Nasi Arab Mandy Ayam Dengan Rempah Homemade

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 4 тра 2021
  • Nasi Arab Mandi Ayam, resepi special untuk bulan Ramadhan kali ini. Che Nom mulakan resepi dengan cara untuk membuat rempah mandi secara homemade, guna bahan2 yang biasa ada di dapur aja dan kita akan dapat hasilkan rempah nasi arab mandi yang tak kurang hebatnya. Slepas hasilkan rempah, Che Nom akan tunjuk dengan terpetinci cara untuk buat stok rebusan ayam, yang kita akan guna untuk buat nasi arab mandi dan juga hidangan sampingan iaitu sup. Tak lupa juga cara-cara penyediaan salad dan sos harrah yang pedas, yang seimbangkan rasa nasi arab dengan tekak melayu..
    Ayam pula CN pilih cara penyediaan yang paling praktikal untuk dimasak di dapur kekebanyakan orang kita. Hasilnya ayam yang lembut, juicy dan penuh berperisa. Pelengkap untuk nasi arab mandi yang sangat sedap.
    NOTA:
    Bakar ayam angaran 15 minit
    Suhu 180°C-200°C, api atas bawah
    //Bahasa Melayu
    ----------------------------------------------------------------------------------
    Bahan-bahan untuk rempah mandy:
    2 sudu besar biji ketumbar
    1 sudu besar jintan putih
    1 sudu besar lada hitam
    1 sudu kecil bunga cengkih
    8 biji buah pelaga
    1 batang kayu manis
    3 helai daun salam kering
    Bahan-bahan untuk nasi mandy:
    4 cawan beras basmathi extra long
    air secukupnya untuk rendam
    3-4 sudu besar minyak sapi
    ½ biji bawang holland
    5-6 ulas bawang putih (**tertinggal di caption video)
    3 tangkai cili hijau
    4-5 tangkai cili padi
    1 - 1 ½ sudu besar rempah mandi
    6 cawan stok rebusan ayam
    1 mangkuk kecil kismis hitam
    4 cawan beras basmathi
    garam secukup rasa
    Bahan-bahan untuk rebusan ayam:
    2-3 sudu besar minyak masak
    2 helai daun salam
    1 batang kayu manis
    2 sudu kecil lada hitam
    ½ biji bawang holland
    10 cawan air
    1 kiub ayam
    1 ekor ayam
    1 sudu besar rempah mandy
    Bahan-bahan untuk sapuan ayam:
    2 sudu besar minyak zaitun
    1 sudu kecil serbuk smoked paprika/serbuk cili
    Sedikit pewarna kuning
    1 sudu besar jus lemon
    ½ sudu besar rempah mandi
    Bahan-bahan untuk salad:
    1 biji timun
    1 biji tomato
    ½ biji bawang holland
    sedikit garam
    sedikit gula
    ½ sudu kecil serbuk lada hitam
    1-2 sudu besar jus lemon
    daun ketumbar
    Bahan-bahan untuk sos harrah:
    4 ulas bawang putih
    1 biji tomato
    4-5 tangkai cili padi
    1 biji lemon
    1 biji cili merah
    Daun dan batang ketumbar
    1 sudu besar jus lemon
    sedikit garam
    sedikit gula
    Bahan-bahan untuk sup:
    Baki air rebusan ayam (setelah keluarkan air rebusan untuk nasi)
    Garam secukup rasa
    ½ sudu kecil serbuk kunyit
    ½ sudu besar serbuk lada hitam
    1 sudu kecil serbuk lada sulah
    Hirisan daun ketumbar
    Bahan-bahan untuk perasa asap:
    2 sudu besar minyak masak
    bara dari arang
    //English
    ------------------------------------------------------------------------------------
    Ingredients for mandy spices:
    2 tablespoon coriander seeds
    1 tablespoon cumin
    1 tablespoon black pepper
    1 teaspoon cloves
    8 cardamom pod
    1 stick of cinnamon
    3 pieces dried bay leaves
    Ingredients for mandy rice:
    4 cups extra long basmathi rice
    enough water for soaking
    cilantro
    3-4 tablespoon ghee
    ½ yellow onion
    5-6 cloves garlic (**missing in video caption)
    3 stalks of green chilli
    4-5 stalks green bird's eye chili
    1 - 1 ½ tablespoon mandi spices
    6 cups chicken stock
    1 small bowl of black raisins
    4 cups basmathi rice
    salt to taste
    Ingredients for chicken stock:
    2-3 tablespoon cooking oil
    2 bay leaves
    1 stick of cinnamon
    2 teaspoon black pepper
    ½ yellow onion
    10 cup water
    1 chicken cube
    1 chicken
    1 tablespoon mandy spices
    Ingredients for chicken rub:
    2 tablespoon olive oil
    1 teaspoon smoked paprika powder/chilli powder
    few drops of yellow food coloring
    1 tablespoon lemon juice
    ½ tablespoon mandi spices
    Ingredients for salad:
    1 cucumber
    1 tomato
    ½ yellow onion
    a little bit of salt
    a little sugar
    ½ teaspoon black pepper powder
    1-2 tablespoons lemon juice
    cilantro
    Ingredients for harrah sauce:
    4 cloves garlic
    1 tomato
    4-5 stalks of rice chili
    1 lemon
    1 red chilli
    Coriander leaves and stems
    1 tablespoon lemon juice
    a little bit of salt
    a little sugar
    Ingredients for soup:
    Chicken broth (after keeping some for boiling rice )
    Salt to taste
    ½ teaspoon turmeric powder
    ½ tablespoon black pepper powder
    1 teaspoon white pepper powder
    Chopped coriander leaves
    Ingredients for smokey flavour:
    2 tablespoons cooking oil
    embers from charcoal
    -----------------------------------------------------------------------------------------
    Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
    Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
    Facebook: bit.ly/CheNomFacebook
    #resepichenom #nasiarab
  • Розваги

КОМЕНТАРІ • 1,1 тис.

  • @asnahabdullah6444
    @asnahabdullah6444 3 роки тому +422

    Assalamualaikum che nom. Alhamdulillah saya suda cuba masak utk sungkai tadi ni Nasi Arab Mandy. Mnjadi dngan jayanya. Sedap pula tu. Semua puji sedap. Hehehehe. Alhamdulillah. Ayam saya tak panggang. Saya perap dan goreng sekejap. Rempah dia memang sngat sedap. terima kasih che nom. Bnyk rspi yg che nom ajarkan saya suda cuba. Semua sedap mnjadi. Happy nya Allah saja tahu. Hehehehe. Terima kasih che nom atas ilmu yg sngat bermanfaat utk kami semuaa. Teruskan usaha che nom ya. ✨ Harihari saya tertunggu² resepi baru che nom. Bukan jak setakat tunggu. Nak cuba try test juga. Hahahahahahahaha. Mak saya paling suka, harihari tny che nom masak apa hari ni 🤣

    • @CheNom
      @CheNom  3 роки тому +66

      Waalaikumsalam....Terima kasih sudi cuba masak resepi ni dan masak macam2 yg lain lagi.... dan juga bagi idea pada yang takde oven tu boleh goreng sekejap ayam. Alhamdulillah.🥰

    • @asnahabdullah6444
      @asnahabdullah6444 3 роки тому +3

      @@CheNom Alhamdulillah ❤😍✨

    • @zhamdanemalinnajiha7692
      @zhamdanemalinnajiha7692 3 роки тому +4

      Nostalgic ..talam tu

    • @putrahar
      @putrahar 3 роки тому +1

      Tqvm memang jadi 👍🙏

    • @mrrockman8942
      @mrrockman8942 3 роки тому +2

      Mk ko ok I'll

  • @muhamadsaifulsaleh3835
    @muhamadsaifulsaleh3835 3 роки тому +171

    Sepanjang bulan ramadhan kali ni.. saya selalu masak untuk berbuka puasa. Che Nom punya resepi la yg saya rujuk. Semua yg saya buat menjadi. Mak mertua pun suka. Isteri pun suka.. skrg ni saya pulak yg kerap ke pasar beli brg dapur sebab dah set nak masak apa. Jadi seronok memasak. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Che Nom sgt2 atas perkongsian resepi masakan. Daripada takda ilmu sampai saya yakin untuk memasak skrg. Saya doakan Semoga Che Nom dan keluarga terus dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik. Selamat menyambut bulan Ramadhan🥰

    • @norzanahbintirosminfke351
      @norzanahbintirosminfke351 3 роки тому +7

      bagusnya...wah untungnya isteri....hihi...bg sy pon mmg che nom yg terbaik...hihi

    • @saadahahmad5890
      @saadahahmad5890 3 роки тому

      .

    • @gaga4277
      @gaga4277 2 роки тому

      Rasanya..perlukan...modal..yg..besar...juga..sebab..byk...bahan..bahan..yg..digunakan..tapi .lebih...jimat..masak..sendiri.

    • @kamsaamin1734
      @kamsaamin1734 2 роки тому

      Komennya mantap..bagi dia isteri lagi.. hahaha

  • @sophiaahmat3195
    @sophiaahmat3195 Рік тому +11

    Ya allah sy nk ucapkan tq tak terhingga halalkan resepi yg sy ambil utk niaga kecil2an...hasil resepi itu ramai yg suka nasi arab nie smpai sy blh msk utk jual dibazaar hari raya ...blh dikatakan dri awl hingga hujung ramadhan laris!Alhamdulillah yrb...

  • @hasanudinhamdan5917
    @hasanudinhamdan5917 3 роки тому +75

    Betul, ini adalah resepi yang tepat...dan sapa nk join kelas ni mmng kena bayar tapi CN dh tunjuk caranya dengan tepat.. Btw, Salata hara atau dipanggil sambal arab juga boleh cmpor sikit dgn sos plum...rasa dia urmmmm sdap...

    • @suliayana6574
      @suliayana6574 2 роки тому

      Salata hara tu timun acar tu ke

    • @hasanudinhamdan5917
      @hasanudinhamdan5917 2 роки тому +2

      @@suliayana6574 Bukan, salata hara ialah sos yg Che Nom buat tu... Yg dikisar semua tu...biasanya orang kita panggil sambal belacan arab.... 👍 ade kedai arab rasa dia masam ...mcm blend tomato je.. ....tapi ade kedai arab lain dia buat style mcm Che Nom ni which is lagi sedap lah aroma rasa mnyengat.

  • @zieahmat6963
    @zieahmat6963 Рік тому +6

    Alhamdulillah...terima kasih che non...sy dh berjaya buat nasi arab utk majlis sambutan awal muharam di masjid 300org ikut resepi che non 100%.sedap..semua puji nasi sedap ..terima kasih byk

  • @ayubyasir3713
    @ayubyasir3713 3 роки тому +49

    Alamak!! Ni lah yg saya tggu2 nasi Mandy resepi Arab mmg terbaikk lah che nom...terima kasih banyak2 ye che nom Selamat menjalani ibadah puasa

  • @juhussian9679
    @juhussian9679 3 роки тому +26

    Emang sodap...kita pula tak leh kena kambing (gout) jadi lah!..terbaik Puan...Salam dari S'pore.

  • @maknon6061
    @maknon6061 3 роки тому +34

    Tank u che nom..saya pekerja dr Indonesia..saya dah byk try resepi Che Nom..semua sedap..so saya nak try resepi kat Indonesia nanti..pasti semua suka..tak yah beli rempah JD..chenom MMG best🥰

    • @adadisini2898
      @adadisini2898 3 роки тому +4

      Waah. Cakap dah stail orang Malaysia. Mesti dahnlama kerja di Malaysia

    • @ishakabrahman7936
      @ishakabrahman7936 3 роки тому +3

      ye ke org Indonesia?

    • @opakuliner8945
      @opakuliner8945 3 роки тому

      @@adadisini2898 pastinya hehehhe

    • @Banom7a
      @Banom7a 2 роки тому

      @@ishakabrahman7936 kt indonesia pun ada orang melayu bro

    • @zamriosman9358
      @zamriosman9358 2 роки тому

      Salam saya pernah pergi cirebon jawa tengah .makanan sana sedap2

  • @mohdeby7557
    @mohdeby7557 3 роки тому +28

    Skill masakan che Nom dah mcm pro and ada buku masakan sendiri.. kalau ada buku saya nak beli lah.. memang minat belajar dalam masak memasak ni..🤝✌

  • @klwawa
    @klwawa 3 роки тому +9

    Che Nom, saya suka suara Che Nom yang lembut dan penerangan yang jelas. Walaupun saya bukan tukang masak dekat rumah tetapi menonton video Che Nom pun juga sangat seronok. Terima kasih dan syabas.

  • @wilsonapat9509
    @wilsonapat9509 2 роки тому +6

    Semua resipi che nom mmg terbaik...tidak menipu spti yg lain...terima kasih che nom kerana kejujuran berkongsi resipi & cara memasak...

  • @Papaya72
    @Papaya72 3 роки тому +23

    Very therapeutic by just watching your videos. I would cook this dish definitely 👍🏽

  • @michaelcheong5169
    @michaelcheong5169 3 роки тому +8

    Saya baru subscribe you tube Che Nom. Bukan shj masakan enak tapi Peralatan semua cantik cantik . Ohsem

  • @jothivallimanalanjothi6445
    @jothivallimanalanjothi6445 3 роки тому +30

    Salam sejahtera Che Nom , Hari ni saya cuba resepi Nasi Arab Che Nom, 👌wow memang sedap Che Nom saya betul betul ikut resepi Che Nom, sukatan air untuk masak Nasi saya ikut kiraan Che Nom memang cukup. Semua bahan mudah dapat senang nak buat resepi Che Nom,terima kasih Che Nom .👌👌👌👌

  • @JJasmin2627
    @JJasmin2627 3 роки тому +50

    i like how che nom teaches us techniques/tips that makes certain cuisines better suited for malaysian kitchens and malaysian palate without sacrificing flavour ! kudos to you che nom 😁 thank you for the video

  • @izzwandyizzwandy4112
    @izzwandyizzwandy4112 3 роки тому +66

    Selamat berpuasa Che Nom sekeluarga...wah Nasi Arab.Bole buat menu raya nie..Terima Kasih kerana tidak lokek ilmu dan selalu berkongsi dgn kami semua.Salam Ramadan.

    • @CheNom
      @CheNom  3 роки тому +6

      Salam Ramadan 😊

    • @sualee5737
      @sualee5737 3 роки тому

      nk beli kat mana remoah mndy

    • @dziatullianabtdzia-uddinkp3500
      @dziatullianabtdzia-uddinkp3500 3 роки тому

      @@sualee5737 tak payah bli..che nom dh ajr tu..tqvm che nom..suka sgt tgk che nom..suara lembut..so far stp kali ikt resepi che nom xprnh xjd..tq che nom

    • @lilyyy5292
      @lilyyy5292 3 роки тому +1

      Nasi Arab tak tarok color.... Tarok color tu nasi beriani India..

    • @ummibasriaabdulhadi6942
      @ummibasriaabdulhadi6942 3 роки тому

      Selamatmenc

  • @fakrulaliminmuhdfauzi2454
    @fakrulaliminmuhdfauzi2454 3 роки тому +14

    Terima kasih che nom atas perkongsian resipi ni, channel che nom antara one of the best youtube channel yang pernah saya tonton, bnyak juga resipi che nom yang saya dah cuba, memang betul2 sedap👍

    • @CheNom
      @CheNom  3 роки тому +1

      Sama2...terima kasih juga kerana menonton

  • @hanyms2410
    @hanyms2410 2 роки тому +17

    Sangat terkejut! Terima kasih Che Nom atas perkongsian ilmu ini. 1st OPEN HOUSE RAYA ku BERJAYA!
    Alhamdulillah, saya bukan orang yang pandai masak. Dengan panduan dari Che Nom melalui klip ini, saya berjaya masak dalam kuantiti yang banyak untuk jemputan dan cara penyediaan yang amat mudah dan 'friendly' bagi beginner level seperti saya.
    Jazakillahu khairan khatira Che Nom dan team. Semoga terus maju jaya dan diberikan kebaikan berganda. Che Nom BEST! 👍 💙 😘

  • @rohanahhamzah1770
    @rohanahhamzah1770 3 роки тому +8

    Alhmdulillah...brtuahnya suami & anak2 dpt che nom yg pndai masak. Moga bahagià selalu

  • @sakinahsakinah6739
    @sakinahsakinah6739 3 роки тому +6

    Menarik betul cara nak dpatkan bau asap👍👍👍,YES HIDANGAN RAYA.

  • @nurfatinrazali7284
    @nurfatinrazali7284 3 роки тому +11

    sedap pula lagu background che nom. macam sdg tgk movie The Mummy 😀

  • @opakuliner8945
    @opakuliner8945 3 роки тому +12

    Aku suka channel che nom ini, dan aku suka ikuti resep nya.. Mudah di mengerti dan selalu pas rasanya.
    Tks che nom, salam dari jakarta. 🇲🇨

  • @adyawe8163
    @adyawe8163 3 роки тому +19

    Masya’allah… tergudanya diriku !!! Tidak pernah saya berpeluang makan nasi ini seumur hdp saya. Moga ada la jiran sy yg tgk ni dan selepas itu masak lebih skit & bagi la sikit kat saya. Mantap la Che Nom… World laaa !!! Seeedaaaaaappp …. 🥴😍

    • @mayeamohd5323
      @mayeamohd5323 3 роки тому +1

      Masaklah sendiri, kan dah ada resepi ni tak pun pergi makan di kedai

    • @adyawe8163
      @adyawe8163 3 роки тому +1

      @@mayeamohd5323 nty akan dicoba.. in sha allah dah ada resepi dari Che Nom ni huhu 😊

  • @user-qk4zx8yt7w
    @user-qk4zx8yt7w 3 роки тому +18

    One of the best recipe to follow thank you Che nom on your generosity to share the recipe.

  • @mohdazwan457
    @mohdazwan457 3 роки тому +58

    Music background main peranan betol . Berasa macam dekat mesir dah 😂 , selamat berpuasa ya che nom 😊👍 terima kasih banyak berkongsi resepi yang sedap²

  • @salwahasan7846
    @salwahasan7846 3 роки тому +4

    Terima kasih banyak cik nom..saya baru saja try masak utk berbuka tadi..Masya Allah sedap sangat..sebelum ni masak mesti kena ada perencah nasi arab..kali ni dah pandai buat sendiri..😘😋..moga dimurahkan rezki cik nom sbb share resepi yg terbaik..👍🏻

  • @icaca-l1o
    @icaca-l1o 2 роки тому

    Dah masak dua kali. Memang sedap. Ayam masuk air-fryer je ☺️. Lebihan rempah tu tuang air panas, buat teh - sedap diminum - very soothing. Terima kasih Che Nom 🥰

  • @namahat
    @namahat 3 роки тому +1

    Alhamdullilah ramadhan ke29 sy berjaya buat nasi arab ikut resepi chenom. Cuma sy guna rempah mandy chef amar. Mmg sedap dan mudah rupenye nasi arab versi chenom. dah tak perlu ke restoren arab bila terasa nak makan. Terima ksh chenom kongsi ilmu, semoga allah membalas segala kebaikan.

  • @hilmizul7090
    @hilmizul7090 3 роки тому +10

    Perghhh terbaik... Nasi arab che nom.. ditunggu2 akhirnya..

  • @izatizulkipli
    @izatizulkipli 3 роки тому +5

    Baru lepas cuba.. Alhamdulillah menjadi.. Tak sangka boleh masak nasi arab sendiri.. selalu pegi kedai ja 🤭 terima kasih kak che nom atas perkongsian resepi ni

  • @miaawang5495
    @miaawang5495 3 роки тому +8

    Alhamdulillah akhirnya che nom buat juga nasi arab, punya laa berdoa nak resipi nasi arab dari che nom sebab plan nak buat menu raya nanti hehe dan Alhamdulillah termakbul, che nom tahu2 je isi hati peminat dia 🤭 tihank you che nom share ilmu 💜

  • @norditataib8766
    @norditataib8766 3 роки тому +1

    Assalamu'alaikum Che Nom.
    Alhamdulillah saya sudah cuba resepi nasi arab mengikut cara che Nom tunjukkan.Percubaan pertama menjadi,tetapi kurang umph,tetapi setelah saya cuba masak buat kali ke 2 dan ke 3 alhamdulillah rasa nasi arab tak boleh angkat,masya-Allah sedappnya tak terkata.Saya jadikan sajian nasi arab ini buat adik2 yang datang bertandang ke rumah pada hari raya.Mereka semua kata sedapp nasi arab Che Nom.Terima kasih diatas resepi yang dikongsikan.Semoga segala yang terbaik diberikan kepada Che Nom.🤲🤲💐💐🥰🥰

  • @aaronthiagarajan
    @aaronthiagarajan 3 роки тому +12

    Tengok Che Nom masak macam dalam meditation. Smooth, calm & flavorful.

  • @yaniehani5964
    @yaniehani5964 3 роки тому +13

    Alhamdulillah, terima kasih resepi Nasi Mandy ni, Che Nom.. sy follow Che Nom ni dh lama dah.. byk juga resepi yg sy dh buat.. semuanya menjadi! Teruskan usaha Che Nom utk menjadikan kami sbg Chef di rumah 😘

  • @norafizahshahidan
    @norafizahshahidan 3 роки тому +3

    Alhamdulillah..saya dah Cuba buat utk menu buka posa Hari ni...mmg menjadi dan sedap sangat...terima kasih Che Nom

  • @amirahmohdsham4750
    @amirahmohdsham4750 3 роки тому +48

    Aku mmg pelik btl yg dislike tu ko g berambos la wehhh... btw... tq che nomm sy da dpt resepi utk pagi raya yahoooo

    • @gagakhitamhitam1408
      @gagakhitamhitam1408 3 роки тому +6

      Kadang2 bot bukannya org dislike lain Kali jgn main hentam je.

    • @azizahsamsudin9281
      @azizahsamsudin9281 3 роки тому

      Jazakallah

    • @yusufftaiyyob1229
      @yusufftaiyyob1229 3 роки тому +1

      Sabar makcik..relax2 sudah sabar yer

    • @rosdibinrahman5800
      @rosdibinrahman5800 2 місяці тому

      Btol tuuuu,Saya Ni dr seorg Suami yg X reti apa2 kt dapor skng X takot langsung utk beraksi dgn periok belanga dgn oven,my wife really proud of me all because my Sifu Che Nom 👍☺️☺️...Saya panggil Che Nom nih Sifu,ingt lg resepi pertama cubaan Saya dn berhasil dgn jayanya sewaktu wife dlm pantang ank kedua,Saya Ni hantu kek gula hangus dn kerana Che Nom larrr Saya berkeyakinan didapor...again TQ my Sifu👍☺️

    • @rahaibrahim5711
      @rahaibrahim5711 4 дні тому

      Saya dah buat berkali ,sedap thumb up .Anda harus Cuba memang power.

  • @hassanlashuel9156
    @hassanlashuel9156 3 роки тому +33

    perfect sister, you made it better than the restaurants here in Malaysia. Selamat dari Yemen

    • @TH-io3tp
      @TH-io3tp 3 роки тому

      Cewah,mantap org yemen

  • @mubinmubin4430
    @mubinmubin4430 2 роки тому +3

    Semua menu resepi Che Nom semestinya hebat2 belaka tambahan pula penerangan dari awal hingga akhir masakan sangat mudah dan senang difahami serta cara penyampaian yg sangat cemerlang....sekali lagi terbaik kak Che Nom teruskan berkarya di dapur 👍👍👍👏☺️

  • @normaedros3551
    @normaedros3551 3 роки тому +1

    Che Nom memang tidak pernah mengecewakan.. tidak lokek berkongsi ilmu.. all out in her tutorial.. jutaan t/kasih che Nom.. Salam muhibah Dari singapura👍

  • @nurhidayah-yw1ou
    @nurhidayah-yw1ou Рік тому +2

    Hai che nom.. harini sy buat nasi Arab Kali ke 5 guna resepi che nom.. gigih tulis kat kertas Tau.. harap2 dpt jmpe che nom 1 HR nnti . And dpt rasa air tgn che nom . Cewahhhh...

  • @sarmintully8595
    @sarmintully8595 3 роки тому +19

    Assalamualaikum I'm Bangladeshi & like your recipes so much.

  • @makeeat3292
    @makeeat3292 3 роки тому +18

    PERGHHH SEDAP NOHH NASI ARAB

  • @lianaen532
    @lianaen532 Рік тому

    Terima kasih Che Nom dah share resepi nasi arab ni, tadi dh try buat untuk buka puasa, Alhamdulillah menjadi ,sedap macam beli kat kedai.Moga Che Nom dimurahkan rizki & umur panjang. Thanks

  • @rabaahtul3520
    @rabaahtul3520 3 роки тому +1

    Che Nom... Terima kasih banyak2 ye... Umur dah nak masuk 5 series ni baru rajin dan suka masak 😜sebab tengok resipi Che nom.. Alhamdulillah.. Banyak yg dah cuba

  • @miramayhem
    @miramayhem 3 роки тому +5

    Mcm tahu2 je Che Nom ni org teringin mkn nasi arab🥰

  • @bungabougainvillea392
    @bungabougainvillea392 3 роки тому +3

    Cik Nom buat orang terliur...dah petang2 tahulah perut pun dah ada muzik...

  • @fatinnurulhabsyah9895
    @fatinnurulhabsyah9895 3 роки тому

    Thank you che nom. Masyaallah. Tgok che nom masak ni. Dok bayang mcm mana la che nom buat semua step by step utk tunjuk kat kami semua. tgok pun tau betapa penat nak buat prep and nak masak nasi mandy ni. Semoga allah balas semua kebaikan che nom di dunia dan akhirat.

  • @taufiqmubaydin9753
    @taufiqmubaydin9753 3 роки тому +1

    Assalamualaikum Che Nom. Sudah try Nasi mandi resepi dari puan, ini first time lah masak nasi mandi tapi alhamdulillah menjadi sempurna. Kawan-kawan saya banyak puji sedap nasi mandi yang saya buat. terimakasih Pn. Che Nom

  • @matunhssn
    @matunhssn 3 роки тому +4

    Thank you from the bottom of my heart che nom! Kelmarin nak masuk kedai arab plan nak beli rempah mandy dah tp entah mcm mana tak jadi. Rupanya harini rezeki kat sini tgk che nom buat rempah homemade je. I love you lah che nom!!

  • @embunnqh8324
    @embunnqh8324 3 роки тому +4

    Terima kasih Che Nom utk resepinya secara detail. Saya dah cuba semalam dan hasilnya sangat wow! Banyak yg saya belajar dari resepi Che Nom. Terima kasih :) Semoga Che Nom terus dimurahkan rezeki.

  • @hikaritendou8575
    @hikaritendou8575 Рік тому

    Thank you che nom,mmg menjadi resepi ni,sup,nasi,sambal,acar tu semua mnjdi,sy dah try,cuma ayam tu sy buat resepi sndiri(ayam madu,msk guna air fryer). sup sy tambah ubi ketang potong dadu. smbal,sy xleh mkn pdas,so sy guna 3 lada hijau since lada hijau xpds,sy xguna lansung cili pdi. Rempah mandy tu mmg best giler bau dia.Puas hati buat,sng jer rupenye😍

  • @haizawani743
    @haizawani743 3 роки тому

    Ya allah mmg pagi2 td saya search nasi mandy che nom tp takde resepi dr che nom, ni dh ada alhamdulillah. Teringat nasi mandy plg sedap masa di thaif dulu.🥰

  • @surisophia4423
    @surisophia4423 3 роки тому +3

    Salam Che Nom....saya dah cuba Nasi Mandy ni...Masyallah semua cakap sedap sampaikan nak suruh repeat Hari Haji yang akan datang ni.....Terima Kasih sudi share resepi dengan kami...😍😍

  • @nurnadia6397
    @nurnadia6397 3 роки тому +3

    Sdpnye tq che nom sudi share respi,,sy sllu cuba buat respi dr che nom,alhamdulillah mnjadi,,,sdp

  • @rosmahwahid8566
    @rosmahwahid8566 3 роки тому

    Alhamdulillah,terima kasih bnyak2 Che Nom, kongsi resepi nasi arab ni..boleh lah buat ujung minggu ni.🥰🥰🥰

  • @shazmanahmad200
    @shazmanahmad200 3 роки тому +1

    Hari ni saya masak nasi arab ayam mandy.. Alhamdulillah ank² mkn kata sedap.. Tp utk sambal saya buat sambal dari resepi ayam penyet che nom yg ori n berkicap.. Mmg mantopp..

  • @umarmokhtar511
    @umarmokhtar511 3 роки тому +22

    Che Nom, nak request versi kambing pula boleh kee

  • @akuwanitabiasa9561
    @akuwanitabiasa9561 3 роки тому +9

    Ya Allah, sedapnyer nasi arab ni..terliur dibuatnye. Terbaiklah che nom 👍👍

  • @Hani-pm4fb
    @Hani-pm4fb 3 роки тому

    Pahala yang berpanjangan. Che noom kongsi resepi terbaik. Ikhlas dan mudah utk dipelajari. Sangt membantu pada yg baru belajar masak. Tq che nom. Sy tk pndai masak pn dh boleh masak dn buat famly puji2 masakan sy sdp2. Alhamdulillah..

  • @sitijunita2605
    @sitijunita2605 15 днів тому

    Alhamdulillah resepi cik nom sy masak utk pelajat tahfiz, mashallah, dah 2x ustazah suruh masakan, menjadi sngt, tq cik nom.❤❤❤

  • @meltingggkssi2953
    @meltingggkssi2953 3 роки тому +3

    Teringat masa kat makkah madinah,xsempat nak mkn nasi arab..huhu..sedappp che nom..waduhh 😍😍😍😍😍

  • @faridahcarmilla2519
    @faridahcarmilla2519 3 роки тому +3

    The long waited recipe...alhamdulillah, terima kasih Che Nom... Always saving our day n our pockets too...😍😁😁. The best thing is u make us RAJIN memasak with ur clear, simple n good recipes... Jazakallah khairan
    Slm iftar Dear...

  • @mohdeffandijamaluddin2538
    @mohdeffandijamaluddin2538 3 роки тому

    MasyaALLAH...
    Resepi, bahan, tips & ilmu yg lengkap. Terima kasih cik nom. Smoga ALLAH merahmati, memberkati & meluaskn lg rezeki anda.

  • @aliassidek6014
    @aliassidek6014 3 роки тому +1

    Che Nom, saya masak semalam untuk Eid. MashaAllaah sedap resepi ni, Che Nom. Jazakillaahu khayran atas resepi & tunjuk ajar.
    May Allaah keep you healthy and cheerful always. May He also reward you with everything good in this world and the next for all the recipes that you’ve shared with us.
    Thank you again, Che Che Nom.
    Eid Mubarak & Taqabbalallaahu minna wa minkum.
    Che Nom tolong halalkan resepi, ye...

  • @leedan0123
    @leedan0123 3 роки тому +15

    Saya selalu tertanya2 apa sebenarnya bahan2 untuk rempah nasi arab mandy, akhirnya dh tahu. Thanks Che Nom sebab kongsi resepi, lepas ni boleh share resepi nasi khabsa, maqlubah, pulak yer

    • @SHEIKHFEIRUZ
      @SHEIKHFEIRUZ 3 роки тому

      Cara semua sama PUAN..maklubah tu terbalik kan aje

    • @playstationtwo877
      @playstationtwo877 3 роки тому

      @@SHEIKHFEIRUZ nasi arab sedap tak bang?

    • @SHEIKHFEIRUZ
      @SHEIKHFEIRUZ 3 роки тому

      @@playstationtwo877 sedaplah

    • @yusasmayusoff8046
      @yusasmayusoff8046 Місяць тому

      @@SHEIKHFEIRUZtumpang tanya, tuan. nasi bukhari pula apa bezanya dengan nasi mandy?

    • @SHEIKHFEIRUZ
      @SHEIKHFEIRUZ Місяць тому +1

      @@yusasmayusoff8046 bukhari tu pun takde beza..cuma rempah saja beza ...ada bukhari Ayam Nye dlm nasi ada yg asing lauknya di lain periuk...bahan ygsama juga...

  • @shellakaur1992
    @shellakaur1992 3 роки тому +3

    Asalamualaikum Che Nom Thank you so much for introducing this recipe my husband loves it so much since I been watching your video I am glad you introduced it step by step Masaallah May Allah bless you and your family ameen

  • @Awanpilu4516
    @Awanpilu4516 2 роки тому

    Alhamdulillah, menjadi nasi ni saya buat, wlpun 1st time. X rumit mana pun. Rasanya mmg sedap.. ada modified skit sesuai dgn selera famili. T.ksh byk cik Nom kerana share. Semoga pahala perkongsian ilmu cik nom dan team mengalir hingga ke akhirat, aamin..

  • @maznahismail5017
    @maznahismail5017 Рік тому +2

    Alhamdulillah 👍👍.. Terima Kasih cik Nom semoga dimurahkan rezeki kerana atas perkongsian ilmu.. Aamiin3 ya Rabbal'alamin 🤲🤲

  • @malesawit
    @malesawit 3 роки тому +5

    Dah try.. mmg menjadi.. sejibik cam beli di hadramout

  • @normalaraman2078
    @normalaraman2078 3 роки тому +4

    Alhamdulillah...🤲😍💜Trm ksh byk Che Nom. Semoga Allah dapat membalas kebaikan Che Nom sekeluarga dgn banyak..😘😘😘😘

    • @CheNom
      @CheNom  3 роки тому +1

      Amin.. Terima Kasih ☺️

  • @cikguhellyakhiruddin6755
    @cikguhellyakhiruddin6755 2 роки тому

    Salam Che Nom, terima kasih atas resipi nasi arab mandy ni. Memang menjadi. Saya jadikan juadah berbuka puasa hari ni. Suami dan anak-anak memuji kesedapan set nasi arab mandy. Terbaik che nom. Moga dipermudahkan segala urusan di dunia dan diakhirat dengan rezeki yg melimpah ruah. Aamiin

  • @nurfatihahmuhammad2390
    @nurfatihahmuhammad2390 2 роки тому +1

    Assalamualaikum, che nom. Saya baru nak belajar memasak. Nasi Arab Mandy ni first menu saya masak sbb favourite ayah saya. Alhamdulillah menjadi, family makan pun bertambah2 nasi. Terima kasih bagi resepi dan tunjuk ajar satu per satu 😊 Inshaallah next time saya nak cuba masak menu yang lain.

  • @lailiannphillips3122
    @lailiannphillips3122 3 роки тому +3

    Terbaik Che Nom ajar masak nasi Arab 👍😊🔥

  • @scarletheart9029
    @scarletheart9029 3 роки тому +9

    Untung suami che nom. 💗💗

  • @fatinalma
    @fatinalma 4 місяці тому +1

    Alhamdulilah tq che nom menjadi nasi arab ikut resepi che nom..setiap kli nk try menu bru mmg akan rujuk che nom punya resepi..semoga che nom dimurahkan rezeki..share lagi ye resepi best2 🥰🥰

  • @mashitahhussain1325
    @mashitahhussain1325 3 роки тому

    Saya dah cuba..sedap..xpayah nak beli yang pes siap dah..buat je yang che nom share ni mmg terbaik..2x dah saya buat utk famili..

  • @ennyumaira809
    @ennyumaira809 3 роки тому +4

    Ngileeerrrr... sedap je..
    MANTAP

  • @rukayyah_husen7356
    @rukayyah_husen7356 3 роки тому +3

    Wahhh...mmg resepi yg ditunggu2 selama ni..che nom mcm tau2 jee..heheh terima kasih che nom💕👍the bestt laaaaa !!

  • @norehanzaini348
    @norehanzaini348 Рік тому

    alhamdulillah..syukur..nasi arab mandy resepi che nom mmg lazat .menjadi saya buat .anak2 balik sekolah makan dgn happy😍

  • @NF-is8wp
    @NF-is8wp 3 роки тому

    Alhamdulillah..da try tadi..jadi alhamdulillah.tq che nom.. smeoga murah rezeki selalu sbb ajar benda yg betul dan jadi..sy memang follow recepi che nom selalu sbb che nom ajar betul alhamdulillah 🥰

  • @noorjihan1393
    @noorjihan1393 3 роки тому +3

    Waaahhh.. Jd menu utama lh raya ni. Asyik ktupat rendang je. Try nasi arab malaysia pula lah.😁.
    Trima kasih che nom. Terliur lh pula puasa2 ni.😅

  • @ummiulfah6004
    @ummiulfah6004 3 роки тому +6

    Tak thu la nak ckp kalau ade notifction dri channel che nom trs bukk 😍,trbaik la che nomm ..sebb bnyk mskn che nom sye refer ..😋thnk che nomm

  • @cthaida6082
    @cthaida6082 Рік тому +2

    Dah try beberapa resepi che nom. Tak pernah menghampakan. Memang terbaek👍👍👍

  • @sitiatiqahnoordin8438
    @sitiatiqahnoordin8438 7 місяців тому

    Alhamdulillah dah cuba resepi ni..sedappp walaupun ada beberapa bahan yg x cukup...klu husb sy ckp sedap n mkn bertambah2 tu maksudnya mmg sedap

  • @buskybuzz2066
    @buskybuzz2066 3 роки тому +3

    Terbaik che nom!!

  • @syazanamohd5427
    @syazanamohd5427 3 роки тому +10

    Kena betul lagu.. 😍

    • @mawarmariana
      @mawarmariana 21 день тому

      Ada Lagu sekali..
      Mmg confirm dapat!
      Amin. 😊

  • @shidahashim7485
    @shidahashim7485 2 роки тому

    Alhamdulillah, t.kasih atas resepi yg menarik ni, mesti cuba

  • @hajahhasnah1201
    @hajahhasnah1201 2 роки тому

    Ya Allah baru jumpa ...nampak memang cair air liur...dulu biasa mkn masa gi hj..daging kambing..kdg2 ayam...mkn dikedai xsama rasa mcm dimekah...nak cuba insyaaAllah..tq for sharing.

  • @JieFishing
    @JieFishing 3 роки тому +4

    Tak lonceng pun auto keluar dpn yt .. mantul

  • @nurfatin1910
    @nurfatin1910 3 роки тому +7

    Chenom, saya nak share tips. Setiap kali masak nasi arab ke, nasi ayam ke, nasi minyak ke. Bila dah siap nasi tu, tuang sesudu minyak zaitun..nasi jadi extra sedap

    • @CheNom
      @CheNom  3 роки тому

      terima kasih, nanti boleh cuba 👍

  • @sofeaayub7936
    @sofeaayub7936 2 роки тому

    Sy pon dh Cuba resepi ni mmg sdp mcm kdai punya .semua pakat puji insyaallah lepas ni X perlu pergi mkn dkat kdai lagi ..terbaik lah Che nom

  • @maimunahabubakar8091
    @maimunahabubakar8091 3 місяці тому

    Alhamdulillah. Thn lalu buat masa raya semua puji sedap..Terima kasih che Nom. Moga che Nom murah rezeki. Suka guna resepi che Nom ni

  • @hanishanisssz4999
    @hanishanisssz4999 3 роки тому +10

    Amboi che nommmm😝 lagu-lagu arab gittewww😍

  • @hishamRaus
    @hishamRaus 3 роки тому +5

    Sempat la g umah che nom ni. 2 jam lagi..
    terliur teruk ni che nom

  • @TheKelvin33
    @TheKelvin33 3 роки тому +2

    Best tengok cara Che Nom masak, memang menyelerakan👍

  • @salhafiz2450
    @salhafiz2450 2 роки тому

    Suka tgk resepi che nom share....dulu tk pandai masak tendang skrg dah boleh buat...semua sbb che nom...skrg kita belajar nasi Arab pulok...tqtqtqtqtq che nom...terbaikkkkkkkk

  • @arbaiyahmdtahar9626
    @arbaiyahmdtahar9626 3 роки тому +3

    Assalamualaikum Che Nom. Alhamdulillah, semalam saya sudah masak Nasi Arab versi awak tu utk berbuka puasa. MasyaAllah SubhanaAllah Alhamdulillah....It turn out so well! Sungguh sedap dan semua pun puji sedap. Betul2 memenuhi citarasa orang Melayu. Terima kasih sayang for sharing the recipe. Simple dan mudah utk di ikuti. Semoga Che Nom sekeluarga diberkati dengan kesihatan dan rezeki yg luas. Aamiin Allahumma Aamiin. Salam sayang dari kak Arbaiyah di Singapura.

    • @CheNom
      @CheNom  3 роки тому

      Waalaikumsalam. Terima kasih bnyk2 pada doa, kak Arbaiyah. Amin ya Rabb 🥰

    • @bakriramli2026
      @bakriramli2026 3 роки тому

      Di mana nak beli serbuk smoked paprika

  • @noraahmad5977
    @noraahmad5977 3 роки тому +13

    Tertanya2 siapa jurukamera che nom? Husband sendiri kah ?pandai juga teknikkamera.dia

  • @sadiah1954
    @sadiah1954 3 роки тому +1

    Amboi cek Nom memang mengacam nasi Arab bolih buat masak untuk Hari Raya nanti

  • @Awanpilu4516
    @Awanpilu4516 2 роки тому

    Salam, cik nom.. t.ksh byk2 share resepi ni.. berbaloi sungguh bila buat sndri.. kalau beli utk 2/3 org sekali mkn je rm100-200. Tapi bila masak sndri brg2 rm150 utk 7 org blh 2x makan.. saya dah 3x buat nasi ni. skjp je proses masak.. sume ckp sedap. Semoga Allah beri cik nom pahala berterusan.. Aamin..