Nobat Kedah (2023): Lagu Belayar

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 12 жов 2024

КОМЕНТАРІ • 62

  • @azalezreenify
    @azalezreenify Рік тому +5

    Teringat dulu masa kecik2 arwah Tok Wan bawa tengok depa berlatih main nobat kat balai nobat ni. - Al-fatihah Tok Wan

    • @calaf1307
      @calaf1307  9 місяців тому +1

      Al-Fatihah. Arwah Tok Wan Tuan main alat apa ya?

    • @azalezreenify
      @azalezreenify 9 місяців тому +1

      dia main gendang.. masa tu saya kecik lagi.. tak ingat gendang mana satu.. yang saya ingat hanyalah tangga kayu nak naik kat atas sekali tu..@@calaf1307

  • @abuhassan5708
    @abuhassan5708 2 місяці тому +4

    sabagai orang Melayu. cukup bangga menghayati nya.... Hidup Melayu tidak hilang di dunia

    • @illiashaikal6529
      @illiashaikal6529 2 місяці тому

      ...selagimana memegang-erat agama Islam ✨

  • @mohamadsyardanieanuarnordi8175

    Terbaik... 👍👍👍

  • @harry77998
    @harry77998 3 місяці тому +5

    Nobat ni ada aura , berderau darah 💯

  • @azharmtb1168
    @azharmtb1168 9 місяців тому +2

    Sejuk seram dengar bunyi tiupan nobat

    • @calaf1307
      @calaf1307  9 місяців тому +2

      Kalau dulu, penulis Barat sering menulis akan perihal Nafiri itu: "haunting" / "berhantu". Dapat didengar dalam video-video sewaktu zaman Kemerdekaan dari 1957-1963.

    • @mohamadfauzan8288
      @mohamadfauzan8288 8 місяців тому +2

      Dengar nobat lagu perang ... lagi seram... rasa mcm nak naik syeikh 😆

  • @HasyimHjHakim1943
    @HasyimHjHakim1943 7 місяців тому +6

    Tanjak ahli² Nobat Diraja Kedah ada usul kurang labih mcm tanjak dendam tak sudah,.ani pun boleh diketahui kerana Muskat iaitu pakaian YDPA pun dikatakan pakaian resmi Sultan Kedah. Banarkah tanjak dlm video ani berjenis dendam tak sudah?

    • @calaf1307
      @calaf1307  7 місяців тому

      Minta maaf kita, hamba inda berapa arif mengenai tanjak. Tapi usulnya macam awu. Ani penglihatan hamba pulang saja, tapi bentuk tanjak seperti berubah dari zaman pra-COVID.

    • @lukeman_dude5338
      @lukeman_dude5338 7 місяців тому

      jenis tanjak bgi pemain nobat kedah dari tahun 1980-2019 ialah dendam tak sudah.. tapi tanjak bagi pakaian rasmi terkini tidak diketahui nmenye

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943 2 місяці тому

      ​@@lukeman_dude5338ya, agak berlainan.. bentuknya seperti dendam tak sudah tapi ada lagi "karangan" di bahagian belakangnya.. bentuknya seakan taring.. saya pun tak tau apa nama tanjak ni

  • @HelmiAbdRahmanShah1756
    @HelmiAbdRahmanShah1756 Місяць тому +2

    Alat2 ni masih "berhantu" walau dh berabad2.

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943 Місяць тому +1

      Tepatnya "berdaulat" tuan.. sbb kalau dlm istilah Istana, tiada lah istilahnya jin atau hantu jembalang.. tu semua kiranya Jin Islam yg menjadi Penjaga Sultan beserta kerabat baginda di dlm istana..

    • @ayonal-qodahi3327
      @ayonal-qodahi3327 19 днів тому

      ​@@HasyimHjHakim1943daulat sultan Kedah berakhir pada Almarhum Sultan Abd Halim. Saya pekerja dalam istana Kedah anak bukit, macam2 perkara berkaitan daulat saya dah pernah dengar dan lalui. Meremang bulu roma aku cerita😅

    • @ayonal-qodahi3327
      @ayonal-qodahi3327 19 днів тому +1

      ​@@HasyimHjHakim1943tapi tak bermaksud Sultan Salehuddin tak berdaulat, Baginda still berdaulat, tapi tak sama spt Almarhum.

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943 19 днів тому +1

      @@ayonal-qodahi3327 apa maksud tuan yg daulat Tuanku Sultan Kedah sekarang tak sama mcm Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim dahulu?

    • @calaf1307
      @calaf1307  19 днів тому

      ​@@HasyimHjHakim1943dengan hormat, ini adalah pandangan peribadi - mungkin tidak adil untuk dibandingkan keduanya dari segi "level", kerana mungkin daulat Al-Marhum lebih "kukuh" setelah 59 tahun bertakhta...Tuanku Sultan sekarang baru masuk tahun ke-7.

  • @muhammadasyraf8507
    @muhammadasyraf8507 11 місяців тому +1

    Mohon hamba minta download untuk letak di tt boleh kah?

    • @calaf1307
      @calaf1307  9 місяців тому +1

      Silakan Tuan. Minta maaf kerana lambat memberi maklum balas

  • @HelmiAbdRahmanShah1756
    @HelmiAbdRahmanShah1756 10 місяців тому +3

    Saya orang Brunei tumpang bahagia kerana melihat tradisi nobat diraja ini masih dikekalkan sehingga hari ini, sehingga pada zaman ini, Nobat Diraja Kedah masih terasa aura kedaulatannya .

    • @calaf1307
      @calaf1307  9 місяців тому

      Saya berharap begitu juga. Diharap lagu yang dimainkan tidak lagi akan berkurangan

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086 9 місяців тому

      Kalau x silap saya,pemain nobat Kedah ada adat dia tersendiri di mana x semua lagu nobat akan diturunkan kepada pewaris.......sekarang ni untuk lagu ragam tinggal nobat Palu,Gendang Anak dan lagu Lumat yang masih dimainkan

    • @calaf1307
      @calaf1307  8 місяців тому

      @@mohdfadli086 betul, mungkin jumlah lagu tidak lagi akan berkurangan In Shaa Allah, memandangkan lagu Lumat sudah dirakamkan. Lagu Palu termasuk dalam lagu wajib, iaitu akan dimainkan setiap hari sebelum waktu Maghrib.
      Kalau lah pihak BBC dapat keluarkan rakaman 17 Julai 1987 dari London...teringin juga dengar lagu apa dimainkan. Dua hari sebelumnya dipersembahkan lagu Perang, Belayar dan Gendang Anak (menurut Arkib BBC). Yang musykilnya lagu Perang tidak dinyatakan oleh En. Omar Shaari dalam temubual, sebaliknya beliau sebut lagu Raja Burung.

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086 8 місяців тому

      @@calaf1307 Lagu Raja Burung juga sudah tidak lagi dimainkan. Begitu juga dengan Lagu Berkayuh. Tetapi kedua ii notes lagu masih dipampangkan di Balai Nobat

    • @calaf1307
      @calaf1307  8 місяців тому +1

      @@mohdfadli086kalau dilihat dari dai, Lagu Raja Burung itu mempunyai bahagian akhir yang sama dengan lagu Belayar, tapi perbezaannya iaitu gendang tidak dipukul berkali-kali seperti lagu Belayar (dan lagu yang serupa dengannya).
      Untuk lagu Sadaruna, rentak gendang sebelum bahagian akhir juga sama dengan lagu Gendang Anak. Nampaknya bahagian awal lagu ini seperti campuran lagu Belayar dan lagu Lumat.
      Irama Nobat Kedah, dari apa yang saya perhatikan, alunan tengah ke akhir sama semuanya, alunan awal itu yang membezakan lagu-lagu (serta corak gendang).
      Saya ada jumpa artikel-artikel dari The Straits Times dari tahun 1930an tentang Istiadat Pemakaman Diraja di Kedah. Waktu tu, Istiadat Bersiram bagi Jenazah Diraja akan dimulakan dengan bunyi Nobat, lalu ketika Perarakan Jenazah ke Makam Diraja Langgar juga akan diiringi dengan lagu Nobat (En. Saad Taib dalam buku Tradisi Lisan di Malaysia - 1975, menulis lagu Bayat sebagai lagu mengiringi jenazah).

  • @calaf1307
    @calaf1307  8 місяців тому +8

    Nobat Diraja Kedah mempunyai 7 peralatan:
    1. MAHAGURU
    Sebatang rotan Semambu, lazimnya diletakkan melintang iaitu di bawah gendang Nahara. Dikatakan alat terpenting, maka apabila turun dari Balai Nobat, Mahaguru ini lah yang akan turun dahulu, dan dibawa oleh Penghulu.
    2. SERUNAI
    Alat utama dalam Nobat Kedah, kerana ia membawa irama lagu. Irama awalnya akan membezakan setiap lagu. Begitu juga seterusnya: kalau irama tidak berubah, maka pemain lain akan bermain di bahagian yang sama sahaja. Penghulu Nobat, Kalur Besar, Kalur Kecil akan dipilih dari peniup serunai.
    3. NAHARA
    Alat mengawal rentak. Pemain Nahara akan berpandu kepada peniup serunai. Apabila Nahara dipalu, maka ini adalah isyarat kepada pemain Gendang Ibu dan Gendang Anak untuk turut mula. Jika Nahara dipalu dengan dua batang rotan, ia menandakan bahawa tiba masanya untuk berpindah ke bahagian seterusnya.
    Salah satu pantang-larang Nahara ini adalah bahagian bawahnya tidak boleh dilihat oleh sesiapapun, termasuklah pemain. Ianya mestilah menghadap ke arah kiblat.
    4. GENDANG ANAK
    5. GENDANG IBU
    Dua buah gendang, Gendang Anak lebih kecil dari Gendang Ibu. Pemain Gendang Anak akan mengikut pemain Gendang Ibu di dalam suatu persembahan. Bahagian kanan dipalu dengan sebatang kayu yang melengkung. Manakala bahagian kiri dipalu dengan tangan.
    Terdapat empat jenis bunyi yang dihasilkan oleh Gendang Anak dan Gendang Ibu iaitu: "tang", "dam", "kap" dan "tik".
    6. NAFIRI
    Sejenis trompet perak yang tidak mempunyai lubang, hanya mampu menghasilkan 2-3 nada lurus sahaja. Ia ditiup pada permulaan dan pengakhiran lagu, serta apabila tiba masanya untuk pemain berpindah ke bahagian seterusnya - peniup Nafiri akan berpandukan kepada pemain Nahara. Lazimnya ditiup 4-5 kali.
    7. GONG
    Diperbuat dari tembaga hitam, dan digantung di satu tempat yang dinamakan "Cagak", dipukul dengan kayu dibalut kain kuning. Pukulan Gong ini akan dilakukan pada pengakhiran rentak, maka pemain Gong akan berpandukan kepada pemain Gendang Anak dan Gendang Ibu.

    • @calaf1307
      @calaf1307  8 місяців тому +2

      Lagu Nobat Diraja Kedah ada 19 semuanya, 7 adalah Lagu Istiadat:
      - *PERANG*
      _Dimainkan pada Istiadat Pemasyhuran, Pertabalan, dan Pemakaman. Semasa Hari Menyambut Istiadat Keputeraan DYMM Sultan Kedah, lagu ini jualah yang akan dipalu semasa baginda berangkat masuk ke dalam Istiadat._
      - *BELAYAR*
      _Dimainkan apabila DYMM Sultan dan Sultanah berangkat masuk atau keluar dari Balairong Seri. Semasa Istiadat Pemakaman Diraja, lagu ini akan mengiringi perarakan jenazah keluar dari Balai Penghadapan._
      - *PALU*
      _Dimainkan sebelum waktu Maghrib dan Isha setiap hari._
      - *TEMPOYAK*
      _Dahulunya diperdengarkan pada hari Jumaat. Tidak lagi dimainkan._
      - *RAJA BURUNG*
      _Dikatakan sebagai "raja" di antara semua lagu Nobat. Dahulunya akan dimainkan pada hari ke-3 selepas Hari Raya Aidiladha di istana, sekarang tidak lagi diperdengarkan._
      - *BERLIMAU*
      _Dahulu dipalu ketika Istiadat Mandi Berlimau sempena Istiadat Perkahwinan Diraja, tidak lagi dimainkan._
      - *(MAMBANG) BERKAYUH*
      _Dahulu dimainkan apabila putera² raja turun berkayuh di sungai. Tidak lagi dimainkan._

    • @calaf1307
      @calaf1307  8 місяців тому +1

      12 lagu yang lain adalah Lagu Ragam:
      - LUMAT (masih dimainkan)
      - GENDANG ANAK (masih dimainkan)
      - SADARUNA
      - SEPINDIN
      - SERATAN
      - MAMBANG CHINA
      - MALAWALA
      - ARAK-ARAK
      - BAYAT
      - BAYOK
      - BUJANG ILIR
      - DEWA RAJA

    • @AnakWatanKra
      @AnakWatanKra 8 місяців тому

      ​@@calaf1307
      Kenapa lagu-lagu itu tidak lagi dimainkan? Adakah dibuat proses penyimpanan rekod untuk lagu-lagu tersebut supaya tidak pupus?

    • @calaf1307
      @calaf1307  8 місяців тому

      @@AnakWatanKra
      1) ada istiadat / pekerjaan yang sudah dimansuhkan, maka lagu Nobat yang mengiringinya tidak lagi akan dimainkan, contohnya Lagu Berlimau dan Mambang Berkayuh.
      2) antara pantang-larang Nobat Kedah adalah para pemain tidak boleh mengajar semua yang dia tahu kepada penggantinya. Saya rasa pantang ini khusus untuk peniup serunai, kerana tanpa irama - tidaklah dapat dipalu sesuatu lagu itu.
      Zaman 1950an-1960an, para pemain Nobat Kedah hanya memalu 9/10 buah lagu sahaja. Waktu Merdeka, Radio Malaya telah membuat beberapa rakaman lagu Nobat Kedah, Terengganu, etc. Ada satu rakaman Nobat Kedah (1958) ini mengandungi 6 buah lagu iaitu Belayar, Perang, Lumat, Gendang Anak, Sadaruna dan Sepindin; salinan rakaman ini ada disimpan di Arkib Negara Singapura. Tapi tidaklah saya tahu kalau pihak istana Kedah ada menyimpan / mengetahui akan rakaman ini / para pemain masih menjaga pantang.
      Memandangkan semua 5 lagu yang dimainkan sekarang sudah dirakam, mungkin itu sahaja yang akan kekal dipalu. Mungkin juga ada simbolik di sebaliknya, kerana Nobat Kedah pada asalnya 24 buah lagu, 5 telah hilang..

    • @zullarai2052
      @zullarai2052 8 місяців тому

      Ada beberapa alat seperti ;
      1. SERUNAI BERNADA LURUS
      dan
      2. CENG-CENG KECIL DAN BESAR
      telah ditiadakan dalam peralatan Nobat Diraja Kedah kerana menyerupai seperti irama di kuil Hindu