Cinta dan Kegelisahan, bersama Mohd. Rosli Ibrahim • Aku & Buku • Kawah Buku

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 15 жов 2024
  • "Buku adalah wasilah," ujar Abang Rosli, dan dia mula membibit dalam sedu, kisah si ayahnya yang membawa pulang buku dari tong sampah untuk anaknya membaca. "Apa sahaja yang kau lalui, harus ada cinta kepada pengetahuan," ujarnya lagi, dan untuk Abang Rosli, ayahnya adalah intelektual sejati. Sosok ayahnya, saban seusai menarik beca, akan memperuntukkan sedikit wang untuk membeli buku dan akhbar untuk anak-anaknya membaca. "Ramai orang membaca, tetapi tidak merasa gelisah," sambungnya lagi.
    Sesungguhnya, kami merasa beruntung, mendengar bagaimana Abang Rosli mempertautkan dirinya dengan rasa cinta kepada ilmu, lantas menjadikan beliau tidak pernah lekang dengan buku. Tontonlah rakaman ini, yang sudah sekian lama kami peram, simpan hajat untuk siarkan, namun seringkalinya tersadung dengan banyak kesulitan yang lain. Abang Rosli menjadi tamu pertama di Mandala, dalam siri baharu kami cuba bawakan, dengan nama Siri Aku dan Buku. Dan rakaman ini jua menjadi titik tolak kepada usaha untuk menerbitkan manuskrip Masharakat Chantek, sebuah tulisan baharu Abang Rosli. Nantikan!
    Siaran audio turut boleh dicapai menerusi Spotify, Apple Podcasts, Google Podcasts, Amazon Music dan pelbagai lagi pelayar podcast.
    -
    Sertai saluran WhatsApp: whatsapp.com/c...
    Beli buku: kawahbuku.com
    Baca zine: kawahbuku.com/...
    Send us likes on TikTok:
    / kawahbuku
    Check us out on Instagram:
    / kawahbuku
    Follow us on Twitter:
    / kawahbuku

КОМЕНТАРІ • 4

  • @ASHZWN
    @ASHZWN 8 місяців тому

    Diharapkan ada banyak lagi forum dengan tuan rosli ibrahim. Suka dehgan cara tuan rosli berbicara

  • @NaimAlKalantani
    @NaimAlKalantani 2 роки тому +3

    Untuk episod pertama dengan menjemput Bung Rosli, adalah tindakan yang tepat. ❤️❤️ Tahniah & terima kasih sebab ‘mengembalikan’ Bung Rosli.

  • @hamtarorange
    @hamtarorange Рік тому

    Terima kasih untuk rakaman ini 👍 Kagum dengan semangat dan kesungguhan Tuan Mohd. Rosli dalam menelusuri rehlah ilmu dengan pembacaan buku. Menjadi semangat untuk saya menerapkan budaya membaca dengan menghalakan tujuan membaca untuk mencari ilmu sebab genre bacaan saya banyak kepada fiksi genre penyiasatan/misteri sahaja.

  • @scarylullabies
    @scarylullabies 2 роки тому +3

    kalau ahli falsafah itu boleh lahir dan muncul dari kalangan marhaen biasa, bukan scholar, Bung Rosli adalah salah seorang daripadanya.