Sejarah Hidup Imam at-Tirmizi - Maulana Asri Yusoff

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 30 лис 2024

КОМЕНТАРІ • 8

  • @MrHamdan50
    @MrHamdan50 4 місяці тому +1

    jazakalahukhairan

  • @musa21127
    @musa21127 Рік тому

    Maulana sehat dan terus menyampaikan kajian..lihat di teratak hadits.

  • @ilaikakull2171
    @ilaikakull2171 3 роки тому

    AlhamduliLlah..

  • @abdulbasir4296
    @abdulbasir4296 3 роки тому +3

    Betul, apa.khabar Maulana Skrg.....lama xdgr kuliah beliau....rindu sgt Kuliah hadis beliau

  • @adiaswir1127
    @adiaswir1127 3 роки тому +6

    Assalammualaikum pada admin. Bukankah ini video lama maulana? Saya nak tanya, apa khabar maulana hari ini? Lama sy tak jumpa video ceramah maulana. Yang terakhir sy lihat ialah ceramah berkenaan dirayah hadis. Sy mendoakan maulana dan admin sentiasa dlm rahmat Allah. Terima Kasih.

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  3 роки тому

    (SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN DESCRIPTION YPUTUBE)
    Abu Ya’la al-Khalili dalam kitabnya ‘Ulumul Hadith menerangkan; Muhammad bin ‘Isa at-Tirmizi adalah seorang penghafal dan ahli hadith yang baik yang telah diakui oleh para ulama’. Ia memiliki kitab Sunan dan kitab Al-Jarh wat-Ta’dil. Hadith-hadithnya diriwayatkan oleh Abu Mahbub dan banyak ulama’ lain. Ia terkenal sebagai seorang yang dapat dipercaya, seorang ulama’ dan imam yang menjadi ikutan dan yang berilmu luas. Kitabnya Al-Jami’us Shahih sebagai bukti atas keagungan darjatnya, keluasan hafalannya, banyak bacaannya dan pengetahuannya tentang hadith yang sangat mendalam.
    FIQH AL-TIRMIZI DAN IJTIHADNYA
    Imam at-Tirmizi, di samping dikenal sebagai ahli dan penghafal hadith yang mengetahui kelemahan-kelemahan dan perawi-perawinya, ia juga dikenal sebagai ahli fiqh yang mempunyai wawasan dan pandangan luas. Barang siapa mempelajari kitab Jami’nya ia akan mendapati tingginya ilmu dan dalamnya penguasaan beliau terhadap berbagai mazhab fikih. Kajian-kajiannya mengenai persoalan fiqh mencerminkan beliau adalah seorang ulama’ yang sangat berpengalaman dan mengerti betul duduk permasalahan yang sebenarnya. Salah satu contoh ialah penjelasannya terhadap sebuah hadith mengenai penangguhan membayar hutang yang dilakukan si berhutang yang sudah mampu, sebagaimana berikut:
    “Muhammad bin Basysyar bin Mahdi menceritakan kepada kami Sufyan menceritakan kepada kami, dari Abi az-Zunad, dari al-A’rai dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w, bersabda: ‘Penangguhan membayar hutang yang dilakukan oleh si berhutang yang mampu adalah suatu kezaliman. Apabila seseorang di antara kamu dipindahkan hutangnya kepada orang lain yang mampu membayar, hendaklah pemindahan hutang itu diterimanya.”
    Imam at-Tirmizi memberikan penjelasan sebagai berikut:
    Sebahagian ahli ilmu berkata: “Apabila seseorang dipindahkan piutangnya kepada orang lain yang mampu membayar dan ia menerima pemindahan itu, maka bebaslah orang yang memindahkan (muhil) itu, dan bagi orang yang dipindahkan piutangnya (muhtal) tidak dibolehkan menuntut kepada muhil”. Fatwa ini adalah pendapat asy-Syafi’i, Ahmad dan Ishaq.
    Sebahagian ahli ilmu yang lain berkata: “Apabila harta seseorang (muhtal) menjadi rugi disebabkan muflis muhal ‘alaih, maka baginya dibolehkan menuntut bayar kepada orang pertama (muhil)”.
    Mereka memakai alasan dengan perkataan Usma dan lainnya, yang menegaskan: “Tidak ada kerugian atas harta benda seorang Muslim”.
    Menurut Ishak, perkataan, “Tidak ada kerugian atas harta benda seorang Muslim” ini adalah, “Apabila seseorang dipindahkan hutangnya kepada orang lain yang dikiranya mampu, namun ternyata orang lain itu tidak mampu, maka tidak ada kerugian atas harta benda orang Muslim (yang dipindahkan utangnya) itu”.
    Itulah salah satu contoh yang menunjukkan kepada kita, bahawa betapa cemerlangnya pemikiran fiqh at-Tirmizi dalam memahami nas-nas hadith, serta betapa luas dan asli pandangannya itu.
    KARYA-KARYANYA
    Imam at-Tirmizi banyak menulis kitab-kitab. Di antaranya:
    • Kitab Al-Jami’, terkenal dengan sebutan Sunan at-Tirmizi.
    • Kitab Al-‘Ilal.
    • Kitab At-Tarikh.
    • Kitab Asy-Syama’il an-Nabawiyyah.
    • Kitab Az-Zuhd.
    • Kitab Al-Asma’ wal-kuna.
    Di antara kitab-kitab tersebut yang paling besar dan terkenal serta beredar luas adalah Al-Jami’.
    Sepintas Lalu Tentang Al-Jami’
    Kitab ini adalah salah satu kitab karya Imam Tirmidzi terbesar dan paling banyak manfaatnya. Ia tergolong salah satu “Kutubus Sittah” (Enam Kitab Pokok Bidang Hadith) dan ensiklopedia hadith terkenal. Al-Jami’ ini terkenal dengan nama Jami’ at-Tirmizi, dinisbatkan kepada penulisnya, yang juga terkenal dengan nama Sunan at-Tirmizi. Namun nama pertamalah yang lebih popular.
    Sebahagian ulama’ tidak berkeberatan menyandangkan gelaran as-Shahih kepadanya, sehingga mereka menamakannya dengan Sahih at-Tirmidzi. Sebenarnya pemberian nama ini tidak tepat dan terlalu gopoh.
    Setelah selesai menyusun kitab ini, at-Tirmizi menunjukkan kitabnya kepada para ulama’ dan mereka senang dan menerimanya dengan baik. Beliau menerangkan: “Setelah selesai menyusun kitab ini, aku perlihatkan kitab tersebut kepada ulama’-ulama’ Hijaz, Irak dan Khurasan, dan mereka semuanya meredhainya, seolah-olah di rumah tersebut ada Nabi yang selalu berbicara.”
    Imam at-Tirmizi di dalam Al-Jami’ tidak hanya meriwayatkan hadith sahih sahaja, tetapi juga meriwayatkan hadith-hadith hasan, dha’if, gharib dan mu’allal dengan menerangkan kelemahannya.
    Dalam pada itu, beliau tidak meriwayatkan dalam kitabnya itu, kecuali hadith-hadith yang diamalkan atau dijadikan pegangan oleh ahli fiqh. Metode demikian ini merupakan cara atau syarat yang longgar. Oleh sebab itu, beliau meriwayatkan semua hadith yang memiliki nilai demikian, baik jalan periwayatannya itu sahih ataupun tidak sahih. Walaupun begitu, beliau selalu memberikan penjelasan yang sesuai dengan keadaan setiap hadith.
    Diriwayatkan, bahawa beliau pernah berkata: “Semua hadith yang terdapat dalam kitab ini adalah dapat diamalkan”. Oleh kerana itu, sebahagian besar ahli ilmu menggunakannya (sebagai pegangan), kecuali dua buah hadith, iaitu:
    “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menjamak shalat Zuhur dengan Asar, dan Maghrib dengan Isya, tanpa adanya sebab “takut” dan “dalam perjalanan”.
    “Jika ia peminum khamar - minum lagi pada yang keempat kalinya, maka bunuhlah dia”.
    Hadith ini adalah mansukh dan ijma’ ulama’ menunjukan demikian.
    Sedangkan mengenai solat jamak dalam hadith di atas, para ulama’ berbeda pendapat atau tidak sepakat untuk meninggalkannya. Sebahagian besar ulama’ berpendapat boleh (jawaz) hukumnya melakukan salat jamak di rumah selama tidak dijadikan kebiasaan. Pendapat ini adalah pendapat Ibn Sirin dan Asyab serta sebahagian besar ahli fiqh dan ahli hadith juga Ibn Munzir.
    Hadith-hadith dha’if dan munkar yang terdapat dalam kitab ini, pada umumnya hanya berkaitan fadha’il al-a’mal (galakan supaya melakukan perbuatan-perbuatan kebajikan). Hal itu dapat difahami kerana syarat-syarat bagi (meriwayatkan dan mengamalkan) hadith seperti ini lebih longgar dibandingkan dengan persyaratan bagi hadith-hadith tentang halal dan haram.

  • @fibrahim4171
    @fibrahim4171 3 роки тому +1

    Mungkin di dalam kepala Imam Tirmidzi ada chip komputer 😇.
    Luar biasa ingatannya !!!