Mee Badung Muar Asli memang sedap!

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 19 чер 2020
  • Mee bandung adalah makanan tradisi yang memang berasal dari Muar. Kalau singah ke bandar Muar , tak pekena mee bandung, memang tidak lengkaplah kedatangan anda ke bandar Maharani ni. Muar bukan sahaja terkenal dengan mee bandung sahaja.. rojak mee da satay juga merupakan makanan yang harus anda nikmati setiap kali mejejakkan kaki di bandar di raja ini.
    Ramai mugkin keliru dan meyangka mee bandung berasal dari negeri Bandung di Sumatera. Perkataan bandung tu maksudnya adalah bergandingan atau berpasangan. So kalau makan mee bandung ni dia kena di gandingkan dengan telur pecah !. Itulah uniknya mee bandung ni. Kalau tak ada telur pecah tak ori lah mee bandung tu..
    Mee banndung sekarang banyak yang di tokok tambah. Mee bandung ni ringkas sahaja hidangannya.
    Orang dahulu bila buat mee bandung ni banyak menggunakan udang kering. Dulu udang kering murah, kalau sekarang sangat mahal. Ramai yang mula menggantikan dengan udang pepai. Tapi peggunaan udang pepai buatkan baunya kurang enak. Ita lebih suka gantikan dengan stock udang , dan daging lagi sedap untuk di nikmati.
    Mee badung asli tidak mennggunakan sebarang perisa tambahan. Semuannya adalah bahan asas yang semula jadi. Untuk pekatkan kuah mee bandung ada yang menggunakan tepung jagung dan ada yang menggunakan biskut marie. Pennggunaan biskut marie mejadikan kuah mee bandung terasa lemaknnya dan kuah tidak melekit.
    Kuah mee bandung mestilah manis pedas dan rasa lemak datang dari kacang, biskut marie dan air rebusan daging. Tiada rasa masam dalam hidangan mee badung ini.
    Pada yag suka mee bandung anda harus cuba resepi ni. Mee bandung ori yang sangat sedap!
    MEE BADUNG MUAR ASLI
    Paste Mee Bandug
    100 gm lada kering - kisar
    6 ulas bawang merah - kisar
    4 ulas bawang putih - kisar
    1 cawan gula pasir - kisar
    1/2 cawan udang kering -kisar
    15 keping biskut marie - kisar
    1 cawan kacang tanah - goreng / sangai dan kisar
    Panaskan minyak
    Tumis bawang hingga harum
    masukkan cili dan masak hingga garing
    masukkan udang kering
    masukkan gula
    masukkan kacang tanah
    masukkan biskut marie
    * cara masak rujuk video
    * paste boleh di frozen
    Mee kuning - cuci celur
    sawi - potong celur
    batang sawi-potong kecil
    lobak merah potong
    2 biji telur
    tahu - goreng hiris
    200 gm daging - rebus
    daging hiris, air rebusan simpan untuk stock
    10 ekor udang
    asig kan kepala - rebus dan kisar tapis ambil air buat stock
    garam secukup rasa
    * cara masak rujuk video

КОМЕНТАРІ • 141

  • @faridahshamsuri89
    @faridahshamsuri89 Місяць тому

    Azlita Masam Manis antara blogger masakan favourite saya sejak dulu. Sekarang di UA-cam. Tengah scroll cari resipi asli mi bandung yg x letak sos, terjumpa channel org Johor kegemaran saya. Terima kasih atas resipi yg legend ni. Pernah makan mi bandung terbaik di Parit... X ingat pulak. Mcm ada rasa sotong bakar yg diblend dlm kuah tu. Kedai tu legend sayang tak upgrade, masih kedai lama. X pasti sekarang.

  • @tauries4893
    @tauries4893 4 роки тому +7

    Teringat masa pergi Muar 2 tahun yang lepas..lepak makan mee bandung kat area stesen bas bandar Muar..order mee bandung dengan otak-otak..then letak lah otak-otak tu sekali dlm mee bandung..orang duk tgk je saya makan mee dgn otak-otak..😅😅tp memang sedap la..😆

  • @kasiahmahmood6468
    @kasiahmahmood6468 4 роки тому +8

    Auntie pertama kali mencicip mee bandung muar pada tahun 1963 masa berumur 11 tahun. Waktu itu nak ke bandar Maharani dari Sungai Mati kena naik feri.
    Mee bandung asli muar hanya gunakan daging, telur & sawi untuk lauk. Kuahnya hanya guna udang kering & keledek
    Mee bandung Batu Pahat guna kacang tanah untuk pekatkan kuah. Hari ini mee bandung dah kontemperori. Guna udang @ ayam sebagai.

    • @simplyjourney7963
      @simplyjourney7963 2 роки тому

      Mee bandung Bt Pahat saya tak boleh blah.. 😂

    • @AbdulRazak-vv8jv
      @AbdulRazak-vv8jv 3 місяці тому

      Betul gitu ....masing masing chef olah tokoktambah......

  • @ChefKamarul
    @ChefKamarul 2 роки тому +32

    First time ke channel ni, aduhaiii, cantiknya. Visual, audio, lighting, editing semua on point! Saya buat program TV dgn production team pun rasanya tak terbuat macam akak buat. Respek dan tabiklah. Well done dan tambah lagi satu subs utk akak. Terima kasih utk content yg berkualiti macam ni. nanti saya nak pasang di restaurant saya bagi mat salleh semua tengok.

  • @cikyus2850
    @cikyus2850 4 роки тому +10

    Terbuai2 saya dgn video puan ..mata tgk puan buat kerja..telinga dgr bground muzik 😍...akhirnya tekak telan air liur gulpgulp

  • @cikanggun9708
    @cikanggun9708 3 роки тому +5

    youtube masakan yg terbaik,tenang & damai jer di sini,terima kasih Kak Ita sharing ilmu kehidupan ♥️

  • @mohdisaarshad2713
    @mohdisaarshad2713 4 роки тому +6

    Salam..Mee Bandung muar mesti pkai udang kering Dan udang geragau ... original resepi kdai kopi cina dlm bndr muar..air rebusan kepala udang..laut Dan darat xleh bercampur...baru ommmp..

  • @shikinsaerah
    @shikinsaerah 4 роки тому +16

    Kak ita's cooking show adalah the best cooking show kat Malaysia. Trust me. Kalah rancangan memasak kat tv. Yg pnting xde cakap merapu2, always fokus dekat aktiviti yg dibuat & paling pnting setiap resipinya pasti sedap sb sya dah pnah try few of akak recipes ❤️❤️❤️

  • @sufimadina6530
    @sufimadina6530 4 роки тому +4

    Cara bersih cara masak cara tumis johorean sangat2. Saya Segamat🤗👍

  • @zulaikhamarani1578
    @zulaikhamarani1578 4 роки тому +9

    Assalam akak.....tqvm utk resepi yg legend ni...dibuat dgn penuh kasih syg..teliti, sistematik dan unik..💗

  • @surie_honey
    @surie_honey 4 роки тому +5

    Selama sy mgikuti chanel kak ita, resepi yg kak ita share x pernah mengecewakn... tq kak ita 😘...

  • @sbsmanutube
    @sbsmanutube 4 роки тому +5

    Mknan sedap. Bground muzic pun terbaik. Tahniah

  • @himobil346
    @himobil346 3 роки тому +2

    Rindu nak balik Johor😭😭😭 jarang pergi Muar nanti sampai sana nak cuba makanan muar terutama mee bandung muar power😍😍😍😍👍

  • @fizirider3666
    @fizirider3666 4 роки тому +6

    Terbaek Mee bandung Muor Kak Ita 👍❤❤

  • @hasnahkamal5837
    @hasnahkamal5837 3 роки тому +2

    X silap ini makanan fav arwah kan......u are such a strong women...moga sentiasa tabah n dilindungi Allah swt....

  • @bungarayabungateratai5668
    @bungarayabungateratai5668 2 роки тому +3

    Mi Bandung Muar tak ada beza dgn tempat lain manis, cuba mi Bandung odean bp, memang beza kat situ je rasa MCM tu tempat lain memang tak ada, lagi makan dgn jeruk cili memang beza

  • @ainiabdullah5557
    @ainiabdullah5557 4 роки тому +2

    Sedap sgt nmpk resepi mee bandung ni. Apatah lagi ditambh dgn muziknya yg asli mengalun-alun , halwa telinga.
    Mesti kena cuba.

  • @CorneytoChannel
    @CorneytoChannel 3 роки тому +2

    Ni lah antara makanan yg pasti di order kalo saya dtg Johor...mmg sedap ni terima kasih atas perkongsian...

  • @zairawanis8280
    @zairawanis8280 4 роки тому +2

    Ooo.. Mcm ni Cara buat mee Bandung muar.. Terima kasih resepi nya K. Ita...fikir mee bndung ni Letak sos jd wrna merah Mcm tu

  • @faridahabdullah9284
    @faridahabdullah9284 4 роки тому +3

    Assalamualaikum
    Selamat pagi minggu
    Terima kasih, atas kesudiyan
    Kongsi rebpinya 🙏🙏🙏

  • @suarimi590
    @suarimi590 4 роки тому +13

    Terbaik untuk semua dan hebatnya azlita memang setaraf dengan UA-cam luar negara AMEEN ya rabbbal alamin dipermudahkan segala nya terbaik

  • @TheWitnessss
    @TheWitnessss 4 роки тому +4

    Tq .. nmpk mnyelerakan .. Kacang boleh sangai guna airfryer - lebih mudah .. Skrang air fryer murah2 ..

  • @roslizanbintimalik
    @roslizanbintimalik 4 роки тому +3

    Best tengok suasana muar johor.

  • @elisejay5577
    @elisejay5577 3 роки тому +6

    Vlog yang sangat menarik. Tanpa kata melalui perbuatan saja, seolah spt ibu mengajar anak memasak. Terbaik puan azlita. Dulu mengikuti perkembangan melalui blog masam manis je.

    • @marianiibahrim1771
      @marianiibahrim1771 Рік тому

      Terinht masa muda dulu tiap kali kebandar mkn m bandung zaman berc

  • @borhanuddinalias2994
    @borhanuddinalias2994 4 роки тому +6

    Terimakasih chef, berkongsi resipi.

  • @ninjatastyFOOD
    @ninjatastyFOOD 4 роки тому

    Sedapnya! Mulut dah berair! ❤️❤️

  • @krtv577
    @krtv577 4 роки тому +2

    ALHAMDULILAH sedapnya...

  • @rahsidahida8075
    @rahsidahida8075 3 роки тому +1

    eemm TERLIUR pulak lah tengok resepi. nie.. hihihi Terbaikk. Penyediaannya sangat teratur dan yg UTAMA sekali KEBERSIHAN yg ditunjukkan.

  • @hazlinaashak6873
    @hazlinaashak6873 4 роки тому +1

    Terima kasih berkongsi resepi yg klasik ni. Teringat zaman remaja mkn mee di odeon batu pahat

  • @sophink10
    @sophink10 Рік тому +1

    Amazing! I love how meticulous you are in cooking. If you don’t mind, boleh tak share tips2 memasak & basic cooking prep tutorials such as cuci ayam, Sotong, dan cara prepare bahan2 lain such as masak cili boh, jantung pisang, paku pakis etc. Those are so basic but yet essential skills yang banyak beginners tak tahu. Sometimes some of us don’t have role models or parents who can cook at home.
    Tak ada lagi Malay cooking channel yang go into detail on basics macam tu. It would be so helpful for beginners or younger generation yang baru nak belajar masak. ThanK you for all yoUr videos. I love them and I’ve learned so much!❤❤❤

  • @vijayaletchumi8275
    @vijayaletchumi8275 Рік тому +1

    Kemas, Cantik Dan nampak sedap.

  • @faudes9970
    @faudes9970 4 роки тому +2

    Sedapnyer

  • @tokeykwong
    @tokeykwong 3 роки тому +1

    Sedapnya mee bandong muar teman ni

  • @SalinaMdYusof
    @SalinaMdYusof 3 роки тому +2

    Resepi anda terbaik. Cara sediakan bahan bersih dan kemas.

  • @KartinaMdNor-vd8uq
    @KartinaMdNor-vd8uq 3 роки тому +1

    Alhamdulillah, saya terjumpa channel youtube puan...terima kasih atas resepi puan....terbaik

  • @abdulwahid-vi2uo
    @abdulwahid-vi2uo 4 роки тому +1

    Sayur sawi lengkap dengan nama saintifik..bagus ni info berguna.

  • @nie3956
    @nie3956 4 роки тому +5

    Assalamualaikum Puan Azlita. Nampak Puan upload dalam Facebook, terus tengok dalam UA-cam. Terima kasih berkongsi resipi walaupun dalam keadaan yang agak sukar kerana ianya merupakan makanan kegemaran anak Puan.. Saya akan cuba belajar buat mee bandung ni, ayah mertua orang Muar.

  • @aizahhamid
    @aizahhamid 4 роки тому +4

    Rindunya melihat kampung halaman sendiri, dah lama tak balik kampung, apalagi mkn me bandung dan sate setiap pagi 😭😭😭

    • @saizatuainisahlan8570
      @saizatuainisahlan8570 Рік тому

      Dekat muar je boleh jumpa satay dan mee bandung sarapan pagi..rindu duk muar❤

  • @RosmawatiRose
    @RosmawatiRose 4 роки тому +1

    Waw..mee bandung Johor sedaaapp!!!Aroma kuah dan bahan2...bau...ummmmhhh!!

  • @haniksahar7749
    @haniksahar7749 4 роки тому +2

    Tq ita..sedapnya...meleleh air liur

  • @jalilahalias2172
    @jalilahalias2172 2 роки тому +2

    Tkasih, kongsi resipi ni....memang terbaik....👍🙋

  • @zitaabdullah9665
    @zitaabdullah9665 4 роки тому +1

    Thanks kak sedapnya..nk Cuba lh

  • @adilalovedongho
    @adilalovedongho 4 роки тому +6

    Feveret! 🤤 Kalau sape2 dtg Muo and nk beli pes mee Bandung, sy suggest brand Mak Pun Mee Bandung (sedap gile, review sendiri)

  • @junglechef
    @junglechef 3 роки тому +1

    Nampak sedap dan menyelerakan yang penting mudah.Sangat sesuai untuk content kami memasak dihutan.Thanks for sharing the idea n recepi.See u i the Jungle Chef World😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

  • @sha00757
    @sha00757 4 роки тому +1

    Wow..yummylicious...I must say the background music is very soothing

  • @nurhayati-dr1ju
    @nurhayati-dr1ju 4 роки тому +2

    Terbaik mee bandung muuoo

  • @chetom3191
    @chetom3191 3 роки тому +1

    Nampak sedap, terima kasih saya akan cuba

  • @halaloishii
    @halaloishii 4 роки тому +1

    look good. i really wanted to try this out.

  • @sabrinaleyman1755
    @sabrinaleyman1755 4 роки тому +1

    Tq kak ita atas perkongsian resepi mee bandung ni....blh cuba ni sbb mmg lagi cari resepi mee bandung...tqsm kak ❤

  • @nuriahyahya9180
    @nuriahyahya9180 4 роки тому +1

    My favourite! Thanks for sharing video n recipe Puan

  • @DapurABM
    @DapurABM 4 роки тому +1

    Kalau ke muar memang sedap bila pekena mee bandung. Pn azlita buat mmg nmpk sedapp.

  • @mohdlidzamazlan4635
    @mohdlidzamazlan4635 2 роки тому +1

    Wow sedap nya mee bandung

  • @salamahyahya8452
    @salamahyahya8452 2 роки тому

    Terima Kasih sedap masakan awak

  • @ruzanakassim1858
    @ruzanakassim1858 3 роки тому +1

    Terbaikk

  • @hamidahmuhammad2576
    @hamidahmuhammad2576 3 роки тому +1

    Ooo. Nampak sedap...blom pernah ke Johor...inshaallah...skan ke sana.

  • @adekcomel7187
    @adekcomel7187 4 роки тому +3

    Assalammualaikum Ita.. Wah mee bandung.. kena cuba ni😊😋

  • @rashidahmohdnoh8443
    @rashidahmohdnoh8443 4 роки тому +2

    My home town 😍

  • @ciptarasanoly1097
    @ciptarasanoly1097 3 роки тому +1

    Weldone sis👍.. Menu yg mngamit memori.. Rindunya kg hlmnku.. Mee bndung, rojak petis, tnjung emas.. ❤❤❤

  • @sitifatimahmohamed46
    @sitifatimahmohamed46 3 роки тому +1

    Terbaiik, tq

  • @cintayatie2228
    @cintayatie2228 4 роки тому +3

    Sedap nyerr.. Salam dari Brunei done subscribed😍

  • @AbdulRazak-vv8jv
    @AbdulRazak-vv8jv 3 місяці тому

    Tak tahu mana betul Asli....makan aje asal sedap.

  • @leynlittlegarden4332
    @leynlittlegarden4332 4 роки тому +6

    Kalau rujuk resipi di deskripsi dan tengok video ni betul2, In Sha Allah boleh faham. Sy suka style video macam ni. Selalu tengok youtuber Korea aje wat style mcm ni. Tahniah Puan! :)

  • @mohdsanusi135
    @mohdsanusi135 4 роки тому +1

    Assalam..sudah subscribe channel akak..memg terbaik..👍👍👍

  • @benasyara8018
    @benasyara8018 4 роки тому +1

    Bersih bai muar

  • @sableesab7637
    @sableesab7637 2 місяці тому

    🎉🎉❤❤ Salam Aidilfitri

  • @mariamabdullah7030
    @mariamabdullah7030 3 роки тому +1

    Memang lazat pes mee bandung muar tu ada jual di pasaraya ke in subang jaya selangor

  • @sudinadarus9455
    @sudinadarus9455 2 роки тому +1

    Suka mmasak❤❤

  • @wantehmakteh8583
    @wantehmakteh8583 11 місяців тому

    Nmpk sedap n mnyelerakn...
    Tp rasa nya mcm tak buang tali hitam blkg udang tu... Potong kepala shj yer...

  • @linizad7622
    @linizad7622 2 роки тому +1

    Arini ikut resepi Puan Azlita... Alhamdulillah jadi sedap rasanya...tq Puan atas resepinya...

  • @nazargarcia4522
    @nazargarcia4522 4 роки тому +1

    Lama x pgi muor😀

  • @ibumikamuaz
    @ibumikamuaz 4 роки тому +2

    Ahh..sedapnya dah lama tak makan mee bandung muo ori🥰😍

  • @rozmanab
    @rozmanab 3 роки тому +1

    Masha'Allah. Sedap tu kak. Saya akan cuba buat ni, inshaAllah. Cuma nak cari mee kuning payah sikit. Mungkin kena guna mee segera atau bee hoon. Terima kasih sudi berkongsi resipi. Moga2 Allah melimpahkan rezeki melimpah-ruah ke atas kita semua, Amiin Ya Rabb.

    • @leylahealani1898
      @leylahealani1898 2 роки тому

      use spaghetti klau susah nak dapat mee kuning.

  • @samsunga3patree408
    @samsunga3patree408 4 роки тому +3

    😋

  • @dapurinspirasicikgulizaahm823
    @dapurinspirasicikgulizaahm823 3 роки тому +1

    Sedapnya... Tq share resepi... Morgan terus sukses.... Jemput singgah dapur saya... Done 😊

  • @NoahTawakkulIsMyThing
    @NoahTawakkulIsMyThing 3 роки тому +2

    Cantik videografi nya. Tak jemu kita ulang tengok. Creativity yg asli. ❤️👍

  • @zarinamohamed6154
    @zarinamohamed6154 2 роки тому +1

    Saya x skip add♥️

  • @haswanimohdyusoff
    @haswanimohdyusoff Рік тому

    Mee. Bandung Charlie Chaplin..xda suara laaa... 😘😘

  • @deeatan4980
    @deeatan4980 3 роки тому +1

    Terima Kasih Puan.

  • @bujangjauhmegatalang7121
    @bujangjauhmegatalang7121 4 роки тому +2

    Takan potong sayur nak tunjuk smapai habis..

  • @AbdulRazak-vv8jv
    @AbdulRazak-vv8jv 2 роки тому +1

    mee bandung asli tak taruh lobak merah....

  • @himobil346
    @himobil346 3 роки тому +2

    I LOVE JOHOR😍😍😍😍😍😍😍👍

  • @salasiahalias4667
    @salasiahalias4667 4 роки тому +3

    Terima kasih

  • @Asha-pl2hj
    @Asha-pl2hj 4 роки тому +2

    Tq sis 🤩

  • @waulayangshahbandaraya8436
    @waulayangshahbandaraya8436 Рік тому +1

    halal ye amik resepi

  • @ndlalala9878
    @ndlalala9878 3 роки тому +1

    Resepi mee Bandung sebenar bukan guna kachang atau biskut merry utk pekatkan kuah tapi guna kerisik kelapa muda yg dibuat khas . Biskut atau kachang ble rasa muak bila mkn.

  • @unashinhwa1895
    @unashinhwa1895 4 роки тому +1

    assalamualaikum..kak ni portion tuk brape org mkn ye..😅😅😅

  • @AbdulRazak-vv8jv
    @AbdulRazak-vv8jv 2 роки тому +1

    mana ntah yg asli lain org lain cara..tapi asal boleh makan ok lah

  • @babytajuddin2181
    @babytajuddin2181 4 роки тому +1

    Ada x sukatam bahan² nya..kak ita

  • @faddy7958
    @faddy7958 3 роки тому +1

    Sy juz nk share... mee bandung muo yg asli tidak ada kacang, biskut marie untuk pemekat kuah... Kuah pekat dari udang geragau dan udang kering...stok daging lembu wajib...dan sayur cuma sawi saja...udang dan sotong boleh di tambah tetapi bukan ayam...telur wajib ada (kalau anda mkn mee bandung ada bahan2 lain... Itu bukan mee bandung ori 😁)

    • @ltpyrozone
      @ltpyrozone 9 місяців тому

      abestu kedai2 di muor yg jual kuah ada kacang tu tak ori la ye? walaupun dia dah berpuluh tahun niaga?

  • @faridahrahman5148
    @faridahrahman5148 2 роки тому +1

    Share, t kasih

  • @ndlalala9878
    @ndlalala9878 4 роки тому +1

    Wah semua orang dh mengaku buat mee bandung asli.

  • @kakkak4451
    @kakkak4451 2 роки тому +1

    Kenapa ye tak bgi tau semua bhan . Apa 2 je berapa sukatan . Rau tuanf jee .

  • @izzdarwisy6123
    @izzdarwisy6123 4 роки тому +1

    Apa beza dgn mee bandung lain?

  • @ApaiKesang
    @ApaiKesang Рік тому

    Kena ada suara untuk ulasan memudahkan pemahaman.

  • @AbdulMajid-in4pe
    @AbdulMajid-in4pe 4 роки тому +2

    Mee bandung Muar mana ada kacang.

  • @tansumin7430
    @tansumin7430 4 роки тому +1

    askum puan, terimakasih, biskut marie tidak ada di jual di sini, dah cuba cari di kedai store pun tak ader, boleh di ganti dengan biskut per lagi?, thank you

  • @AbdulRazak-vv8jv
    @AbdulRazak-vv8jv 3 місяці тому

    Bandung bukan di Sumatera tetapi di Jawa Barat.

  • @zariqafsha
    @zariqafsha 4 роки тому +1

    Puan, 11:04 tu, pes dihabiskan semua satu mangkuk ke?

    • @naals5743
      @naals5743 4 роки тому +1

      Satu mangkuk utk 1 resepi ..

    • @AzlitaAzizMasamManis
      @AzlitaAzizMasamManis  4 роки тому +2

      Paste yg akk buat ni blh dapat 2 kali hidangan
      Paste tu bhg 2 - mangkuk
      1 bhg blh simpan - frozen
      1 bhg untuk 1 hidangan 5 org makan

    • @zariqafsha
      @zariqafsha 4 роки тому

      Azlita Aziz Tq Pn.

  • @apakcikzainal4963
    @apakcikzainal4963 Рік тому +1

    Cuma sy tak berkenang satu je kat sini mmg best tp najis udang tak buang ke?

  • @ahhong6274
    @ahhong6274 3 роки тому

    ., zoom away 。