Nobat Diraja Terengganu - Lagu Iskandar

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 28 гру 2024

КОМЕНТАРІ • 167

  • @muktasim88
    @muktasim88 Рік тому +18

    apa yg suka tengok pertabalan ini, kumpulan nobat diraja Terengganu elok je berada di belakang sultannya. Wallahua'lam kalau itu hanya kebetulan atau mmg disyaratkan begitu adatnya...

    • @KmkGIBrunei1758
      @KmkGIBrunei1758 Рік тому +2

      Mungkin disyaratkan sebab ni nobat dari terengganu, jadinya sultan nobat tu sendiri lagi banyak tahu tentang nobat dari negeri baginda sendiri.

    • @azlirazli7500
      @azlirazli7500 Рік тому

      ​@@mmmsfmmmbetul tu saudara.

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943 3 місяці тому

      @@KmkGIBrunei1758 betul.. sbb jika kita lihat pada Istiadat Pertabalan YDPA Ke-17 hari itu.. Sultan Perak berada di samping Sultan Mizan, tepat di hadapan pentas Nobat..

  • @calaf1307
    @calaf1307 11 місяців тому +12

    Ini adalah kali kedua pasukan Nobat Diraja Terengganu menyertai Istiadat Pertabalan YDPA. Sebelum ini, mereka turut serta pada Istiadat Pertabalan YDPA-13 (2007).
    Semasa Istiadat Pertabalan YDPA-4 (1966), walaupun Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah merupakan Sultan Terengganu, tetap digunakan Nobat Diraja Kedah [info dari Eric Jennings, dalam The Straits Times Annual, 1 January 1967 - The King is Installed]. Begitu juga waktu Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ditabalkan menjadi YDPA-8.
    Kerana Nobat Kedah adalah yang tertua, maka Nobat Kedah dijadikan Nobat Rasmi di Istana Negara. Mungkin juga sebab pengaruh Tunku Abdul Rahman yang masih memegang jawatan Perdana Menteri ketika itu.

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943 11 місяців тому

      1 Januari? Maksudnya sini dahulu Agong mengangkat sumpah jawatan pada tahun lepas dan kemudian ditabalkan secara rasmi pada awal tahun?

    • @calaf1307
      @calaf1307 11 місяців тому +1

      @@HasyimHjHakim1943 tidak, cuma dalam arkib The Straits Times Annual (boleh dibaca online), artikel istiadat-istiadat besar sebegini akan dikeluarkan pada Edisi Tahun Baru, mungkin kerana kepentingannya serta isinya begitu banyak (mencecah lebih 2000 perkataan).
      Macam Istiadat Perpuspaan SOAS III 1951, artikel mengenainya dikeluarkan pada edisi 1 Januari 1952, Istiadat Perpuspaan 1968 dikeluarkan pada edisi 1 Januari 1969. Istiadat Pertabalan YDPA-5 (1971) dikeluarkan pada 1972.
      Tarikh pertabalan tidak banyak beza, cuma ketentuannya akan berubah mengikut peristiwa-peristiwa yang terjadi dan apa yang dititahkan. Tapi kalau pemasyhuran berlaku pada separuh kedua bagi tahun itu, maka besar kemungkinan pertabalan pada tahun seterusnya, di separuh pertama.

  • @HasyimHjHakim1943
    @HasyimHjHakim1943 11 місяців тому +5

    Kalau bunyi Nobat Diraja Terengganu sahaja dlm video ini seakan mengguncang seluruh Istana, saya x dpt bayangkan bagaimana menggerunkannya apabila kalau Nobat Diraja Perak digunakan ketika Istiadat Pertabalan YDPA Sultan Ibrahim nanti, bunyi nafirinya juga lebih nyaring dan kencang, diiringi bunyi paluan gendang nobat seakan bunyi yng memanggil seluruh semangat yng berteduh utk keluar dari tempat mereka..DAULAT TUANKU dari kami Rakyat dan Penduduk Brunei Darussalam 🙏

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  11 місяців тому

      Daulat!!!! ✊

    • @Hakkenso
      @Hakkenso 11 місяців тому +1

      Nobat perak xde mana2 sultan pakai msa pertabalan sultan perak pun pinjam yg slngor

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  11 місяців тому

      @@Hakkenso peralatan pinjam nobat diraja selangor kerana Alat Nobat Perak tidak boleh dibawa keluar daripada negeri Perak takut akan hilang daulatnya.....Lagu yang dimainkan tetap lagu nobat diraja Perak dan yang mainkan pun tetap orang Kalur Perak

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943 11 місяців тому

      @@mohdfadli086 oh , jadi maksudnya Nobat Diraja Selangor akan digunakan ke atau Nobat Diraja Selangor tapi memainkan rentak Nobat Diraja Perak?

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  11 місяців тому

      @@HasyimHjHakim1943 rentak nobat diraja Perak tetapi alatan nobat yang digunakan adalah daripada Selangor

  • @deddyzullmizwar2199
    @deddyzullmizwar2199 Рік тому +13

    Nobat Terengganu ini saya lihat dibuka dengan tiupan nafiri dan diikuti oleh katar dan ditutup dengan katar dan tiupan nafiri

    • @KmkGIBrunei1758
      @KmkGIBrunei1758 Рік тому +6

      Ada 5 kali katar dalam satu lagu nobat terengganu, manakala dalam nobat palu palu melayu, ianya hanya ada 2 kali katar. 5 katar itu ialah katar pembukaan lagu nobat, kemudian 3 kali katar di tengah lagu nobat sebagai "penghubung" ke irama seterusnya iaitu irama penutup selepas tu barulah katar terakhir yang menandakan lagu nobat telah sampai di hujungnya.

  • @mistaadal490
    @mistaadal490 11 місяців тому +2

    Sy suka lagu2 diraja ni nobat2 istana ni..

  • @KmkGIBrunei1758
    @KmkGIBrunei1758 Рік тому +12

    Disini saya boleh lihat nafiri dari semua negeri negeri yang ada nobat kecuali negeri kedah mempunyai nafiri yang berbentuk sama, iaitu sebuah terompet yang berbentuk seperti terompet askar British, manakala untuk kedah, nafiri tu cerobongnya macam bentuk telur, juga nafiri kedah selalu dimainkan dengan diletakkan hujung cerobong ke lantai, kalau nafiri dari semua negeri yang bernobat seperti selangor, perak dan terengganu, nafiri dimainkan menghala ke atas dan tidak mencecah lantai.

    • @ernestoguevara8599
      @ernestoguevara8599 5 місяців тому

      betul. saya pun tak tau kenapa nafiri kedah letak atas lantai.

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943 3 місяці тому +1

      ​@@ernestoguevara8599 saya Rasa bahagian handle sampai ke corong nafiri tu berat agaknya..

  • @KmkGIBrunei1758
    @KmkGIBrunei1758 Рік тому +17

    Ini merupakan lagu Iskandar Shah, antara 4 lagu lain ialah Ibrahim Khalil iaitu ketika YDPA selesai membaca iqrar Agong, Seri Istana kerika YDPA Keluar, Arak Arak untuk mengiringi sebuah perarakan, Palu - palu Melayu ketika alat alat istiadat dibawa masuk dan lagu Bersiram ketika Istiadat Siram Tabal Diraja Terengganu. Selain tu apa irama serunai dalam setiap nobat terengganu ni sebab setiap awal iramanya selalu cepat dan banyak lenggok mengikut paluan gendang negara dan akhir iramanya dalam nobat tu pun sama?

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  Рік тому +3

      Untuk itu,saya tidak pasti kerana tidak artikel mengenai nobat Terengganu di dalam web

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  Рік тому +3

      Rasanya irama serunai ikut lagu. Macam Irama serunai Nobat Kedah

    • @KmkGIBrunei1758
      @KmkGIBrunei1758 Рік тому +1

      @@mohdfadli086 apa saja nama irama serunai nobat kedah?

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  Рік тому +1

      @@KmkGIBrunei1758 tidak pasti saya kerana tiada yang mendedahkan. Tapi senang nak bezakan. Lain lagu,lain irama serunai

    • @deddyzullmizwar2199
      @deddyzullmizwar2199 Рік тому +1

      Agak sukar mencari tayangan tentang nobat Terengganu ne kerana jarang diketengahkan kecuali ketika pertabalan Kebawah Duli YDPA dari Terengganu.
      Saya juga mencari video kemahkotaan Sultan Terengganu dan perkahwinan kerabat diraja Terengganu, semasa saya di bangku sekolah dulu pernah disiarkan oleh RTM.....agak sukar didapati di UA-cam.....

  • @HasyimHjHakim1943
    @HasyimHjHakim1943 11 місяців тому +14

    Rasanya Nobat Diraja Terengganu akan dipakai lagi tahun ini, memandangkan Johor juga merupakan salah satu cabang dari Wangsa Bendahara, sama seperti Pahang dan Terengganu, apabila ada sultan dari ketiga negeri ini dipilih menjadi Agong, mereka akan ditabalkan dgn Nobat Diraja Terengganu, kerana mereka semua berasal dari Wangsa(dynasty) yang sama.

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  11 місяців тому

      Tidak pasti pula saya......kita tunggu masa pertabalan YDPA ke-17 bulan Julai nanti

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943 11 місяців тому

      @@mohdfadli086 selalunya Majalah 3 akan mempertontonkan detik² persiapan Istiadat Pertabalan, sebagaimana Istiadat Pertabalan YDPA ke-16 pada tahun 2019 lepas, mereka juga memperlihatkan pasukan Nobat Diraja Terengganu berlatih, tahun ini juga kita boleh lihat pasukan Nobat manakah yng akan berlatih untuk Istiadat kali ini.

    • @asyraf2057
      @asyraf2057 11 місяців тому +4

      Kesultanan Johor sekarang dari Temenggung

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  11 місяців тому +2

      @@asyraf2057 betul.....keturunan Temenggung Daeng Ibrahim ibni Daeng Chelak....yang memulakan salasilah ini Bendahara Tun Abdul Majid atau Bendahara Padang Saujana

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943 11 місяців тому

      @@asyraf2057 temenggung ni wangsa Nobat apa?

  • @osmanjailani9147
    @osmanjailani9147 8 місяців тому +1

    Meremang beb

  • @budakjohor
    @budakjohor Рік тому +7

    Klau tk salah nobat kesultanan Terengganu nie berasal dari kesultanan riau lingga..

  • @nizarzar9485
    @nizarzar9485 5 місяців тому +1

    Memang nobat Selangor macam Perak. Sbb nobat diberi oleh sultan Mahmud Perak sbb sultan Selangor sultan Perak yg tabalkan dulu sekali bg dgn nobat dan org2 nobat balik ke Selangor. Masa Raja Lumu Sultan Selangor 1

  • @niksyafiyyah3088
    @niksyafiyyah3088 Рік тому +1

    💙💙💙

  • @HasyimHjHakim1943
    @HasyimHjHakim1943 3 місяці тому

    Terdapat dua negeri di Malaysia yg alat² Nobatnya kekal satu serunai pada setiap masa.. iaitu Kedah dan Terengganu, dlm suatu persembahan, memang kalau utk serunai Nobat Diraja Kedah, memang dah ada diikat pipit spare, kalau nobat Diraja Teregganu..tu saya tak tau, yg pastinya ada cerita mengatakan serunai tu tak pernah patah, dan telah digunakan lama dah.. kalau lihat pada bentuknya mungkin betul..

    • @calaf1307
      @calaf1307 2 місяці тому

      Serunai Nobat Diraja Terengganu diperbuat dari gading...mungkin itu sebabnya ia tidak pernah patah.

  • @tuanyohchenae5913
    @tuanyohchenae5913 Рік тому +1

    หน่วยรักษา พระองค์ ฝัง

  • @KmkGIBrunei1758
    @KmkGIBrunei1758 Рік тому +3

    2:01 peniup serunai tu memang duduk agak senget ke kanan ke?

  • @othmansaleh2164
    @othmansaleh2164 Рік тому +1

    Mantap.🫡🫡🫡🫡

  • @somalythang9398
    @somalythang9398 Рік тому +1

    ❤❤❤❤❤❤🎉🎉🎉🎉🎉🎉😊😊😊😊

  • @othmansaleh2164
    @othmansaleh2164 Рік тому +1

    🤗🤗🤗🤗🤗

  • @HasyimHjHakim1943
    @HasyimHjHakim1943 3 місяці тому

    Info :
    Hanya Nobat Diraja Kedah dan Terengganu sahaja yg tidak akan ditamatkan paluannya mengikut isyarat Penghulu Nobat, kalau seperti Nobat Diraja Terengganu ni ketika Pertabalan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai YDPA pada tahun 2007, rentaknya sekedar dipercepatkan..

  • @KmkGIBrunei1758
    @KmkGIBrunei1758 Рік тому

    ua-cam.com/video/L89HZN7twh0/v-deo.html
    Pada minit 45:47, kenapa lubang nada di serunai gading tu macam terbakar?

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  Рік тому

      Bukan sebab terbakar. Tapi kesan tangan yang menyentuh lubang serunai tersebut selama 100 tahun

    • @KmkGIBrunei1758
      @KmkGIBrunei1758 Рік тому +1

      @@mohdfadli086serunai gading yang sama tu telah digunakan selama 100 tahun?

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943 3 місяці тому

      ​@@KmkGIBrunei1758ye betul.. dan dah berapa keturunan pegang serunai tu

  • @manmon9094
    @manmon9094 Рік тому +1

    Muziknya spt lagu kemenangan turki usmaniah..mehter

  • @jmramos0109
    @jmramos0109 Рік тому +1

    0:02 Gong

    • @KmkGIBrunei1758
      @KmkGIBrunei1758 Рік тому +2

      Kalau nobat kedah senang, dah ada gong, kalau sultan kedah atau ydpa masuk, boleh pakai gong nobat.

    • @deddyzullmizwar2199
      @deddyzullmizwar2199 Рік тому

      Gong yang dibunyikan tersebut menandakan keberangkatan masuk Kebawah Duli.
      Walau nobat Kedah sekalipun takkan membunyikan gong yang terdapat dalam alatan Nobat tersebut tanpa disertai irama paluan nobat

    • @KmkGIBrunei1758
      @KmkGIBrunei1758 Рік тому

      @@deddyzullmizwar2199 ouhh, tidak dapat, kalau di brunei sama juga ke seperti gualan gong atau chanang sebelum titir katar?

    • @deddyzullmizwar2199
      @deddyzullmizwar2199 Рік тому

      @@KmkGIBrunei1758 gong dan Chanang dalam Naubat Brunei (Gendang Jaga-jaga) sebahagian daripada alatan Naubat yang tidak akan dibunyikan kecuali disertai dengan titir Naubat baik sebelum atau selepasnya

  • @Hakkenso
    @Hakkenso Рік тому

    Harap nanti sultan johor pilih nobat terengganu utk pertabalan

    • @ayipjahar7544
      @ayipjahar7544 Рік тому

      Nobat Perak isteri sultan Ibrahim raja zarith sofiah puteri diraja perak

    • @Diablo_zzz
      @Diablo_zzz 11 місяців тому

      kita tengok nanti sama ada nobat Terengganu atau nobat Perak atau nobat lain, sebab Agong dari negeri Johor bukan Perak. @@ayipjahar7544

    • @asmawitimyati9476
      @asmawitimyati9476 5 місяців тому

      ​​​@@Diablo_zzz
      _Tengoklah Esok_
      _Nobat Negeri Mana Yang Digunakan_

    • @Diablo_zzz
      @Diablo_zzz 5 місяців тому

      @@asmawitimyati9476 ye mana2 nobat pun ok. Rasanya perak sebab pemaisuri orang perak kan

  • @HasyimHjHakim1943
    @HasyimHjHakim1943 5 місяців тому

    Setelah melihat video persiapan Pasukan Nobat Diraja Perak dlm channel Yt Bernama TV, saya mendengar ada 3 nama paluan akan dimainkan nanti, iaitu Raja Berangkat Tiba, Nobat Tabal dan Raja Berangkat Keluar, apakah paluan nanti apabila mengiringi Alat-Alat Kebesaran Diraja masuk? (Seperti alquran, Keris Panjang Diraja, dan Warkah Pengisytiharan)

    • @jmramos0109
      @jmramos0109 5 місяців тому

      Palu Palu Melayu

    • @HasyimHjHakim1943
      @HasyimHjHakim1943 5 місяців тому +1

      @@jmramos0109 ada Palu Palu Melayu dlm Nobat Diraja Perak?, mungkin Arak Arakan Atandis akan digunakan..

    • @calaf1307
      @calaf1307 5 місяців тому

      ​@@HasyimHjHakim1943mungkin dipilih antara lagu-lagu yang dimainkan ketika menyambut hari-hari kebesaran Islam...seperti lagu Puteri Mandi Mayang.
      Contohnya juga kalau Nobat Diraja Kedah, dipilih lagu Palu untuk bahagian "Menjunjung Duli" - lagu Palu ini dimainkan sebelum waktu Maghrib.

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  5 місяців тому

      @@HasyimHjHakim1943 rasanya lagu menjunjung duli untuk Nobat Diraja Perak "Anak Raja Basuh Kaki". Tapi saya tidak pasti. Tunggu jer esok

  • @Hakkenso
    @Hakkenso Рік тому +4

    Boleh ke kalau nanti kalau sultan johor jadi ydpa guna gendang besar dari kelantan kalau xguna nobat? Ke gendang besar khas untuk sultan kelantan je & xboleh dipinjm mcm nobat

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  Рік тому +2

      Ikut perkenan sultan tersebut dan tertakluk kepada Sultan Johor sendiri

    • @KmkGIBrunei1758
      @KmkGIBrunei1758 Рік тому +4

      @@mohdfadli086 kalau mengikut protokol muzik tradisional diraja di istana negara ni macam ni :-
      Nobat kedah :
      Apabila sultan negeri itu tiada nobat atau sebarang alat muzik tradisional diraja, maka nobat diraja kedah akan dipinjam, kerana ianya sudah banyak digunakan dalam istiadat pertabalan agong dari agong pertama sehingga pertabalan yang dipertuan agong Syed sirajuddin, raja perlis.
      Gendang Besar Diraja Kelantan :
      Hanya dipalukan semasa pertabalan sultan kelantan darul naim bertabal menjadi ydpa.
      Nobat - nobat yang lain:
      Nobat Diraja Terengganu :
      Hanya untuk apabila sultan terengganu bertabal menjadi ydpa. Selain dari tu, pada istiadat pertabalan agong ke 16, kenapa ianya menggunakan nobat terengganu kerana ada sebab dari segi keturunan keluarga diraja pahang dan terengganu yang bercampur, mengikut adat nobat, sekiranya sultan negeri itu tiada peralatan muzik diraja, nobat atau apa saja alat muzik diraja, maka jika ada bersambung nasab dengan satu negeri yang bernobat, contohnya seperti sultan pahang dan sultan terengganu, dua dua ialah dari wangsa atau dynasty bendahara, dimana dua dua negeri ini bila bertabal jadi ydpa, mereka akan menggunakan nobat riau lingga, sekarang nobat riau lingga tu ialah nobat diraja terengganu, tidak lupa, sebenarnya johor pun ialah dari wangsa bendahara, menjadikan tiga tiga negeri ini, iaitu Terengganu, Pahang dan Johor ialah dari wangsa Bendahara, bila salah satu sultan dari tiga negeri ini bertabal jadi ydpa, maka baginda akan menggunakan nobat diraja terengganu, maksudnya bila pertabalan Sultan Ibrahim nanti menjadi ydpa, maka nobat terengganu juga akan digunakan kerana baginda ialah salah satu ahli kerabat dari wangsa bendahara.
      Nobat Perak dan Nobat Selangor :
      Nobat Perak dan Nobat Selangor dua dua ada kaitan, kerana dua dua berasal dari nobat diraja melaka, dulu, sultan melaka telah menurunkan nobat kepada sultan muzaffar syah untuk ditabalkan menjadi sultan di sebuah tempat, tempat itu sekarang ialah negeri Perak Darul Ridzuan, selepas menjadi sultan disana, Sultan Muzaffar syah kemudian menabalkan anaknya menjadi sultan selangor, alat alat nobat perak pun digunakan di selangor, kerana dua dua berkaitan, jika salah satu sultan dari dua negeri ini bertabal menjadi ydpa, maka dua2 negeri ini akan ada rentak nobat yang sama dan juga peralatan yang seakan sama. (Info tambahan: Nobat diraja Perak dan Nobat Diraja Selangor dua duanya sajalah nobat yang tiada campuran alat lain, seperti nobat kedah ada gong, dan nobat terengganu ada kopak kopak, dua dua nobat dari negeri perak dan negeri selangor hanya ada 4 peralatan, satu nengkara, dua gendang yang berlainan nama (satu penangkas dan satu nyenyalu), satu serunai dan sebatang nafiri perak.

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  Рік тому +1

      @@KmkGIBrunei1758 yang Nobat Perak dan Selangor tu ada kesalahan. Selangor kan Dinasti Bugis-Luwu. Raja Lumu kan anakanda Daeng Chelak,Daeng 5 bersaudara.
      Perak pula dari Dinasti Melaka sebelum ke Dinasti Siak-Melaka.
      Jadi kesimpulannya,Selangor mendapat kurniaan nobat bukan kerana pemberian dari ayahanda kepada anakanda, tetapi dikurniakan kepada Raja Lumu kerana telah berjaya melayakkan diri menjadi Sultan Selangor dan layak diberi daulat. Perak ditubuhkan pada tahun 1528 sama seperti Kesultanan Johor Lama. Selangor pula ditubuhkan pada tahun 1738.

    • @KmkGIBrunei1758
      @KmkGIBrunei1758 Рік тому

      @@mohdfadli086 maaf, saya memang tahu ada kesalahan tentang perak dan selangor tu, sebab susunan penceritaannya terlalu rumit, banyak nama2 macam sanskrit, btw siapa daeng chelak banyak saya lihat di artikel2 selangor?

    • @KmkGIBrunei1758
      @KmkGIBrunei1758 Рік тому

      @@mohdfadli086 maksudnya raja lumu ni langsung tiada kaitan darah dengan sultan muzaffar syah?

  • @KmkGIBrunei1758
    @KmkGIBrunei1758 Рік тому +2

    Betul ke nobat yang digunakan dalam pertabalan ydpa tidak mengikut nasab atau keturunan agong tu, baginda akan terkena sumpah dan pemerintahan baginda tidak akan menjadi aman dan tenteram.

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  Рік тому +1

      Rasanya la sebab Nobat tidak boleh dimainkan sesuka hati sebenarnya. Tetapi dah menjadi salah satu alat kebesaran negara kalau ikut protokol istana. Nak tak nak mesti kena mainkan jugak. Tu yang kena kaji jugak salasilah keturunan

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  Рік тому +3

      Macam Perak,alatan nobatnya tidak boleh dibawa keluar daripada perak. Kalau nak guna jugak. Kena pinjam alatan nobat Selangor. Cuma pemainnya Orang Kalur Perak

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  Рік тому +1

      @mmmsfmmm mungkin. Tapi ikut adat. Alatan nobat Perak mesti tidak melepasi sempadan. Kalau tidak,daulatnya hilang.

    • @KmkGIBrunei1758
      @KmkGIBrunei1758 Рік тому

      @@mohdfadli086 bagaimana dengan nobat selangor? Sebab nobat selangor ni meminjam alat nobat dari perak, yang memainkan pun orang kalur dari perak, bagaimana tu?

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  Рік тому

      @@KmkGIBrunei1758 nobat Selangor tu kurniaan daripada Sultan Perak ketika itu kepada Raja Lumu ibni Daeng Chelak. Merupakan kesinambungan daripada daulat kesultanan Melaka. Maksud ayat saya itu,mungkin alatan nobat yang digunakan dari Selangor manakala pemainnya daripada Orang Kalur di Perak.

  • @melakaball
    @melakaball Рік тому +4

    Agak agak ya apabila Sultan Johor ditabalkan sebagai YDPA, nobat negeri manakah yang akan dimainkan?

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  Рік тому +2

      Mungkin nobat Perak seperti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj

    • @KmkGIBrunei1758
      @KmkGIBrunei1758 Рік тому +2

      @@mohdfadli086 tapi sultan johor, pahang dan terengganu sambung nasab atau sama keturunan ke? Jadinya jika salah satu mereka ini menjadi ydpa mesti guna nobat terengganu.

    • @KmkGIBrunei1758
      @KmkGIBrunei1758 Рік тому

      @mmmsfmmm dua dua nobat boleh ke dipalu dalam satu istiadat pertabalan itu.

    • @naimbaharudin400
      @naimbaharudin400 Рік тому

      kedah,

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086  Рік тому

      @@KmkGIBrunei1758 ikut perkenan sultan Terengganu la

  • @khairulkhairul4455
    @khairulkhairul4455 Рік тому

    Klu nk Thu daulat raja skrg sudah kurang...
    SEbb dorg kawin campur...bukan kawin dg asal anak raja..

    • @Panjang-mv7fb
      @Panjang-mv7fb 11 місяців тому +1

      Yg lawan british akn dibuang takhta dan diganti dgn pak turut