Tips Membeli Belah Di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 7 вер 2024
  • Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Sebut je, pasti ramai rakyat Malaysia akan mengenali tempat ini sebagai destinasi membeli-belah pelbagai barangan keperluan. Andai anda ke Pengkalan Kubor, jika pandai tawar-menawar, anda boleh mendapat harga cukup murah untuk barangan yang dicari.
    Jarak perjalanan daripada bandar Kota Bharu adalah sejauh kira-kira 25 kilometer dan lebih kurang 10 kilometer dari bandar Tumpat. Pengkalan Kubor terletak di utara negeri Kelantan. Ia sebuah bandar yang bersempadanan dengan Tak Bhai, Thailand dan menjadi tumpuan untuk membeli-belah penduduk sekitar dan pelancong.
    Apa yang dijual? Pengkalan Kubor mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan. Malah, ada kompleks khas yang selesa untuk para peniaga dan pengunjung. Inilah sebab utama tempat ini berjaya menarik banyak pengunjung ke sini.
    Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor adalah istimewa dan berlainan dari yang terdapat di tempat lain. Di dalamnya, selain dari bangunan bangunan kedai, terdapat juga rumah rumah kediaman. Ianya dilengkapkan dengan pondok pondok kawalan, pintu pintu serta laluan keluar masuk.
    Kawasan bebas cukai ini sebesar padang bola sepak. Ia terletak di tepi muara sungai. Ia memang satu lokasi yang seronok untuk bershopping.Kompleks atau arked bebas cukai Pengkalan Kubor ada beberapa bahagian. Jadi, anda perlu explore kesemua kawasan dan tempat untuk mendapatkan pilihan terbaik. Dan paling penting, walaupun ada tag harga dipaparkan, jangan lupa untuk tawar-menawar. In Sha Allah, anda akan tersenyum lebar bila dapat beli barangan keinginan anda dengan harga jauh lebih murah di tempat lain.
    Kawasan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan yang berpagar. Pintu utama hanya dibuka pada pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Jadi jika anda ingin shopping, eloklah datang pada waktu pagi. Pada pukul 5.30 petang semua pembeli akan diarahkan keluar oleh pihak Kastam kerana pintu utama akan ditutup pada waktu tersebut.
    Satu tarikan menarik yang ada di Pengkalan Kubor ini ialah adanya lukisan mural di dinding-dinding bangunan. Ia pastinya satu spot untuk abadikan kenangan walaupun tidak membeli-belah.
    Membeli belah di zon bebas cukai sememangnya berbaloi kerana ia menawarkan harga yang murah daripada biasa. Ramai yang apabila bercuti ke sesuatu tempat, akan mencari lokasi membeli belah bebas cukai kerana tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan barangan dengan harga yang murah.
    #zonbebascukaipengkalankubor #pengkalankubur #bebascukai #tumpat #tmk2020 #visitkelantan2020 #vm2020 #visitmalaysia2020 #visittrulyasiamalaysia #kelantandihati #kelantangedungsenibudaya #kelantankuBersih #amazingkelantan
    #tourismkelantan #gnola79channel
    #tourismmalaysiakelantan #foodhunter #foodhunting #travelforfood #travel#foodie #foodhuntings #foodreview #percutian
    #foodphotography #foodstagram #foodiereview #thehungryfoodie #Hospitality #Hotel #Agoda #Expedia #Trivago #Traveloka #Resort #Booking #Travel #holiday #accomodation #rooms #agency #jjcm #2019 #sukamakan #colekpokli #babaicecream #aiskrimbaba #steamboatkukus #gajus #viral #makananviral #shopping #

КОМЕНТАРІ • 25

  • @adywanbobstudio509
    @adywanbobstudio509 2 роки тому +1

    Bang nkntnya antara penkalan kubur dgan rantau panjang mana lg bes shoping

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому +1

      Dua² tempat pun best cuma bezanya Rantau Panjang lg besar dr Pengkalan Kubor so bila besar byk la pilihan kedai & barang utk dibeli 😅... Kami pun ada singgah ke Rantau Panjang juga...kalau x bz boleh layan video ua-cam.com/video/Wm9-1uuha4I/v-deo.html
      Terima kasih tuan kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @youtubepopular324
    @youtubepopular324 2 роки тому

    September 2022/Januari 2023 Era 103.3

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому

      Terima kasih kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @dianarania5952
    @dianarania5952 4 роки тому +2

    Kalau boleh tunjukkan product yg dijual ! Focus kepada product! Terima kasih.

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  4 роки тому

      Ooo... Sorry ye psl kami pun pergi kesana bercuti bukan jual brg & kami juga share serba sedikit tips kalau hendak membeli belah di sana... Pe pun tqvm ye ats cadangan sis tu & tqvm sekali lg kerana sudi singgah Gnola79 Channel 😉👍👏

    • @dianarania5952
      @dianarania5952 4 роки тому +1

      @@Gnola79Channel ..oh ok... You're welcome.

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  4 роки тому

      👍👏😉

  • @ariffindera8486
    @ariffindera8486 2 роки тому

    Demo lalu ikut pulau ular ni..

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому

      Entah la boh...lalu situ pun ikut waze psl jln utama ke PK tu jem teruk. Katanya ada roadblock 😅
      Terima kasih boh kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉

  • @norallyza
    @norallyza 4 роки тому +1

    Pakaian xde jual ke..jeans n t shirt

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  4 роки тому +1

      Rohaizad Ezad.... Berlambak je org jual pakaian t-shirt & jeans... Dari harga murah, sederhana & mahal... Bergantung pada kualiti gak... Kiranya mcm² la yg ada dijual di Pengkalan Kubor... Yg penting kena sediakan duit yang banyak la...😂
      Tqvm bro sudi komen channel saya... Kalau x bz sudi²kan la layan video² saya yg lain ye...🤭

    • @norallyza
      @norallyza 4 роки тому +1

      @@Gnola79Channel ..okey.tq boss

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  4 роки тому

      Welcome Bro Rohaizad 👍👏👌

  • @MuhdDanish09
    @MuhdDanish09 4 роки тому +1

    Sini senang tak nak cari ATM?

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  4 роки тому

      Tak pasti la bro Muhd Danish... Tak nampak plak ATM machine dkt area Pengkalan Kubor 😅
      Kena standby duit awal² la kot sebelum sampai ke sana... Kami pergi ke sana pun x shopping byk pun. Sekadar cuci mata & JJCM je...
      Tqvm bro sudi komen my channel... De masa lapang...sudi²kan la layan video² lain kat Gnola79 channel 😊

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  4 роки тому

      Sebelum ke Pengkalan Kubor...bro bole singgah ATM machine yang ada kt shell @ petronas area Pasir Pekan... Kalau kat pekan tumpat, saya x pasti ada ke tidak ATM machine...😊

    • @MuhdDanish09
      @MuhdDanish09 4 роки тому +1

      Gnola79 Channel haha ok terima kasih atas info.... esok nak pergi sana.. tengok apa2 yg ada

    • @MuhdDanish09
      @MuhdDanish09 4 роки тому +1

      Gnola79 Channel ok insya Allah 😁

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  4 роки тому

      @@MuhdDanish09 ... Selamat bercuti 👍👏

  • @suhaimiahamad8484
    @suhaimiahamad8484 2 роки тому

    NBCno

    • @Gnola79Channel
      @Gnola79Channel  2 роки тому

      Terima kasih kerana sudi singgah ke Gnola79 Channel 👍👏😉