Malaysian food life: Eggplant Harvest. Pajeri terung dan cencaru bakar bercili yang sangat sedap!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 24 вер 2022
  • Terung dah mula boleh di tuai. Ya Allah bulat berkilat dan besar-besar buah terung kali ni.. Inilah untungnya jika berbudi pada tanah.. bak kata orang rezeki Allah tak pernah salah alamat.
    Hari ni kak ita nak masak pajeri terung resepi special di kongsikan oleh kakak kak ita kak Yatie. Masa berkunjung ke rumah abang hari tu kak yatie sediakan pajeri terung yang sangat sedap! terasa-rasa lagi kesedapannya hingga pulang ke rumah.. sentiasa aje teringat-ingat..
    Bila terung dah mula boleh di tuai resepi yang mula terlintas nak buat adalah pajeri terung. Apa lagi berpencak silat lah kita di dapur menyediakan bahan yang di perlukan.
    Kak ita lawankan dengan ikan caru bakar bercili.. Ya Allah tak sedar bertambah-tambah nasi di pinggan.. memang berselera sungguh hidangan hari ni..
    Pada yang nak cuba kak ita kongsikan resepinya untuk kita sama-sama merasa. Resepi pajeri ni bukan sahaja boleh menggunakan terung bulat , tapi boleh juga guna terung panjang atau nenas pun sedap!
    PAJERI TERUNG
    4 biji terung ~ potong baji dan goreng sekejap je. Kemudian toskan.
    Bahan Tumbuk atau kisar
    3 labu bawang besar ( sederhana besar )atau 6 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 inc halia
    10 tangkai cili kering ~ rendam bagi lembut
    1 sudu besar udang kering ~ rendam bagi lembut
    1 sudu teh jintan manis
    1 sudu teh jintan putih
    Kesemua bahan di tas di tumbuk atau di kisar
    rempah tumis 4 sekawan ~ kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkit dan biji pelaga
    2 keping asam keping
    air secukupnya
    1 sudu besar kerisik
    1/2 cawan santan
    garam
    gula melaka
    gula
    ajinomotor atau secukup rasa
    cili hijau dan cili merah untuk hiasan
    ** cara memasak boleh rujuk video
    IKAN CENCARU BAKAR BERCILI
    4 ekor ikan caru ~ siang cuci bersih dan belah belakang
    kemudian lumurkan garam perap sekejap
    Daun pisang secukupnya
    daun kunyit ~ di rampai
    limau kasturi
    Bahan Tumbuk atau kisar
    4 batang cili merah
    10 tangkai cili padi
    2 inc belacan
    2 labu bawang besar ( sederhana ) atau 6 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    ** bahan di atas di tumbuk halus
    1/2 cawan air asam jawa
    minyak untuk menumis
    garam
    gula
    perasa atau aji no motor
    ** cara masak boleh rujuk video
    Salutkan ikan dengan bahan cili , taburkan daun kunyit dan bungkus dengan daun pisang
    bakar hingga masak
    Sedia di hidangkan bersama nasi dan pajeri terung. Sumpah!! makan tak toleh kiri kanan memang padu !
    Terima kasih banyak-banyak tau sudi tonton video ni sampai habis. Jika anda suka video ini jangan lupa LIKE SHARE dan SUBSCRIBE sebagai tanda sokongan.
    Sokongan dan dorongan dari kalian buatkan kak ita semakin bersemangat untuk berkongsi resepi yang terbaik!
    Muzik latar : OrangeHead
    • [No Copyright Music] M...

КОМЕНТАРІ • 42

  • @sitihaidahhasan8066
    @sitihaidahhasan8066 Рік тому +2

    Suka sangat tengok video kak.. Sangat bermanafaat..

  • @Sofea-bz2pe
    @Sofea-bz2pe Рік тому +1

    Luas nye kebun ..

  • @nurulfarhana2872
    @nurulfarhana2872 Рік тому +6

    Bestnya dapat petik terung n cili dekat kebun.
    Seronok tengok suasana mcm tu.
    Terus rindu kg.
    Buat banyak2 lagi video macam ni kak ita, seronok sangat tengok

  • @DapurBiru
    @DapurBiru Рік тому +2

    Nampak sedap ❤

  • @alicesara1407
    @alicesara1407 Рік тому

    Berkilat2 terung ngan lada tue..mmg menyelerakan😋😋👍👍

  • @Kaizoeditor
    @Kaizoeditor Рік тому +1

    Sedapnya ikan dan terung tu...tertelan air liur

  • @orangesunquick1434
    @orangesunquick1434 Рік тому +3

    Bunyi burung, alatan & suasana kampung macam zaman kecil dulu ja rasa. Masak guna dapur kayu dengan menu kampung best ja tengok. Macam balik ke kampung ja.

  • @nurinamk2998
    @nurinamk2998 Рік тому +3

    dulu penah ikut page kak ita pastu terstop... ni ikut balik page, tgk2 dah masak dapur kayu. excited tgk page kak ita semula. very inspiring... terus bg tau suami, nak dapur mcm ni 😁 insyaAllah

  • @khuzaimahcooking1169
    @khuzaimahcooking1169 Рік тому +1

    Alhamdulillah panen buah terong dan cabai segar-segar dan banyak sekali buah terong dan cabai nya .

  • @Sofea-bz2pe
    @Sofea-bz2pe Рік тому +1

    Dah macm liziqi malaysia ni

  • @zilazaidon688
    @zilazaidon688 Рік тому +1

    Sedapnya....

  • @kinrara37
    @kinrara37 Рік тому +2

    Suburnya pokok terung ..geram tengok buah2nya

  • @shikinsaerah
    @shikinsaerah Рік тому

    Sedapnya ikan bkr ❤️

  • @rehanarahim7796
    @rehanarahim7796 Рік тому +1

    Cantik nya ......

  • @cheputeh4914
    @cheputeh4914 Рік тому +2

    Alhamdulillah terbaik

  • @fasihahsaari
    @fasihahsaari Рік тому +1

    video yg dinantikan

  • @normalasamsuddin6304
    @normalasamsuddin6304 Рік тому +3

    Alhamdulillah…sedap nampak tu❤ dgn pemandangan yg cantik Subhanallah

  • @suarimi590
    @suarimi590 Рік тому +3

    Alhamdulillah terus menerus bagi sokongan padu Semoga sukses terus dipermudahkan segala nya terbaik Terima kasih

  • @ashura_7777
    @ashura_7777 Рік тому +2

    Selalu tengok & follow resepi sis kat blog, baru sy tahu sis Ita ada yt channel. Mmg terus subscribe. Best tgok vlog sis. Terbaik!

  • @rahamahmuda7718
    @rahamahmuda7718 Рік тому +1

    Alhamdulillah wa syukurillah combo terbaik pajeri terong dgn cencaru bakar masakan tok zaman dulu2 😊

  • @yayahassan3953
    @yayahassan3953 Рік тому +2

    Amboiiiii..segar bugar cili beso👍Berbudi pada tanah, jrg menghampakan. Alhamdulillah🤲

  • @noramusa4050
    @noramusa4050 Рік тому +1

    tenang je tgok video2 kak Ita

  • @baizurashariff3503
    @baizurashariff3503 Рік тому +2

    Terima kasih Cik Ita share resepi. Paceri terung mmg favourite suami. Semoga diberikan kesihatan & diluaskan rezeki buat Cik Ita.❤

  • @BersihMalaysiaku
    @BersihMalaysiaku Рік тому +1

    Terima kasih Kak Ita atas video yang indah ini. Cucu dah pandai bercakap ye? Riuh dengar mulutnya berceloteh. I wish all well and good health.

  • @normalasamsuddin6304
    @normalasamsuddin6304 Рік тому +1

    Kecur air liur dgr makan 😅

  • @rosiaizaziizazi3484
    @rosiaizaziizazi3484 Рік тому +1

    Seronoknya brtani

  • @OrkidsChannel
    @OrkidsChannel Рік тому

    banyaknya terung.. besar kebunnya

  • @muhammadanaqimikhailazian9472
    @muhammadanaqimikhailazian9472 Рік тому +1

    Alhamdulillah sedapnya tgk menu kak ita harini😋😋

  • @zeezaza8770
    @zeezaza8770 Рік тому +1

    Salam dari singapore.
    Sedap pacri terong saya suka.Dulu arwah mak saya yg selalu masakkan utk saya.

  • @marhainisulaiman1506
    @marhainisulaiman1506 Рік тому +1

    Alhamdulillah. 👍

  • @iera09
    @iera09 Рік тому +2

    Ya Allah bestnya tempat
    ..x de monyet atau babi ke kat sini. Kat kg saya penuh monyet dan babi..tanam apa pun abis

  • @sarahhajarbalqis
    @sarahhajarbalqis Рік тому +1

    Tahniah. Terima kasih for the sharing. Saya share di Twitter 🌺

  • @melatilat1150
    @melatilat1150 Рік тому +1

    Assalamualaikum k ita🌹 seronok tgk video k ita yg lps2 Tu rewind bnyk kli nnti buat video lgi ya kak..mmg tggu je..☺️

  • @zowieembun1940
    @zowieembun1940 Рік тому +1

    TANAM JUGA TERUNG , TAPI DI PASU . MENU SEMALAM DALCA. TQ NANTI BUAT PAJRI PULA

  • @jaarazak4410
    @jaarazak4410 Рік тому +1

    Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum. Mari sama-sama kita Selawat buat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
    ‎۞اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞
    ALLAHUMMA SOLLI'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD.

  • @munasafanaal-barrak971
    @munasafanaal-barrak971 Рік тому +1

    What x to love about pajeri terung or pejari nenas? N tqvm bg resipi ya.

  • @surihalim5056
    @surihalim5056 Рік тому +1

    Kebun kat area mana ni sis, seronok tengok😍😍

  • @sharojavasavan6524
    @sharojavasavan6524 Рік тому +1

    Terung bulat ini mahal saya tak faham mengapa mahal

  • @rokiahsamsudin9400
    @rokiahsamsudin9400 Рік тому

    Kebun sendiri ke puan ita

  • @TheMan-xp4cb
    @TheMan-xp4cb Рік тому +1

    Its neither an egg nor a plant
    🤣🤣🤣