Singgang Ikan Kembung

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 15 сер 2022
  • Jom masak menu simple tapi cukup nostalgia bagi Che Nom iaitu Ikan Kembung Masak Singgang. Resepi ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana tiada penggunaan minyak dan tidak perlu perlu menumis. Ada rasa rempah segar yang direbus, ada rasa masam dan rasa pedas dari cili padi. Memang sangat segar rasanya bila menghirup kuah.
    Kalau rasa tak sedap tekak, tapi nak makan sup sudah agak biasa. Jadi sesekali kita tukar dengan menu singgang ikan kembung, cuma perlu pastikan guna ikan fresh.
    Nak kata menu bajet pun tidak juga sebab ikan pun dah kategori lauk kayangan sekarang ni. Apa-apa pun memang mudah dan sedap sangat menu ni.
    // Bahasa Melayu
    --------------------------------
    Bahan-bahan:
    8 ekor ikan kembung
    Sedikit kunyit
    Sedikit garam
    3-4 cawan air
    1 batang serai
    1 inci halia
    2 ketul kunyit hidup
    1 inci lengkuas
    1-2 keping asam gelugor
    4 ulas bawang putih
    2 biji bawang merah kecil
    6 tangkai cili padi
    1 biji tomato (pilihan)
    Sedikit ikan bilis (pilihan)
    Sayur bendi
    Garam & gula secukup rasa
    Serbuk perasa, jika suka
    //English
    --------------------------------
    Ingredients:
    8 pieces mackerel fish
    A little bit turmeric
    A little bit salt
    3-4 cups water
    1 lemongrass
    1 inch ginger
    2 pieces fresh turmeric
    1 inch galangal
    1-2 tamarind slices
    4 cloves garlic
    2 indian shallots
    6 stalks bird's eye chilli
    1 tomato (optional)
    Little bit anchovies (optional)
    Okra
    Salt & sugar to taste
    Seasoning powder, if like
    Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
    Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
    Facebook: bit.ly/CheNomFacebook

КОМЕНТАРІ • 227

  • @PancakeTopp

    Terima kasih che nom tlg buat video dan resepi ni. Sy kat NZ tgh mengidam mkn singgang. Takde restoran jual singgang. Terpaksa buat sendiri. Nasib baik ada resepi Che Nom.

  • @bigtonlife
    @bigtonlife Рік тому +24

    Kali pertama saya Komen dalam channel Che Nom ni...semoga Che Nom dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik..

  • @fromthismoment6657
    @fromthismoment6657 Рік тому +17

    Menu simple yang mudah dibuat dan amat menyihatkan. Che Nom tetap unggul dan terbaik. Tksh Che Nom dgn perkongsian resepi yg menyelerakan

  • @yusoffmdsalleh
    @yusoffmdsalleh Рік тому

    Klau orang johor dia orang ada pindang serani.....seakan akan singgang tapi kuah nya warna kuning sebab di letak kunyit hidup danada minyak sikit......

  • @saifulmatzin6325
    @saifulmatzin6325 Рік тому +2

    Nampak simple, tapi lauk ni lah buat nasi seperiuk tak cukup HA HA HA

  • @lanebendin
    @lanebendin Рік тому

    masakan feveret no 1 sya..sya suke pakai cube pati ikan bilis dan letak sekeping asam keping nak bg masam2 sket

  • @eikorina
    @eikorina Рік тому +1

    Mungkin sbb term "kunyit mati" tu utk serbuk kunyit...😜 jdnya utk yg batang mcm tu kita panggil kunyit hidup...hehehe

  • @norjariaharif4277
    @norjariaharif4277 Рік тому

    Asam masuk awak ertinya ikan tidak lembut tapi kenyal

  • @maziahahmad3294
    @maziahahmad3294 Рік тому +23

    Assalamualaikum Che Nom,salam perkenalan dari saya☺️ Sedap resepi ikan singgang ni,abah saya pun suka lauk macam ni bertambah -tambah makannya.Terima kasih Che Nom kongsi resepinya.

  • @amerradzi263
    @amerradzi263 Рік тому

    Che Nom, try lahh masak sambal kerang, saya teringin nak makan, selalu cuba resepi che nom semua menjadi, nak try pulak resepi che nom buat sambal kerang padu.

  • @kuryuhedez-captainkaizo8872

    Tak tau nak mkn apa, try lah resepi Che Nom nih utk family... Sekali Nah kau... anak² dgn isteri bertambah nasi... habis nasi seperiuk, smpi kena msk nasi baru 😂... Kena plak dgn ikan masin bulu ayam + telur dadar + keropok ikan + budu (gabungan masin dan masam)... Syahduuuu gaissss... 'Menyandor tepi' lepas tu... Terima kasih Che Nom atas perkongsian resepi ni, halalkan yer utk kami... Moga bertambah & melimpah rezeki Che Nom sekeluarga... InSyaAllah Aminnnn 🤲🏻😘

  • @rohadihussain6417
    @rohadihussain6417 Рік тому +6

    Alhamdulillah. Terima kasih menu simple masak ikan kembung masak singgang, enak banget citarasa nya!😋😋😋

  • @FitriaSafaaz
    @FitriaSafaaz Рік тому +4

    Maa syaa Allah enak banget ini aq suka ikan rebus..

  • @yusnamyff7158
    @yusnamyff7158 Рік тому +13

    Sedapnya masak singgang .. rasa yg masam2 yg membuka selera. Terbaik Che Nom. 👍👍😍

  • @azimahnur4870
    @azimahnur4870 Рік тому +1

    terima kasih share resepi ni.. walaupn simple tp membuka selera utk org sakit.. alhamdulillah

  • @billiondollababe
    @billiondollababe Рік тому +4

    La Che Nom, says baru je masak Singgang Kepala & Ekor Tenggiri haha🥹 Memang nostalgic… 👍🏼

  • @iis_iis
    @iis_iis Рік тому +8

    Lauk ni memang kegemaran saya. Suka hirup2 kuah tu 👍

  • @zaihamid78
    @zaihamid78 Рік тому +1

    Alhamdulillah..

  • @nooraine8307
    @nooraine8307 Рік тому +1

    Mkn lauk ni x ckup sepinggan nasi,sdp sgt ni terimaksh share resepi yg ringkas & sdp ni Che Nom

  • @stevenrajj9922
    @stevenrajj9922 Рік тому +1

    Sy baru umur sepuluh sy suka tengok video che nom sy suka che nom potong sayur sayur cantik che nom potong mesti kena try