resepi roti boy homemade guna roti putih je. mudah dan sedap. roti boy memang wangi.

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 13 лип 2022
  • resepi roti boy homemade guna roti putih je. Sedap, wangi dan mudah je. Resepi roti boy Garing di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam. Gabungan rasa kopi dengan butter dan gula sugguh sepadan. Bahan yang minima , mudah pula menyediakannya dan rasa yang sangat sedap. Satu lagi idea menarik untuk roti putih yang berbaki di rumah kita. Jom masuk dapur.
    Bahan - bahan resepi roti boy:
    80 gram butter (salted)
    60 gram gula icing
    1 biji telur A
    80 gram tepung naik sendiri
    1 sudu besar air kopi
    10 keping roti putih
    Butter dan gula
    Cara - cara buat roti boy :
    1. Pukul (whisk) butter dan gula sehingga sebati. Kemudian masukan telur. Pukul sebati.
    2. Kemudian masukan tepung ,selepas sebati masukan air kopi. Sambung lagi whisk sehingga adunan rata dan sebati.
    3. Masukan adunan ke dalam piping bag dan ketepikan.
    4. Sediakan roti dan sapukan permukaanya dengan butter dan ditabur dengan sedikit gula. Ambil sekeping lagi dan lapis ke atasnya. Potong kepada 2 bahagian dan susun di atas dulang pembakar.
    5. Pipekan adunan toping ke atas permukaan roti seperti yang ditunjukan di dalam video.
    6. Bakar pada suhu 170-180 darjah selama 20-25 minit atau sehingga masak.
    7. Ia masak apabila nampak sedikit garing di pernukaan dan sedia untuk dihidangkan.
    Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE UA-cam kami :
    / malaykitchen​
    Laman web rasmi MALAY kitchen:
    malaykitchen.my​
    Telegram MALAY kitchen:
    t.me/malaykitchen​
    Tiktok MALAY kitchen :
    / malaykitchen
    Muzik oleh : Ikson
    / ikson
    #resepi #rotiboy #resepimudah
  • Розваги

КОМЕНТАРІ • 21