Shell Out sedap macam di restoran(Resepi lengkap Shell Out)
Вставка
- Опубліковано 12 вер 2024
- #ShellOut #resepi #shelloutalarestoran
Assalamualaikum warohmatullahiwabarokaatuh..musim pkp kita tak dapat makan di restoran,teringin nak makan shell out dengan family tapi tak pandai buat.Tak apa,kali ini ini kak Devi akan kongsikan resepi shell out yang sedap macam di restoran.Berikut adalah resepinya...
Bahan A( kisar) :
*cili kering segenggam(di rebus dahulu)
*Bawang besar 1 biji
*Bawang putih 3 ulas
*Halia 2 inci
Bahan B:
*lala
*ketam
*sotong
*udang
*Brokoli
*lemon
*jagung
*sos tiram. 3 sudu
*sos ikan 2 sudu
*serbuk kari 1 1/2 sudu
*garam dan gula
*serbuk pati ayam/kiup pati ayam
Cara memasak:
*Rebus jagung selama 15 menit,kemudian celur brokoli,sotong,udang,lala dan ketam secara begantian.
*Kisar bawang merah besar,bawang putih,cili kering dan halia.
*Panaskan minyak dan tumis bahan yg di kisar tadi,Masukkan serbuk kari kemudian tumis sehingga pecah minyak.
*Setelah pecah minyak,masukkan sos tiram,sos ikan,gula,serbuk pati ayam,dan akhir sekali tambahkan garam jika perlu(rasa dahulu sebelum tambah garam,sebabnya sos tiram dan sos ikan sudah masin)
*Masukkan seafood dan brokoli dan gaul.
*Sedia untuk di hidang dan hiaskan dengan jagung dan lemon.
Demikianlah resepi Shell Out dari airtangan kak Devi,semoga bermanfaat untuk anda semua.Jangan lupa subscribe,like,komen dan share video ini dan aktifkan lonceng supaya anda tidak ketinggalan resepi2 terbaru.Terima kasih dan selamat mencuba...
Sedap nya
Terbaik terima kaseh bagi resepi sedap moga murah rezeki a,amin❤
Nampak sedap kak 👍
Okay okay
Alhamdulillah, baru lepas makan Shell out resepi Kak Devi. Terima kasih atas perkongsian 👋👍
thank you,semoga resepi ini bermanfaat utk ramai👍
Wow sedap sangat😋
Terima kasih kak....terbaikkkk
Terbaik la resepi kak devi.
thank you..
Nampak sedap saya akan cuba
Terbaik
Sedapnya .kena try masak ni
Sedapnya 😋
thank you❤️
Masya Allah..pagi pagi lihat ini..buat laper lebih cepat..
Gaji nanti nak try buat weyy terliuqqq
Mmg sedap resepi ni...tbaik
thank you❤️❤️❤️
Mantap sis...
Ni utk berapa orang makan ye, anggaran.
Serbuk kari ikan atau daging
guna serbuk kari ikan.
Tambah udang kering lg mantap rasa dia 😊
Kalau tak pakai sos ikan boleh tak, dngn kiub pati ayam
kalau masak seafiod sebaiknya jgn guna kiup pati ayam,kalau xnak guna sos ikan,pakai sos tiram sahaja pun ok.
Tak letak sos ikan boleh ke
boleh je tak letak sos ikan,sebab dah ada sos tiram.Ataupun sis boleh tambah sedikit minyak bijan pun sedap.
Mantap . Kasian Along sedap tak boleh makan hehehe
berapa minit nak direbus bahagian seafood tu semua setiap kali
5-7 minit cukup,tp ketam tu kita rebus 10 minit sbb cengkerang dia tebal.
Cili tu brpe byk nk kisar?
cili tu terpulanglah ye,kalau suka pedas kisarlah segenggam,kalau tak suka pedas,kurangkan cili,tp cili tu kena rebus dahulu .
@@airtangankakdevi2640 ,,z
Terbaik
thank you👍❤️