Russian Black & White

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 22 сер 2024
  • Assalamualikum
    Ini adalah video terakhir yang sempat arwah anak kak ita Amirul siapkan.
    Amirul bersungguh-sungguh selama sebulan terakhir ni nak tolong kak ita untuk hidupkan dan meriahkan semula youtube chanel kak ita ni..
    Sebenarnya dah lama kak ita tak aktif di youtube kerana kak ita tak ada masa dan tak ada orang yang nak tolong kak ita buatkan video.
    Dua hari sebelum dia meninggal , dia dah siapkan video ini, tinggal tunggu kak ita masukkan resepi aje..
    Berapa kali dia kata.. " mak bila nak masukkan resepi.. nanti tak sempat.."
    Sungguh ita tak perasan apa yang di maksudkan.. ita ingat maksud tak sempat tu.. dia nak balik Gemas untuk mula kerja.
    Rupanya dia nak pergi tinggalkan ita untuk selamanya..
    Kek ini ita pernah buat pada hari ulang tahun Amirul dahulu dan ita pernah kongsikan di blog ita.
    Amirul ada kata... yang di akhir video ni mak nampak macam sunyi dan macam orang yang kehilangan..
    kak ita pun tak sempat nak tengok video ni masa dia buat hari tu..
    Kak ita berharap apa yang Amiru buat ini.. menjadi satu amal jariah dan pahala buat Amirul di sana .. insyaallah
    Terima kasih Amirul yang banyak bantu mak..
    Semoga syurga tempatmu anakku..
    Al Fatihah untuk Muhammad Amirul Ashraf bin Salki
    Kepada adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang bakery. Dalam video ni kak Ita share kan cara-cara untuk membuat kek Rusian Black and White . Cake ini pernah popular satu masa dahulu dan amat sesuai untuk sambutan hari jadi dan juga majlis-majlis rasmi.
    Pembuatan cake ini sangat mudah dan adik-adik semua boleh la cuba di rumah.
    guna loyang 2 loyang bersaiz 8 inc
    Bakar suhu 170 C selama 1 jam 30 minit menggunakan teknik steam bath
    30 minit pertama bakar dengan menutup atas kek dengan aluminium foil
    lepas 30 minit buka kertas aluminium dan bakar semula hingga masak
    Jangan lupa untuk Subscribe, Share and Like ya!
    Insyaallah banyak lagi video tutorial yang akan akak kongsikan
    Banyak yang like , share dan subscribe buat akak bertambah semangat nak berkongsi ilmu 😊😊😊
    .
    / . .
    .
    / azlitaaziz
    .
    norazlitaaziz....

КОМЕНТАРІ • 79

  • @rierieriana
    @rierieriana 4 роки тому +10

    Ya Allah... berkaca-kaca mata ini melihat video ini kak ita... semoga ananda mirul Husnul Khotimah, diterima segala amal ibadah nya... Sabar dan Ikhlas ya kak ita sayang... Aamiin Ya Rabbal’alamin

  • @missbaker2357
    @missbaker2357 4 роки тому +5

    Kek yang sangat saya personally suka dan belajar melalui blog kak ita juga suatu ketika dulu. Terima kasih kak ita dan amirul. Moga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayangNya selalu. Al fatihah untuk Amirul. Semoga dikurniakan sebaik-baiknya tempat untuk dia berehat. Amiin.

  • @mrsleek610
    @mrsleek610 4 роки тому +2

    Alhamdulillah.. Tq resepi. Semoga arwah Amirul ditempatkan bersama di kalangan para syuhada💚

  • @lientoo
    @lientoo 4 роки тому +4

    Semoga ALLAH swt memuliakan roh Mohamad Amirul Ashraf Bin Salki ditempatkan dikalangan orang yang soleh. Segala amalan baik diterima dan diampunkan dosa nya, digantikan dgn kebaikan di akhirat. Aamiin.

  • @SeriAyu
    @SeriAyu 4 роки тому +3

    Cantik dan berseni video yang dihasilkan arwah anak Kak Ita. Alhamdulillah semoga berterusan amal yang dibuat. Beri kebaikan pada org yang melihat. Saya kenal Kak Ita dari zaman blog lagi. Semoga dikurniakan rezeki dan perkara yang baik2 buat Kak Ita dan keluarga.. Terima kasih 🌿

  • @shyamaladeviperumal1777
    @shyamaladeviperumal1777 4 роки тому +14

    So sorry for your loss dear....my deepest condolences to you and family 😔

  • @rohanaderani2316
    @rohanaderani2316 4 роки тому +2

    Wow..sedapnya..tq kak resepinya...
    Takziah atas pemergian amirul

  • @shierah86
    @shierah86 4 роки тому +2

    salam takziah kak ita.. semoga anakanda kak ita ditempatkan dikalangan hambaNya yang beramal soleh.. Aamiin..

  • @nencyann
    @nencyann 4 роки тому +2

    cantiknya💌💌 video dia ni... 😍😍😍💞💞💞💞suka sangat 2 tgok😀😃😍

  • @lyndaraf554
    @lyndaraf554 4 роки тому +2

    Terbaik video di buat oleh arwah, leka sya,asyik tgk video ni, mmg detail n taraf profesional susunannya,Al fatihah utk arwah....

  • @rissanorm
    @rissanorm 4 роки тому +1

    Al Fatihah utk arwah amirul ..semoga rohnya ditempatkan dikalangan syuhada ..aamiin...
    Buat kak ita truskan buat video dan kongsi resepi . semoga sentiasa dalam rahmat tuhan.😍😘

  • @mohdnorizhambakar319
    @mohdnorizhambakar319 4 роки тому +1

    Mudah2-mudahan anak Kak Ita dicucuri rahmat Allah s.w.t dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman amin...akak kuatkan semangat ye!

  • @maudiithius
    @maudiithius 4 роки тому +11

    Tips untuk viewer: 12:14 Loyang boleh alas dengan cling film untuk senang nak kemas lebihan chocolate untuk diguna balik.

  • @hajarsiti2173
    @hajarsiti2173 4 роки тому

    moga Arwah anakanda Amirul diletakkan dlm kalangan solihin..aamiin...Doa si ibu meminta syurga...mudahan..syurgalah tempatmu duhai anak😢😢

  • @nabihamdnoh5417
    @nabihamdnoh5417 4 роки тому +1

    Semuga Ita tabah dgn kehilangan anak trsyng, yg nyata allah lbh myayangi arwah..serta ditmpatkan brsama para solihin..aamiin2 yra..

  • @nandakanti7648
    @nandakanti7648 4 роки тому +4

    Innalillahi wa innaillaiihi roji'un..
    Salam takjiah atas pemergian Ananda Amirul, smoga khusnul khotimah dikampung segala dosa diterima segala amal Ibadah beliau disisi Allah Subhanahu wa Ta'alaa..

  • @peacepeace5892
    @peacepeace5892 4 роки тому

    Innalillahiwainnailaihirajiuun. . Semoga syurga untuk arwah amirul. . Resepi kek coklat inilah yg mula2 sekali saya cuba daripada blog azlita masamanis,mudah dan ringkas bahannya. . tapi saya buat krim biasa selapis je masa tu, tak mahir lagi nak selang seli. . Dan pernah beberapa kali ambil tempahan dengan resepi ni. Terima kasih atas perkongsian yang sangat berharga ini, blog puan memang jadi rujukan utama saya sebab pelbagai variety masakan, tip2 ada dalam tu, dengan presentation yg sangat cantik dan memukau

  • @elleanonymous33
    @elleanonymous33 4 роки тому

    Takziah utk kak ita dan keluarga atas pemergian Amirul.. smoga arwah ditempatkan bersama org2 soleh..

  • @nencyann
    @nencyann 4 роки тому +1

    terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu 😀😀😍😍

  • @RosmawatiRose
    @RosmawatiRose 4 роки тому

    Beutiful & amaizing..

  • @acapchomeyy9627
    @acapchomeyy9627 4 роки тому +2

    Al fatihah untuk anak kak it's.. semoga ditempatkan bersama org2 Yang beriman serta dipermudahkan segala urusan kak ita.. Aamin Amin ya rabbal allamin

  • @bintuismail3481
    @bintuismail3481 4 роки тому +2

    Salam takziah dan semoga kuat hadapi ujian ini kak iTa..

  • @erlynyuliana4047
    @erlynyuliana4047 4 роки тому +3

    salam takziah buat ka ita family, stay strong ka ita #AlFatihahbuatAmirul #LovefromIndonesia

  • @nuraainaaalias4275
    @nuraainaaalias4275 4 роки тому +1

    sedihnyaaa kak ita..syaa follower kak ita bertahun lamanyaaa.....

  • @abeilabeil7216
    @abeilabeil7216 4 роки тому

    Alfatihah,,sedih rse nye,yup,bila nengok vdeo ni rse cm kehilangn walaupon vdeo ini dibuat oleh arwah sblom mninggl,semoga arwah ditempatkn klngn org2 yg soleh

  • @norsuzylyanaidris9161
    @norsuzylyanaidris9161 4 роки тому +2

    Al Fatihah. Semoga kak ita dan keluarga kuat.

  • @elainedelillah1443
    @elainedelillah1443 4 роки тому +1

    Sangat bagus kualiti video ni. semoga menjadi pahala spt air yg mengalir tanpa henti buat arwah anak kak ita. Klu boleh nk la akak upload video. jgn berhenti akak. teruskan. stay strong ok

  • @anitamyanitamy7387
    @anitamyanitamy7387 4 роки тому +2

    Assalam kak ita. Saya dulu...lama dah mengikuti blog kak ita. Dan kek ini kak ita dah pernah kongsi resepi dan ada nama Amirul di sana. Sedih dengan kehilangan kak ita dan suami serta keluarga. Semoga kak ita sabar nenerima ujian Allah. Semua adalah pinjaman dari Nya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan insan yg Allah sayangi..aamin.

  • @383838abc
    @383838abc 4 роки тому +1

    Salam takziah Ita. Akak mengikuti perkembangan Ita selepas anakanda tercinta kembali ke hadrat-Nya. Dapat akak rasakan betapa sedihnya kehilangan itu. Salam sayang dari akak. Hugs from me. 😪😪

  • @vanesaroslin4774
    @vanesaroslin4774 4 роки тому +1

    Assalamualaykum Ita, salam takziah di atas pemergian Amirul.Teringat zaman blogging dulu kita bertegur sapa..skrg I dh tk aktif lagi.I doakan you tabah menghadapi dugaan dr Allah ini..bnyk bersabar Ita.Allah syg Ita sebab itu ujian yg berat ia menduga mu.Salam syg dr Spore.

  • @suriyaniabusamah6664
    @suriyaniabusamah6664 4 роки тому

    Assalamualaikum?
    Semoga k.ita sentiasa di bwh rahmat Allah hndknya.
    Sy bru tngok channel ni.
    Oh rupanya k.ita ad kehilangan insan tersyg.semoga arwah ank k.ita ditmptkn di klgn org2 beriman.aamiin.
    Tq i.ita kongsi resepi kek

  • @hanimabdwahab986
    @hanimabdwahab986 4 роки тому

    Allahuakbar..sesungguhny Allah maha sglany..berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..ita kena kuat menghadapi ujian Allah ya..smua sgla kebaikan juga ilmu yg ita berikan akan d panjangkan pahala ny utk mirul..insyaAllah al-fatihah😌

  • @sashirana9521
    @sashirana9521 4 роки тому +3

    Innalillahi wa innailaihi roji'un. Ikut bela sungkawa Kak.. semoga almarhum ananda Husnul Khotimah.
    Dah lama suka sama channel Kak Ita juga blog Kak Ita. 🤗🤗

  • @norhayatinurudin7243
    @norhayatinurudin7243 4 роки тому +2

    Al fatihah utk ank ita....moga tenang d sna...aamiin3 yra😭😭😭

  • @norhidayahabdulhalim9056
    @norhidayahabdulhalim9056 4 роки тому

    Al fatihah kak ita.. Saya mohon nk syer resepi & mntak halal dunia akhirat ya kak..

  • @zuriatimohdnasir4459
    @zuriatimohdnasir4459 4 роки тому +1

    Salam takziah kak ita, semoga Kak ita terus tabah...

  • @TheYensid17
    @TheYensid17 4 роки тому +2

    Salam kak ita. Takziah atas pemergian Amirul. Semoga kak ita tabah selalu.
    Kalau tak keberatan boleh kak ita kongsi di mana yea boleh dpt board kek tebal bewarna alluminium tu. Atau kak ita ade jual 😊 tq.

  • @kioskowner8597
    @kioskowner8597 Рік тому

    Assalamualaikum kak ita... Nak tanya kek boboiboy 2d kt mana yea videonya... Please...

  • @norritamohamedsalleh6594
    @norritamohamedsalleh6594 Рік тому

    Whipping cream tu non dairy?

  • @IzHmr
    @IzHmr 4 роки тому

    Al-Fatihah untuk anak akak. semoga akak tabah dan bersabar.

  • @fazdeaz611
    @fazdeaz611 4 роки тому

    Salam takziah kak ita n family..sy turut berdukacita dgn pemergian ank kak ita....stay strong kak ita.. Love

  • @rosekalass8054
    @rosekalass8054 4 роки тому +2

    ya..allah sedap nya😊

  • @nurfarahzura6570
    @nurfarahzura6570 4 роки тому +1

    13:45 saya risau kek tu jatuh je. Huhu. Acik ita jgn sedih2. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Happy2 selalu acik. 🍃😄😘 We will always support u.

    • @mawarwilsa8859
      @mawarwilsa8859 4 роки тому

      Salam kak ita.. Memang terbaik video terbaru kak ita.. Saya memang suka tgk versi mcm ni.. Ini akan menjadi kenangan terindah utk akak dan Amirul ❤🌹

  • @krikkurik8832
    @krikkurik8832 4 роки тому +1

    Salam kak ita...wah dh ada channel sendiri...dulu selalu buka blog akk...terbaik kak.

  • @raufxniczilla8286
    @raufxniczilla8286 4 роки тому

    Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.. al fatihah utk Amirul, semoga Allah berikan tempat terbaik disisiNya..
    Salam takzim dari Indonesia, kak Lita. Saya pun baru ditinggal Bapak..

  • @zainabsaidali9279
    @zainabsaidali9279 4 роки тому

    Love this video

  • @arahouseholdstore8648
    @arahouseholdstore8648 4 роки тому

    Al-fatihah. Berair mata tgk video ni kak.

  • @itzgaming5749
    @itzgaming5749 4 роки тому +1

    Al-fatihah utk arwah Amirul

  • @riniariyantisyafrizal2631
    @riniariyantisyafrizal2631 4 роки тому +2

    Terbaik... video sgt details and berguna utk pembuat kek di luar sana.. moga jadi saham pahala untuk akak dan arwah Amirul.. Al Fatihah..
    First time tgk video akak.. done subscribe.. ☺️

  • @thecakegirl7251
    @thecakegirl7251 4 роки тому

    Al-fatihah buat arwah.

  • @deenaminyard3788
    @deenaminyard3788 4 роки тому +4

    Thank you for adding the ingredients in English. I had a request to make a Black Russian cake and I think your recipe is it. Unlike Tiramisu, there isn't any mascarpone cheese. Am I correct? Thank you! Your video is beautiful!

  • @vanesseaandrice5300
    @vanesseaandrice5300 3 роки тому

    Salam sis. Dalam video pakai loyang berapa ya?

  • @kathycattleya9195
    @kathycattleya9195 4 роки тому

    Alfatihah dari indonesia Kak....thank you resep'nya

  • @mansenduk5092
    @mansenduk5092 4 роки тому

    salam takziah kak ita.

  • @nursuja4662
    @nursuja4662 4 роки тому

    Salam takziah kak ita.. sabar yaa

  • @absalomthavamani8669
    @absalomthavamani8669 4 роки тому

    Ingredients for spices fruit cake kakak tq

  • @amnahyusofgimino1680
    @amnahyusofgimino1680 4 роки тому +1

    Salam Takziah....Kak Ita beli acrylic board kat mana?

  • @izadorah915
    @izadorah915 4 роки тому

    Salam, terima kasih kerna berkongsi ilmu. Sy nk tanya sikit, ape yg diletak dlm krim sebelum vanilla esen? Tak ditulis. Tq.

  • @rubyothman383
    @rubyothman383 4 роки тому

    Salam sis,maaf sy baru baca comment dan description video ni,patutlah mula2 intro video ni sy rskan sesuatu,seperti apa yg sis terangkan di description..
    Berair mata sy disini..Semoga arwah anak sis ditempatkan di syurga,spt doa seorg ibu itu...Aminn YRA..
    Teruskan berkarya di UA-cam yer sis..
    🤗🤗😍😍

  • @midanur589
    @midanur589 4 роки тому +1

    Kak. Yg akk spray 2 apa.

  • @ninichocolateshop2u787
    @ninichocolateshop2u787 4 роки тому +1

    Sedapnyer... Kegemaran saya ni... Salam kenal admin... Semoga success selalu dan doakan channel saya juga successful 🙋🏻‍♀️

  • @azimahabshukor
    @azimahabshukor 4 роки тому

    Ya Allah sedihnya.

  • @dapurchefifah5102
    @dapurchefifah5102 4 роки тому

    Yang drip color putih sis guna apa?

  • @srianugerahqarisma7051
    @srianugerahqarisma7051 4 роки тому

    Sis Ita,boleh ke klu tak mahu bubuh nescafe dlm kek ni?

  • @daisysahertian1902
    @daisysahertian1902 4 роки тому

    Setelah gula icing masuk, ada 2 bahan yang tidak ditulis namanya. Apa ya namanya?

  • @nilzaronar7701
    @nilzaronar7701 4 роки тому

    Salam syg kak ita dr lin

  • @elleanonymous33
    @elleanonymous33 4 роки тому

    kak ita.. knape kalau buka resepi dlm blog kak ita klau dia tulis 'SINI' tu bila saya tekan tak kluar pon resepi yg spatutnya kluar ?

  • @cyntiacandymajipun5368
    @cyntiacandymajipun5368 4 роки тому

    Bagi resepi d komentar

  • @saraassouad5514
    @saraassouad5514 4 роки тому +1

    😍😍😍✨

  • @zubaidahshariff2949
    @zubaidahshariff2949 4 роки тому

    Semoga di rahmati Allah puan dan kluarga.💕