paya kumbuh

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 25 лип 2024
  • hari ke 2.
    dari bengkalis kami naik roro ke Sg Pakning dan seterusnya menuju ke Pekan Baru. (bermalam.)
    hari ke 3: dari Pekan baru kami ke Paya Kumbuh.Home stay kami di Lembah Harau. Hari ini kami dapat kayuh 22km Saja... bermula di puncak kelok 9 menuju ke homestay, Lembah Hatau
    Malaysia dan Indonesia
    kali ini kayuhan kami agak berbeza, kerana adanya kerjasama dengan kelab kelab basikal dari bengkalis dan pekan baru. Sembilan kelab bergabung bagi menjayakan kayuhan di Sekitar lembah harau, paya kumbuh. 20 peserta dari Malaysia dan 45 peserta dari rakan rakan Indonesia sebenarnya kayuhan kali ini agak tersasar jauh dari kebiasaan kami. mungkin masalah perbincangan dua hala, pengurusan logistik "point of interest" (poi) dan focus kayuhan tidak diutamakan semasa perbincangan. walau apapun berlaku kami terpaksa akur! pilihan tarikh kayuhan juga merupakan satu kesilapan. kebiasaan di sini, tarikh cuti umum menjadikan jalanraya dipenuhi kenderaan dan sesak. Apatah lagi cuti lebaran di sambut sebulan di sini. akur dan menerima seadanya. program kayuhan ini berjaya merapatkan hubungan "rider rider" “tegar” dua negara tapi kepuasan kayuhan dan bergambar di lokasi lokasi menarik sekitar laluan tidak seperti diangan angankan. kami adalah geng kembara basikal Tambah kecewa, kayuhan di jalan kelok 44 dan kelok 9 tidak diutamakan. Hanya sebahagian saja dari kami yang berani menjawap “pangilan dan lambaian” kelok 44 kerana kami kesuntukan masa, kerana banyak masa dihabiskan dijalan. Jadi pada yang sampai dan lalu di kelok ini, tapi tak kayuh. Anda dikira tak lepas nak “haji” atau “umrah”. apatah lagi nak "chek mate" kalau main "chess" Mengambil kira jalan yang kurang baik, berliku liku, sesak dengan kenderaan dan kesuntukan masa, hanya sebahagian kami saja yang sanggup berkayuh di jalan kelok ini, itu pon atas tanggungjawap sendiri. Kerana pasti lewat ke malam untuk sampai di homestay di lembah harau
    Sambung….

КОМЕНТАРІ • 1

  • @Nanang_nang69
    @Nanang_nang69 Рік тому +1

    Terbaik pak Asma.. sambil kayoh sepeda ontel tu kamu ceritain dong ada apa aja yang cantik dan menarik disana mana tahu ada rejeki suatu hari nanti kami blh kesana juga pak 😁😁