Resepi Roti Bun Homemade Gadis Kampung/Roti Cream + Roti Sosej SUPER GEBUU!!!!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 17 чер 2021
  • 1kg tepung gandum dapat menghasilkan 33 buku roti..Resepi yang sangat mudah.Hanya menggunakan bahan-bahan asas yang ada di dapur kita.
    Sangat sesuai untuk BERNIAGA.
    Juga sesuai untuk makan seisi keluarga..
    Bahan-bahannya...
    1kg tepung gandum
    11g yis mauri-pan
    3 sudu makan gula
    400ml air suam
    2 sudu teh bread improve
    1 sudu teh bread softner
    20 sudu makan minyak masak
    1 atau 2 biji telur
    (dalam video ini menggunakan 2 biji telur)
    * Sos cili secukupnya
    *Mayonis secukupnya
    *Sosej secukupnya
    *Cream secukupnya (susu pekat manis + majerin)
    Cara Membuatnya..
    1. Campurkan 3 sudu makan gula bersama 11g yis ke dalam 400ml air suam dan bancuh hingga sebati. Kemudian tutup dan ketepikan.
    2. Masukkan 2 sudu teh bread improver kedalam 1kg tepung gandum. Kemudian ayak tepung tersebut.
    3. Pecahkan 2 biji telur dan gaul rata.
    4. Masukkan 20 sudu makan minyak masak dan gaul lagi.
    5. Tuangkan bancuhan yis ke dalam adunan tepung. pastikan yis telah naik dengan sempurna sebelum dicurahkan ke dalam adunan.
    6. Masukkan 1 sudu teh bread softner ke dalam adunan. Uli adunan tepung selama beberapa minit sehingga lembut dan senang di uli..
    7. Sapu dulang dengan minyak masak.
    8. Setelah itu ambil sedikit doh anggaran sebuku roti dan buat bentuk silinder (untuk membuat roti Cream).Uli doh dengan bentuk silinder satu persatu sehingga dulang pertama penuh. Tutup dulang dan ketepikan.
    9. Setelah itu ambil dulang kedua dan sapukan minyak masak.
    10. Ambil lagi doh dan buat bentuk bulat sebanyak 8 ketul. Susun diatas dulang dan leperkan satu persatu membentuk segi empat (untuk membuat roti sosej).
    11. Potong sosej dan letakkan diatas doh yang telah dileperkan.Setelah selesai tutup dulang dan ketepikan juga.
    12. Dulang yang ketiga untuk 4 keping roti sosej dan 4 buku roti cream. Ulang langkah membentuk roti cream dan roti sosej seperti dulang pertama dan kedua tadi.
    13. Buka tudung dulang pertama dan jika doh telah naik dua kali ganda, terus masukkan ke dalam oven. Tapi pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.. Bakar pada suhu 150°C selama lima minit dan lanjutkan lagi pada suhu 200°C selama15 minit atau sehingga masak kekuningan.
    14. Bakar roti pada dulang yang seterusnya dengan cara yang sama.
    15. Setelah roti kosong (roti cream) masak, sejukkan ia dengan memisahkannya satu persatu. Gunting sedikit bahagian tengahnya untuk ruang meletakkan creamnya. Apabila roti telah benar2 sejuk letakkan cream diatasnya satu persatu sehingga habis dan masukkan ke dalam bekas.
    16. Untuk roti sosej pula sebelum dibakar di dalam oven pastikan sos cili dan mayonis telah di letakkan diatasnya..
    17. Setelah masak sejukkan dan pisahkan satu persatu sebelum disimpan di dalam bekas.
    18. Roti cream dan roti sosej sedia untuk dinikmati..
    *(Jika adunan agak keras dan susah di uli, RENJISKAN DENGAN AIR sedikit demi sedikit sehingga adunan senang di uli)
    *Roti ini dapat bertahan selama 3 hingga 4 hari.
    Cara membuat Cream (roti cream):
    • ROTI KRIM Buatan Sendiri.
    Cara Buat Roti Di Rumah SUPER MUDAHHH!!!
    • CARA Buat Roti Di Ruma...
    #RotiBunGebu
    #CaraMudahBuatRotiDirumah

КОМЕНТАРІ • 106

  • @2animals8351
    @2animals8351 Рік тому +4

    Sya dah try memang menjadi trima ksi sis semoga reziki sis lancar & dberi ksihatan yg baik amiin tlong buat resep roti paon pula sis nti

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому +3

      Aamiin..Terima kasih atas doanya..🙏
      Terima kasih juga kerana sudi mencuba resepi ini 👍👍👍 Saya turut gembira kerana roti sis menjadi...Tahniah!! 🥳🥳🥳

  • @OmahRoti24
    @OmahRoti24 26 днів тому +1

    Mantap.. Roti nya lembut empuk

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  26 днів тому

      Terima kasih sudi menonton..silakan mencuba resepinya, roti memang lembut dan empuk..

  • @BeatrileToini
    @BeatrileToini Рік тому +1

    Gebunya nanti sy cuba

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому

      Terima kasih kerana sudi menonton..Dengan senang hati di alu alukan untuk mencuba membuatnya..👍😊

  • @azuraukor2456
    @azuraukor2456 Рік тому

    Cerita roti bun..suka tengok videonya

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому

      Terima kasih...🙏 Selamat mencuba resepinya...👍👍

  • @ummiizz3891
    @ummiizz3891 Рік тому +1

    Terima kasih atas resepi ya

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому

      Terima kasih juga kerana sudi menonton.. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba..👍

  • @aliciauvangkitchen9880
    @aliciauvangkitchen9880 Рік тому +2

    Nampak sedap & cantik hasil roti yg sis buat... terima kasih atas perkongsian resipi...next time nak cuba resipi sis ni...

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому +1

      Terima kasih kerana sudi menonton.🙏Selamat mencuba resepinya..👍👍

  • @hafsah8300
    @hafsah8300 Рік тому +1

    Terbaik resepi sis,sy pun nk cuba,sy suka mkn roti

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому

      Terima kasih kerana sudi menonton.. 🙏Di alu-alukan untuk mencuba resepi ini. Selamat mencuba..👍

  • @linny8583
    @linny8583 2 роки тому

    Tq share resepi

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  2 роки тому

      Sama2..Semoga bermanfaat dan selamat mencuba..😊👍

  • @leeyantai2299
    @leeyantai2299 Рік тому +1

    哇!😋你好利害哦🤗 真棒👍

  • @wanaliza5238
    @wanaliza5238 2 роки тому +2

    waaahh .mcm magic sy tgok sis bt kj .cekap sekali🤗..tgok mcm senang sgt...x sabar o
    plak nk cb bt ikut mcm yg sis tjuk ni🤩👍👍👍

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  2 роки тому

      Terima kasih kerana sudi menonton..😊 Selamat mencuba dan semoga berjaya..👍👍

  • @spydoyo0078
    @spydoyo0078 3 роки тому +1

    Wa gebunya..sama macam lu jugak..

  • @clarencephilip6667
    @clarencephilip6667 Рік тому +1

    Makasih Yaa🥰

  • @seisahhajiibrahim4395
    @seisahhajiibrahim4395 2 роки тому +1

    Trima ksih ya

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  2 роки тому

      Sama2. Semoga bermanfaat dan SELAMAT MENCUBA...👍

  • @manissahemi3176
    @manissahemi3176 3 роки тому

    Bestnya..

  • @shyukuralibaba3211
    @shyukuralibaba3211 4 місяці тому +1

    Tngok sis buat roti nampak cepat ..banyak bahan2 yg di guna..cuma saya nak tahu apa yg di campur dgn tepong gandom tu bread improver..bila dah jadi doh roti ada lagi campuran bread softener?apa beza kedua2 bread tu di guna dalam resepi roti?Harus di guna utk apa?

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  4 місяці тому

      Bread improver untuk roti naik dengan sempurna manakala bread softener dimasukkan agar roti lebih lembut dan gebu..

  • @taufiqj9635
    @taufiqj9635 4 місяці тому +1

    Aslmkm nak tanya sikit ..takde bread improver bleh tak ganti dengan baking powder....

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  4 місяці тому

      Waalaikumsalam..Kalau buat roti, bread improver wajib ada. Kalau tak ada roti tak menjadi..

  • @vivojst4888
    @vivojst4888 Рік тому

    Terima kasih...acik hadiahkn subcribe tuk adik...selamat berjaya

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому +1

      Terima kasih juga atas sokongan acik dan sudi menonton serta subscribe channel ini.. Saya sangat menghargainya .Selamat mencuba resepi ini dan selamat berjaya juga buat acik..🙏😊👍

  • @anizajayadi9372
    @anizajayadi9372 3 роки тому +1

    Sedapnya sis..klau buat roti john pkai bun kosong tu msti sdap jg kn..

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  3 роки тому +1

      @Aniza Jayadi ya bun kosong tu bukan hanya untuk buat roti cream tapi boleh juga untuk buat roti John dan sebagainya ikut citarasa masing-masing.👍

  • @minahjumanhamzah4136
    @minahjumanhamzah4136 Рік тому +1

    Nk resepi

  • @user-in9xp7ps3b
    @user-in9xp7ps3b 9 місяців тому +1

    Sia guna tepung baker choice boley x

  • @ramizahdesa974
    @ramizahdesa974 7 місяців тому +1

    Cream tu sis buat sendiri atau beli?

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  7 місяців тому +1

      Cream itu saya buat sendiri..boleh rujuk di sini👇
      Roti Cream Buatan Sendiri..
      ua-cam.com/video/W2KdW9YcVbo/v-deo.htmlsi=-WvIMW-tYhbQQBjI resepinya ada pada description pada video tersebut...

  • @nonamenoname2998
    @nonamenoname2998 8 місяців тому +1

    Nak try juga 😊.minyak masak tu blh ganti dgn majerin ke

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  8 місяців тому +1

      Dialu alukan untuk mencuba resepi roti ini.. Ya, minyak masak boleh digantikan dengan marjerin..

    • @nonamenoname2998
      @nonamenoname2998 8 місяців тому

      @@KampungGirlLife terima ksh banyak2 ya resepinya

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  8 місяців тому

      ​@@nonamenoname2998 Sama².. Selamat mencuba 😊..

  • @annesulaiman
    @annesulaiman Рік тому +2

    hai apa khabar puan...semoga sihat ceria selalu hendaknya ya...terima kasih saya ucapkan kerana sudi berkongsi ilmu resepi roti...saya kagum dengan resepi puan.saya juga selalu buat roti tuk family saya tapi jujurnya sy tak pernah bjaya buat roti yg menjadi hasil dari tepung gandum itu yang bila saya hasil resepi puan ni sy excited nk mcuba cuma masalah sy adalah sy kat perak ni mmg xada tepung gandum cap kuda hijau mcm puan guna ni nk guna brand lain takut lain hasilnya ya puan...atau apa pendapat puan?satu lagi saya nak bertanya puan,lepas uli doh tu,perlu rehatkan dulu tak doh tu...sbb dr video sy xnmpk ada masa rehat puan trs bulat2kan ya...kmudian baru rehatkan...mohon pencerahan dari puan ya...sy tguu....hihi

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому +1

      Hai..! Terima kasih juga atas doa anda dan sudi menonton. Kalau tak ada tepung gandum cap kuda boleh juga guna tepung gandum cap Muhibah atau Cap Lili..Uli adunan tepung selama beberapa minit (15 atau 20 minit) sehingga adunan lembut dan mudah di bentuk. (Lebih lama menguli tepung lebih bagus hasilnya.) Biasanya selepas diuli, saya akan terus bentukkan adunan tanpa direhatkan. Kemudian setelah selesai dibentuk mengikut jenis roti yang dikehendaki dan diletakkan di atas dulang barulah akan di rehatkan selama beberapa minit sehingga ia naik dua kali ganda (seperti di dalam video). Setelah itu barulah dimasukkan ke dalam oven dan bakar sehingga masak kekuningan..

    • @annesulaiman
      @annesulaiman Рік тому +2

      @@KampungGirlLife ok,faham...tepung cap lili rasanya ada sni...baik saya nak cubalah semoga menjadi mcm roti puan...terima kasih sekali lagi ya...salam dari kami warga lumut perak...

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому +2

      @@annesulaiman Terima kasih juga kerana sudi mencuba resepi ini. 🙏 Selamat mencuba!! 👍👍😊

    • @poika_kit
      @poika_kit 11 місяців тому +2

      @@KampungGirlLifeagak2 utk satu roti cream tu berapa gram doh nya ya

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  9 місяців тому +1

      ​@@poika_kitbiasanya saya tak timbang, saya agak² je..(buat ikut macam dalam video)..

  • @sukitee396
    @sukitee396 2 роки тому +2

    tq share resepi....semoga sentiasa dimurahi rezeki dunia n akhirat ...Aamiin

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  2 роки тому

      @suki tee, Sama-sama..Semoga bermanfaat dan terima kasih atas doanya..🙏🙏🙏

  • @mudrikahabmahadi3093
    @mudrikahabmahadi3093 Рік тому +1

    kalau ganti bread improver and softerner dengan supercream boleh tak

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому

      Setakat ni saya belum pernah cuba lagi guna Super Cream. Tapi kalau super cream fungsinya sama dengan bread improver dan bread softener, bolehlah dicuba. Mungkin hasilnya nanti roti akan lebih lembut dan gebu..

  • @kakrhia786
    @kakrhia786 7 місяців тому +1

    Kalau guna mixer MCM mna

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  7 місяців тому

      Boleh je guna mixer, tak ada masalah..Mixer kan semua adunan doh kemudian uli sekejap dan bentukkan doh mengikut jenis roti..

    • @kakrhia786
      @kakrhia786 7 місяців тому +1

      Terima kasih nanti kak cuba na

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  7 місяців тому

      @@kakrhia786 Sama².. Selamat Mencuba..

  • @rosekitchen7799
    @rosekitchen7799 2 роки тому +1

    Roti yg sis but ini...tahan brp hari

  • @saptyowati8617
    @saptyowati8617 5 місяців тому +1

    Apa bedanya bread improved dgn bread softner kk ?

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  5 місяців тому +1

      Bread improver untuk roti naik (kembang) dengan sempurna, manakala bread softener pula agar roti lembut dan gebu..

    • @saptyowati8617
      @saptyowati8617 5 місяців тому

      @@KampungGirlLife tks jawabannya kk

  • @rosekitchen7799
    @rosekitchen7799 2 роки тому +1

    Saiz brp dulang sis guna ini

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  2 роки тому +2

      Sy tak tahu pulak saiz berapa dulang yg sy guna ni, sy main bedal je..hehe kebetulan dulang ni ngam2 dpt masuk dlm oven.

  • @alliendtogol4014
    @alliendtogol4014 2 роки тому +1

    Hai sis..bole kukus ka tu roti..sbb sya xda oven ba

  • @kaksue1623
    @kaksue1623 Рік тому +1

    Hai sis.. Kalau roti dah bermalam.. Keras tak?

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому +1

      Biasanya roti yang sis buat akan tetap lembut walaupun dh bermalam..

    • @kaksue1623
      @kaksue1623 Рік тому

      @@KampungGirlLife Terima kasih sis😘

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому

      @@kaksue1623 Sama² 😊

  • @nurjannah7911
    @nurjannah7911 2 роки тому

    Nak tanya suhu oven tu brpa ya dan brpa mntit bakar

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  2 роки тому

      Bakar pada suhu 150°C selama lima minit dan lanjutkan lagi pada suhu 200°C selama 10 hingga 15 minit atau sehingga roti masak kekuningan..Guna api atas dan bawah..

  • @kaksue1623
    @kaksue1623 Рік тому +1

    Sis.. Kalau tak ada improver dan softner boleh tak?

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому +1

      Kalau bread Softner tak ada tak apa, tapi bread IMPROVER tu wajib ada..

    • @kaksue1623
      @kaksue1623 Рік тому +1

      @@KampungGirlLife kena cari improver la kan sis.. Saya pun tak tau macamana rupa dia.. Hihi.. Terima kasih semoga murah rezeki sis kongsi ilmu

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому +1

      @@kaksue1623 ya, kalau tak ada IMPROVER roti tak menjadi..tanya je kat kedai jual bahan² roti, diorang mesti tau punya bread improver..selamat mencuba dan semoga berjaya..

    • @kaksue1623
      @kaksue1623 Рік тому +2

      @@KampungGirlLife baik sis.. Insya-Allah saya mita izin ambik resepi yaa sis.. Mohon halalkan

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому +1

      @@kaksue1623 Dialu alukan mencuba resepi ni.. Terima kasih kerana sudi mencuba..👍😊

  • @kakrhia786
    @kakrhia786 7 місяців тому +1

    Tepung kuda tu bukan tepung roti kah

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  7 місяців тому

      Biasanya saya guna tepung kuda biasa yang warna hijau tu.

    • @kakrhia786
      @kakrhia786 7 місяців тому +1

      Oke cuba dah guna resipi menjadi.elok.tq

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  7 місяців тому

      @@kakrhia786 Alhamdulillah..👍😊

  • @ruhaidahidah6597
    @ruhaidahidah6597 Рік тому

    Sis Bakar dalam berapa minit dan suhu ni

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  Рік тому +1

      Bakar pada suhu 150°C selama lima minit, selepas itu barulah guna suhu 200°C dan bakar sehingga 15 minit atau sehingga roti masak kekuningan..

  • @2animals8351
    @2animals8351 Рік тому +1

    Maaf nak Tanya ni roti than brapa hari

  • @poika_kit
    @poika_kit 11 місяців тому +1

    Berapa gram doh utk satu roti tu yer

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  11 місяців тому

      Biasanya saya tak timbang, agak-agak je..

    • @poika_kit
      @poika_kit 11 місяців тому +1

      @@KampungGirlLife okay terima kasih reply sy.semoga murah rezeki awak share resepi ni🫰🏻

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  11 місяців тому

      @@poika_kit Sama²..Terima kasih juga kerana sudi menonton dan semoga bermanfaat .

  • @shahrulizwan1809
    @shahrulizwan1809 2 роки тому

    Hai sis, tumpang tanya minyak dgn marjerin mana lagi ok ye?

    • @bernardbenedict2910
      @bernardbenedict2910 2 роки тому +1

      Marjerin

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  2 роки тому +1

      Hai, terima kasih kerana sudi menonton..🙏.. Guna minyak atau majerin kedua- duanya memberi hasil yang baik..Tapi kalau guna majerin mungkin roti akan lebih lembut dan gebu.. Selamat mencuba..!!😊👍👍

    • @shahrulizwan1809
      @shahrulizwan1809 2 роки тому

      @@bernardbenedict2910 thank you

    • @shahrulizwan1809
      @shahrulizwan1809 2 роки тому

      @@KampungGirlLife thank you sis

    • @KampungGirlLife
      @KampungGirlLife  2 роки тому

      @@shahrulizwan1809 Sama²..Selamat mencuba dan semoga berjaya..😊👍

  • @minahjumanhamzah4136
    @minahjumanhamzah4136 Рік тому

    Bkn nk tgk je cara buatnya nk resepi