Imam Abu Daud - Sejarah Hidup, Pemikiran & Method Penulisan Kitab Sunan Abi Daud

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 27 лис 2024

КОМЕНТАРІ • 17

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  3 роки тому +4

    (SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam - 1 DARI 2 )
    Sahal bin Abdullah At-Tistari, seorang yang alim mengunjungi Abu Daud. Lalu dikatakan kepadanya: “Ini adalah Sahal, datang berkunjung kepada tuan”.
    Abu Daud pun menyambutnya dengan hormat dan mempersilakannya duduk. Kemudian Sahal berkata: “Wahai Abu Daud, saya ada keperluan kepadamu”. Beliau bertanya: “Keperluan apa?”. “Akan saya utarakan nanti, asalkan engkau berjanji akan memenuhinya sedapat mungkin”, jawab Sahal. “Ya, aku penuhi maksudmu selagi aku mampu,” jawab Abu Daud. Lalu Sahal berkata: “Jelirkanlah lidahmu yang engkau pergunakan untuk meriwayatkan hadith dari Rasulullah s.a.w. sehingga aku dapat menciumnya”. Abu Daud pun lalu menjelirkan lidahnya yang kemudian dicium oleh Sahal.
    Ketika Abu Daud menyusun kitab Sunan, Ibrahim al-Harbi, seorang ulama ahli hadith berkata: “Hadith telah dimudahkan bagi Abu Daud, sebagaimana besi dilembutkan bagi Nabi Daud”. Ungkapan ini adalah kata-kata simbolik dan perumpamaan yang menunjukkan atas keutamaan dan keunggulan seseorang di bidang penyusunan hadith. Dia telah mempermudahkan yang sulit, mendekatkan yang jauh dan memudahkan yang masih rumit dan pelik.
    Abu Bakar al-Khallal, ahli hadith dan fiqh terkemuka yang bermazhab Hanbali, menggambarkan Abu Daud sebagai berikut; Abu Daud Sulaiman bin al-Asy’as, imam terkemuka pada zamannya adalah seorang tokoh yang telah menggali beberapa bidang ilmu dan mengetahui tempat-tempatnya, dan tiada seorang pun pada masanya yang dapat mendahului atau menandinginya. Abu Bakar al-Asbihani dan Abu Bakar bin Sadaqah senantiasa menyebut-nyebut Abu Daud kerana ketinggian darjatnya, dan selalu menyebut-nyebutnya dengan pujian yang tidak pernah mereka berikan kepada siapa pun pada masanya.
    Mazhab Fiqh Abu Daud
    Syaikh Abu Ishaq asy-Syairazi dalam Tabaqatul-Fuqaha menggolongkan Imam Abu Daud ke dalam kelompok murid-murid Imam Ahmad. Demikian juga Qadi Abu’l-Husain Muhammad bin al-Qadi Abu Ya’la (wafat 526H) dalam Tabaqatul-Hanabilah. Penilaian ini adalah disebabkan oleh Imam Ahmad merupakan gurunya yang istimewa. Menurut satu pendapat, Abu Daud adalah bermazhab Syafi’i.
    Menurut pendapat yang lain, belaiu adalah seorang mujtahid sebagaimana dapat dilihat pada gaya susunan dan method penulisan Sunan-nya. Lebih-lebih lagi bahawa kemampuan berijtihad merupakan salah satu sifat khas para imam hadith pada masa-masa awal.
    Memandang Tinggi Kedudukan Ilmu Dan Ulama’
    Sikap Abu Daud yang memandang tinggi terhadap kedudukan ilmu dan ulama’ ini dapat dilihat pada kisah berikut sebagaimana dituturkan, dengan sanad lengkap, oleh Imam al-Khattabi, dari Abu Bakar bin Jabir, pembantu Abu Daud. Belia berkata:
    “Aku bersama Abu Daud tinggal di Baghdad. Pada suatu waktu, ketika kami selesai menunaikan solat Maghrib, tiba-tiba pintu rumah diketuk orang, lalu pintu aku buka dan seorang pelayan melaporkan bahawa Amir Abu Ahmad al-Muwaffaq mohon izin untuk masuk. Kemudian aku memberitahu kepada Abu Daud tentang tamu ini, dan ia pun mengizinkan. Maka Amir pun masuk, lalu duduk. Tak lama kemudian Abu Daud menemuinya seraya berkata: “Gerangan apakah yang membawamu datang ke sini pada saat seperti ini?”
    “Tiga kepentingan”, jawab Amir. “Kepentingan apa?”, tanyanya.
    Amir menjelaskan, “Hendaknya tuan berpindah ke Basrah dan menetap di sana, supaya para penuntut ilmu dari berbagai penjuru dunia datang belajar kepada tuan; dengan demikian Basrah akan makmur kembali. Ini kerana Basrah telah hancur dan ditinggalkan orang akibat tragedi Zenji.”
    Abu Daud berkata: “Itu yang pertama, sebutkan yang kedua!”
    “Hendaknya tuan berkenan mengajarkan kitab Sunan kepada putera-puteraku,” kata Amir.
    “Ya, ketiga?” Tanya Abu Daud kembali.
    Amir menerangkan: “Hendaknya tuan mengadakan majlis tersendiri untuk mengajarkan hadith kepada putera-putera khalifah, sebab mereka tidak mahu duduk bersama-sama dengan orang umum”.
    Abu Daud menjawab: “Permintaan ketiga tidak dapat aku penuhi; sebab manusia itu baik orang terhormat mahupun rakyat melarat, dalam bidang ilmu adalah sama.”
    Ibn Jabir menjelaskan: “Maka sejak itu putera-putera khalifah hadir dan duduk bersama di majlis taklim; kecuali di antara mereka dengan orang umum di pasang tirai, dengan demikian mereka dapat belajar bersama-sama”.
    Maka hendaknya para ulama’ tidak mendatangi para raja dan penguasa, tetapi merekalah yang patut datang kepada para ulama’. Dan kesamaan darjat dalam ilmu dan pengetahuan ini, hendaklah dikembangkan seperti apa yang telah dilakukan Abu Daud tersebut.
    Tarikh Wafatnya
    Setelah mengalami kehidupan penuh berkat yang diisi dengan kegiatan ilmiah, menghimpun dan menyebarluaskan hadith, Abu Daud meninggal dunia di Basrah yang dijadikannya sebagai tempat tinggal atas permintaan Amir sebagaimana telah diceritakan. Ia wafat pada 16 Syawwal 275H/889M. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan ridhaNya kepadanya.
    Karya-Karyanya
    Imam Abu Daud banyak memiliki hasil tulisan, antara lain:
    • Kitab As-Sunnan (Sunan Abu Daud).
    • Kitab Al-Marasil.
    • Kitab Al-Qadar.
    • An-Nasikh wal-Mansukh.
    • Fada’il al-A’mal.
    • Kitab Az-Zuhd.
    • Dala’il an-Nubuwah.
    • Ibtida’ al-Wahyu.
    • Ahbar al-Khawarij.
    Di antara karya-karya tersebut yang paling bernilai dan masih tetap beredar adalah kitab As-Sunnan, yang kemudian terkenal dengan nama Sunan Abi Daud.
    Kitab Sunan Karya Abu Daud
    Metode Abu Daud dalam Penyusunan Sunan-nya
    Karya-karya di bidang hadith, kitab-kitab Jami’ Musnad dan sebagainya di samping berisi hadith-hadith hukum, juga memuatkan hadith-hadith yang berkenaan dengan amal-amal yang terpuji (fada’il a’mal), kisah-kisah, nasihat-nasihat (mawa’iz), adab dan tafsir. Begitulah kaedahnya sehingga datang Abu Daud. Abu Daud menyusun kitabnya, khusus hanya memuatkan hadith-hadith hukum dan sunnah-sunnah yang berkaitan hukum. Ketika selesai menyusun kitabnya beliau menunjukkan kitab itu kepada Imam Ahmad bin Hanbal, dan Ibn Hanbal memujinya sebagai kitab yang indah dan baik.
    Imam Abu Daud dalam kitab Sunannya tidak hanya memasukkan hanya hadith-hadith sahih sebagaimana yang telah dilakukan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, tetapi beliau memasukkan juga ke dalamnya hadith shahih, hadith hasan, hadith dha’if yang tidak terlalu lemah dan hadith yang tidak disepakati oleh para imam untuk ditinggalkan. Untuk hadith-hadith yang sangat lemah, beliau jelaskan kelemahannya.
    Cara yang digunakan dalam kitabnya itu dapat diketahui dari suratnya yang beliau kirimkan kepada penduduk Makkah sebagai jawaban atas pertanyaan yang diajukan mereka mengenai kitab Sunannya. Abu Daud menulis:
    “Aku mendengar dan menulis hadith Rasulullah s.a.w sebanyak 500,000 buah. Dari jumlah itu, aku pilih sebanyak 4,800 hadith yang kemudian aku masukkan dalam kitab Sunan ini. Dalam kitab tersebut aku himpun hadith-hadith sahih, separuh sahih dan yang mendekati sahih. Dalam kitab itu aku tidak memasukkan sebuah hadith pun yang telah disepakati oleh orang ramai untuk ditinggalkan. Segala hadith yang amat lemah, aku jelaskan, contohnya, hadith macam ini ada hadith yang tidak sahih sanadnya. Adapun hadith yang tidak kami beri penjelasan sedikit pun, maka hadith tersebut bernilai salih, dan sebahagian dari hadith yang sahih ini ada yang lebih sahih daripada yang lain. Kami tidak mengetahui sebuah kitab, sesudah al-Qur’an, yang harus dipelajari selain daripada kitab ini. Empat buah hadith saja dari kitab ini sudah cukup menjadi pegangan bagi keberagaman tiap orang. Hadith tersebut adalah, yang ertinya:
    Pertama: “Segala amal itu hanyalah menurut niatnya, dan tiap-tiap orang memperoleh apa yang dia niatkan. Kerana itu maka barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya pula. Dan barang siapa hijrahnya kerana untuk mendapatkan dunia atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya hanyalah kepada apa yang dia hijrah kepadanya itu”.
    Kedua: “Termasuk kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna baginya”.
    Ketiga: “Tidaklah seseorang beriman menjadi mukmin sejati sebelum ia merelakan untuk saudaranya apa-apa yang ia rela untuk dirinya”.
    Keempat: “Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun telah jelas pula. Di antara keduanya terdapat hal-hal syubhat (atau samar) yang tidak diketahui oleh ramai orang. Barang siapa menghindari syubhat, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatan dirinya; dan barang siapa terjerumus ke dalam syubhat, maka ia telah terjerumus ke dalam perbuatan haram, ibarat penggembala yang menggembalakan ternaknya di dekat tempat terlarang. Ketahuilah, sesungguhnya setiap penguasa itu mempunyai larangan. Ketahuilah, sesungguhnya larangan Allah adalah segala yang diharamkanNya. Ingatlah, di dalam rumah ini terdapat sepotong daging, jika ia baik, maka baik pulalah semua tubuh dan jika rosak maka rosak pula seluruh tubuh. Ingatlah, ia itu hati.”
    Demikianlah penegasan Abu Daud dalam suratnya. Perkataan Abu Daud itu dapat dijelaskan sebagai berikut:
    Hadith pertama adalah ajaran tentang niat dan keikhlasan yang merupakan asas utama bagi semua amal perbuatan diniah dan duniawiah.
    Hadith kedua merupakan tuntunan dan dorongan bagi umat Islam agar selalu melakukan setiap yang bermanfaat bagi agama dan dunia.
    Hadith ketiga, mengatur tentang hak-hak keluarga dan tetangga, berlaku baik dalam pergaulan dengan orang lain, meninggalkan sifat-sifat egoistis, dan membuang sifat iri, dengki dan benci, dari hati masing-masing.
    Hadith keempat merupakan dasar utama bagi pengetahuan tentang halal haram, serta cara memperoleh atau mencapai sifat wara’, iaitu dengan cara menjauhi hal-hal musykil yang samar dan masih diperdebatkan status hukumnya oleh para ulama’, kerana untuk menganggap mudah melakukan haram.
    Dengan hadith ini nyatalah bahawa keempat hadith di atas, secara umum, telah cukup untuk membawa dan menciptakan kebahagiaan.

  • @MrHamdan50
    @MrHamdan50 9 місяців тому +2

    جزاكم الله خيرا

  • @ishakabrahman7936
    @ishakabrahman7936 3 роки тому +4

    salah satu org yg paling alim dlm bidang hadith.. maulana asri..

  • @noorshahiza146
    @noorshahiza146 3 роки тому +1

    Terpadu

  • @mohamadfahmibinradzi4100
    @mohamadfahmibinradzi4100 4 роки тому +2

    Jelas...ttima kasih maulana

  • @kamarulab4740
    @kamarulab4740 2 роки тому +4

    Syarah Sunan Abu Daud yang mashyur ialah Bazlul Majhud oleh Maulana Khalil Ahmad Shaharanpuri. Murid kesayangan beliau, Maulana Zakaria Al Khandalawi merupakan orang utama yang membantu menyiapkan syarahan Bazlul Majhud. Kemudian , apabila menjadi Shaikhul Hadis, Maulana Zakaria pula menulis syarah Muwatta Imam Malik dengan nama kitab Aujazul Masalik (di samping Kitab Fadhail Amal)

  • @shukordiibrahim127
    @shukordiibrahim127 5 років тому +3

    jazakallah maulana. 21/06/2019

  • @mohdtajurrauhi9547
    @mohdtajurrauhi9547 6 років тому +3

    Tq

  • @abumusa145
    @abumusa145 2 роки тому +1

    Join.👍🙏🇲🇨

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  3 роки тому +1

    (SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN DESCRIPTION UA-cam - 2 DARI 2 )
    Komentar Para Ulama’ Mengenai Kedudukan Kitab Sunan Abu Daud
    Tidak sedikit ulama’ yang memuji kitab Sunan ini. Hujatul Islam, Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata: “Sunan Abu Daud sudah cukup bagi para mujtahid untuk mengetahui hadith-hadith ahkam”. Demikian juga dua imam besar, An-Nawawi dan Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah memberikan pujian terhadap kitab Sunan ini bahkan beliau menjadikan kitab ini sebagai pegangan utama di dalam pengambilan hukum.
    Hadith-hadith Sunan Abu Dauud Yang Dikritik
    Imam Al-Hafiz Ibnul Jauzi telah mengkritik beberapa hadith yang dimasukkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan memandangnya sebagai hadith-hadith maudhu’ (palsu). Jumlah hadith tersebut sebanyak 9 buah hadith. Ibnul Jauzi dikenal sebagai ulama’ yang terlalu mudah menghukum “palsu” dan kritikan-kritikan belaiu telah dibantah oleh sebahagian ahli hadith, seperti Jalaluddin as-Suyuti. Dan andaikata kita menerima kritikan oleh Ibnul Jauzi tersebut, sebenarnya hadith-hadith yang dikritiknya itu adalah amat sedikit dan hampir tidak ada pengaruhnya terhadap ribuan hadith yang terkandung di dalam kitab Sunan tersebut. Kerana itu kami melihat bahawa hadith-hadith yang dikritik tersebut tidak mengurangi sedikit pun juga nilai kitab Sunan sebagai rujukan utama yang dapat dipertanggungjawabkan keabsahannya.
    Jumlah Hadith Sunan Abu Daud
    Sebelum ini disebutkan bahawa Sunan Abu Daud itu mengandungi hadith sebanyak 4,800 buah hadith. Namun sebahagian ulama’ ada yang menghitungnya sebanyak 5,274 buah hadith. Perbezaan jumlah ini disebabkan bahawa sebahagian orang yang menghitungnya mengira sebuah hadith yang diulang-ulang sebagai satu hadith, namun yang lain menganggapnya sebagai dua hadith atau lebih. Dua jalan periwayatan hadith atau lebih ini telah dikenal di kalangan ahli hadith.
    Abu Daud membahagikan kitab Sunannya kepada beberapa kitab, dan tiap-tiap kitab dibahagi pula kepada beberapa bab. Ada sebanyak 35 buah kitab, di antaranya ada 3 kitab yang tidak mempunyai bab. Ada sebanyak ,871 buah bab dalam kitab Sunan Abi Daud..

  • @pencinta_kari4855
    @pencinta_kari4855 6 місяців тому

    15:53 Mazhab fiqh
    26:30 Karangan-karangan imam Abu Daud
    29:19 Kemukanan Sunannya kepada guru untuk semakan
    30:28 Sebab beliau menulis Sunan
    40:23 Keistimewaan Sunan Abi Daud

  • @NabilahHassan
    @NabilahHassan 5 років тому +1

    Nota dsri ceramah : Hukum xleh dari hadith dhoif mesti kena sahih.

  • @NabilahHassan
    @NabilahHassan 5 років тому +3

    Nota dari ceramah diatas. Kenapa imam abu daud buat kitab ni?
    Ibn qayyim : 1 group ulama hadith keje dia xde lain. Hafaz hadith, pastikan hadith. Sohih ke tidak, sanad ok ke tak. Tapi xperhatikan makna dan kandungan hadith. Sejauh mana bleh keluar hukum dari hadith tu. Jadi lama kelamaan xde fiqh hadith. Mereka hanya pentingkan riwayat je. Hingga timbul org yg pertikaikan imam mazhab. Dia kate imam mazhab ni alim fiqh je tapi xtau hadith. Guna hadith yg lemah dhoif.
    Contoh cikgu imam syafie, dia kritik imam abu hanifah xreti hadith.
    Ade gak org kritik imam syafie, ckp imam syafie xreti hadith.
    Jadi zaman tu ramai kritik. Padahal ulama tu buat kitab besarm mcm contoh al umm ade byk hadith. Tapi bagi org hadith ni xterimam dia nak kitab tu sume hadith je xde pendapat kita. Ade pulak sibuk ilmu rijal. Jadi ulama hadith yg tabahhur dan tafaqquh fiddin. Hebat hadith dan hebat fiqh. Sbb tulah imam abu daud tulis kitab imam abu daud. Gabung hadith fiqh. Nak bgtau dalil hadith semua imam imam fiqh yg muktabar. Utk org sume tau imam iamm tu sume bukan aci berpendapat je.