Resipi CUPCAKE RED VELVET | moist fluffy with Cream cheese buttercream frosting

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 24 жов 2022
  • Hai..Assalamualaikum..Hari ni saya buat cupcake red velvet.. Kek ni sangat unik bukan sahaja pada warna tapi juga rasa..Rasanya seperti kek vanila dengan gabungan koko dan sangat kuat dengan rasa buttermilk..Buttermilk bukanlah susu biasa tapi sejenis bahan yang terhasil dari proses penapaian bahan tenusu..teksturnya lebih pekat dengan rasa yang masam..kandungan asid dalam buttermilk ini akan bertindakbalas dengan baking soda dalam kek ni dan menghasilkan kek yang gebu, lembut dan sangat moist..Resepi ni boleh dapat 12 biji cupcakes dan jika mahu lebih boleh gandakan sukatan bahan dalam resepi ya.
    jom cek resepinya😉
    Red velvet cupcakes recipe:-
    :Bahan kering:(ayak semua bahan)
    - 1½ cawan Tepung kek (180 gm)
    - 1 sdb serbuk koko (7 gm)
    - ½ sdt Baking soda
    - ½ sdt Baking powder
    - ½ sdt garam
    :Bahan Basah :
    - ¼ cawan Mentega tawar (65 gm)
    - ¾ cawan gula (200 gm)
    - 2 biji telur (gred A)
    - ½ cawan minyak masak (120 gm)
    - ½ sdt Cuka - Abaikan ralat 1 sdt dalam video
    - 1 sdt esen vanila
    - ½ cawan buttermilk (120 ml)*lihat cara buat homede buttermilk d bawah👇
    - 1 atau 2 sdt pewarna merah (gel) *lebih banyak lebih terang merahnya
    HOMEMADE BUTTERMILK
    1 cawan susu (240 ml)
    1 sudu besar jus lemon/cuka (15 ml)
    *Biarkan 5-10 minit sebelum guna
    Resepi Cream cheese buttercream frosting:
    125 gm Cream cheese
    65 gm Mentega/butter tawar
    65 ml susu pekat manis/Gula ising
    sedikit esen vanila
    sedikit jus lemon *optional
    Aduanan ni akan dapat 12 biji cupcakes ya kawan2
    *sdt sudu teh
    *sdb sudu besar
    Resepi ni olahan dari resipi kek red velvet dalam web sally's bake recipes..Thank you so much for the tips..🙏
    sallysbakingaddiction.com/
    #redvelvetcupcakes #umminuhashare

КОМЕНТАРІ • 37

  • @UmmiNuhaShare
    @UmmiNuhaShare  Рік тому +1

    Hai... Assalamualaikum kawan2..terima kasih sudah berkunjung di Channel ummi🤗
    Resepi full untuk cupcake red velvet ni boleh rujuk bahagian description ya kwn2..ada sedikit ralat dalam video bahgian sukatan cuka🙏..sukatan yang betul boleh rujuk bahagian description ok😉

  • @firdhachannel
    @firdhachannel Рік тому +1

    Terlihat sekali teksturnya lembut dan moist

  • @DaporMama.Nora1309
    @DaporMama.Nora1309 Рік тому +1

    waalaikumsalam Ummi Nuha.
    sedapnya kek red velvet.
    memang sedap kek ni, lagi2 topping nya cheese.
    memang best.

  • @liyasofiaali
    @liyasofiaali Рік тому

    cupcakewww paling sedap nii 😊😋😋

  • @riscachnnl
    @riscachnnl Рік тому

    Terima kasih sudi kongsi ni sis

  • @syedsyzwan8734
    @syedsyzwan8734 Рік тому +1

    Thanks

  • @zuzinaabdullah1104
    @zuzinaabdullah1104 Рік тому

    Kk

  • @khairuneedabujang5766
    @khairuneedabujang5766 Рік тому +1

    Waalaikumusalam. Alhamdulilah ada sudah resepi red velvet🥰. Kalau sekiranya nak buat dlm loyang petak atau bulat, boleh juga kan sis?

    • @UmmiNuhaShare
      @UmmiNuhaShare  Рік тому

      Ya sis.. alhamdulillah bru siap edit 😊
      Ya boleh bakar dalam loyang 8 inci atau 9 inci dan kalau mau buat lebih boleh gandakan sukatan bahan..resepi penuh boleh rujuk d description ya sis..tma kasih byk sllu support🙏🥰

    • @khairuneedabujang5766
      @khairuneedabujang5766 Рік тому

      Okay sis InsyaAllah akan d cuba. Tp blh tau kalau pewarna tu, sis guna yg bright red atau yg apa sis?

    • @UmmiNuhaShare
      @UmmiNuhaShare  Рік тому

      @@khairuneedabujang5766 sy guna yg super red sis

    • @khairuneedabujang5766
      @khairuneedabujang5766 Рік тому

      Okay makaseh byk2 sis🥰

    • @khairuneedabujang5766
      @khairuneedabujang5766 Рік тому

      Sis, sy sudah cuba resepi ni. Sgt2 moist. Sedap 😍😍😍

  • @nurulizzati7779
    @nurulizzati7779 11 місяців тому

    Assalam,maaf tnye krim tu kalau letak lama dekat luar cair tak?

    • @UmmiNuhaShare
      @UmmiNuhaShare  11 місяців тому

      Wasalam..kalau suhu luar x berapa panas boleh tahan hingga 7 jam xcair..pastikan suda biarkan dlm chiller smlman..tp biasanya yg ada cheese ni kena smpan dlm peti sejuk supaya cheese tu x trcemar..cheese agak sensitif

  • @anisamazlan4444
    @anisamazlan4444 9 місяців тому

    Cream cheese brand tatura blh pkai x?

  • @liyayusoff511
    @liyayusoff511 Рік тому

    klau sdh taruh buttermilk prlu ka letak cuka lagi?

    • @UmmiNuhaShare
      @UmmiNuhaShare  Рік тому

      Ya perlu jg..boleh ganti dgn jus lemon kalau tiada..dia btindak balas dgn soda bikarbonat utk bagi kek naik cantik dn wrna merah kek pn akan lbih menyerlah

  • @wanieyselvarajah
    @wanieyselvarajah Рік тому

    Paper cup size berapa sis

  • @jubaidahawang3403
    @jubaidahawang3403 5 місяців тому

    Untuk buat butter milk tu pakai susu ape ye??susu cair atau susu pekat sis??

  • @_akmalwatie_4767
    @_akmalwatie_4767 2 місяці тому

    Hai sis..saiz cawan tu berapa ye

    • @UmmiNuhaShare
      @UmmiNuhaShare  2 місяці тому

      Lupa daa saiznya..tp cup ni sederhana xtrlalu besar dn x trlalu kecil😅

  • @itsmegeena_272
    @itsmegeena_272 Рік тому

    Kalau jual berapa harga satu biji cup cake tu ya?

    • @UmmiNuhaShare
      @UmmiNuhaShare  Рік тому

      Dlm 3.5 ke atas..boleh rujuk video cara sy tentukan hrga jualan ya sis..semoga bermanfaat

  • @fakhrulnabilnabil1584
    @fakhrulnabilnabil1584 9 місяців тому

    boleh kukus jugak ke?

  • @ogyvivo1993
    @ogyvivo1993 Рік тому

    Assalamualaikum..cup kek ni klu tak habis boleh simpan dlm peti sejuk tak?

    • @UmmiNuhaShare
      @UmmiNuhaShare  Рік тому +1

      Waalaikumussalam..ya boleh..nt bila nk mkn biarkan dulu skjap d suhu bilik baru mkn