Kemunculan Sang Raja Rimba | Edisi Hidupan Liar zon GM

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 22 січ 2025

КОМЕНТАРІ • 1,1 тис.

  • @matmin6221
    @matmin6221  Рік тому +179

    Rahsia yang tersimpan di hutan zon GM terjawab..!!
    Walaupun berlaku beberapa masalah teknikal dan mungkin masih banyak lagi yang belum terjawab..

    • @dannyungin13
      @dannyungin13 Рік тому +1

      Terima kasih tuan mat min dan Bah Kea. Dapat juga menyaksikan penghuni hutan zon GM.

    • @ahfudiscovery1545
      @ahfudiscovery1545 Рік тому +2

      Ado la org tu cakap kn..xperasan pn dpt rakam pak belang tu maso belek2 footage skjap kt lokasi kamera tuu..
      Kalau tgh kt situ tnmpak footage pak belang tuu..cemano la gek ehh??
      Tgk lak timeline baru 2 jam lepas.. 😆

    • @hazwanrafien6891
      @hazwanrafien6891 Рік тому +2

      Menarik. Boleh saya tahu ketinggian hutan yang camera trap ni di pasang? Jackpot sungguh.

    • @irfanrosli2444
      @irfanrosli2444 Рік тому

      ​@@hazwanrafien6891😢tak boleh ... kne rahsiakan .... skrg org blh search guna tetinggian Tu area mna ... mat min jgn habaq .... pemburu haram jadah skrg ramai

    • @hanifcheharun5173
      @hanifcheharun5173 Рік тому

      Terbaik episode kali ini

  • @dannyungin13
    @dannyungin13 Рік тому +316

    Gembira bercampur sedih. Gembira bila dapat melihat Harimau Malaya di tempat asal dia, begitu juga dengan rusa sambar. Sedih , sebab tahu jumlah Harimau Malaya dan rusa sambar sangat sedikit, dan makin kurang dari hari ke hari. Terima kasih tuan mat min yang telah bersusah payah untuk mendapatkan rakaman yang tak ternilai. Tak lupa juga terima kasih buat Bah Kea yang jadi pemandu arah dan temankan mat min sepanjang proses memasang dan ambil kamera.

    • @saraniusran1727
      @saraniusran1727 Рік тому +14

      Assallamualaikum...terima kasih,dapat juga tengok binatang liar yg masih ada lagi...👌👍👍👍

    • @azuanabdrani7428
      @azuanabdrani7428 Рік тому +13

      Terbaik bang...1stime tahu ada specis crab eating mongoose... terbaik teruskan berkarya...

    • @mohdhisyam7071
      @mohdhisyam7071 Рік тому +10

      Setuju tu..terima kasih mat min usaha yg sgt bgus..kami dpt melihat mcm2 jenis haiwan dlm hutan...

    • @matmin6221
      @matmin6221  Рік тому +22

      🥲🥲
      Berat untuk dikatakan, hakikat sekarang ini populasi kesemua haiwan tersebut adalah menurun..

    • @dannyungin13
      @dannyungin13 Рік тому +14

      @@matmin6221 Betul, seperti pupusnya badak sumbu di Malaysia. Berharap sangat semua kita sama2 menjaga kelestarian penghuni hutan Malaysia. Kalau hanya berharap pada pihak jabatan perhilitan sahaja agak susah.

  • @bandot-liar
    @bandot-liar Рік тому +4

    deria harimau belang mmg mantap, dia bole dtg kat camera dan cium2.. mesti dia pikir ada mau tangan matmin ni wkakaka...

  • @mq8431
    @mq8431 Рік тому +38

    Saya rasa ini channel youtube paling terbaik di malaysia. Tak pernah ada seorang pun lgi membongkar rahsia alam di hutan kt malaysia. Sepatutnya pihak gov perhilitan malaysia ada award pada channel mat min kerana mengurangkan kerja2 mengkaji haiwan hutan ataupun diberi asset seperti camera membongkar lebih lgi apa rahsia alam yg ada

  • @yanz87roselan97
    @yanz87roselan97 Рік тому +69

    Minit ke 07:26 sumpah demi Allah meremang bulu roma saya mat min.. Nak menitik air mata bila kelibat raja rimba keluar...ni kg saya.. Harap sgt2 seluruh penduduk org asli di seluruh Malaysia ni kita jaga selagi mampu hutan kita 😢😢😢,kpd bah kea hek mmg terbaik, ❤❤

    • @muhammadtarmizi3264
      @muhammadtarmizi3264 Рік тому +10

      Jgn la bgtau port mn hutan nie...adoi

    • @Jebait3D
      @Jebait3D Рік тому +11

      Edit komen rahsiakan nama tempat. Biar ytjt

    • @faizalsenin86
      @faizalsenin86 Рік тому +1

      Boleh tau negeri tak?sebab nak tau negeri sy ade ke tak...sebab ada dengar2 cite kt tempat sy ada org jumpa....

    • @Jebait3D
      @Jebait3D Рік тому +2

      @@faizalsenin86 kuala lumpur

    • @mustaqim9812
      @mustaqim9812 Рік тому +1

      Negeri terbesar di Semenanjung

  • @Syafiqsarudin
    @Syafiqsarudin Рік тому +13

    Alhamdulillah.. sedar tak sedar hampir mengalir air mata melihat rakaman ini.. gembira bercampur sedih pada masa yang sama.. kemungkinan semua ini hanya tinggal rakaman buat generasi akan datang jika pembalakan dan penerokaan hutan di Malaysia masih berjalan.. cukup2 lah

  • @hanzzzleee6217
    @hanzzzleee6217 Рік тому +18

    Sedarlah manusia, haiwan hidup sangat bahagia tanpa gangguan manusia, berhentilah memburu lindungilah ciptaan tuhan.. gemuk berisi sihat semua haiwan bila hidup jauh tanpa diganggu manusia.. terima kasih mat min, semoga ini memberi kesedaran buat masyarakat kita. ❤ besornya khinzir tu lagi besor dari pakbelang 🤭🤣

  • @pareh6951
    @pareh6951 Рік тому +42

    SYUKUR ALHAMDULLILLAH MASIH TERPELIHARA, GEMBIRA SANGAT SAAT HARIMAU BELANG TU MUNCUL...GOOD JOB MAT MIN👍👍👍💚

  • @saidatulakmarina
    @saidatulakmarina Рік тому +79

    Syukur rasanya rakaman hutan paling meriah setakat ni sejak sekian lama meredah hutan Jelebu, Kuala Krai dan terkini di Lipis. Pak Belang tu jantan sihat, Sang beruang pun jantan seronok gosok belakang badan dekat pokok. Pelbagai jenis kucing hutan kecil dan khinzir hutan pun gemuk. Rahsiakan lokasi gunung ni pada umum

    • @clashofking9326
      @clashofking9326 Рік тому +17

      tpi bila dgr pemburu sgt aktif...jdi sedih...mgkin binatang yg kita tgk dlm video ni, enth hidup entah tidak..😢

    • @matmin6221
      @matmin6221  Рік тому +13

      Setiap haiwan dalam hutan ada peranan yang tersendiri..
      Bermula musnahnya alam kerana musnahnya hutan..
      Musnahnya hutan kerana kehidupan di dalam hutan sudah tidak seimbang..
      Ada peranan yang tidak dapat dimainkan, dek kerana sudah pupus..

    • @matmin6221
      @matmin6221  Рік тому +21

      ​@@clashofking9326boleh kata hampir setiap malam ada je senapang yang meletup..
      Itu senapang, belum kira jerat pulak..
      Tapi hakikat ni tak ramai yang tahu.
      Kalau pernah bercampur dengan geng pemburu, baru akan nampak hakikat tersebut..

    • @saidatulakmarina
      @saidatulakmarina Рік тому +5

      Setuju sebab angkara tangan manusia juga haiwan liar n belantara makin pupus. Mat Min awak adalah duta pencinta flora n fauna semua. moga umum sedar kepentingan hutan buat generasi masa depan. Saya dan keluarga doakan kesejahteraan awak dan orang sekeliling awak, semoga diberikan kesihatan, umur panjang yang diberkati oleh Allah swt

    • @saidatulakmarina
      @saidatulakmarina Рік тому +3

      Mat Min nak tanya boleh? Masa masuk hutan tempohari, ada kucing n anjing yang terjerat perangkap samar tu, ada pemilik ke atau kepunyaan makhluk alam sebalik mata

  • @fosimosama
    @fosimosama Рік тому +15

    kena repeat lagi ke sana tu kalau free tuan. x sangka banyak betul keluarga kucing liar kat sana. tahniah tuan. semoga sentiasa sihat dan dapat belanja kami. jasamu dikenang.. tq tq

  • @BumbleBee-mm2sx
    @BumbleBee-mm2sx Рік тому +71

    rasa bersyukur sebab masih ada lagi harimau di negara kita ni , ini lah haiwan yg paling aku nanti kan😢 terima kasih bang , usaha keras abg kami semua dpt lihat lagi harimau malaya😭

  • @huntermansuper6243
    @huntermansuper6243 6 місяців тому +5

    Ya Allah.. Pelihara dan lindungilah hutan Malaysia, jauhi dari tangan rakus manusia, pertanian dan pembangunan tidak terancang dan tidak terkawal dari pihak atasan dan individu yang berkepentingan, pembalakan haram dan pemburuan haram serta kebun-kebun haram.. Alam sekitar yang selama ini mejaga kita dgn membekalkan oksigen dan menapis kotoran semulajadi, kestabilan ekosistem, mengawal cuaca dan suhu, mengurangkan bencana alam sperti banjir, hakisan dan tanah runtuh serta memastikan manusia tidak pupus kesan rantaian ecosistem tidak stabil.. Ya manusia juga boleh pupus jika ekosistem tidak seimbang.. Sebab iu kerjasama semua masyarakat amat penting demi kelestarian alam sekitar..

  • @fursantantawi4075
    @fursantantawi4075 11 місяців тому +2

    🎉🎉 Alhamdulillah Subhanallah terbaikkk....
    🎉 Sy bangga dn kagum persahabatan bro MatMin n BahKea niii ...
    Moga kalian dipermudahkan segala urusan....
    Aamiin YRA 🎉
    #DemiLencanaDiDada ❤
    #IniMilikKita ❤

  • @kainizambinharunmoe9811
    @kainizambinharunmoe9811 Рік тому +42

    salam Tuan.. saya seorang peminat saluran Tuan.. hasil kerja Tuan sgt saya kagumi dan hargai.. Pada pandangan saya, jika lagi byk kamera yg dipasang, lagi byk rakaman hidupan liar yg dpt dirakam.. Saya cadangan Tuan membuka akaun utk sumbangan pembelian peralatan spt camera dll.. pasti ramai yg akan membantu.. terima kasih..

    • @matmin6221
      @matmin6221  Рік тому +13

      Wsalam..
      Yup, kerja ni memang memakan modal dari kamera, aksesori kamera, hinggalah kepada perbelanjaan untuk satu2 trip..
      Saya tak berani nak amik duit dari orang lain..
      Buat masa ni biarlah saya guna modal sendiri..
      Apa2 pun terima kasih kerana berniat untuk support..

    • @0408tk
      @0408tk Рік тому

      @@matmin6221 berapa kos nya kamera tu tuan?

  • @WanzTapah
    @WanzTapah Рік тому +60

    1 senyuman😊 dari Wanz tapah..memang betul² tsenyum sorang²..semua binatang² sggah 'R&R kemuncak gunung..mantap cikgu dan bah kea..memang tbaik...chanel cikgu ni betul² chanel Dokumentari yg pertama dan no 1 di Malaysia...👍🌟🌟🌟🌟🌟

    • @THiTAM..12345
      @THiTAM..12345 Рік тому +4

      Ni kwsan jakpot..byk binatang yg rare lalu lalang siap berak lg 😅..jata negara pun ade skali join pot ni..mmg terbaik 👍🏻 mat min dan bah kea..lepas ni wan pulak cari pot² yg mnarik..

    • @WanzTapah
      @WanzTapah Рік тому +1

      @@THiTAM..12345 ... Hehehe ..

    • @mohdkhairul2852
      @mohdkhairul2852 Рік тому +3

      ​@@WanzTapahWan jawapan kita minggu lepas dah terjawab..banyak binatang rare dekat R&R ni.seronok tengok masih boleh tengok real Maybank dekat hentian ni.

    • @WanzTapah
      @WanzTapah Рік тому

      ​@@mohdkhairul2852....😊😊😊...semua nya dah tjawab...Maybank ada 2

    • @mohdnabil5193
      @mohdnabil5193 Рік тому +3

      mat min ni cikgu ka?baru tau..tgk muka pon mcm muka cikgu😅

  • @wakdol7510
    @wakdol7510 Рік тому +38

    paling mantap di malaysia…terima kasihh bang…kami hargai pngorbanan abg utk kongsi video kpd kami haiwan2 rare di malaysia…semoga abg maju jaya dmurahkan rezeki…#cintailah alam flora dan fauna…

  • @muhamadfarouqadam8985
    @muhamadfarouqadam8985 Рік тому +36

    Alhamdulillah harimau malaya masih ada wujud

  • @marengprapu2090
    @marengprapu2090 Рік тому +27

    Akhirnya.... setelah sekian lama tggu kemunculan Pak belang..terharu sungguh rasa bila dpt tengok Pak belang yg dlm keadaan sihat,mudah mudahan populasi Pak belang dpt ditingkatkan Dan tak akan pernah pupus dibumi bertuah ini

    • @matmin6221
      @matmin6221  Рік тому +1

      Realiti hari ini populasinya terus merosot.. 😢

  • @nazshahandrinaa7239
    @nazshahandrinaa7239 Рік тому +20

    hampir dgn kepupusan😢, tahniah brader sedikit sebanyak memberikan kita pengajaran betapa pentingnya kelestarian hidupan liar di negara kita..

  • @Hisyam-pw3hj
    @Hisyam-pw3hj Рік тому +125

    Tahniah tuan... Anda berjaya memberikan satu video yg memberikan pengajaran utk semua rakyat Malaysia khususnya demi menjaga ekosistem flora Dan fauna dinegara kita ini... Saya mohon share video tuan ini.... Teruskan tuan membuat video yg mcm ni semoga seluruh rakyat Malaysia menanamkan sifat utk melestarikan alam... ❤❤❤

    • @matmin6221
      @matmin6221  Рік тому +7

      Terima kasih tuan..
      Insyaallah, mudah2an..

    • @Harry_Peace20
      @Harry_Peace20 Рік тому

      ​@@matmin6221lokasi tempat penemuan haiwan yang terancam ni jangan di dedahkan bang...sy sangat risau jika ada yg dah tahu dan berniat jahat mahu memburu haiwan yang terancam ni..moga Allah SWT lindungi segala hidupan liar dari perburuan dan penyakit berbahaya terancam punah..

  • @ahfudiscovery1545
    @ahfudiscovery1545 Рік тому +36

    Bila kita xtfkir n xtringat, masa tu la moment tu dapat di rakam kan.. 😄
    Den tumpang terharu dan gumbira dengan hasil rakaman dan effort MatMin n Bah Kea..
    Dapat rakam pelbagai haiwan hutan, yg rare2, special, unik2..
    Dan yg penting dpt rakam pak belang yg sihat walafiat..
    Yak yak yeaaa 😁

    • @matmin6221
      @matmin6221  Рік тому +2

      Yup betul tu..
      Rakam ikut spontan je..
      Satu lagi, masa dah tengah penat, memang dah takde mood dah nak rakam2 ni.. 😁

  • @fursantantawi4075
    @fursantantawi4075 11 місяців тому +2

    Alhamdulillah. TQ bro. Moga Harimau Malaya boleh survive hendaknya. #DemiLencanaDiDada 😊

    • @matmin6221
      @matmin6221  11 місяців тому +1

      Sama-sama serta terima kasih kembali..
      Insyaallah, mudah2an..

  • @syahril3421
    @syahril3421 Рік тому +5

    Semoga Allah merahmati segala usaha Mat Min dan sentiasa berada dalam rahmat Allah. 👍

  • @AbdulAziz-gr2ws
    @AbdulAziz-gr2ws Рік тому +8

    OMG Malayan Tiger. Waaa thank you Mat Min. Best la tengok apa yang ada dalam Hutan Malaysia ni. Harap kerajaan dapat wartakan kawasan ni sebagai Hutan simpan atau Taman Negara supaya khazanah Flora dan Fauna yang ada dalam hutan ni kekal dan tak terusik oleh kerakusan Manusia. Jangan bagi tahu orang tentang kawasan ni. Update perhilitan atau WWF ok kot. Biar kita tinggalkan untuk generasi akan datang anak cucu kita nanti.

  • @mrazzo15
    @mrazzo15 Рік тому +41

    Mat Min -The Best Wildlife Series 2023 🏆👍
    Terima kasih kepada Mat Min dan Bah Kea atas usaha anda. Episode kali ni memang meriah dan amat berharga. Banyak lagi rahsia di belantara yang saya harap akan dijaga rapi oleh saudara Orang Asli kita selamanya

  • @izhamkhairi69
    @izhamkhairi69 Рік тому +45

    Terbaik bro mat min.. hasil yg hebat apabila dapat melihat sang Raja Rimba dalam rakaman.. semua haiwan2 ni adalah anugerah alam untuk malaysia.. jadi hargailah apa yg ada di hutan2 kita

  • @ahmadabdhadi2715
    @ahmadabdhadi2715 Рік тому +16

    Alhamdulillah.. bila lihat hasil susah payahnya.kau orang berdua..kami rasa puas bila dapat melihat hidupan liar d alam nyata.. terima Kasih jasamu berdua..tak terbalas dengan wang ringgit.. moga kamu berdua sihat...dan sentiasa bahagia selalu... amin..rasa terharu la plak 😢😢😂..

  • @ridzuanosman9136
    @ridzuanosman9136 Рік тому +5

    dalam Surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:
    “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya kembali (insaf dan bertaubat).”

  • @auyoubpunya-gw2yt
    @auyoubpunya-gw2yt Рік тому +5

    Yg ditunggu tunggu akhirnya...mantap sahabat

  • @haziqhakim97
    @haziqhakim97 Рік тому +4

    Alhamdulillah saat ditunggu terima kasih . First comment 😂

  • @65rahmanMY
    @65rahmanMY Рік тому +4

    Mat min sy. cadangkan 1 kemera di pasang di area sumber air ,boleh jadi beberapa binatang akan hot spot meraka. Terima kasih usaha anda dan saudara yg mendekatkan activity hutan kita.

  • @MrPiejb
    @MrPiejb Рік тому +18

    Rasa gembira bila dapat tengok Harimau Malaya ada 2 ekor yg berbeza kalau perasan sekor perut die labuh sikit mingkin dah tua.harap matmin dpt kesana lagi utk rakam dan membuat persediaan camera yg lebih rapi lagi.terima kasih sebab kongsi pengalaman dalam hutan dengan kami.moga matmin sihat selalu👍🫡

  • @AliasIbrahim-o4o
    @AliasIbrahim-o4o Рік тому +3

    MANTAP. TERBAIK. TAHNIAH. TERUSKAN USAHA MURNI INI. SEMOGA BERTAMBAH BAIK & TERUS BERJAYA. *** INI USAHA SANGAT MURNI & BERPRESTASI TINGGI. ALLAHUAKBAR.

  • @amatzaquan2510
    @amatzaquan2510 Рік тому +16

    Alhamdulillah berbesar hati sangat dapat melihat pelbagai jenis haiwan yang jarang dijumpai terakam dalam camera kali ni... terutama sang raja rimba dan rusa sambar❤❤❤❤

    • @mohamadazam2545
      @mohamadazam2545 Рік тому

      Kuat betul hidung harimau tu dia boleh tahu ada manusia pernah dtg di situ dia siap dtg cium kamera mungkin bau bekas tangan manusia

  • @jimileehunter4050
    @jimileehunter4050 Рік тому +4

    Alhamdulillah..akhirnya dpt jg tgk Harimau Malaya, Rusa Sambar & rimau2 yg lain, Dahan/Akar/Kumbang
    Trm ksh Brader Mat Min & Bah Kea, trskan lg tuan2..
    Tunjukkan kami apa lg haiwan yg ada ddlm hutan Malaysia..
    Rahsiakan lokasi, itu yg paling penting.. 👍💪💪
    Selamat Hari Malaysia 🇲🇾

  • @lanmuda1736
    @lanmuda1736 Рік тому +33

    Tahniah, akhirnya dpt juga jumpa Harimau Malaya. Comel² haiwan² yg ada di zon pergunungan GM. TERPELIHARA mereka di situ.. Terima kasih Mat Amin dan Bah Kea... Harap kehidupan haiwan² itu terus terpelihara dan semakin bertambah. Jangan ada pemburu haram atau halal menjumpai kawasan ini.

    • @matmin6221
      @matmin6221  Рік тому +3

      Sama-sama serta terima kasih kembali..
      Yup, semoga permit memburu turut dibekukan..
      Mudah2an terus terpelihara..

  • @norizantahir1553
    @norizantahir1553 Рік тому +32

    Assalamualaikum, semoga di berikan keberkatan hidup dunia dan akhirat, terima kasih atas penjelasan yang amat berguna buat rakyat Malaysia yg mencintai kehidupan hutan, khazanah, harta' paling berharga yg ada didalam hutan Malaysia yg tinggal hari ini, kasihan sangat dah semakin pupus, kita boleh tengok sendiri babi hutan sepatutnya menjadi antara penghuni yg paling banyak didalam hutan belantara, tapi dalam video ini kita boleh lihat tinggal seekor dia saja,ini bermakna , makanan untuk dimakan oleh harimau pun dah tak ada,.kita boleh fikir kedepan nanti apa akan terjadi pada harimau Malaya bilae sumber makanan xada,pemburu haram pula banyak,lama kelamaan habis binatang dalam hutan kita.

    • @matmin6221
      @matmin6221  Рік тому +1

      Waalaikumussalam..
      Sama-sama serta terima kasih kembali..
      Populasi kesemuanya semakin menurun saban tahun.. 😢

    • @norizantahir1553
      @norizantahir1553 Рік тому +1

      Terus lah perjuangan untuk melestarikan alam semesta,hutan Malaysia yang amat-amat tenat, kerana kerakusan tangan manusia sendiri,kalau ada perlukan pertolongan,kami sedia, dan saya yakin banyak lagi yang akan menyokong perjuangan saudara, HUTAN KITA, WARISAN KITA, kita lah yg akan menjaga nya, kalau bukan kita siapa lagi??

    • @LawAbidingCitizen117
      @LawAbidingCitizen117 11 місяців тому

      Babi hutan di kampung2 banyak. Kat taman perumahan pun ada. Mungkin disebabkan hutan dah banyak ditebang, mereka lari keluar cari makanan.

  • @nendahana9921
    @nendahana9921 Рік тому +28

    Alhamdulillah 🤲. Seronoknya dpt tahu dan tengok Harimau Belang dan beberapa species Kucing Liar Besar terlihat dlm rakaman. Tahniah dan terima kasih Tuan Mat min berkongsi dengan kami. Diharap terus terpeliharalah kawasan ini.😍🤩🤩

    • @matmin6221
      @matmin6221  Рік тому

      Sama-sama serta terima kasih kembali..
      Mudah2an terus terpelihara.

  • @ICTicon
    @ICTicon Рік тому +4

    Sihat2 belaka❤❤❤
    Mudah--mudahan khazanah rimba ini sentiasa dalam perlindunganNya....

  • @fadshahfadshah
    @fadshahfadshah Рік тому +1

    mantap sahabat... JOM!!! majoriti yang terakam aku nampak JANTAN je...

  • @ahman7581
    @ahman7581 Рік тому +22

    Asalamualaikum Mat.
    Semasa Mat ambik camera hari tu, Mat tak rasa gerun ke? Haiwan yang terakam dalam camera Mat kebanyakkan haiwan2 predator.
    Sungguh puas hati tengok video Mat kali ini. Terima kasih mat. Semoga Mat sentiasa dilindungi ALLAH SWT Amin dan Semoga Mat terus maju jaya dalam dunia youtuber Mat amin...

    • @matmin6221
      @matmin6221  Рік тому +6

      Waalaikumussalam..
      Uih, siapa cakap tak gerun..
      Memang seram, sorang2 pulak tu..
      Dengan terpandang kiri kanan pokok2 ada banyak kesan cakar..
      Dan lepas amik kamera sorang2 tu sebenarnya saya tersalah jalan..
      Masa tu takde nak rakam2 dah.. 😬

  • @mhdaazn9355
    @mhdaazn9355 Рік тому +5

    Assalamualaikum Mat Min.. nak tgok video dulu baru komen... x sabar nak tgok penghuni hutan GM ni sebenrnya 😊

  • @muhamadasyrafmdsalleh9278
    @muhamadasyrafmdsalleh9278 Рік тому +4

    Alhamdulillah... 2 haiwan yg paling saya nak tengok dlm video mat min ni... Harimau dan rusa... Dua2 ada.. rasa puas hati. Walaupun bukan saya yg tempuhi perjalanan jauh untuk pasang kamera ni... Tapi hati rasa puas sangat.... Terima kasih mat min 👍👍👍

  • @JayJay-sb3ib
    @JayJay-sb3ib Рік тому +2

    Sambar deer. 👍👍👍👍👍

  • @P10462
    @P10462 Рік тому +3

    Lama yg ditunggu-tunggu..Perkabaran yg menarik, seronok diikuti..

  • @sohaimijeniang9609
    @sohaimijeniang9609 Рік тому +6

    Boleh kongsi dgn pihak berwajib utk kredit..tahniah mat min..anda berjiwa bsr..kip it up💪💪🐯🐅

  • @uwaisumaruzair
    @uwaisumaruzair Рік тому +5

    Alhamdulillah terbaik tuan mat min semoga haiwan2 dapat hidup dgn aman disitu

  • @kecikwan126
    @kecikwan126 Рік тому +2

    Video Yg Cukup Menyentuh Hati.....Penat Lelah Panjat Gunung Pasang Camera Berbaloi..... Terima Kasih Atas Perkongsian Video Nya #matmin

  • @BANGNETT_1n9
    @BANGNETT_1n9 Рік тому +3

    Best2👍👍👍

  • @dausschannel
    @dausschannel Рік тому +12

    Alhamdulillah gembira tengok khazanah hutan kita❤️👍🏼

  • @mahzanisa5214
    @mahzanisa5214 Рік тому +12

    Teruskan usaha.. 👍👍👍 Saya suka sangat bab2 pemuliharaan haiwan ni.. terutama Harimau Malaya.. Channel ni juga boleh mendedahkan kepada kita jenis-jenis haiwan yang kita tak sangka ada dalam hutan Malaysia 😊

  • @Norman57
    @Norman57 Рік тому +4

    Yang dinantikan sudah tiba

  • @mamatpakpoi1336
    @mamatpakpoi1336 Рік тому +12

    Harimau Malaya ❤

  • @razakrazali147
    @razakrazali147 Рік тому +1

    Memang kawasan tu byk hidupan liar ke Tuan?
    Saya harap dgn video ni dpt pihak2 berkuasa melindungi segala khazanah flora & fauna di kawasan terbabit.

  • @iqmalxuqree3520
    @iqmalxuqree3520 Рік тому +4

    dalam banyak2 tengok episod abang mat min,episod ni paling terharu dan sedih,terima kasih mat min, ❤, #harimauMalaya

  • @sharbandarrimau8448
    @sharbandarrimau8448 Рік тому +2

    Allah😁 ada lagi yang perlu dilindungi pada Malaysia ini 🇲🇾

  • @BabamunirMunir
    @BabamunirMunir Рік тому +11

    Assalamualaikum wbt...Satu perkongsian yg amat2 terbaik....moga bro mat min di beri kesihatan dan kekuatan sentiasa utk merungkai flora dan fauna di negara kita....aamiin...from sabah.

  • @zulkepliabusamah4920
    @zulkepliabusamah4920 3 місяці тому +1

    Alhamdulillah teruskan perjuangan walaupon bertongkat dagu. Pertahankan hutan kita yg mana inile pertahanan akhir kita bila musuh cuba menaluki Malaysia...😍✅

  • @ryanabeauty7172
    @ryanabeauty7172 Рік тому +4

    Mmg jackpot tempat abg pilih kali ni.. power abg. Mohon abg dpt lg bnyk rezeki dari Allah

  • @Johorfishinghazrin
    @Johorfishinghazrin Рік тому +2

    Alhmdulilah.. x rugi hari ni tengok youtube.. dh mcm tengok nationalgeografi.. trbaik mat min..moga maju jaya..

  • @nazri6669
    @nazri6669 Рік тому +7

    Allahuakbar...masih ada harimau Malaya...

  • @momosalesgarage9596
    @momosalesgarage9596 Рік тому +2

    Abg min, terima kasih banyak2 saya ucapkan kerana dapat buat video cmni, dapatla kami kenal flora, fauna dan ilmu2 alam dalam negara kita. semoga pahala mengalir untuk abg min.

  • @ppaumohamadazli8704
    @ppaumohamadazli8704 Рік тому +18

    Allahuakbar,,,alhamdulillah terima kasih mat min kerana berkongsi dgn kami semua tentang kehidupan didlm hutan dinegara kita sendiri ,,,Leopord tu sgt cantik corak bulu nya,,,alam ciptaan Allah swt,,,terima kasih sekali lagi buat mat min dan sahabat,, semoga sihat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat,,, aamiin

    • @matmin6221
      @matmin6221  Рік тому +4

      Sama-sama serta terima kasih kembali..
      Semoga mereka semua bebas menjalani kehidupan di habitat asal tanpa campur tangan manusia..

  • @RaizuJi
    @RaizuJi 6 місяців тому

    Konten macam ni la bagus letak kat youtube. Sebagai seorang yg gilakan haiwan liar mmg gembira ada jugak orang malaysia yg buat macam ni. mantap bro teruskan lagi rakaman

  • @mohdkhairul2852
    @mohdkhairul2852 Рік тому +12

    ini lah video yang kami terlalu nantikan.kami pengemar channel mad min ingin melihat kehadiran harimau di hutan bebas.akhirnyaaaaaaa..syukur kepada Allah kami semua dapat melihat populasi harimau dihutan masih ada.syukur ya Allah.rasq bahagia sangat².saya pasti penonton setia chanel ni mesti turut merasa bahagia.kawasan GM ni betul² untuk haiwan yang betul² rare.subhanallah..banyak lagi haiwan yang betul² rare.terima kasih mad min.sudi berkongsi.tak sia² saya subcibe chanel ni.ini binatang yang saya tertunggu tunggu setiap kali menonton video ni.terima kasih sekali lagi.

    • @WanzTapah
      @WanzTapah Рік тому

      Hehehe ...dah tbukti kn Maybank hutan ada,agro bank,BSN semua muncul di hutan GM..😂😂😂😂😂

    • @muhdshafik3893
      @muhdshafik3893 Рік тому +2

      Harap sangat hutan GM ni dapat dipelihara daripada pemburu haram. Amin

    • @iqbalzdin9885
      @iqbalzdin9885 2 місяці тому

      ​@@WanzTapahmaaf tnya GM tu maksud dia gua musang ke tempat lain

  • @JayJay-sb3ib
    @JayJay-sb3ib Рік тому +2

    Harimau AKAR 👍👍🙏🙏

  • @saemally9354
    @saemally9354 Рік тому +6

    Alhamdulillah...masih ade lagi haiwan liar wlpon rare sgt dh kat hutan kita...t.kasih byak2 abg mat min...ats usaha abg kami dpt tgok haiwan liar ni...moga abg dpermudahkan sgla urusan...dmurahkam rezeki..aminn

  • @ridzuan6351
    @ridzuan6351 Рік тому +1

    MashaALLAH.. Terbaik informasi ini BoszQue

  • @UlwanX
    @UlwanX Рік тому +5

    Ada mentega kacang sun bear lahh

  • @zulkiflinoordin7033
    @zulkiflinoordin7033 Рік тому +1

    Alhamdulillah terbaik. 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

  • @Oppa-fg8fg
    @Oppa-fg8fg Рік тому +7

    Salam bang sy mohon tolong rahsia kan tempat tu....semoga anak cucu kita dapat kenal lagi mana harimau malaya..

  • @zulkiflimamat3474
    @zulkiflimamat3474 Рік тому +2

    Terbaiklah tuan hadir👍👍

  • @nasirnoordin
    @nasirnoordin Рік тому +4

    Alhamdullillah. Satu usaha yang mantap daripada Mat Min utk semua penggemar channel ni. Kena plak video kali ni ada spesis kebanggaan umat Malaysia. Syabas Mat Min.

  • @ainulamin1220
    @ainulamin1220 Рік тому +2

    Mantap👍

  • @bdr6414
    @bdr6414 Рік тому +6

    Perkongsian yang hebat

  • @ryowatanabe3220
    @ryowatanabe3220 Рік тому +2

    Moh msk banjaran bintang hijau bro..bnyk lg habitat kt sini..

  • @Ahli_Nitezen
    @Ahli_Nitezen Рік тому +3

    Pentingnya kita ada hutan yang eko sistemnya baik untuk kehidupan haiwan liar dihutan.👍👍👍
    ♥️🇲🇾♥️

  • @mohdariff5557
    @mohdariff5557 Рік тому +4

    Terbaik 👍

  • @hishamwakimin5520
    @hishamwakimin5520 Рік тому +15

    terbaiklah bro...rakaman yg bro ambil di hutan zon itu amat bernilai sekali utk bukti yg hutan kita nasih ada haiwan yg kita banggakan masih ada lagi di hutan kita...terimakasih tk terhingga kpd bro mat min kerana kesungguhannya nembuat sesuatu yg amat berharga untuk menjaga alam liar kita dgn tanpa bntuan dri yg berwajib...bravooo bro...🎉🎉🎉❤

    • @matmin6221
      @matmin6221  Рік тому +1

      Sama-sama serta terima kasih kembali..
      Walaupun ia masih ada, tetapi ada dalam bilangan yang teramat sikit..

    • @amarkhansyah4873
      @amarkhansyah4873 Рік тому

      @@matmin6221 boleh x kita tangkap smua skali kmudian kita biakkan jumlah yg Bnyak kmudian baru kita lepaskan d hbitat asal? Msa yg sma kita ketatkan undang2 & ajar ddik ryat jaga haiwan hutan? Boleh ke?

  • @mr.president4515
    @mr.president4515 Рік тому +1

    rimau pegi dekat kamera tu sbb ade bau yg asing iaitu bau bekas manusia hadir situ,bayangkan kalau kita ade dlm hutan tu seram oooooo.itulah kelebihan yg Allah bg pd sume ciptaan Dia 😊😊..ni kalu hunter tau ni hbis la,hope lokasi ni kekal selamat n aman mcm tu tanpa ade aktiviti org2 yg tidak bertanggungjawab kt situ..apa2 pn terbaik tuan mat min 😘👍

  • @tembikaimanis4443
    @tembikaimanis4443 Рік тому +4

    Terbaik bang MAT MIN❤👍Ribuan terima kasih abang Mat Min n Rakan.Hasil usaha Kerja keras..Dapat Membawa ke Alam Sebenar Hutan Rimba dan Haiwan²liar..Terpegun dapat melihat Raja Rimba Terakam jarak Dekat dan Haiwan² yg jarang di lihat..Alhamdulillah Aamiin🤲 👍👍👍👍💖🇲🇾

  • @mohdfarihan1896
    @mohdfarihan1896 8 місяців тому

    Channel mcm nie yg patut ada dlm siaran tv malaysia bkn pasal artis n jenayah jeeer...tq bro...

    • @animjfr
      @animjfr 7 місяців тому

      Setuju. Bagi kesedaran utk sayangi hidupan liar negara kita pada semua.

  • @Turiposchannel
    @Turiposchannel Рік тому +4

    Syukur msh bermcm binatang d zon hutan ini moga terjaga...

  • @lanhazim796
    @lanhazim796 Рік тому

    Terbaik sobat.. semoga dipermudahkan segala urusan.

  • @lartopokoya6198
    @lartopokoya6198 Рік тому +3

    Sado badan ko pak belang 👍👍

  • @sharolhelmemokhtar8865
    @sharolhelmemokhtar8865 Рік тому +2

    7:26 sihat nya dia....

  • @elmeazrin5910
    @elmeazrin5910 Рік тому +4

    Alhamdulillah...akhirnya penantian yg memberi kepuasan kpd abg & penonton yg sentiasa menunggu video2 abg😊akhirnya muncul juga sang raja rimba yg sudah hmpir pupus dekat hutan hujan kita ni dan nmpk sihat2 raja rimba di kawasan tu...terima kasih abg mat min di ats usaha abg ni yg x smua org mampu buat👍🏼👍🏼🎉 🎉😘

  • @botak8759
    @botak8759 Рік тому +5

    Alhamdulillah..semoga mereka semua terus membiak dan semoga khazanah hutan kita terus terpelihara sampai bila2..

  • @Eton2308
    @Eton2308 Рік тому +4

    Syukur masih lagi ade walaupun dengan bilangan yg kecil :
    1- Malayan Tiger
    2- Sambar Deer
    Memang boleh dikategori kan sebagai spesis "Rare". Bersama sama lah kita menjaga kehidupan penghuni hutan Malaysia agar tidak pupus sama sekali. 10 atau 20 tahun akan datang masih lagi boleh lihat haiwan² ini mendiami hutan Malaysia. Tq brader Mat Min 🤝🤝 u are the best bro👍👍next video bro...

  • @wadial-ali2292
    @wadial-ali2292 Рік тому +1

    Orang biasa akan ambik langkah seribu menjauhi dari kawasan liar / Harimau... Mat Min ni lagi dia dekat pasang camera... mmg luar biasa !...

  • @RosdeenBassri
    @RosdeenBassri Рік тому +8

    Semoga terus terpelihara khazanah hutan kita... ❤❤❤

  • @muhdshafik3893
    @muhdshafik3893 Рік тому +1

    Alhamdulillah syukur dapat melihat kucing2 besar dihutan Malaysia❤.
    Yaallah sesungguhnyaa kau maha pelindung ❤. Korang semua boleh terfikir tak apa yang dihadapi oleh sabahat kita matmin. Risiko yang teramat besar bersama2 kucing besar masyaallah ❤ sesungguhnyaa niat yang baik insyaallah allah melindungi sabahat kita matmin . .
    Dan pada pemburu haram yang melihat video or baca comment ini . Harap korang diberikan hidayah dan insaflah wahai sabahat. . Kalau sahabat berniat juga memburunya, moga kalian diberikan balasan daripada allah s.w.t dan mempersulitkan segala urusan anda semua .

  • @amroolzakry3867
    @amroolzakry3867 Рік тому +3

    9:30 wakanda forever!!!🙅🏻‍♂️🙅🏻‍♂️🙅🏻‍♂️
    17:17 fulamakkkkkk!!!
    Terbaik dan mantap tuan mat min. Kami dapat membuka minda,ada haiwan selama ni yang kami tak tahu pun kewujudannya👏👏👏👏👏

  • @alexandriaperseus2233
    @alexandriaperseus2233 Рік тому +1

    Sebak wei,harimau yg menjadi kebanggaan negara kita terakam dlm video abg mat min dn juga di ambang kepupusan,ya allah lindung la makhluk ciptaan mu ini dari jahat nya tangan manusia ya allah.😢

  • @aboh74
    @aboh74 Рік тому +5

    Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih atas perkongsian yang bercampur baur antara gembira, sedih dan bangga. Semoga Mat Min, Bah Kea dan rakan2 lain sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. Berdebor rasa masa Mat Min pergi ambil kamera tu sorang2...

  • @MAPIOH
    @MAPIOH Рік тому

    🏆🏆🏆..Terbaik 👍👍👍😎👌

  • @aqashaaa
    @aqashaaa Рік тому +4

    Ya allah lindungi lah mereka daripada manusia durjana dan rakussss

  • @riduan1949
    @riduan1949 Рік тому +3

    terbaik sumbangan saudara kepada pencinta alam. terima kasih kerana bersusah payah merakam moment yang dinanti nanti kan.

  • @dinaradami4351
    @dinaradami4351 5 місяців тому

    Saya sangat bargain Hamilton kerja anda. Alhamdulillah kami dapat melihat wild life kita. Species kucing kecil dan besar jarang dapat dlihat live. Terima kasih semoga anda teruskan usaha anda.

  • @mohdradzibinismail5802
    @mohdradzibinismail5802 Рік тому +9

    Alhamdulillah... seronok masih lagi dapat melihat binatang liar di habitat semulajadinya, terutamanya Pak Belang, Beruang Matahari dan Rusa Samba
    Terima kasih banyak Mat Min kerana berkongsi video dan pengalaman

    • @matmin6221
      @matmin6221  Рік тому +1

      Alhamdulillah...
      Sama-sama serta terima kasih kembali tuan..