HUMA PADI ORANG IBAN BANYAK YANG DITANAM
Вставка
- Опубліковано 14 січ 2025
- Assalamualaikum…
Video kali ini saya hanya menggunakan Henpon sahaja untuk merakam.
Sebab cuaca ketika saya nak turun ke Huma Padi nampak macam nak hujan.
Jadi saya takut membawa kamera .
Di sini cuacanya tidak menentu,tiba~tiba boleh hujan.
Hahaha,, sayang kalau sampai kamera kita KEBASAHAN dan akhirnya rosak.
Kan kan…
Menangis di bucu katil saya dibuatnya nanti. Hahaha…
Huma padi bukit ini hanya setahun sekali ya. Kalau musim berhuma padi.
Penduduk yang akan berhuma akan mula menebang pokok di hutan pada bulan Julai.
Ia akan dibiarkan setidaknya 3 minggu sebelum mula dibakar.
Ini bagi memastikan kayu~kayu yg ditebang sudah kering, dan musim kemarau akan tiba pada penguujung bulan Julai.
Selepas dibakar,ia dibiarkan dahulu selama beberapa hari sebelum mula menanam padi .
Benih Padi Huma yang ditanam akan dicampurkan dengan sedikit benih~benih dari sayur seperti, benih Timun Iban,benih Buah Labu kuning,Labu air dan sebagainya.
Bila tumbuh padi ,maka tumbuhlah juga benih~benih yg lain.
Timun dan Labu biasanya akan mati setelah menghasilkan buah.
Serba sedikit tentang Huma Padi Bukit yang dapat saya kongsikan.
Selamat menonton video Huma Padi Bukit Orang Iban @ Dayak .
Sarawak The Best….
Sofia From Sarawak
From Sarawak With Love
💕💕
💕💕