[HADIS PALSU] Abu Talib Islam? & Ubaidillah Jahsy Kristian? & Nabi Isra' Hanya Dengan Roh?

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 10 лют 2025
  • darulkautsar.w... [Video Pendek] - SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM
    USUL DIRAYAT KE-18 - Sesuatu Peristiwa Yang Disebutkan Di Dalam Suatu Riwayat Akan Dikira Tidak Benar Dan Mungkar Apabila Bercanggah Dengan Apa Yang Tersebut Di Dalam Hadith-Hadith Yang Sahih.
    NOTA: Walaupun Begitu, Sebaliknya Ada Juga Beberapa Hadith Yang Dikatakan Sahih Di Dalam Kitab-Kitab Muktabar Sebenarnya Dhaif Atau Maudhu' Bila Berhadapan Dengan Riwayat Sirah Dan Sejarah. Contohnya, Kepada Sesetengah Ulama', Hadith Aisyah r.ha. Berkahwin Dengan Rasulullah s.a.w. Semasa Berumur Enam Tahun Adalah Tidak Benar Walaupun Hadith Tersebut Ada Di Dalam Kitab Sahih al-Bukhari Dan Muslim.
    PERINGATAN:
    1. Hendaklah berhati-hati dengan riwayat Ibnu Ishaq. Ulama' hadith sepakat bahawa riwayat "tafarrudat" Ibnu Ishaq tidak boleh diterima pakai kerana didapati berdusta, memburuk-burukkan Sahabat Nabi dan menyokong fahaman Syiah. Banyak riwayatnya yang memburuk-burukkan Sahabat termasuk menuduh ahli Badar sebagai munafik.
    2. Ibnu Ishaq menulis dalam kitabnya, bahawa apabila Nabi pulang dari isra' dan mi'raj dan menceritakannya kepada kaumnya, "Maka murtadlah mereka yang mahu murtad". Kata-kata ini bermaksud, ada Sahabat Nabi yang murtad selepas mendengar cerita Nabi isra' dan mi'raj. Walaupun begitu, dia tidak menyebut nama mereka yang telah murtad tersebut.
    CONTOH HADITH PALSU
    1. UBAIDILLAH BIN JAHSY MASUK KRISTIAN KETIKA DI HABSHAH
    Masyhur dalam kitab-kitab sirah bahawa Ubaidillah Bin Jahsy tekah masuk Kristian di bumi Habshah. Dia telah berhijrah ke sana bersama isterinya Ummu Habibah.
    2. Abu Talib, bapa saudara Nabi s.a.w. dikatakan meninggal dunia dalam keadaan Islam.
    3. 'AISHAH BERKATA NABI ISRA' BUKAN DENGAN TUBUH TETAPI DENGAN ROH SAHAJA
    "Sesungguhnya 'Aisyah selalu berkata, "Jasad Rasulullah s.a.w. tidak kehilangan tetapi Allah telah mengisra'kan rohnya". Ungkapan ini bermaksud bahawa Nabi isra' dan mi'raj tidak dengan tubuh tetapi hanya dengan rohnya sahaja.
    Video Penuh - 1. • Sesi 46 -Cerita Masyhu...
    2. • Sesi 47 -Cerita Masyhu...
    3. • Sesi 48 -Cerita Masyhu...
    MAULANA MUHAMMAD ASRI YUSOFF
    ------------------------------------------------------------------------------------------------
    1. CONTOH HADITH PALSU PERTAMA
    UBAIDILLAH BIN JAHSY MASUK KRISTIAN KETIKA DI HABSHAH
    KOMENTAR
    i. Ubaidillah Bin Jahsy termasuk antara golongan yang terawal memeluk Islam (as-sabiqun al-awwalun), orang-orang yang diredhai dan dijanjikan syurga oleh Allah.
    ii.Riwayat yang sahih tentang perkahwinan Ummu Habibah dengan Rasullullah s.a.w. selepas kematian suaminya, Ubaidillah Bin Jahsy langsung tidak menyebut Ubaidillah telah murtad.
    iii. Di dalam hadith Sahih al-Bukhari, Abu Sufyan yang belum memeluk Islam telah ditanya oleh Hiraklu adakah sesiapa dari pengikut Nabi Muhammad yang murtad setelah masuk Islam. Abu Sufyan menjawab tidak ada. Beliau adalah mertua Ubaidillah Bin Jahsy, dan sekiranya menantunya itu memeluk Kristian sudah pasti dia mengetahuinya.
    iv. Sebelum meninggal dunia Ubaidillah Bin Jahsy telah berwasiat kepada Rasulullah s.a.w. supaya mengahwini isterinya Ummu Habibah. Adalah tidak mungkin seorang yang murtad berwasiat kepada Rasulullah
    2. CONTOH HADITH PALSU KEDUA
    Abu Talib, bapa saudara Nabi s.a.w. dikatakan meninggal dunia dalam keadaan Islam.
    NOTA - Golongan Syiah bersepakat bahawa Abu Talib adalah seorang Islam malah seorang .mukmin yang sangat tinggi darjat imannyaKOMENTAR
    i. Punca (Paksi) riwayat Abu Talib meninggal dalam keadaan Islam ialah Ibnu Ishaq dan dia berseorangan ("tafarrudat") dalam meriwayatkan kisah ini. Telah sepakat ulama' bahawa "tafarrudat" Ibnu Ishaq tidak boleh diterima pakai.
    ii. Isi kandungan hadith ini bertentangan satu sama lain, di mana di satu pihak Abu Talib dikatakan menerima Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadat manakala di pihak yang lain dia dikatakan mengucapkan kalimah tersebut hanya untuk memuaskan hati Rasulullah dan bukannya ikhlas dari hatinya.
    iii. Semasa Abu Talib meninggal dunia pada tahun 10 kenabian, Abbas, bapa saudara Nabi belum lagi memeluk Islam. Bagaimana mungkin seorang yang belum Islam malah memusuhi Islam memanggil Nabi dengan panggilan "Ya Rasulullah"? [Beliau juga ada menyebut, "Demi Allah"]
    3. CONTOH HADITH PALSU KETIGA
    'AISHAH BERKATA NABI ISRA' BUKAN DENGAN TUBUH TETAPI DENGAN ROH SAHAJA
    KOMENTAR
    i. 'Aishah digambarkan seolah-olah tinggal bersama Nabi semasa peritiwa Isra' dan Mi'raj berlaku. Peristiwa ini berlaku pada tahun 10 kenabian sedangkan Aisyah tinggal bersama Nabi s.a.w. hanya selepas Hijrah ke Madinah.
    ii. Riwayat ini direka oleh musuh-musuh Islam untuk memburuk-burukkan 'Aishah r.ha. sama ada untuk menunjukkan kejahilan 'Aishah r.ha. terhadap ayat-ayat al-Quran ataupun untuk menunjukkan keberanian 'Aishah mencanggah ayat-ayat al-Quran.

КОМЕНТАРІ •