Imam Muslim - Riwayat Hidup & Kitab Sahih Muslim

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 30 лис 2024

КОМЕНТАРІ • 13

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  3 роки тому +1

    (SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN "DESCRIPTION" UA-cam - 1 DARI 4)
    KITAB SAHIH MUSLIM
    Di antara kitab-kitab di atas yang paling agung dan sangat bermanfaat, serta masih tetap beredar hingga kini ialah Al-Jami’ as-Shahih, terkenal dengan Sahih Muslim. Kitab ini merupakan salah satu dari dua kitab yang paling sahih dan murni sesudah Kitabullah. Kedua-dua kitab sahih ini diterima baik oleh seluruh umat Islam.
    Imam Muslim telah mengerahkan seluruh kemampuannya untuk meneliti dan mempelajari keadaan para perawi, menyaring hadith-hadith yang diriwayatkan, membandingkan riwayat-riwayat itu satu sama lain. Imam Muslim sangat teliti dan hati-hati dalam menggunakan lafaz-lafaz, dan selalu memberikan isyarat akan adanya perbezaan antara lafaz-lafaz itu. Dengan usaha yang sedemikian rupa, maka lahirlah kitab Shahihnya.
    Bukti konkrit mengenai keagungan kitab itu ialah suatu kenyataan, di mana Muslim menyaring isi kitabnya dari ribuan riwayat yang pernah didengarnya. Diceritakan, bahawa ia pernah berkata: “Aku susun kitab Shahih ini yang disaring dari 300,000 hadith”.
    Diriwayatkan dari Ahmad bin Salamah, yang berkata : “Aku menulis bersama Muslim untuk menyusun kitab Shahihnya itu selama 15 tahun. Kitab itu berisi 12,000 buah hadith”.
    Dalam pada itu, Ibn Salah menyebutkan dari Abi Quraisy al-Hafiz, bahawa jumlah hadith Sahih Muslim itu sebanyak 4,000 buah hadith. Kedua pendapat tersebut dapat kita kompromikan, iaitu bahawa perhitungan pertama memasukkan hadith-hadith yang berulang-ulang penyebutannya, sedangkan pengiraan kedua hanya menghitung hadith-hadith yang tidak disebutkan secara berulang.
    Imam Muslim berkata di dalam Sahihnya: “Tidak setiap hadith yang sahih menurutku, aku masukkan di sini (yakni dalam Sahihnya). Aku hanya menuliskan hadith-hadith yang telah disepakati oleh para ulama’ hadith”.
    Imam Muslim pernah berkata, sebagai tanda kesyukuran di atas anugerah Allah yang diterimanya: “Apabila penduduk bumi ini menulis hadith selama 200 tahun, maka usaha mereka hanya akan berputar-putar di sekitar kitab musnad ini”.
    Ketelitian dan berhati-hatinya Muslim terhadap hadith yang diriwayatkan dalam Sahihnya dapat dilihat dari perkataannya sebagai berikut: “Tidaklah aku menuliskan sesuatu hadith dalam kitabku ini, melainkan dengan sebab yang asas; juga tiada aku menggugurkan sesuatu hadith daripadanya melainkan dengan sebab juga”.
    Imam Muslim di dalam penulisan Sahihnya tidak membuat judul setiap bab secara terperinci. Adapun judul-judul kitab dan bab yang kita dapati pada sebahagian naskah Shahih Muslim yang sudah dicetak, sebenarnya dibuat oleh para pensyarah yang datang kemudian. Antara pensyarah yang paling baik membuat judul-judul dan sistem babnya adalah Imam an-Nawawi dalam Syarahnya.
    Disaring oleh Kumpulan Web Darulkautsar dari Kitab Hadith Shahih yang Enam karya Muhammad Muhammad Abu Syuhbah.
    ===================================================
    CORETAN RIWAYAT HIDUP IMAM MUSLIM - CORETAN 2
    ===================================================
    NASAB DAN KELAHIRAN
    Nama lengkapnya adalah Abul Hasan Muslim bin Hajjaj bin Muslim bin Warad bin Kausyaz Al-Qusyairi An-Naisaburi. Al-Qusyairi di sini merupakan nisbah terhadap nasab (silsilah keturunan) dan An-Naisaburi merupakan nisbah kepada tempat kelahiran beliau iaitu di Kota Naisabur, sebahagian dari Persia yang sekarang menjadi sebahagian dari negara Rusia. Tentang Al-Qusyairi, seorang pakar sejarah, Izzudin Ibnu Atsir, dalam kita Al-Lubab fi Tahzibil Ansab menyatakan : “Al-Qusyairi adalah nisbah kepada keturunan Qusyair bin Kaab bin Rabi’ah bin Amir bin Sha’sha’ah, yang merupakan sebuah kabilah yang besar. Ramai para ulama’ yang menisbahkan diri mereka kepadanya”.
    Para ahli sejarah Islam berbeza pendapat mengenai hari lahir dan wafat Imam Muslim. Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Taqribut Tahzib (hal. 529), Ibnu Katsir dalam Al-Bidayah Wan Nihayah (hal 3511/34), Al-Khazraji dalam Khulashoh Tahzibul Kamal mengatakan bahawa Imam Muslim dilahirkan pada 204H dan wafat pada tahun 261H. Namun pendapat yang paling kuat adalah bahawa beliau dilahirkan pada tahun 206H dan wafat pada tahun 261H. Beliau wafat di Naisabur ketika berusia 55 tahun. Hal ini sebagaimana dikatakan oleh Abu Abdillah Al-Hakim An Naisaburi dalam kitab Ulama Al Amshar yang juga dipersetujui oleh An-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim (1231/1).
    PENGEMBARAAN IMAM MUSLIK DALAM BELAJAR HADITH
    Imam Muslim membesar sebagai remaja yang gigih belajar agama. Bahkan ketika usianya masih sangat muda, beliau sudah menekuni hadith. Dalam kitab Siyar ‘Alamin Nubala, pakar hadith dan sejarah, Az-Zahabi, menyatakan bahawa Imam Muslim mula belajar hadith sejak tahun 218H, ketika berusia 12 tahun. Beliau merantau ke beberapa negara dalam usaha menuntut ilmu hadith, bermula dari Iraq, kemudian ke Hijjaz, Syam, Mesir dan beberapa negara lain. Dalam Tahzibut Tahzib diceritakan bahawa Imam Muslim paling banyak mendapat ilmu tentang hadith daripada 10 orang guru beliau sebagaimana berikut :
    1. Abu Bakar bin Abi Syaibah, beliau belajar 1540 hadith.
    2. Abu Khaitsamah Zuhair bin Harab, beliau belajar 1281 hadith.
    3. Muhammad Ibnul Mutsanna yang digelarkan dengan panggilan Az Zaman, beliau belajar 772 hadith.
    4. Qutaibah bin Sa’id, beliau belajar 668 hadith.
    5. Muhammad bin Abdillah bin Numair, beliau belajar 573 hadith.
    6. Abu Kuraib Muhammad Ibnul ‘ila, beliau belajar 556 hadith.
    7. Muhammad bin Basyhar Al-Muqallab yang digelar Bundaar, beliau belajar 460 hadith.
    8. Muhammad bin Raafi An Naisaburi, beliau belajar 362 hadith.
    9. Muhammad bin Hatim Al-Muqallab yang digelar As-Samin beliau belajar 300 hadith.
    10. ‘Ali bin Hajar As Sa’di, beliau belajar 188 hadith.
    Sembilan daripada sepuluh guru Imam Muslim tersebut, juga merupakan guru Imam Al-Bukhari dalam mengambil hadith; Muhammad bin Hatim tidak termasuk. Perlu diketahui Imam Muslim juga sempat berguru ilmu hadith dengan Imam Al-Bukhari. Ibnu Salah dalam kita Ummul Hadith berkata, “Imam Muslim memang belajar daripada Imam Al-Bukhari dan banyak mendapat faedah ilmu daripadanya. Bahkan ramai guru kepada Imam Muslim yang juga merupakan guru kepada Imam Al-Bukhari”. Perkara inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa Imam Muslim tidak meriwayatkan hadith daripada Imam Al-Bukhari.

  • @noziahabuseman3556
    @noziahabuseman3556 Рік тому +1

    alhamdulillah

  • @MrHamdan50
    @MrHamdan50 9 місяців тому

    جزاكم الله خيرا

  • @mlys7229
    @mlys7229 Рік тому +1

    Terbaik maulana dgn pengkesahan nya ,👍

  • @abdulbasir4296
    @abdulbasir4296 3 роки тому +2

    Terima kasih Guruku...MMAY

  • @rahmathidayatrahmathidayat1478
    @rahmathidayatrahmathidayat1478 6 років тому +2

    semoga ada hikmahya buat diri aku .Amiin

  • @whisnuwardhana8726
    @whisnuwardhana8726 5 років тому

    jazakallah ilmunya.. dr solo indonesia

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  3 роки тому

    (SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN KOMEN UA-cam - 2 DARI 4)
    HUBUNGAN DI ANTARA IMAM AL-BUKHARI DAN IMAM MUSLIM
    Imam Al-Bukhari adalah salah seorang guru kepada Imam Muslim yang paling menonjol. Daripada beliau, Imam Muslim mendapat banyak pengetahuan tentang ilmu hadith serta metodologi dalam menyelidiki kesahihan hadith. Al-Hafiz Abu Bakar Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikh Al-Baghdadi menceritakan: “Muslim telah mengikuti jejak langkah al-Bukhari, mengembangkan ilmunya dan mengikuti metodologinya. Ketika Al-Bukhari datang ke Naisabur di masa akhir hayatnya, Imam Muslim belajar dengan lebih serius dengannya dan sentiasa mendampinginya”. Hubungan beliau berdua dijelaskan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Syarah Nukhbatul Fikr. Beliau berkata: “Para ulama’ bersepakat bahawa Al-Bukhari lebih utama daripada Muslim, dan al-Bukhari lebih dikenali kemampuannya dalam pembelaan hadith. Kerana Muslim adalah murid dan hasil didikan Al-Bukhari. Muslim banyak mengambil ilmu daripada al-Bukhari dan mengikuti jejaknya, sehingga ad-Daruquthni berkata, “Seandainya tidak ada al-Bukhari, nescaya tidak ada Muslim”.
    Lalu apa yang menyebabkan Imam Muslim tidak meriwayatkan hadith daripada Imam al-Bukhari, sehinggakan dalam Sahih Muslim tidak ada hadith yang sanadnya dimulai dengan “An Al-Bukhari…” (diriwayatkan dari Al-Bukhari). Jawapan oleh Syeikh Abdul Muhsin Al-Abbad Hafizahullah, beliau menyatakan : “Walau Imam Muslim merupakan anak murid kepada Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim mendapat banyak ilmu daripada beliau, Imam Muslim tidak meriwayatkan satu pun hadith daripada Al-Bukhari. Wallahu Ta’ala A’lam. Ini kerana disebabkan oleh dua perkara :
    1. Imam Muslim menginginkan uluwul isnad (sanad yang tinggi darjatnya). Imam Muslim memiliki ramai guru yang sama dengan guru Imam Al-Bukhari. Jika Imam Muslim meriwayatkan daripada Al-Bukhari, maka sanad akan bertambah panjang kerana bertambah seorang perawi iaitu Al-Bukhari. Imam Muslim menginginkan uluwul isnad dan sanad yang dekat jalurnya dengan Rasulullah s.a.w sehingga beliau meriwayatkan terus daripada guru-gurunya yang juga menjadi guru Imam Al-Bukhari.
    2. Imam Muslim merasa sedih dengan sebahagian ulama’ yang mencampur-adukkan hadith-hadith lemah dengan hadith-hadith sahih tanpa membezakannya. Maka beliau pun mengerahkan usahanya untuk memisahkan hadith sahih dengan yang lain, sebagaimana yang beliau utarakan di Muqadimah Sahih Muslim. Jika demikian, maka sebahagian hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari telah dianggap cukup dan tidak perlu diulang lagi. Kerana Al-Bukhari juga sangat teliti dalam mengumpulkan hadith-hadith sahih dengan ketelitian yang tajam dan semakan yang berulang-ulang.
    MURID-MURID IMAM MUSLIM
    Ramai ulama’ besar yang merupakan murid kepada Imam Muslim dalam ilmu hadith, sebagaimana yang diceritakan dalam Tahzibut Tahzib. Antaranya adalah Abu Hatim Ar Razi, Abul Fadhl Ahmad bin Salamah, Ibrahim bin Abi Thalib, Abu ‘Amr Al-Khoffaf, Husain bin Muhammad Al-Qabani, Abu ‘Amr Ahmad Ibnul Mubarak Al Mustamli, Al Hafiza Salih bin Muhammad, ‘Ali bin Hasan Al Hilali, Muhammad bin Abdil Wahab Al-Faraa’, Ali Ibnul Husain Ibnul Junaid, Ibnu Khuzaimah dan ramai lagi.
    Selain dari itu, sebahagian ulama’ memasukkan Abu ‘Isa Muhammad At-Tirmidzi dalam barisan murid Imam Muslim, kerana terdapat satu hadith dalam Sunan At-Tirmidzi, iaitu :
    “Muslim bin Hajjaj menyatakan kepada kami : Yahya bin Yahya memberitahu kepada kami : Abu Muawiyyah memberitahukan kepada kami : Daripada Muhammad bin ‘Amr : Daripada Abu Salamah : Daripada Abu Hurairah R.A, dia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : “Untuk menentukan datangnya Ramadan, hitunglah hilal bulan Sya’ban”.
    Dalam hadith tersebut nampak bahawa At-Tirmidzi meriwayatkan daripada Imam Muslim. Terdapat penjelasan al-Iraqi dalam Tuhfatul Ahwadzi Bi Syarhi Jami’ At-Tirmidzi : “At-Tirmidzi tidak pernah meriwayatkan hadith daripada Imam Muslim kecuali hadith ini kerana mereka berdua memiliki guru-guru yang sama sebahagian besarnya”.
    KARYA TULISAN IMAM MUSLIM
    Imam An-Nawawi menceritakan dalam Tahzibul Asma Wal Lughat bahawa Imam Muslim memiliki banyak karya tulisan, antaranya :
    1. Kitab Sahih Muslim
    2. Kitab Al Musnad Al Kabir ‘Ala Asma Ar Rijal
    3. Kitab Jami’ Al Kabir ‘Ala Al Abwab
    4. Kitab Al ‘Ilal
    5. Kitab Auhamul Muhadditsin
    6. Kitab At Tamyiz
    7. Kitab Man Laisa Lahu Illa Rawin Wahidin
    8. Kitab Thabaqat At Tabi’in
    9. Kitab Al Muhadramain
    Kemudian Az-Zahabi pun menambah dalam Tahzibut Tahzib bahawa Imam Muslim juga memiliki karya penulisan yang lain iaitu :
    1. Kitab Al Asma Wal Kuna
    2. Kitab Al Afrad
    3. Kitab Al Aqran
    4. Kitab Sualaat Ahmad bin Hanbal
    5. Kitab Hadith ‘Amr bin Syu’aib
    6. Kitab Al Intifa’ Bi Uhubis Siba’
    7. Kitab Masyaikh Malik
    8. Kitab Masyaikh Ats Tsauri
    9. Kitab Masyaikh Syu’bah
    10. Kitab Aulad Ash Shahabah
    11. Kitab Afrad Asy Syamiyyin
    Mata Pencarian Imam Muslim
    Imam Muslim termasuk di antara para ulama’ yang menceburkan diri dengan perniagaan. Beliau adalah salah seorang peniaga pakaian yang berjaya. Namun demikian, beliau tetap terkenal sebagai seorang yang dermawan. Beliau juga memiliki sawah-sawah di daerah Ustu yang menjadi sumber ekonomi keduanya. Tentang mata pencarian beliau diceritakan oleh Al-Hakim dalam Siyar ‘Alamin Nubula (57012/): Tempat Imam Muslim berniaga adalah Khan Mahmasy. Dan mata pencariannya adalah daripada perniagaan di Utsu”. Dalam Tahzibut Tahzib, hal ini juga diceritakan oleh Muhammad bin Abdul Wahab Al-Farra: “Muslim Ibnul Hajjaj adalah salah satu ulama’ besar. Dan beliau adalah seorang peniaga pakaian”. Dalam Kitab Al ‘Ubar Fi Khabar Min Ghabar (292) terdapat penjelasan : “Imam Muslim adalah seorang peniaga. Dan beliau terkenal sebagai seorang dermawan di Naisabur. Beliau memiliki ramai orang suruhan dan harta”.
    BENTUK FIZIKAL IMAM MUSLIM
    Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan bentuk fizikal Imam Muslim. Dalam Siyar ‘Alamin Nubala (56612) terdapat riwayat daripada Abu Abdirrahman As Salami, dia berkata : “Aku melihat seorang syeikh yang tampan wajahnya. Beliau memakai rida’ yang bagus. Beliau memakai imamah yang dijulurkan di kedua bahunya. Lalu ada orang yang mengatakan : “Ini Muslim”. Juga diceritakan daripada Siyar ‘Alamin Nubala (57012/), bahawa Al-Hakim mendengar ayahnya berkata : “Aku pernah melihat Muslim Ibnu Al Hajjaj sedang bercakap-cakap di Khan Mahmasy. Beliau memiliki perwatakan yang sempurna dan kepalanya putih. Janggutnya memanjang ke bawah di sisi imamahnya yang terjulur di kedua bahunya”.

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  3 роки тому

    (SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN KOMEN UA-cam - 4 DARI 4)
    WAFATNYA IMAM MUSLIM
    Diceritakan oleh Ibnu Salah dalam kitab Siyanatu Muslim (1216) bahawa wafatnya Imam Muslim disebabkan hal yang tidak biasa iaitu disebabkan keletihan fikiran dalam menelaah ilmu. Kemudian disebutkan kisah wafatnya daripada riwayat Ahmad bin Salamah: “Abul Hussain Muslim ketika itu mengadakan majlis untuk mengulang hafalan hadith. Lalu disebutkan kepadanya sebuah hadith yang beliau tidak ketahui. Maka beliau pun balik ke rumahnya dan terus menyalakan lampu. Beliau berkata kepada orang yang berada dalam rumah: “Jangan biarkan orang lain masuk ke rumah ini”. Kemudian ada yang bertanya kepadanya: “Mahukah engkau kami beri sebakul kurma?”. Beliau menjawab: “Ya, berikan kurma-kurma itu kepadaku”. Kurma pun diberikan. Ketika itu beliau sedang mencari sebuah hadith. Beliau pun mengambil kurma satu persatu lalu mengunyahnya. Pagi pun datang dan kurma telah habis. Dan beliau menemukan hadith yang dicari”. Al-Hakim mengatakan bahawa terdapat tambahan tsiqah pada riwayat ini iaitu: “Sejak itu Imam Muslim sakit kemudian wafat”. Riwayat ini terdapat pada kitab Tarikh Al-Baghdadi (10313), Tarikh Dimasyqi (9458), dan Tahzibul Kamal (50627). Beliau wafat pada hari Ahad dan dimakamkan pada hari Isnin, 5 Rejab 261H.
    Semoga Allah sentiasa merahmati beliau. Namanya terus dikenali sehingga hari ini. Sesungguhnya ini merupakan hasil daripada perjuangan yang berat dan mulia. Semoga Allah s.w.t menerima amalannya yang mulia dan membalasnya dengan yang lebih baik di hari di mana tidak ada pertolongan Allah s.w.t.
    Sumber Asal - Sahih Al-Lu’lu Wal Marjan Karya Muhammad Fuad Abdul Baqi’

  • @shukordiibrahim127
    @shukordiibrahim127 5 років тому +2

    jazakallah Maulana. 21/06/2091

  • @موسبناشعاري
    @موسبناشعاري 3 роки тому

    Join ..👍🙏🇲🇨

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  3 роки тому

    (SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN KOMEN UA-cam - 3 DARI 4)
    AQIDAH IMAM MUSLIM
    Imam Muslim adalah ulama’ besar yang berpegang kepada Aqidah Ahli Sunnah sebagaimana aqidah generasi Salafussoleh. Aqidah beliau ini dapat dikesan dalam beberapa perkara :
    a) Perkataan Imam Muslim di Muqadimmah Sahih Muslim : “Ketahuilah wahai pembaca, semoga Allah s.w.t memberikan anda taufiq. Wajib bagi setiap orang untuk membezakan hadith sahih dengan hadith lemah. Juga wajib mengetahui tahap kejujuran perawi, yang sebahagian mereka diragukan kredibilitinya. Tidak boleh mengambil riwayat kecuali daripada orang yang diketahui kualiti kredibiliti dan hafalannya. Serta perlu untuk berhati-hati daripada mereka yang buruk kredibilitinya, yang berasal daripada tokoh kesesatan dan ahli bid’ah. Diceritakan pula di dalam Syiar ‘Alamin Nubala (56812) bahawa Al Makki berkata : “Aku bertanya kepada Muslim tentang Ali bin Ju’d. Muslim berkata : ‘Dia Tsiqah, namun dia berfahaman Jahmiyyah”. Hal ini menunjukkan Imam Muslim sangat anti fahaman sesat dan bid’ah seperti fahaman Jahmiyyah, serta tidak mengambil riwayat daripada tokoh-tokohnya. Dan demikianlah aqidah ahlussunnah.
    b) Imam Muslim memulakan kitab Sahih Muslim dengan Bab Iman, dan dalam bab tersebut beliau memasukkan hadith-hadith yang menetapkan aqidah Ahlussunnah dalam banyak permasalahan seperti hadith-hadth yang membantah Qadariyyah, Murji’ah, Khawarij, Jahmiyyah dan golongan seperti mereka. Beliau juga berhujjah dengan hadith ahad, terdapat juga bab khusus yang mengandungi hadith-hadith tentang takdir.
    c) Judul-judul bab kepada Sahih Muslim seluruhnya sejalan dengan Ahlusunnah dan merupakan bencana bagi Ahlul Bid’ah.
    d) Abu Uthman As-Shabuni dalam kitabnya, I’tiqad Ahlisunnah Wa Ash-Habil hadith halaman 121 - 123, iaitu di akhir-akhir kitabnya, beliau menyebutkan nama-nama Imam Ahlussunnah Wal Jama’ah dan beliau menyebutkan antaranya Imam Muslim Al-Hajjaj.
    e) Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya Dar’u Ta’arudh il ‘Aql Wan Naql (367) berkata : “Para tokoh ahli falsafah dan ahli bid’ah, pengetahuan mereka tentang hadith Rasulullah s.a.w serta atsar para Sahabat dan tabi’in sangatlah sedikit. Sebab jika memang di antara mereka ada orang yang memahami sunnah Rasulullah s.a.w serta atsar para Sahabat, tab’in serta tidak bersangka baik pada hal-hal yang menentang Sunnah, tentulah ia tidak akan bergabung bersama mereka, seperti sikap yang ditunjukkan oleh ahlul hadith. Lebih lagi jika dia mengetahui kerosakan pemahaman falsafah dan bid’ah tersebut, sebagaimana para imam Ahlusunnah mengetahuinya. Dan biasanya kerosakan pemahaman mereka tidak diketahui selain oleh para imam Ahli Sunnah seperti Malik (kemudian disebut nama-nama beberapa imam)… dan juga Muslim Ibnu Al-Hajjaj An-Naisaburi dan para imam yang lainnya. Tidak ada yang dapat menghitung jumlahnya kecuali Allah, merekalah pewaris para nabi dan penerus tugas Rasulullah s.a.w”.
    f) Az-Zahabi dalam kitab Al- ‘Uluw (11842) menyebutkan : “Di antara deretan ulama’ yang berkeyakinan tidak bolehnya menta’wilkan sifat-sifat Allah dan mereka beriman dengan sifat Al-Uluw di masa itu adalah (disebutkan nama-nama beberapa ulama)… dan juga Imam Al-Hujjaj Muslim Ibnu Al-Hajjaj Al-Qusyairi yang menulis kitab Sahih Muslim.
    g) Al-Allamah Muhammad As-Safarini dalam kitab Lawami’ul Anwaril Bahiyyah Wa Sawati’ul Asrar Al-Atsariyyah (221) ketika menyebutkan nama-nama para ulama ahlusunnah dia menyebutkan : “…Muslim, Abu Daud,…” Kemudian dia berkata “dan yang lainnya, mereka semuanya memiliki aqidah yang sama iaitu aqidah Salafiah Atsariyyah”.
    h) Dalam Majmu’ Fatawa (3920) diceritakan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah ditanya oleh seseorang: “Apakah Al-Bukhari, Muslim… (disebutkan beberapa nama ulama’) termasuk ulama’ mujtahidin yang tidak taklid atau mereka termasuk orang-orang yang taklid kepada imam tertentu? Apakah di antara mereka ada yang menisbatkan diri kepada mazhab Hanafi?”. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah menjawab dengan panjang lebar , dan pada akhir jawapan beliau berkata: “Mereka semua adalah para pengagung sunnah dan pengagung hadith”
    i) Dan yang menyokong beberapa bukti di atas, bahawa imam Muslim adalah hasil didikan daripada para ulama’ Ahlussunnah seperti Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Imam Al-Bukhari, Abu Zur’ah dan lainnya. Dan telah diketahui bagaimana peranan mereka dalam memperjuangkan sunnah dan sikap tegas mereka terhadap ahli bid’ah sehinggakan ahli bid’ah tidak mendapat tempat di majlis-majlis mereka.
    MAZHAB FIQH IMAM MUSLIM
    Jika kita memperhatikan nama-nama kitab yang ditulis oleh Imam Muslim, hampir kesemuanya membahas berkenaan ilmu hadith dan cabang-cabangnya. Hal ini juga ditemukan pada majoriti ulama’-ulama’ hadith yang lain di zaman tersebut. Akibatnya kita tidak dapat mengetahui dengan jelas mazhab fiqih mana yang mereka ikuti. Padahal kita semua tahu bahawa Imam Muslim dan para ulama’ hadith di zamannya juga sekali gus merupakan imam besar dalam bidang fiqih, sebagaimana al-Bukhari dan Imam Ahmad. Dan jika kita memperhatikan kitab Sahih Muslim, bagaimana metode Imam Muslim membela hadith, bagaimana penyusunan urutan pembahasan yang beliau buat, memberikan isyarat bahawa beliau pun seorang ahli fiqih yang memahami fiqih di antara ulama’. Oleh sebab itulah Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitab Taqrib (529) mengatakan : “Muslim bin Hajjaj adalah ahli fiqih”.
    Namun beberapa pendapat tentang mazhab fiqih Imam Muslim, antaranya sebagaimana yang diutarakan oleh Haji Khalifah dalam kitab Kasyfuz Zhunun (5551) ketika menyebut nama Imam Muslim: “Muslim Ibnu Al Hajjaj Al-Qusyairi An Naisaburri As-Syafi’i. Siddiq Hassan Khan juga bersetuju dengan perkara tersebut dalam kitabnya Al-Hithah (198). Namun pendapat ini perlu diteliti semula, kerana terdapat beberapa petunjuk yang dijadikan dasar oleh sebahagian ulama’ untuk mengatakan Imam Muslim bermazhab Hanbali. Di antara petunjuk tersebut adalah Imam Muslim memiliki kitab yang berjudul Sualaat Ahmad bin Hanbal. Selain itu Imam Muslim juga berguru dengan Imam Ahmad bin Hanbal dan mengambil hadith daripadanya. Diceritakan dalam Thabaqat Al Hanabilah (4132) bahawa Imam Muslim juga memuji Imam Ahmad dengan mengatakan : “Imam Ahmad adalah salah satu ulama Huffazal Atsar (ketua ilmu hadith). Namun semua ini juga tidak menunjukkan bukti yang pasti bahawa beliau berpegang kepada mazhab Hanbali.
    Pendapat yang benar adalah bahawa Imam Muslim berpegang kepada mazhab Ahlus Sunnah dan tidak taqlid pada salah satu imam mazhab. Sebagaimana diterangkan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Majmu Al-Fatawa (3920): “Adapun Al-Bukhari dan Abu Daud, mereka berdua adalah Imam Mujtahid dalam fiqih. Sedangkan Muslim, At-Tirmidzi, An-Nasa’ie, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Abu Ya’la, Al-Bazzar dan yang setaraf mereka, semuanya berpegang kepada mazhab Ahlul Hadith dan tidak taklid kepada salah seorang imam mazhab. Mereka juga tidak termasuk Imam Mujtahid dalam fiqih secara mutlak. Namun terkadang (dalam fiqih mereka) memiliki kecenderungan untuk mengambil pandangan ulama’ Ahlul Hadith seperti As-Syafie, Ahmad, Ishaq, Abu Ubaid dan yang setaraf mereka.
    PUJIAN PARA ULAMA'
    Kedudukan tinggi Imam Muslim antara para ulama’ Islam tergambar daripada banyaknya pujian yang dilontarkan kepadanya. Pujian datang daripada guru-gurunya, orang-orang terdekat dengannya, murid-muridnya juga para ulama’ yang hidup sesudahnya. Dalam Tarikh Dimasyqi (8958), diceritakan bahawa Muhammad bin Basyar, salah seorang guru Imam Muslim berkata: “Ada empat orang yang hafalan hadithnya paling hebat di dunia ini: Abu Zur’ah dari Ray, Muslim Ibnu Al-Hajjaj dari Naisabur, Abdullah bin Abdirrahman Ad-Darimi dari Samarkand dan Muhammad bin Ismail Al-Bukhara”.
    Ahmad bin Salamah dalam Tarikh Baghdad (10213/103) berkata : “Aku melihat Abu Zur’ah dan Abu Hatim Ar-Razi mengutamakan pendapat Muslim dalam mengenali kesahihan hadith dibandingkan para Syeikh lain di masa mereka hidup”.
    Diceritakan dalam Tarikh Dimasyqi (8958), Ishaq bin Mansur Al-Kausaz berkata kepada Imam Muslim: “Kami tidak kehilangan kebaikan selama Allah masih menghidupkan engkau dalam kalangan kaum Muslimin”.
    Dalam Tazkiratul Huffaz, Az-Zahabi juga memuji Imam Muslim dengan sebutan: “Muslim Ibnu Al-Hajjaj Al-Imam Al-Hafiz Hujjatul Islam.”
    Imam An-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim berkata: “Para ulama’ sepakat tentang keagungan Imam Muslim, keimanannya, peranan besarnya dalam ilmu hadith, kebijaksanaanya dalam menyusun kitab ini, keutamaannya dan kekuatan hujjahnya.”

  • @rashid82903
    @rashid82903 Рік тому

    Kita orang asing di kalangan mereka