasi lemak ayam berempah mantap 👍👍👍

  • @penghow1962
    @penghow1962 3 роки тому

    Nice videography

  • @shikinsaerah
    @shikinsaerah 4 роки тому +11

    Fav saya jgak nsi lemak letak halba ni kak ita. Arwah mak sya klu buat pun mesti letak juga ❤️❤️❤️

  • @prettykapas3723
    @prettykapas3723 2 роки тому +1

    Mak saya pun letak halba. Wangi satu rumah.

  • @ummunabillashuhardi126
    @ummunabillashuhardi126 4 роки тому +3

    Cara buat nasi lemak tu mmg saya ikut dari blog lagi.. menjadi kegemaran seisi keluarga.. terima kasih

  • @sugunamaivilys1484
    @sugunamaivilys1484 4 роки тому +3

    Tolong buat kitchen tour bole? It looks organized

  • @hafizuddinhassanbasri7435
    @hafizuddinhassanbasri7435 4 роки тому +1

    Tahniah puan Ita..terbaik resipinya...tanam pandan sendiri..subur nampaknya

  • @irmaarman2275
    @irmaarman2275 4 роки тому +1

    Salam, terima kaseh Puan kerana berkongsi siap dengan bahan2nya Alhamdulillah

  • @dapurberlin5451
    @dapurberlin5451 4 роки тому +4

    Favorite Saya tu Puan nasi lemak.. Salam Ramadhan Al-Mubarak selamat menjalani ibadah puasa.. Love from Berlin 🇩🇪

  • @khairulazwasahari3876
    @khairulazwasahari3876 4 роки тому +1

    Saya suka dgn cara yg ditunjukkan... Bagus.

  • @ainiesyeema3840
    @ainiesyeema3840 4 роки тому +3

    Sedap nya! Boleh cuba nanti. Always Love ur video kak ita ❤️

  • @bonhamcarter4488
    @bonhamcarter4488 4 роки тому +1

    Sedap. Tasha suka

  • @zalina9750
    @zalina9750 4 роки тому +2

    Video menarik..sy suka

  • @zilazaidon688
    @zilazaidon688 4 роки тому +1

    Sedapnya.... Mesti try ni

  • @mohammadadamhafiz326
    @mohammadadamhafiz326 4 роки тому +2

    Cam tgk cooking show👏🏼

  • @mybabycyt9003
    @mybabycyt9003 4 роки тому

    Sama la cara Kita buat sambal..best tgk step by step😊

  • @lyndaraf554
    @lyndaraf554 4 роки тому +1

    Video menarik,resepi pun sng,nti nk cuba

  • @maha002
    @maha002 4 роки тому +1

    Love the nature in your home and very peaceful to watch ♥️✨

  • @cikrashomemade987
    @cikrashomemade987 4 роки тому +2

    Bestnye rumah sis 🤗

  • @RosmawatiRose
    @RosmawatiRose 4 роки тому

    Ayam berempah kriuk..kriuk...

  • @cikanggun9708
    @cikanggun9708 4 роки тому

    telur rebus ganti telur grg gulung yg sgt menarik

  • @nageswary7146
    @nageswary7146 4 роки тому

    Sedap kak

  • @nesalikan237
    @nesalikan237 3 роки тому

    Nampak sedap

  • @krikkurik8832
    @krikkurik8832 4 роки тому +2

    Kakita...pasni msk nasik ayam pulak..plzz

  • @nurfarahzura6570
    @nurfarahzura6570 4 роки тому +2

    10:20 fav😭

  • @suezan1647
    @suezan1647 4 роки тому

    👍👍❤

  • @rosleenimohammadyusof3026
    @rosleenimohammadyusof3026 4 роки тому

    puan saya minat dgn kuali yg puan pki tu,brand apa ya?@beli kat mana?

  • @ZameeniyaSMBY1shafraz
    @ZameeniyaSMBY1shafraz 4 роки тому

    Wow how can I get pendant leafs?

  • @Herrysase
    @Herrysase 4 роки тому

    Ini mak Ita masak ke.

  • @macbulabegum8829
    @macbulabegum8829 4 роки тому

    Did u add tamarind juice for the sambal

    • @senadzri
      @senadzri 4 роки тому

      Yes, the asam jawa is tamarind in English

  • @kudinmuda6330
    @kudinmuda6330 2 роки тому +1

    Nk tanya , pakai camera apa?

  • @maryjasintha7961
    @maryjasintha7961 4 роки тому +1

    Your sambal Tunis seem to have too much of sugar😲😄