Menjejak Batu Peringatan J.W.W. Birch di Puncak Bukit Larut (Maxwell Hill), Taiping, Perak (Part 1)

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 4 січ 2023
  • Ikuti pengembaraan saya menjejak semula batu peringatan J.W.W. Birch, Residen Pertama Inggeris di Negeri Perak (1875) yang juga merupakan bangsa Inggeris pertama yang meneroka puncak Bukit Larut di Taiping, Perak.
    Bukit Larut atau lebih dikenali sebagai Maxwell Hill telah dibuka seawal dekad 1880an dan diberi nama sempena Sir William George Maxwell iaitu Residen Inggeris ke 13 di Perak. Beliau merupakan anak kandung kepada Sir William Edward Maxwell yang pernah bertugas sebagai Pembantu Residen kepada Sir Hugh Low di Taiping dari 1877 - 1889.
    Sedikit sejarah menarik mengenai Sir William E. Maxwell adalah beliau merupakan seteru politik yang sering bersaing dan berbeza pendapat dengan Sir Frank A. Swettenham yang juga merupakan Residen Inggeris ke 2 dan ke 5 di Negeri Perak.
    Sejarah menarik mengenai Maxwell Hill ini adalah ia merupakan Hill Station atau Sanatorium Station pertama Inggeris di Tanah Melayu. Selain daripada itu, kawasan ini merupakan kawasan pertama tanaman teh mula ditanam (secara eksperimen) di Malaya dengan benih dibawa khas dari Sri Langka atau Ceylon sebelum ladang teh berpindah ke Cameron Highlands, Pahang untuk diusahakan secara komersil.
    Bukit Larut diberi nama Maxwell Hill bagi mengenang jasa dan sumbangan Sir William George Maxwell yang pernah menjadi pegawai pengutip cukai di Larut pada awal kurun ke 20 sebelum menjawat pelbagai jawatan termasuk Residen Inggeris ke 13 di Perak (1919 - 1921).
    Kini Maxwell Hill (Bukit Larut) boleh dikunjungi oleh mana-mana pelancong yang gemarkan sukan pendakian dengan jarak berjalan kaki dari kaki Bukit Larut ke Maxwell Hill Station adalah dalam lingkungan 12 km. Pendakian Maxwell Hill ini adalah sama dengan kesukaran mendaki gunung-gunung lain yang terdapat di Malaysia walaupun menggunakan trail jalan berturap.
    Lokasi video Part 1 ini diambil sepanjang trail pendakian Maxwell Hill di Taiping, Perak.
    Music credits:
    1. Sunshine by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    2. 80s Synthwave by Mokka Music ( • (No Copyright Music) 8... ) Music from #InAudio: inaudio.org/
    Synthetic Pleasures. ;
    3. Nocturne in E major by Chopin (Classical instrumental);
    4. Upbeat Indie Rock by Mokka Music ( • (No Copyright Music) U... ) Music from #InAudio: inaudio.org/
    Upbeat Indie Rock.;
    5. Cello Suite No. 1, Prelude in G Major by Bach (Classical instrumental); dan
    6. Gymnopedie No 1 by Erik Satie (Classical instrumental).

КОМЕНТАРІ • 35

  • @anathonyryder
    @anathonyryder Рік тому +3

    banyak sejarah rupanya bukit larut ni..sejak jumpa channel ni aku makin minat sejarah tanah melayu..syokk

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  Рік тому

      Terima kasih tuan. Kisah menarik mengenai sejarah bukit Larut ini akan saya ceritakan pada part 2 nanti. terutama bila Tentera Jepun menggunakan tawanan perang British membaiki jalan ke puncak Bukit Larut bagi tujuan membina rumah rehat pegawai tinggi Tentera Jepun yang ditempatkan di Taiping.

  • @davidchan5424
    @davidchan5424 7 місяців тому +1

    Salam Dari David, Kampar,Perak. Saya memang menghargai usaha usaha anda untuk menunjukkan sejarah negara kita. Ribuan terima Kasih.Di sekeliling kawasn Kampar,juga ada beberapa tempat yang bersejarah khas nya berkiatan dengan WW2.Saya pernah sekali mendaki Gunung Relau (951meters) Dan dapat lihat dan ambil gambar dengan Kotax Ammunition lama di sana! Saya akan ikut YT anda. Terima Kasih.

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  7 місяців тому

      Saya pernah mendaki gunung relau pada 2021 dan mmg kami rakam untuk buat content di cenel ini. Tp otw turun hp saya terjatuh di dalam sungai dan motherboard fried out tidak boleh dibaiki. 😅 tidak ada rezeki untuk buat content. That ammunition box was a mortar ammo dibawa ke atas puncak gunung relau menggunakan helikopter jenis S55 waktu zaman darurat. Tentera yang terlibat adalah 7RAR australia. Sayangnya footage yg saya rakam tu x dapat diselamatkan. Kalau tidak sudah pasti saya share di cenel ini. Terima kasih David!

  • @JenutTN
    @JenutTN Рік тому +1

    Satu penceritaan yang menarik

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  Рік тому

      Tuan, saya merancang untuk buat video berkenaan sejarah Keretapi Port Weld - Taiping. Kalau ada material yg menarik mohon share.

  • @RosliAnuar-zk9im
    @RosliAnuar-zk9im 4 місяці тому

    Taiping hadir 🥰

  • @kebundidik
    @kebundidik Рік тому

    Best... Saya naik 2/3 sahaja patah balik.. 31/12/2022.. Orang rumah tak larat dah.. He he..

  • @inahamdan7430
    @inahamdan7430 Рік тому

    Terbaik info..dulu masa sekolah..cikgu sejarah sy.. cikgu Zaleha berasal dari Kuala Sepetang.. beliau gemar bercerita ttg bukit larut dan kwsn sekitar..ttg sejarah dan masa kecil beliau hingga membuat sy tertarik tuk ziarah kesana.. malangnya sampai skrg pun sy belum berpeluang kesana😅😅😅 rasa saya x mampu nk daki trail mcm awk😂😂😂 menambah pengetahuan info yg awk kaji..hebat dan terbaikkk

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  Рік тому +1

      Puan, saya sebenarnya ada bercita-cita nak pencen dan bermastautin di Taiping. Sebab di sini sangat tenang dan indah. Sesuai untuk pembesaran anak-anak dan keluarga. InsyaAllah.

  • @aponie548
    @aponie548 Рік тому

    mantap boss👍👍👍

  • @shah3472
    @shah3472 Рік тому

    Walaupun sy lahir di Taiping tapi impian utk ke Bukit Larut masih Belum tercapai..T.kasih dgn explorasi ini

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  Рік тому +1

      Tuan, Taiping adalah antara bandar yang saya suka selepas Georgetown, Penang dan Ipoh, Perak walaupun saya bukan berasal dari sebelah pantai Barat. Saya juga akan cuba untuk mendaki Bukit Larut sekurang-kurangnya sekali setahun bagi tujuan kesihatan dan menghirup udara segar. Saya juga sangat sukakan Tasik Taiping. Kalau perkiraan saya betul, Tasik Taiping "mungkin" dibuka oleh Lady Swettenham iaitu isteri Frank Swettenham yang sangat gemar menanam pokok bunga. Dia juga adalah orang yang bertanggung jawab membentuk dan membuka Tasik Perdana (Lake Garden) di Kuala Lumpur. Sewaktu saya mengkaji mengenai sejarah Perang Dunia Kedua, Tentera Jepun telah memilih Taiping sebagai ibu wilayah Malaya dan Indonesia. Kerana ini Soekarno telah singgah ke Lapangan Terbang Tekah bagi perbincangan dengan wakil Kerajaan Jepun membentuk Indonesia Raya bersama Malaya pada tahun 1945.

  • @mdshahfudinreduan1607
    @mdshahfudinreduan1607 Рік тому

    Nanti bolh tak buat documentary tentang kubu di Bukit batu maung pulau pinang

  • @winterwolf1
    @winterwolf1 Рік тому

    Hill station ada peminatnya orang Asia. Pastikan ia dikelola dengan betul. Apa yang berlaku di B Larut ialah semua terbiar begitu saja.

  • @ayenbadri779
    @ayenbadri779 Рік тому +1

    Bukit larut atau pun kami orang taiping panggil gunung hijau🙋 Rekod sy yg trpantas utk mendaki 3 jam 25 minit 😁 Ada lagi tg hebat bwah 3 jam jer..

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  Рік тому +1

      saya tak larat naik sampai ke Gunung Hijau. nak sampai ke Batu Birch pun dah migraine kepala (exertion headache). Bukit Larut walaupun nama bukit dan trek jalan tar tetapi sangat sangat mencabar.

    • @ayenbadri779
      @ayenbadri779 Рік тому

      @@malayanhistorytv Trbaikkk bos.. Semangat ok 🙋

    • @winterwolf1
      @winterwolf1 Рік тому

      ​@@malayanhistorytvmore like dehydrate headache. Drink a lot when you hike up.

  • @hafizr8788
    @hafizr8788 Рік тому

    org taiping hadirrr

  • @syazukama7736
    @syazukama7736 11 місяців тому

    Sir ernest w birch residen perak ketika terbinanya istana Kellie's Castle di batu gajah

  • @aaka1828
    @aaka1828 Рік тому

    Mantap bener. Mcm Adolph Hitler punya Berghof la plak Maxwell hill ni.

  • @rosihantu1
    @rosihantu1 3 місяці тому

    Hero

  • @zainalasri1465
    @zainalasri1465 5 місяців тому

    kenapa la asik tunjuk pengacara je..

  • @mohamadnajmiehaidir4774
    @mohamadnajmiehaidir4774 7 місяців тому

    Tu burung enggang la....kenyalang kat sarawak...

  • @exuaf
    @exuaf Рік тому

    Kenapa tak pergi kubur jww birch yang ada di kampung gajah

  • @hmm4281
    @hmm4281 Місяць тому +1

    Ni bukan puncak bang, puncak dia ad pencawang kt atas sekali

  • @FnSungaibesi
    @FnSungaibesi Рік тому

    😅8ī

  • @carlosaduka1199
    @carlosaduka1199 Рік тому

    boleh naik dgn kereta ke tuan..

    • @malayanhistorytv
      @malayanhistorytv  Рік тому +3

      Sekarang jalan ditutup sehingga 2026 disebabkan berlaku runtuhan jalan. Hanya kenderaan Hilux TM boleh naik utk selenggara pencawang, manakala perkhidmatan Land Rover Majlis Perb. Taiping dihentikan sementara. Situasi menyumbang kpd keadaan rumah rehat yg bertambah usang kerana menyukarkan pengunjung utk menginap di puncak tersebut.

    • @carlosaduka1199
      @carlosaduka1199 Рік тому

      @@malayanhistorytv terima kasih tuan atas makluman....cantik pemandangan di atas..belum ada kesempatan lagi ke Taiping

  • @mohdsanijapar7142
    @mohdsanijapar7142 Рік тому +4

    Kesimpulan yg saya dapati ialah jikalau tidak ada orang British datang ke Malaya ni mungkin kita orang tempatan tak tahu itu kereta, keretapi , telegram , telefon dan banglo banglo besar buatan inggeris itu ini banyak hasil peninggalan Brirish yg masih kita pakai sekarang ni macam tali leher , baju kot , seluar hitam , kerusi , meja , garpu , senduk banyak lagi lah yg telah dimodenkan budaya inggeris ni kehari ini

    • @LailailililaiTamplom
      @LailailililaiTamplom Рік тому

      Kerusi, meja, garpu, sudu, berus gigi, cepik kuku itu bukan dari British, orang Melayu dah kenal lama sebelum British datang lagi kerana alat² itu di cipta oleh Ulama² Islam di Abbasiyyah dan Andalusia, berus gigi sendiri dari Rasulullah iaitu Kayu Sugi Miswak, konsep perenjinan kereta dan kereta api itu pun di ambil dari Ulama Ismail Al-Jazari, kapal selam di cipta oleh tokoh Utmaniyah iaitu Ibrahim Effendi, ini lah orang kita semua nya percaya datang dari penjajah tanpa membaca, banyak kan lah membaca, dulu orang Melayu kata "Melayu Hebat Ke, Nak Cipta Cepik Kuku Pun Tak Pandai" ye cepik kuku di cipta oleh Ibnu Sina yang bukan Melayu, tapi Melayu juga ada penciptaan nya seperti Gobek Api, Tudung Saji, Kain Cindai(untuk perubatan), Labu Sayong(penyejuk minuman), jong, dah pandai guna balancing module(terdapat pada keris) dan lain-lain, bahkan pembuat minyak wangi itu adalah Jabir Ibnu Hayyan dan Al-Khindi juga Ulama Islam tapi bukan Melayu laa, orang dulu kata Melayu nak buat cepik kuku pun xpandai boleh terima lagi sebab itu dulu sumber untuk maklumat susah dapat, sekarang dah maju maklumat hujung jari je, nak rajin baca je, kalau malas memang ketinggalan maklumat laa jawab nya😂 tali leher tu memang budaya dari barat yang semua Negara gunakan sebagai pakaian formal sebab barat yang menang perang dunia pertama dan kedua jadi banyak budaya mereka, mereka formal kan untuk dunia guna, cuba baca sejarah² Kerajaan² Melayu ada di catat kan Kerajaan² Melayu sebelum penjajahan, Kerajaan Melayu dah maju, di Kedah Tua dan Srivijaya ada di catat kan di mana Kerajaan kuno itu sudah miliki kendi² mewah, cermin, minyak wangi, kapal² besar, undang² berkanun yang sistematik, kebun² bunga yang megah di aliri oleh sungai² kecil, itu di zaman Kerajaan Melayu kuno, apa entah lagi Kerajaan Melaka, dalam Sululatus salatin ada mencatat kan Kota Melaka membina jalan raya sekitar kota, kau rasa penjajah yang bawa kemajuan itu kah? Sudah semestinya tidak itu hasil perkongsian teknologi dengan Kerajaan² lain bukan dari penjajahan, kau nak kata tanpa British kita xkenal tali leher, kau tahu di eropah banyak yang mati bunuh diri menggunakan tali leher itu lah, kau xnampak ke Tanjak yang lebih berseni dan banyak filosofi nya yang di buat oleh Melayu, kau xnampak Samping yang bukan sahaja untuk di jadi kan lambang menutup aurat tapi juga boleh di jadi kan senjata.