Це відео не доступне.
Перепрошуємо.

PEMBUNUH SENYAP DALAM RUMAH FORMALDEHID

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 30 жов 2022
  • Sumber utama formaldehid adalah daripada produk yang berasaskan kayu. Baru-baru ini, Malaysia’s Timber Industry Board (MTIB) telah menerbitkan draf peraturan teknikal yang menggariskan cara pengeluar boleh mengukur pelepasan formaldehid daripada produk berasaskan kayu industri, seperti papan gentian, papan partikel dan papan lapis (plywood).
    Standard yang dibangunkan ini akan menjadi rujukan serta keperluan yang perlu dipatuhi oleh syarikat produk panel di Malaysia dalam memenuhi kriteria yang ditetapkan selari dengan Peraturan-peraturan Perindustrian Kayu (Tahap Pembebasan Formaldehid daripada Produk Berasaskan Panel) yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2023.
    Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Alam Sekitar AS (EPA) telah mengklasifikasikan formaldehid berbahaya dan menjadi sumber karsinogen atau kanser kepada manusia jika mendapat pendedahan yang tinggi dan berpanjangan.
    Apa itu formaldehid?
    Formaldehid ialah gas yang tidak berwarna, mudah terbakar dan mempunyai bau yang kuat. Ia merupakan salah satu bahan kimia berbahaya dan ada dimana-mana sahaja. Bukan sahaja pada produk pembersihan dan penjagaan diri, malah ianya juga sering digunakan dalam pembuatan perabot dan produk kayu. Urea formaldehid (UF) biasanya digunakan sebagai pelekat atau pengikat dalam pembuatan produk kayu.
    Pelepasan formaldehid ditentukan oleh Standard Industri Jepun (JIS, 2005) dengan 4 kelas klasifikasi formaldehid iaitu F1 (5.0-7.0 mg / L), F2 (1.5-2.1 mg / L), F3 (0.5-0.7 mg / L) dan F4 (0.3-0.4 mg / L). Had pelepasan kelas F1, F2 dan F3 lebih kurang sama dengan kelas E2, E1 dan E0 Eropah. Manakala, had pelepasan F4 sama dengan kelas Super E0. Jenis panel berasakan kayu biasanya diuji menggunakan kaedah yang berbeza mengikut negara.
    International Agency for Research on Cancer (IARC) menetapkan bahawa fomaldehid tidak dapat dikesan melalui bau pada kepekatan kurang daripada 0.1ppm. Pada kepekatan antara 0.1ppm dan 0.5ppm, fomaldehid dapat dikesan dengan bau. Bagi sesetengah individu yang sensitif, mereka akan mengalami ketidakselesaan pada mata, hidung dan tekak. Pada tahap 0.5 hingga 1.0ppm, akan menyebabkan rasa tidak selesa pada mata, hidung dan tekak pada kebanyakan orang. Manakala pada kepekatan melebihi 1.0 ppm, pendedahan kepada formaldehid meyebakan ketidakselesaan yang melampau. Tahap pendedahan yang tinggi dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan risiko kanser hidung dan tekak.
    Kesan kesihatan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi terdapat golongan yang lebih mudah terdedah kepada kesan negatif formaldehid, iaitu kanak-kanak, ibu mengandung atau golongan yang mempunyai asma dan ganguan pernafasan yang lain.
    Kepekatan gas formaldehid pada ketinggian 1 meter dari lantai adalah lebih tinggi. Oleh itu, kanak-kanak akan lebih banyak sedut gas tersebut kerana ketinggian mereka. Sebagai contoh, apabila terdedah pada formaldehid, kanak-kanak lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit pernafasan seperti asma. Mereka juga lebih berisiko mengalami masalah pernafasan yang teruk seperti bronchitis dan radang paru-paru kerana sistem imunisasi mereka tidak sekuat orang dewasa.
    Bagaimana cara untuk menurukan level formaldehid?
    Pertama, kerana sumber utama formaldehid di dalam rumah biasanya dari bahan binaan, pastikan produk kayu di rumah anda tidak diproses menggunakan kandungan formaldehid yang tinggi. Apabila anda ingin membina, mengubah suai rumah, atau membeli perabot kayu untuk rumah anda, pastikan anda memilih gred papan buatan yang betul.
    Pilih perabot dengan label pelepasan gas formaldehid rendah iaitu:
    1. California Air Resources Board (CARB) Phase 2 Compliant
    2. Ultra-low-emitting formaldehyde (ULEF)
    3. No-added formaldehyde (NAF)
    4. Super E0 Board, E0 atau E1 Board
    Jika perabot yang diperbuat daripada kayu komposit mengandungi formaldehid adalah satu-satunya pilihan yang ada, anda boleh pertimbangkan untuk mencari barang terpakai, kerana pembebasan gas formaldehid daripada kayu komposit berkurangan dari semasa ke semasa.
    Kedua, tahap formaldehid di dalam rumah lebih tinggi berbanding luar rumah. Jadi anda boleh mengurangkan tahap formaldehid dengan memastikan proses pengudaraan di rumah anda berjalan dengan lancar di mana udara boleh masuk dan keluar secara bebas. Cara paling mudah adalah dengan membuka pintu dan tingkap. Selain itu, anda jugak boleh memasang ekzos fan dan penapis udara dengan karbon didalam rumah anda.
    Ketiga, kekalkan kelembapan dan suhu yang rendah di dalam rumah. Menurut EPA, haba mempercepatkan kadar pembebasan formaldehid dan ia juga bergantung pada tahap kelembapan rumah anda.
    Sudah tiba masanya kita sedar tentang bahaya formaldehid dan perabot yang mengandungi tahap formaldehid yang tinggi sehingga membahayakan kesihatan. Pada masa ini, tiada peraturan yang dikuatkuasakan di Malaysia, berkenan had pelepasan formaldehid pada produk kayu, sama ada untuk kegunaan tempatan atau import.

КОМЕНТАРІ • 66

  • @innerpeacefindings671
    @innerpeacefindings671 Рік тому +9

    First time dgr pasal chemical ni. Uncle sepatutnya jdi Menteri Alam Sekitar.

  • @hajarhamdan8766
    @hajarhamdan8766 Рік тому +11

    Kalau sy x tengok Chanel uncle andrew ni sy x tahu pun pasal formaldehid ni.. sgt2 membantu.. Tq uncle

  • @zulmadin1568
    @zulmadin1568 Рік тому +6

    Thank you so much uncle Andrew.. wish you good health and long prosper life ahead of you 🤲

  • @cwleon82
    @cwleon82 Рік тому +5

    Kadang-kadang susah juga.... bila bincang dengan supplier... mereka cakap ya ya ya... low/non formaldehid... tapi lepas pasang baru tau kena tipu.... pas tu takkan nak suruh keluarkan..... pastu terpaksa terima dengan sedikit diskaun!

  • @armanjunaidimursheed9475
    @armanjunaidimursheed9475 Рік тому +3

    Video yg sgt bermanfaat n berinfomatif mengenai Formaldehid ini, tqvm Uncle 👍🏿👍🏿👍🏿

  • @fauziahnayan2585
    @fauziahnayan2585 Рік тому +4

    Info sangat berguna dan menarik.terima kasih uncle Andrew.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Рік тому +1

      Sama sama, harap video ini dapat meningkatkan kesedaran pengguna terhadap papan bertoksik yang begitu luas digunakan seluruh Malaysian.

  • @wanilmiwati2460
    @wanilmiwati2460 Рік тому +4

    Well done Uncle Andrew, sgt jelas, informative dan penggunaan Bahasa Melayu yg sgt baik, tahniah. Uncle ada show room tak, sy nak visit.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Рік тому

      Terima kasih banyak ²

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Рік тому +1

      🏡
      Showroom Location :
      Jyh Ming Sdn Bhd
      A-7974, Jalan Beserah,
      25300 Kuantan,
      Pahang Darul Makmur
      Waze:
      waze.com/ul/hw29mz9m5z
      Google Map:
      goo.gl/maps/et2mickKUJiFXjz66
      ⏰ Business Hours
      Monday - Saturday : 9.00am - 6.00pm

  • @TheMegapeople
    @TheMegapeople Рік тому +4

    Big hug for Uncle..!
    Terima kasih untuk knowledge yang dikongsi. Yang jadi masalah, saya suka cium/hidu bau papan dan kayu pada perabot baru 😨

  • @raimdiah7181
    @raimdiah7181 Рік тому +3

    Terima kasih uncle atas perkongsian ilmu info kabinet yg manfaat...terbaik

  • @siputsedut5010
    @siputsedut5010 Рік тому +2

    tq info berguna

  • @lowchristopher5226
    @lowchristopher5226 Рік тому +1

    Thank you 🙏!

  • @norhafizah7924
    @norhafizah7924 Рік тому +3

    Sy tak tahu tntg ini sebelum ni, sekarang baru tahu.. tq uncle... selamat tahun baru..

  • @sameema771
    @sameema771 Рік тому +1

    great info

  • @kahkahtv1221
    @kahkahtv1221 Рік тому +1

    Tq❤

  • @ngelikongmanda2024
    @ngelikongmanda2024 Рік тому +1

    Terbaik bosku

  • @theaishahfadzillah9552
    @theaishahfadzillah9552 Рік тому +1

    Tq Uncle atas informasi yang sgt bermanfaat.

  • @tenntenn5342
    @tenntenn5342 Рік тому +1

    thank you for info.sangat berguna.

  • @memespuaka8272
    @memespuaka8272 10 місяців тому +1

    👏👏👏

  • @noralindamatdrus627
    @noralindamatdrus627 Рік тому +2

    Hi Uncle Andrew...Boleh terangkan secara detail, mengenai jenis kayu yang sesuai untuk di buat kabinet dapur...sebagai contoh Solid...Nyatoh...dan lain-lain. Terima kasih 👍

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Рік тому +1

      Banyak jenis kayu sesuai untuk dibuat kabinet dapur.Kayu Nyatoh adalah salah satu kayu tempatan yang mudah diperolehi dipasaran kita. Selain itu, kayu semangkok,kayu meranti, kayu chengal,kayu ramin dan lain lain juga boleh kita jumpa di pasaran. Kayu kayu import dari luar negara seperti kayu oak, kayu cherry, kayu Ash, kayu jati dan lain lain juga banyak di pasaran.
      Kebanyakan kayu kayu solid ini digunakan untuk buat pintu dan end panel kitchen cabinet. Papan buatan seperti chipboard, plywood,MDF board,Blokboard dan lain lain kerap digunakan untuk buat carcuss kitchen cabinet.
      Selalu kita gelar kitchen cabinet solid Nyatoh itu terdiri daripada pintu dan end panel diperbuat daripada kayu solid nyatoh.Manakala,carcuss dia diperbuat menggunakan papan buatan.

  • @kechikzainal6329
    @kechikzainal6329 Рік тому +3

    info yg sgt berguna 👍.. boleh tak uncle share tips susunan perabut (mix & match) pd ruangan yang terhad

  • @Roses688
    @Roses688 9 місяців тому +1

    thank u uncle,patutlah bila masuk kedai perabot hidung saya perit dan mata pedih

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  9 місяців тому

      Ya.Ramai lagi tidak sedar bahaya gas bertosik ini.

  • @stella8900
    @stella8900 Рік тому +2

    dasyat ...x penah tau info ni. thank you tau..you earn my sub uncle

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Рік тому

      Kesihatan kita dan keluarga dalam tangan kita semasa MEMILIH papan buatan.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Рік тому

      Thank you very much 🙏🙏🙏

  • @ummusalmah4937
    @ummusalmah4937 Рік тому +1

    thanks

  • @rahmah2905
    @rahmah2905 23 дні тому +1

    Hi uncle, tq so much, saya baru tahu psl info ini.
    Boleh tahu, kedai uncle di mana ya?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  22 дні тому

      @@rahmah2905 🏡
      Showroom Location :
      Jyh Ming Sdn Bhd
      A-7974, Jalan Beserah,
      25300 Kuantan,
      Pahang Darul Makmur
      Waze:
      waze.com/ul/hw29mz9m5z
      Google Map:
      goo.gl/maps/et2mickKUJiFXjz66
      ⏰ Business Hours
      Monday - Saturday : 9.00am - 6.00pm

  • @hazimah
    @hazimah Рік тому +1

    Uncle Andrew boleh beri pendapat untuk jenis2 sink?

  • @fizeehashim5564
    @fizeehashim5564 10 місяців тому +1

    produk ikea lepas piawaian ke

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  4 дні тому

      @@fizeehashim5564 saya pernah jumpa gred CARB P2, …Tak pasti adakah semua lepas.

  • @fahrersurf5422
    @fahrersurf5422 4 дні тому +1

    tempoh masa yg panjang terdedah dgn formaldehid berapa lama uncle?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  4 дні тому

      @@fahrersurf5422 bertahun tahun…Jika kita pasang Wardrobe kat bilik, dan masa tidur lapan jam setiap hari, bila kumpulkan memang banyak.kita tidak tahu.Badan setiap orang berbeza kan.

    • @fahrersurf5422
      @fahrersurf5422 4 дні тому +1

      @@UncleAndrew1111 tp uncle mcm x praktikal utk sentiasa buka tingkap bilik especially time tido malam for ventilation utk reduce formaldehid..cara laen yg efektif xde ke?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  4 дні тому

      @@fahrersurf5422 ada , masa buat kabinet, pilih material yang formaldehid free seperti NAF, E0,SE0…

  • @kohyuk
    @kohyuk Рік тому +1

    Thank you for the very informative video. Never know of this chemical before.