Rahang kena kepit sakit oii || Helmet Givi M30.3 || Jai Do It

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 17 вер 2024
  • Review awal tentang helmet Givi M30.3 D Visor setelah pakai untuk ride. Pembelian dibuat di Eng Heng Motor Parts Sdn. Bhd. Dealer Givi di Teluk Intan, Perak. Dinasihatkan kepada yang nak membeli, buat fitting test selama sekurangnya 15 minit tanpa buka visor. Geleng ke kiri dan kanan serta angguk ke atas dan bawah untuk merasakan samada helmet terlalu ketat atau terlalu longgar. Tonton sampai habis untuk tips fitting test. Ada pesanan khas kepada yang bercadang nak beli. Butiran produk seperti dibawah
    Jenama: Givi
    No Model: M30.3
    Jenis: "Double visor openface"
    Harga: RM270

КОМЕНТАРІ • 97

  • @knightkiller24
    @knightkiller24 2 роки тому +7

    terbaik content bang..isi padat dan sangat membantu untuk orang macam saya yang baru nak survey givi m30.3 ni 👍

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому +1

      Terima kasih kerana menonton. Harap beri manfaat. 👍

  • @duraath
    @duraath 2 роки тому +4

    siapa pakai spek rabun. elok cuba di kedai untuk fitting. padding dia makan masa lama utk break. visor bole tuka kepada smoke. shopee ada jual. sbb bagi saya inner visor dia agak gelap. sekadar share exp di sini.
    mantabbb bro channel. suara jelas. teruskan berkarya. 👌👍

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому

      Terima kasih kerana menonton dan support. Terima kasih juga untuk info. 👍

  • @DesChan-xu5xz
    @DesChan-xu5xz 4 місяці тому

    Nice 👍🏼 saya setuju the best is to go to retail shop and proper test fitting

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  4 місяці тому

      Yes you are right. Thanks for watching and please subscribe for more video soon. 😊

  • @smoothoperatorradio4427
    @smoothoperatorradio4427 2 роки тому +1

    Review yg sempoi n sedar diri..terbaik bosku

  • @noormastor
    @noormastor 3 роки тому +3

    Terima kasih share pengalaman dan tips. Slmt xbeli lg m30.3 ni kat shope😅 kena walk in juga selamat

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  3 роки тому

      Terima kasih kerana menonton. Ya memang kalau nak selamat kena test dulu. Baru tau saiz paling sesuai. Sebab size chart dia pada saya tak kena dengan semua jenis kepala. Selamat membeli. 👍

  • @tsbkttkr
    @tsbkttkr 2 роки тому +1

    Tq qtas reviewnya..bercadang nk.beli hlmet givi ni

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому +1

      Terima kasih kerana menonton. Dengan harga lebih kurang sama, boleh beli KYT Openface juga. KYT lebih byk lagi design menarik. Mungkin boleh juga usya. Mana tau ada yg menarik. Apa2 pun, kena fitting test sebelum beli. Cuba pakai sekurangnya 10-15 minit utk tau saiz ok atau tak.

  • @qazthegreat1068
    @qazthegreat1068 Рік тому +1

    Aku pakai ok sebelum beli ukur lilit kepala. First guna dalam seminggu memang sakit lepas tu toam tu akan ikut bentuk kepala dan muka. Sampai sekarang masih fit takde longar. Helmet ni memang terbaik ringan dan wind noise tu kurang pakai intercom best. Dan baru baru ni beli m35 scudo model open fave terbaru givi tp kurang sikit sebab highprofile dan ade noise.

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  Рік тому

      Tahniah helmet baru dan terima kasih menonton. Mohon subscribe sebagai tanda support ya. 🙏🏼

    • @umarraimi4305
      @umarraimi4305 8 місяців тому

      Hi bro, Ada slot intercom ya helmet ni? Kalau tak ada slot ok tak pakai intercom kat helmet ni? Selesa tak?

  • @mantapakabu74
    @mantapakabu74 2 роки тому +1

    elok sangat, baru nak beli satu unit'

  • @atea4001
    @atea4001 2 роки тому

    Good info...nasib tak beli lagi. Biasa pakai L. Mcm ni kena test elok2 baru beli... terima Kasih.

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому +1

      Untuk saya, kalau beli helmet, glove dan kasut, wajib test kat kedai la. Sbb kalau tak fit, benda tak boleh adjust dah. Anyway terima kasih menonton

  • @lemi7403
    @lemi7403 3 роки тому +2

    Modular mmg akan kuat sket bunyi angin kalo nk banding ngn btul2 fface

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  3 роки тому

      Terima kasih menonton. Saya tak sure helmet yg ni dalam jenis modular ke tak. Kalau tak silap ini jenis open face. Kalau modular saya ada gak model MT Atom. Tapi sejak beli tak pernah pakai sebab bagak amat. Udah mcm alien 😂

  • @zulmajdilhafiz4649
    @zulmajdilhafiz4649 2 роки тому +1

    Terima kasih atas perkongsian. Mmg tgh cari helmet double visor. Givii m30.3 antara pilihan no.1 stakat ni..

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому

      Terima kasih kerana menonton. Ya setakat ni saya mmg pakai helmet ni ja. Belum ada rasa nak cari helmet lain pon. Sedap & selesa. Tapi tulah, lebih baik beli di kedai buat fitting. Jangan main beli je online. Takut x ngam. 👍

  • @kenny347
    @kenny347 2 роки тому +1

    smlm ride pakai arc bukan fullface.. sbb nak senang borak dgn bini kan.. smlm dari cameron hujan sampai kl sampai rawang dah 8pm
    .. dah la arc pakai visor rainbow.. sumpah masa ride nak tukar helmet double visor..
    tq for the video bro

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому

      Rider kental ni boleh ride sepanjang jalan hujan. Elok bro ambik double visor. Siang malam, hujan panas boleh senang ride.

  • @yggdrssil00
    @yggdrssil00 Рік тому

    Nasib baik beli walk in wlupun mahal dkat rm50 dari shopee, mula2 nak amek L dah ngam, ketat sikit je tapi bila fikir tujuan beli utk pkai long distance 8 jam nak pakai ni better amek yg longgar takut lama2 jadi sakit so angkat xl jugak.

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  Рік тому +1

      Ya sebaiknya memang kena fitting kat kedai. Beli kat shopee ni tulah risikonya. Takut saiz tak kena. Terima kasih menonton. Sila subscribe untuk video seterusnya. 😊

  • @hafizghazali5092
    @hafizghazali5092 2 роки тому

    Saya urb selalu buat rondaan memang selesa . Mntap givi

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому

      Alhamdulillah. Ya betul memang mantap. Team URB di area mana ya? Terima kasih kerana terus berkhidmat.

  • @mohdfarouqidris
    @mohdfarouqidris 3 роки тому

    Nice review bro! Mcm pilot fighter jet la!

  • @abdulhadirazali8073
    @abdulhadirazali8073 3 роки тому

    Woww... utuber

  • @motofaz
    @motofaz 2 роки тому +1

    nice review bang..agak2 kalau pasang bluetooth intercom, dia mengganggu handle utk visor tu tak?

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому

      Terima kasih menonton. Saya tak pasti pasal ni sebab baru bercadang nak pasang hjg mgg ni. Tapi kawan saya dah pasang kat helmet sama nampak mcm tak mengganggu je.

    • @motofaz
      @motofaz 2 роки тому

      @@jaiiskandar4713 nnt dah pasang buat review bang.

  • @rrmug
    @rrmug 2 роки тому

    baru beli model ni saiz L memang cengkam rahang sakit takbleh bincang punya. saya jual balik murah-murah. takde kualiti punya helmet

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому +1

      Sebenarnya bukan takde kualiti. Tapi beli helmet ni kena buat fitting kat kedai untuk pilih saiz. Kalau beli online dengan mengikut ukuran saiz kepala sahaja tak memadai. Tapi lepas setahun saya pakai, saya perasan span dah tak berapa ketat lagi. Mungkin ambik masa utk span ikut bentuk muka.

  • @OneLoveStudio4644
    @OneLoveStudio4644 3 роки тому

    Thanks bro...good info.. 👍

  • @moviemania6142
    @moviemania6142 3 роки тому +2

    assalam, nak tanya, ada perbezaan x saiz cengkerang S-XL? atau sekadar padding saja makin kecil

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  3 роки тому +1

      Setahu saya la, saiz S ja yg lain cengkerang. M-XL sama cengkerang tapi padding berbeza. Kalau tak silap. Yang ni kena study lebih sikit buat rujukan di web Givi. 😅
      Terima kasih kerana menonton. 👍

  • @izanafiza
    @izanafiza 2 роки тому

    Tq.. aikit lagi nak order kat shopee

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому +1

      Bagi saya, benda yg tak boleh order online ialah kasut, glove dan helmet. Lebih baik pegi kedai utk cuba pakai baru beli. Terima kasih menonton.

  • @mystique_2k874
    @mystique_2k874 2 роки тому

    pipi abam sihat tu,kikiki....dlm pipi simpan makanan...

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому

      Hahaha itu memang tak dinafikan. Untung la mereka yg pipi tirus tu. 🤣

  • @CYLing90
    @CYLing90 2 місяці тому

    Angin masuk hujan masuk tak?

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 місяці тому

      Setakat saya pakai dah 3 tahun ni, tak masuk air. Tapi ventilation atas kena pastikan tutup. Visor pon kena tutup habis. Kalau visor terangkat sikit pun, air akan masuk kat atas sebab tak kedap dengan getah lining. Angin tu konfem la masuk ikut bawah. Bunyi angin pun kuat juga.

  • @fadilha7488
    @fadilha7488 3 роки тому

    Mmg minat yg ni, sedang mencari. Tapi pegi kedai bnyak ckp tak jual.

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  3 роки тому

      Mungkin sebab kerap PKP ni stock jadi terhad kot. Atau model baru dah nak keluar. Terima kasih menonton. 😊

  • @mhdkhalidbinawang8076
    @mhdkhalidbinawang8076 2 роки тому

    Cuba bgi tips beli helmet

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому +1

      1. Ukur saiz kepala mengikut panduan brand helmet yg nak dibeli. Panduan boleh google.
      2. Pegi kedai, mula dengan saiz helmet mengikut ukuran saiz kepala. Pakai dan ikat tali. Pusing kepala kiri kanan, atas bawah. Helmet takkan bergerak kalau saiz ngam dengan kepala. Kalau ada bergerak-gerak, saiz tu besar. Tunggu 2-3 minit, kalau rasa sakit pada ubun-ubun atau kiri kanan kepala, saiz tu kecil.
      3. Untuk helmet jenis open face, pastikan pakai sambil tutup visor. Kalau ada rasa sakit kat rahang, maknanya saiz kecil. Kena pastikan takda rasa rahang terkepit.
      4. Untuk yg ada double visor, pastikan cuba visor sebelah dalam. Kalau terkena pipi, mungkin saiz kecil atau helmet tu sendiri tak sesuai. Sebab visor dlm yg kena pipi, selepas long ride, akan tinggalkan kesan garis atau lebih teruk luka halus yg pedih.
      5. Kalau anda jenis ride pakai balaclava, pastikan fitting 1-4 dengan pakai blaclava.
      Beli helmet dinasihatkan beli dikedai. Kalau beli online, ada risiko terlalu ketat atau terlalu longgar. Barang yg saya rasa wajib buat fitting test adalah helmet, glove & kasut.

  • @fikrighazali3344
    @fikrighazali3344 2 роки тому +1

    Kalo nk pasang intercom pd helmet m30.3 ni, ok x dari segi keselesaan dalaman (padding)?

  • @ridercun1
    @ridercun1 Рік тому

    9:00

  • @asrafsmddn4753
    @asrafsmddn4753 3 роки тому

    salam bro, clip padding interior atas tu bila first time buka sahaja ya ketat? saya buka cuci pasang balik clip tu dah tk boleh ketatkan

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  3 роки тому

      Waalaikumussalam. Saya pernah buka cuci sekali je. Pastu dah pkp jarang ride tak cuci dah. Setakat ni elok je ketat takde masalah. Clip pecah kot. Cuba cek balik. Terima kasih kerana menonton. 👍

  • @Oriolus1
    @Oriolus1 3 роки тому

    Salam bro blh buat review givi m30.2 presto?

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  3 роки тому +1

      Waalaikumussalam. Kalau tak silap, 30.2 dan 30.3 tak byk beza. Ketara beza bahagian clip visor ja. Lagipun kedai givi tempat saya dah takde model tu. Maaf. Terima kasih kerana menonton.

    • @Oriolus1
      @Oriolus1 3 роки тому

      @@jaiiskandar4713 terima kasih atas perkonsian pendapat tuan

  • @hafisadnan6047
    @hafisadnan6047 2 роки тому

    Ukur lilit kepala abg berapa? Ambik saiz APA?

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому

      Ukur lilit 58. Ambik saiz XL. Kalau ikut gambar panduan patut saiz M tak silap. Saya pakai L pon sakit sbb kepit rahang bila tutup visor

  • @inchigokurosaki8324
    @inchigokurosaki8324 2 роки тому

    Helmet ni kalau compare dengan Arc mana lagi bising bunyi angin masuk?

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому

      Saya tak pasti sebab tak pernah pakai ARC. Tapi Givi ni boleh tahan juga bising anginnya. Kalau pakai Balaclava kurang sikit. Kalau pakai earplug lagi banyak kurangnya.

  • @hasyimzach8466
    @hasyimzach8466 3 роки тому

    salam bro.. 2nd visor tu ada kelegaan yg cukup tak tuk org yg bercermin mata?

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  3 роки тому +1

      Waalaikumussalam. Saya tak pernah cuba. Tapi rasanya macam ngam2 boleh untuk spec mata kecil. Saya berada luar kawasan sampai jumaat. Nanti saya balik saya akan cuba dan beri jawapan sebenar. InsyaAllah.

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  3 роки тому +4

      Saya dah test, byk ruang kelegaan. Saya siap pakai rayban wayfarer utk test. Boleh lepas.

    • @rafidahmansor3963
      @rafidahmansor3963 3 роки тому

      cukup..

  • @mhdkhalidbinawang8076
    @mhdkhalidbinawang8076 2 роки тому

    Salam ..helmet kena kesesuain dgn motor ke

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому

      Waalaikumussalam. Tak semesti bos. Ikut keselesaan sendiri. Nak lebih selamat, pakai fullface.

  • @chaoticprimeful
    @chaoticprimeful 2 роки тому

    air hujan masuk tak belah getah visor tu?

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому +1

      Setakat yg saya pakai kalau hujan, air masuk kat lubang angin atas tu sikit2. Kena tutup yg tu je. Lain takde. Tapi saya takdelah redah hujan lebat pon. Setakat renyai2 je adalah redah.

    • @chaoticprimeful
      @chaoticprimeful 2 роки тому

      @@jaiiskandar4713 bereh. Terima kasih atas maklumat.

  • @farhanamin4567
    @farhanamin4567 2 роки тому

    Assalamualaikum bang nk tnye, abg beli helmet givi tu kt kedai mana ye?

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому

      Waalaikumussalam. Saya beli di dealer Givi di Teluk Intan, Perak.

    • @farhanamin4567
      @farhanamin4567 2 роки тому

      @@jaiiskandar4713 okay bang terima kasih

  • @edyazhar7500
    @edyazhar7500 3 роки тому

    visor kaler2 ada jual ke.. model apa bole masok

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  3 роки тому +1

      Ada jual. Search kat shopee visor M30.3. Keluar la nanti. Mcm2 color n harga ada. Pastu search kat youtube cara2 buka dan pasang visor. Salah cara boleh patah. Hati2. Terima kasih menonton.

  • @mohdsanusiismail7055
    @mohdsanusiismail7055 2 роки тому

    Helmet ni beli kt mana bang.. Brape harga

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому +1

      Saya beli kat dealer givi teluk intan, perak. Sbb saya regular customer, saya dpt harga rm240 ja. Standard RM270-280 mcm tu

  • @eunosensem
    @eunosensem 3 роки тому

    quick release type - lock tali tu...

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  3 роки тому +1

      Ya betul. Terima kasih kerana menonton.

    • @eunosensem
      @eunosensem 3 роки тому

      @@jaiiskandar4713 sama2 boss

  • @muhammadfirdausbinabdullah1541
    @muhammadfirdausbinabdullah1541 2 роки тому

    Saya beli yang solid white punya

  • @emangpinter5724
    @emangpinter5724 2 роки тому

    Helm zeus kah?

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  2 роки тому

      Bukan. Ni helmet Givi M30.3 Double Visor.

    • @emangpinter5724
      @emangpinter5724 2 роки тому

      @@jaiiskandar4713 kerjasama givi dengan zeus kah? Sangat mirip dengan zeus zs 611

  • @rafidahmansor3963
    @rafidahmansor3963 3 роки тому

    Quick realese

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  3 роки тому

      Ya betul. Nak mengingatkan perkataan tu jenuh 😁. Terima kasih menonton.

  • @akmalharon5749
    @akmalharon5749 3 роки тому

    Apa beza givi m3.30, m3.20 dan m3.10?

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  3 роки тому +2

      Terima kasih kerana menonton. Bezanya
      M30.1 - design bulat sket. Single visor
      M30.2 & M30.3 design lebih kurang sama bujur telur dan dua2 double visor. M30.2 lebih awal keluar

    • @akmalharon5749
      @akmalharon5749 3 роки тому +1

      @@jaiiskandar4713 Terima kasih banyak ye untuk pencerahan. Lagi satu nak tanya, saiz kepala saya ngam ngam 58 cm. Kalau ikut helmet givi tu saiz M. Lebih baik amik saiz L atau kekal saiz M ?

    • @hermanhiew9791
      @hermanhiew9791 3 роки тому +1

      @@akmalharon5749 ambil lebih 1 size biasa bro. 3.01 Ceilo Saya pakai M, 3.03 Kali ni kena ambil L Pula. Maybe sebab bentuk bujur sikit yg Ni. 🤭

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  3 роки тому

      @@akmalharon5749 maaf lambat reply. Utk kepala saya, saiz 58 juga. Patut saiz M tapi saya ambil saiz XL. Sbb pipi saya gemuk. Kalau ambil L nanti rasa sakit kena kepit kat rahang bila tutup visor. Kalau bagi yg pipi kurus, saiz L ok dah insyaAllah.

    • @jaiiskandar4713
      @jaiiskandar4713  3 роки тому

      @@hermanhiew9791 terima kasih untuk perkongsian 👍