Dokumentari RTM 2006 | Nobat : Warisan Raja-Raja Melayu | Jabatan Muzium & Antikuiti Malaysia

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 12 жов 2024
  • Bagi yang lebih mahir mengenai Nobat Diraja di Tanah Melayu Semenanjung, anda adalah sangat dialu²kan untuk memberikan info mengenai Nobat Diraja.

КОМЕНТАРІ • 74

  • @HasyimHjHakim1943
    @HasyimHjHakim1943  Місяць тому +1

    Sangat menakjubkan untuk mengetahui betapa berdedikasinya pemain² Nobat ni dari keturunan² dahulu kala.. menjaga alat² ini dari zaman ia mula dibuat sehingga kini tanpa sebarang kerosakan.. alat² gendang tidak rosak dan hanya diganti kulitnya setiap kali ia sudah agak lama, serunai pula pipitnya selalu diganti.. namun alat² tersebut masih nampak baru walau sudah ada yg mungkin berabad sejak kewujudannya..

  • @calaf1307
    @calaf1307 8 місяців тому +9

    Untuk ahli-ahli Nobat Kedah yang baru masuk, mereka hendaklah makan sirih, pinang, limau purut, beras kunyit, bertih dan sintok, sebelum memegang peralatan Nobat. Untuk sesuatu istiadat, apabila sampai saja ke destinasi yang dituju, peralatan-peralatan Nobat Kedah akan direnjiskan dengan air sejuk bercampur dengan daun sirih. Ini disebut sebagai "penyambut Nobat", termasuk juga dalam adat ini adalah wang pengeras ("pikaras" dalam dialek Brunei kita).

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  8 місяців тому

      Mungkin ani tah salah satu punca menurunkan Nobat kepada keturunam dianggap mcm menurunkan saka, sbb makanan yng perlu dimakan untuk dpt menjadi pemain Nobat sama mcm hidangan utk hidangan Jin, ada pulut kuning.. tapi tuan, apa bertih sama sintok?

    • @calaf1307
      @calaf1307 8 місяців тому +1

      @@HasyimHjHakim1943 sintok ani sejenis akar, diambil dari pohon daun beluru, dikatakan dapat membersihkan kotoran dalaman... inda silap saya, bertih yang dimaksudkan ani bertih beras (beras yang labu usulnya atu).

    • @calaf1307
      @calaf1307 8 місяців тому

      @@HasyimHjHakim1943 info ani hamba dapat dari dokumentari Nobat Kedah terbitan JKKN TV 18 Januari 2023, ada di "mukabuku" - (mun saya taip Inggerisnya, UA-cam akan buang komen ani😅)

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  2 місяці тому

      ​@@calaf1307 mengenai latihan Orang Kalur Ani, kenapa inda diliatkan bisdia berlatih utk pertabalan YDPA di rumah Toh Setia Guna Abd Aziz mcm dlm video Ani?

  • @HasyimHjHakim1943
    @HasyimHjHakim1943  Місяць тому

    Dahulu, di Perak pernah terdapat dua orang Toh Setia Indera.. diperhatikan peniup nafiri, pemain Nengkara memakai kain sesandang..

  • @calaf1307
    @calaf1307 8 місяців тому +3

    Pada zaman dahulu, orang ramai akan sering menziarahi Balai Nobat Alor Setar pada hari Jumaat, dengan tujuan seperti membayar nazar, "beri makan" untuk meminta penyembuhan dan sebagainya. Al-Marhum Sultan Abdul Halim bertitah agar ianya tidak lagi dibuat.
    Sumber dari Buku "The Malay Nobat: A History of Power, Acculturation and Sovereignty", tulisan Dr. Raja Iskandar bin Raja Halid, 2022.

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  8 місяців тому +1

      Perbuatan ini jelas melanggar syariat Islam, alhamdulillah Almarhum Sultan Abdul Halim sempat utk memansuhkannya, kalau di Brunei dulu, sebelum seorang Sultan dipuspakan, sahap atau kulit Nakara akan dibuka, dan diganti dgn kulit tuma, sejenis singa jadi²an, lalu kulit singa itu akan dinipiskan dan dibuang bulunya dgn menggunakan sebilah parang damit yng telah digosok dgn air limau kapas, kemudian setelah itu, sahap yng akan dipasang itu akan diasapi di atas pebarahan, dikatakan pada saat ini, kulit itu akan menjadi sedikit gelap dan akan bergetar seakan dipalu, maka ketika inilah Jurulaki dan Ketua Jurulaki memainkan peranan masing² utk memegang kulit itu di atas pebarahan sehinggalah ia berhenti bergetar, maka dianggaplah ia telah dimasuki "Daulat", lalu sebelum dipasangkan ke atas tempatnya yng bersalut perak, air limau kapas hasil dari digosokkan pada Keris Sultan akan dimasukkan ke dalam "mangkuk" Nakara sebanyak berapa titis mengikut jalur keberapa Sultan Brunei "contoh seperti Sultan Omar Ali Saifuddien, baginda ialah Sultan Brunei ke-28, maka akan dicurahkan sebanyak 28 titis", dikatakan, setiap 3x sehari Naubat dititir, maka air limau kapas itu akan berkurangan sikit demi sedikit, sehinggalah apabila ia telah kering, maka baginda Sultan akan turun takhta kerana tafsir mimpi atau mangkat (mengikut kepercayaan orang dahulu), tapi sekarang tidak dilakukan sedemikian lgi, sejak Islam mula menjadi agama rasmi di Negara ini, maka Nakara telah diganti kulitnya dgn kulit binatang lain dan ditukar seperti Gendang labek, seperti biasa, tiada adat Mengasap Sahap dan sebagainya..

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  8 місяців тому +2

      Maka oleh itu, kepercayaan orang dahulu mengatakan, ketika Sultan sukarela turun takhta, maksudnya baginda telah didatangi mimpi utk melakukan demikian, dan bukan kerana sukarela.. tpi wallahu'alam, ini kepercayaan lama semata²

  • @calaf1307
    @calaf1307 Місяць тому +1

    Kalau tak silap, dokumentari ini dari tahun 2001.

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  Місяць тому

      @@calaf1307 Mun dilihat lama usulnya.. Nobat Diraja Selangor pun belum ada balai nya sendiri .. masih mcm dlm pondok bentuk mcm rumah kampung..

  • @calaf1307
    @calaf1307 8 місяців тому +3

    Peniup serunai 19:23 itu adalah Tuan Haji Lop Zahari, dulunya beliau berkhidmat untuk Nobat Perak, kemudiannya berpindah ke Nobat Selangor.
    Alhamdulillah, Toh Setia Guna Abdul Aziz bin Yahya masih lagi berkhidmat untuk Istana Perak, walaupun usianya sudah 80 lebih tahun. Antara amalan beliau sehingga sekarang adalah beliau sering membuat lawatan ziarah ke makam Sultan-Sultan Perak terdahulu.

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  8 місяців тому

      Ada saya pernah dengar mungkin kalau inda silap namanya "Perkuat Pusaka", biasanya urang yng bekeraja dgn Istana selalunya buat cemani supaya "kedaulatan" mereka sentiasa terjaga.. wallahu'alam

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  8 місяців тому

      Ohh Tuan Hj Lop Zahari, saya lama sudah mencari nama peniup serunai ni, sbb muka dia ada dlm Istiadat Menyempurnakan Balai Nobat Selangor yng baharu dan Nobat Diraja Perak, tapi beliau sekarang masih bekhidmat dlm Nobat Diraja kah kita masa ani?

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  8 місяців тому

      Toh Setia Guna Abdul Aziz bin Yahya sekarang memalu Gendang Nengkara

    • @calaf1307
      @calaf1307 8 місяців тому

      @@HasyimHjHakim1943 inda saya pasti. inda kelihatan semasa Istiadat Pemasyhuran Raja Muda Selangor.

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  8 місяців тому

      @@calaf1307 nda, maksud peramba ia memalu Nengkara dlm Istiadat Pertabalan DYMM Sultan Perak

  • @calaf1307
    @calaf1307 6 місяців тому +3

    Yang menariknya tentang dai Nobat Kedah adalah penggunaan huruf-huruf tertentu. Dalam buku "The Music of Malaysia..." tulisan Patricia Matusky, ada dihuraikan maksud setiap huruf, serta bunyi yang sepatutnya dihasilkan disebabkan cara pukulan berbeza.
    Huruf ر dan و akan menghasilkan bunyi yang sama ("tang"), tetapi cara pukulan berbeza sedikit, iaitu و - lebih kepada tepi kulit gendang. Ini hanyalah andaian sahaja, tetapi bagi hamba, huruf و itu seakan-akan dilihat sebagai gabungan antara huruf ه dan ر. Begitu juga huruf م (yang ditulis seperti ه "simpul", disebut oleh orang Brunei kitani). Jika dilihat cara tulisan huruf م atu, ia seperti ه, tetapi ditambah lengkungan sedikit, seakan-akan ada sambungan huruf ر atau و. Kebetulan juga bunyi gendang untuk huruf م itu adalah "tak-tik-tang-tang", iaitu gabungan semua bunyi-bunyi pukulan sebelah kiri. Huruf ه itu - "tik", yang dihasilkan jika gendang dipukul dengan pukulan yang amat ringan (mungkin lebih difahami jika dilihat saat 10:49, 10:59, 11:16 - macam "menyigung", tapi guna pergelangan tangan)

    • @calaf1307
      @calaf1307 6 місяців тому +1

      Kalau kita bezakan gaya pemain lama Nobat Kedah dengan pemain sekarang, kita mungkin tidak dapat bezakan bunyi-bunyi yang dihasilkan. Ada kalanya pemain Gendang Ibu dan Gendang Anak dahulu, akan tunggu untuk Nahara dipukul sekali, barulah mereka akan masuk (kerana Nahara itu berfungsi sebagai "isyarat" kepada kedua-dua Gendang tersebut).
      Kita juga dapat dengar variasi yang ditiup En.Nazri ketika saat 11:01-11:03. Ia sebenarnya 2 nada tinggi yang sama dengan yang sekarang, cuma nada yang tinggi itu dipanjangkan seketika. Berbandingkan dengan sekarang iaitu nada tinggi itu dibunyikan sekejap sahaja.
      Nobat Perak (dan mungkin Selangor) masih tidak ada perubahan, memandangkan Toh Setia Guna masih berkhidmat dari tahun 1960an / "orang lama".

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  2 місяці тому

      ​@@calaf1307 En. Nazri bapa kepada Penghulu Nobat Diraja Kedah masa Ani kah kita En. Mohd Syazwan?

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  2 місяці тому

      Mcm pukulan tepi gendang usulnya..

    • @calaf1307
      @calaf1307 2 місяці тому

      @@HasyimHjHakim1943 lurus kita.

  • @HasyimHjHakim1943
    @HasyimHjHakim1943  Місяць тому

    Agak²nya, enam lagu Nobat Diraja Perak iaitu :
    1. Rama Rama Terbang Tinggi
    2. Kumbang Si Kemali
    3. Aleh - Aleh Pendek
    4. Lenggang Che Kobat
    5. Nobat Subuh
    6. Nobat Raja
    Ni semua dah ditiadakan ke sebab keenam² ni tak pernah saya dengar..

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086 22 дні тому

      Masih ada tetapi mungkin tidak ditunjukkan dalam televisyen atau secara umumnya kepada rakyat.

  • @mohdfadli086
    @mohdfadli086 8 місяців тому +4

    6:57 Bacaan chiri lama

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  8 місяців тому +3

      "Ahusta paduka seri maharaja,
      sirat semisapta buana, surana bumi puji balapakarama, nagalang karna bakuta, dan buntari buana, perasang sakaritabanu, tangka darma dan bisharanakuta , dan singgahsana ratna wikramawang, dan rawanaba bala pikasa dewa dali perabu di kala mulamanu, maliku seri derma raja adiraja, Raja Permaisuri"
      Menurut apa yang pernah saya tau, Chiri ini dibacakan oleh Toh Seri Nara Diraja untuk menabalkan Sultan dan Permaisuri Perak, maksud chiri itu menurut pelajaran Sanskrit yang saya teliti dari cara penulisan Chiri Manteri itu lebih kurang:
      "Dengan nama Tuhan yang Maha Memerintah, yang kekuasaannya terselit dalam seluruh alam, tempat seluruh bumi memuji dan menyandarkan diri, kesuburan terpancar dari bakuta (mahkota), dan menyinari bumi, para Sang Penguasa, tangga kekuasaan dan wilayah pemerintahan, dan singgahsana orang yang gagah, dan jadikanlah ia sebagai bala tentera yang gagah perkasa laksana Dewa Perbu Deli di kala bulan purnama, perwatakanku di curahkan cahaya kepadanya Raja Adiraja, sebagai Raja Permaisuri"

    • @calaf1307
      @calaf1307 8 місяців тому

      @@HasyimHjHakim1943 Dalam tulisan R.O. Winstedt (yang banyak mengumpul ilmu mengenai adat-istiadat diraja Perak sewaktu beliau berkhidmat di negeri itu), ada suatu nama tertentu yang dibisikkan di dalam "Rahsia Nisab Sultani" itu.
      Dalam satu temubual dengan Allahyarham Toh Seri Nara Diraja Mohd Shah bin Nong Chik (dalam dokumentari "Revealed: The Throne of Perak, Malaysia" - Discovery Channel), kata-kata yang dibisikkan itu "hendaklah dipakai"...

    • @zullarai2052
      @zullarai2052 8 місяців тому +1

      ​@@HasyimHjHakim1943ini baru tepat ertinya

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  2 місяці тому

      @mohdfadli086 tuan, ingin saya bertanya, sebelum muncul Batala / Patala, Orang² Kalur ni memainkan Nobat utk Raja apa?

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  2 місяці тому

      ​@@calaf1307 amba pernah mendangar cerita urng² lama yg kalau Sultan Perak atu banar² Raja yg Berdaulat sama Raja yg Sah, maka baginda paham tu apa yg dibisikkan atu.. pasal seingat bisamba ia dibisikkan dlm bahasa Sanskrit tu..

  • @CoganAgama
    @CoganAgama Місяць тому +2

    26:58

  • @calaf1307
    @calaf1307 8 місяців тому +1

    Allahyarham Penghulu En. Abdul Rahman bin Zain merupakan peniup serunai generasi ke-8, disambung oleh waris beliau, En. Amezul. Sayangnya, pemergiannya itu bermakna bahawa gaya lama irama Nobat Kedah tidak diturunkan, kerana pada mulanya anak beliau tidak berminat. Setelah beberapa tahun, barulah En. Amezul mula berkhidmat selepas mempelajari ilmu Nobat dari Penghulu En. Nazri Omar.
    Di belakang Allahyarham (9:37) dapat lihat dai untuk Lagu Lumat di sebelah kanan video, dan Lagu Sadaruna di sebelah kiri.

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  8 місяців тому

      Innalillahi wainna ilaihi rajiun, wa'inna ila rabbina lamun qalibun, En. Amezul ani anak Allahyarham kah kita?

    • @calaf1307
      @calaf1307 8 місяців тому

      @@HasyimHjHakim1943 awu kita, kalau kita lihat arah video Istiadat Pemasyhuran Sultanah Kedah, beliau meniup serunai masa DYMM Sultan dan Sultanah berangkat keluar.

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  8 місяців тому

      @@calaf1307 cara kedia meniup pun mcm allahyarham, agak menyiring sedikit

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  8 місяців тому

      @@calaf1307 sama gaya tiupan serunai Nobat Diraja Kedah yng lama terakhir dibunyikan pada tahun 2012, tepatnya ketika Istiadat Pertabalan YDPA ke-14 pada minit 3:02:34 ua-cam.com/video/4iYQDOjnYHA/v-deo.htmlsi=j0dw1Xfql7b8fFBX, saya rasa mungkin tersilap irama, tpi unik jua tesilap irama lama, yatah ani yng dimaksudkan keramat datuk nini, kalau endang keturunan pegandang nda lari ke mana kepandaian atu, mun nda pandai pun cematu tia kejadian tu..

    • @calaf1307
      @calaf1307 8 місяців тому

      @@HasyimHjHakim1943 En. Rusli Daud yang meniup serunai atu, dari generasi 1990an iaitu waris En. Daud Shaari, Ketua Nobat Kedah zaman 1950an-1970an. Turun kepada adik-beradik iaitu En. Omar Sha'ari dan En. Osman Sha'ari, keduanya bersara dalam tahun 1990an. Peniup-peniup serunai semua ada pertalian darah.
      Dalam Istiadat Pertabalan YDPA-14 atu jua, tinggal 2 ahli yang dari generasi 1980an...iaitu En. Ismail Abdullah yang memalu Gendang Ibu di Penutup Istiadat, serta En. Mansor Hashim yang meniup Nafiri untuk Lagu Palu dan Lagu Belayar di Penutup Istiadat.

  • @hentamsajalah9819
    @hentamsajalah9819 2 місяці тому +1

    10:20 meremang bulu roma 😰 aku rasa macam nk gi perang jer rasa macam nak tabuh orang pun ade bahaya niy 😂

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  2 місяці тому

      Memang mcm tu Nobat Diraja Kedah.. setiap Nobat Diraja ada kekuatan dan auranya yg tersendiri.. yg slalu menyebabkan hal tersebut ialah tiupan serunai..

  • @rhyzlutkemeyer1712
    @rhyzlutkemeyer1712 2 місяці тому +1

    Knp xde psal nobat terengganu??

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  2 місяці тому

      @@rhyzlutkemeyer1712 kannn.. saya pun berfikir mcm tu, kenapa Nobat Diraja Terengganu tak masuk?.. hmm.. yg saya tau, selalunya kalau akan dibuat dokumentari² yg berkaitan alat² Diraja, contoh mcm Nobat ni, memerlukan Perkenan Baginda Sultan.. mungkin Tuanku Sultan Mizan x izinkn.. Wallahu a'lam

  • @huzaifahismail9207
    @huzaifahismail9207 8 місяців тому +2

    8:35 Sultan Atha'ullah/Atha'illah Muhammad Shah bukan atillah

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  8 місяців тому +1

      Betuk saya pun perasan, kebanyakan orang menyebut sebagai Athillah, padahal ada huruf 'ain, Atha'illah

  • @huzaifahismail9207
    @huzaifahismail9207 5 місяців тому +2

    8:26

  • @CoganAgama
    @CoganAgama 2 місяці тому +1

    25:32

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943  2 місяці тому

      @@CoganAgama canggih dah masa ni, Alat Kebesaran Diraja pun mampu ada YT sendiri 😁.. tiupan nafiri 3x Utk mulakan suatu lagu dlm Nobat Diraja Perak ..

    • @CoganAgama
      @CoganAgama 2 місяці тому

      Serunai Bunyi Lain​@@HasyimHjHakim1943