As salammualaikum....bang ya allah terima kasih banyak2 bang kongsi ilmu Allah saja yg dapat mmbalasnya..besok sy nk kayuh genting sempah bang saya Akan Guna ilmu yg abg bagi nie...abg dekat Batu gajah yea ada masa nt boleh jmpa abg..semoga maju Jaya amin.
saya punya cassette 25T max.(9speed).terasa juga walaupun elevation 200m-400m.nk tukar cassette baru. kena tukar rantai sekali😆modal byk. jadi kena latih lebih sikit nk elak keluar modal byk
@@affrizal1202 Wah power tu. Kau dah cassette 11-32, sepatutnya semua bukit boleh ditakluki. Kalau masih belum, kena berlatih lagi 😉💪🏼👍🏼 Selamat berkayuh tuan 👏🏼
Terima kasih atas perkongsian ini. Bahasa yang mudah dengan teknik yang mudah. Saya gunakan untuk share dengan isteri sebab saya tak tahu macamana nak mengajar haha. Isteri saya masih berdepan masalah cadence walaupun sudah hampir dua tahun berkayuh. Terbaik!! Harap lepas ni boleh buat video pasal training with HR Zone, dengan bahasa dan teknik yang mudah difahami.
Asslkm Tuan Nan, setuju dengan nasi lemak kampung bali, tapi dah lama tak pegi sebab ingat dia tak bagi dine in. Lepas ni boleh la try kayuh ke sana mcm tuan... steadyyy!!!
Assalamualikum. Bang, jka menggunakan BIGring brpa putaran cadance yg ok perlu d capai bgi pemula. Adakah ave nya mash sama 60 - 80.. Terima kasih bang dgn perkongsian jawapan yg d beri. Teruskan berkarya..sy suka dgn pendekatan penyampaian abg yg mudah difahami & tdk terlalu teknikal. Terima ka
Walaikumsalam En Mat Hussin. Terima kasih atas soalan ini. Untuk newbies, kita berlatih gunakan Small Ring hingga capai average 80. Bila dah mudah dgn Small Ring, berlatih pula dengan Big Ring dan sasarannya masih sama iaitu 80 cadence/rpm. Bila boleh capai 80 cadence dgn Big Ring, boleh cuba pula daki bukit untuk latihan elevation yg tinggi. Semoga berjaya 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
nak kuasai cadence bkn 1 7 hari makan masa jgk..skrg baru dpt feel kayoh,bru lepas masuk race kena covid pulak,,adakah lepas sihat nanti sy akan drop menurun
Sebagai newbies saya lebih menumpukan kpd penggunaan cassette. Setiap kali climbing saya akan guna ring kecil & akan adjust cassette supaya mendpt momentum kayuhan yg sesuai dan selesa bagi saya. Masalahnya semasa mengadjust cassette banyak kali kayuhan menjadi ringan seolah2 kayuh angin @ kosong. Ini menganggu momentun kayuhan & selalunya menjadi berat dan perit akhirnya bila climbing.Maaf soalan saya panjang la pulak Tn Nan.
Sebelum mendaki, dari jauh kita tukar pada small chainring, cassette yg kecil pun boleh biar berat sedikit. Bila dah sampai bukit kekalkan cassette atau ubah ke cassette lebih besar sedikit mengikut keselesaan kita berkayuh. Cuba elakkan tukar mengejut, ini boleh menjejaskan momentum seperti yg tuan nyatakan. Terima kasih 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Soalan yg sangat baik tuan. Rantai saya sudah hampir 4 tahun lamanya tak pernah tukar dan tak pernah ada masalah. Alhamdulilah. Tips saya 1) Jangan tukar gear last minute semasa mendaki bukit 2) Kerap service basikal 3 bulan sekali dan letak lubricant 3) Bila habis berkayuh, tukar pada cassette paling kecil 4) Kurangkan penggunaan Cross Chain iaitu Big Ring/Big Cassette dan Small Ring/Small Cassette supaya rantai tidak kerap tegang, sekali sekala tak mengapa boleh sahaja guna cross chain. Terima kasih 👍🏼
Salam bang.. Nak mintak pendapat dan tip.. 1- Berapa avg cadence yg sesuai untuk kita buat semasa kita kayuh di roller selama 30mnit. 2 - Dari segi pemilihan gear pula macam mana. #kayuhuntukkesihatan Terima Kasih.
Wassalam, matlamat kita adalah berlatih cadence yg tinggi pada tahap 60-80, kemudian tingkat ke 80-100, walaupun 30 minit, targetnya masih sama. Terima kasih 👍🏼
Saya boleh kaitkan dgn bapa mertua saya, dia berumur 69. Dia suka pada road bike sebab ringan dan sedap kayuh. Yang penting keselesaan, tuan kena cari saiz yg sesuai dan minta kedai buat bikefitting yang selesa. Gravel bike pun selesa, cuma berat sedikit, banyak jenama ada tuan. Kedua2 ini tuan boleh dapat mengikut budget tuan, yang mahal ada, murah pun ada. Tanya kedai, yg mana selesa untuk tuan. Kalau ada masalah, nanti tanya saya lagi yea. Terima kasih 😊
Walaikumsalam Adik. Kedua-dua data adalah berguna. Power menunjukkan keupayaan dari segi kekuatan dan stamina dan cadence menunjukkan kelancaran berkayuh. Jadi, berguna juga untuk adik mengkaji tahap cadence. Terima kasih 👌🏼👍🏼
bro. sorry. tapi boleh cerita x pasal basikal. saya ajak kawan haritu. dia kata wife xkasi main dh. sbb kata boleh sbb mandul. dan kurang sperm kualiti. kesian dia.
Sama sahaja dik, tukar pada gear paling ringan iaitu small chainring (kalau ada) dan cassette sederhana atau besar. Pakai cadence sensor dan connect pada bike computer. Terima kasih. 👌🏼👍🏼
Mcmne nak elak drpd sakit peha & nak maintain kan speed time kayuh di jalan berbukit?speed drop kepada 13-16 je time jalan berbukit..lg2 jalanraya bukit yg jenis memanjang...sy guna mtb cassete 11-50 chainring oval single 32..
Memang mendaki akan terasa tekanan pada peha walaupun gear rendah. Pastikan ketinggian seatpost selesa. Cuba variasikan kayuhan, kadang kala cuba out of saddle supaya meluruskan kaki. Selamat berlatih Champ 👍🏼
@@jasonking6611 kena check ukuran inseam utk pastikan selesa. Selalunya kalau sakit berpanjangab mungkin ketinggian tak sesuai. Kalau sakit sedikit atau sementara itu biasa. 👌🏼👍🏼
Walaikumsalam soalan terbaik bro Aziz! Jawapannya boleh 💪🏼 Pernah di buat event King of Mountain kayuh dari Medan Gopeng naik ke Cameron untuk kategori Fatbike. Memang mencabar, tapi tak mustahil 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Perkongsian yang manthab bang. Setakat ni avg cadence saya 70 - 74 (setakat kayuh under 50km, kalau above 50km dulu saya tak beli lagi cadence sensor, so tak tau la berapa avg cadence saya), dan mmg banyak main small ring je. Soalan saya, Spin to win or grind to win? Mana lebih baik untuk melatih cadence, small ring or big ring? Big ring kita boleh pegi lebih laju, cuma cepat penat lah sebab tenaga guna lebih. Tapi adakah kesan latihan big ring lebih baik sebab kaki dah biasa dikerah lebih? So nanti kalau pakai small ring jadi rasa lebih mudah? Mohon pandangan bang.
Kalau newbies, boleh bermula dgn small ring. Bila dah lama, berlatih pula dgn big ring. Sayapun dah jarang pakai small ring, kecuali bukit yg terlalu tinggi. Tapi grind to win, carilah coach lain yg betul2 berkelayakan. Sebab saya hanyalah pengemar hobi berbasikal 😊 Terima kasih Champ 💪🏼
training cadence ni untuk apa ye bang ? saya skrg avg 75-77 .. tapi tk pnh la nk letak dkt chainring yang kecik jr sentiasa.. sy kayuh mcm biasa je la tukar bila perlu .. adakah sy perlu start letak chainring kecik untuk tgkat cadence sy ..
Terima kasih atas soalan baik ini. Jika kita sudah ada keupayaan average cadence 60-80, kita cuba capai cadence 80-100 untuk pelbagai elevation flat dan climbing. Ini adalah persediaan untuk elevation yg lebih tinggi dan kayuhan long distance. Boleh mulakan dgn small ring dulu, tapi kalau nak terus berlatih dgn Big Ring, sasarkan juga cadence 80, untuk elevation yg tinggi. Maksud elevation yg sederhana adalah 500-1000m dan elevation tinggi 1000m ke atas. Selamat berkayuh 👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE oh .. sy skrg ni kayuh folding.. semalam sy buat 105km .. elevation 500m , avg speed 24.5 km.. avg cadence 76.. avg hear rate 150 sy cuba nk tekan avg cadence 80 ke atas mmg tk berjaya lagi. so bang kalau sy train hari biasa let say sejam setengah ke sejam 45 minit la.. biasanya saya dpt buat 40-45km tapi elavation dalam 200m je lah .. jadi kalau sy tukar chainring rendah .. mean sy masih boleh kekal elavation 200m tapi jarak mgkin kurang lah bang ( 30-35km) .. jadi patut ke sy train mcm tu.. sbb sy mmg merancang nk beli roadbike .. tapi for now sy nk turun berat badan sy dulu sampai 62 63kg .. baru sy nk beli la rb .. n saya nk cuba dptkn avg speed sya atas 25 untuk 100km ..
@@SEMBANGBASIKALISFREE tpi avg hear rate sy msih tinggi bang .. 150 ke atas .. bila tgk org yang fit² kayuh .. elvation 700-800m , hearth rate 140 je ..
@@SEMBANGBASIKALISFREE sudi Tuan berikan email Tuan? Di sana mungkin kita boleh borak panjang Tuan. Saya ke Batu Gajah pada 4 dan 5 Disember. 6-8 Disember akan berada di Cameron.
Saya pernah terbaca pasal Oval Ring ni. Good theory. Tetapi saya tak pernah guna. Jadi saya tak boleh buat review berdasarkan pengalaman sendiri. Selalunya macam oval ring dan oversized pulley ni, mungkin ada sedikit kesan terhadap kelancangan berkayuh. Cuma pelaburannya dan kos maintenance jangka panjang berbaloi atau tidak. Menarik juga jika nak cuba, mungkin tuan boleh sharekan pengalamannya 😉💪🏼👌🏼👍🏼
Soalan yang sangat baik. Saya telah semak pada app Strava dan Strava ada menerangkan buat masa ini Strava memang merancang untuk menjalinkan (connect) dengan power dan cadence sensor. Tetapi bila ia akan dilancarkan belum lagi diketahui. Buat masa ini, Strava hanya boleh menjalinkan pada heart rate sensor dan mereka sedang menilai mutu perkhidmatan ini. Jadi, sekarang kita hanya boleh guna alatan (device) seperti smart/GPS watch dan bike computer untuk mengukur cadence dalam app Strava. Terima kasih.
Walaikumsalam 170mm and 172.5mm adalah panjang crank. Ini lebih berkaitan dengan bike fitting, jadi kedua2 saiz ok tiada kesan sangat pada cadence. Cadence ni kena ada bike computer, sensor dan ukur putaran seminit. Cadence yang baik adalah putaran 80 hingga 100 seminit. Terima kasih.
Saya spinning laju dalam 15 saat macam tu dah sakit peha dan mengah. Sebenarnya untuk berbasikal ni peha tu memang tak sakit atau cyclist ni semua tahan kan sakit tu dan terus berkayuh? Nak maintain Cadence 60 pun jenuh macam ni, nak ke 70 atau 80 tak tahu la bila boleh dapat
Jika sakit, maksudnya ada masalah dengan bike fitting. Sepatutnya kita dapat berkayuh pada cadence yg tinggi tanpa berasa sakit. Cuba tuan tonton video saya berkaitan bikefitting, adjust seatpost yang selesa. Kedua, cadence 80 ini tidak mustahil, pada jalan rata terutamanya. Bila cadence tinggi, power rendah, jadi tenaga ditukarkan kepada pergerakan dan bukan kekuatan otot untuk berkayuh pada gear berat. Ketiga, adjust cassette pada gear yg sesuai, tak terlalu ringan dan tak terlalu berat, mengikut elevation jalan. Berlatih cadence tinggi 30 saat hingga 1 minit, itu adalah target kita. Selamat berkayuh!
@@SEMBANGBASIKALISFREE jadi berapa kerap kita nak berlatih cadence tinggi tu? Contohnya lepas kita push selama 30 saat atau 1 minit kemudian kita rilek kejap dan kemudian kita nak push lagi tu selepas berapa minit? Adakah mengikut masa atau mengikut keadaan jalan?
Saya perhatikan ada juga cyclists yg merokok, ada yg padu dan ada yg tidak. Memang ia menggangu pernafasan tapi adik ikutlah pace dan keupayaan adik sendiri. Maksudnya bila nafas dan degupan jantung tinggi, perlahankan kayuhan dan jika kurang stamina berhenti rehat sekejap. Insha Allah boleh. Yang lebih baik adalah kurangkan merokok maka adik akan rasa nikmatnya pernafasan dan stamina kita setelah beberapa bulan berkayuh 👌🏼👍🏼
Bila berkayuh ni kita kena ada interval, warm up, recovery, ramp up dan cool down. Masa ramp up, Zone 4, masih ok, Zone 5 tak boleh lama, 30 seconds pun cukup, max 1min. Yang penting sekali, tolong buat regular check up, stress test & ECG. Pastikan jantung sihat dan stabil. Selamat berkayuh 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Walaikumsalam jika adik newbie, disarankan chainring 34 (compact) sebab otot kaki belum kuat dan kayuhan lebih kepada teknik cadence (putaran pedal seminit) yang tinggi. Jadi gear ringan dan senang mendaki bukit. Jika adik dah berkayuh lama sedikit mungkin setahun atau lebih, semi compact saiz 36 adalah sesuai supaya boleh seimbang antara mendaki dan berkayuh laju. 39 janganlah itu untuk pro. Groupset adik single chainring ke?
@@azreensalleh160 Ok jadi next upgrade, 36... 39 ni selalunya untuk pecutan atau kalau dah memang padu, crankset ni dipanggil Standard. Selamat berkayuh dik!
Saya suka bike computer jenama Bryton, ia adalah berbaloi sebab banyak features dan harga bermula dari RM260 contohnya Bryton 15 Neo. Kalau cukup budget dapatkan heart rate sensor dan cadence sensor sekali. Kalau rasa mahal, boleh aje beli bike computer Cateye dahulu, lama2 baru upgrade. Terima kasih 👌🏼👍🏼
It depends on your purpose. If your purpose is to win in a race, risks are part of your sacrifices, then grinding may suit you. Newbies with a lack of capability to ride with high power, uncertain they will reach home by dinner time, I would advise to go for spinning. Since grinding is your preference, you may ask a real coach. I'm just a guy who loves to ride and reach home by lunch time. Cheers 😊
Terima kasih atas soalan yg sungguh baik ini. Walau bagaimanapun Cadence ini adalah ukuran yg berlainan dari Speed. Seseorang yg berkayuh pada kelajuan purata 30km/j mungkin menggunakan cadence purata 60 kerana menggunakan gear berat dan seorang lagi kelajuan purata 30km/j mungkin cadencenya 80 kerana menggunakan gear ringan. Ia adalah ukuran putaran pedal dalam seminit yg tidak dapat dikaitkan secara langsung dgn kelajuan. Ada faktor2 lain seperti elevation jalan, berat dan keupayaan rider yg menentukan kelajuan. Setahu saya, bagi mengukur cadence mestilah ada sekurang2nya cadence sensor dan aplikasi (app) yg dapat mengira berapa putaran pedal dalam seminit. Terima kasih 👌🏼👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE Alhamdulillah..sama sama & terima kasih kembali bang atas maklumat..semoga makin success channel ni nanti..😊👍 Teruskan create video yang bermanfaat bang 😊👍
En Azlan buleh dapatkan cadence sensor berjenama Xoss, harga tak sampai Rm 70 dan buleh connect ke Apps Android. Saya dah beli dan cuba Alhamdulillah ok.
Soalan yg menarik tapi jawapannya subjektif. Memang tidak wajib jika bro bukan procyclists. Tapi jika bro pakai bibshorts/leg warmers nampak betis, bagus juga shave bulu kaki sebab kadang kala nampak geli 😅 hanya sekadar pendapat 👍🏼
Saya duduk area Pasir Puteh. Ada beberapa kawan yg ride sama tinggal area Botani & St 18. Adik boleh join FB Group Sembang Basikal Is Free. Nanti saya roger kalau ada apa2 ride terkini.
Terima kasih, saya newbie banyak belajar dgn video tuan,my fav channel for info ttg roadbike.
Alhamdulilah terima kasih moga memberi manfaat 💚👍🏼
Warung tu sedara aku punya depan Warung rumah Atok aku
As salammualaikum....bang ya allah terima kasih banyak2 bang kongsi ilmu Allah saja yg dapat mmbalasnya..besok sy nk kayuh genting sempah bang saya Akan Guna ilmu yg abg bagi nie...abg dekat Batu gajah yea ada masa nt boleh jmpa abg..semoga maju Jaya amin.
Alhamdulilah selamat berkayuh Bro Riz. Turun bukit Genting Sepah tu hati2 yea. 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
terima kasih saya dah paham...lepas kantoi naik bukit tunku haritu terus study cadence ni terima kasih tuan..
terima kasih, banyak share tips
Alhamdulilah, Sama2... jangan lupa subscribe... nanti saya kongsi lagi sedikit ilmu yang ada 😊
Beginner.. Kalau ada tips
saya punya cassette 25T max.(9speed).terasa juga walaupun elevation 200m-400m.nk tukar cassette baru. kena tukar rantai sekali😆modal byk. jadi kena latih lebih sikit nk elak keluar modal byk
Takpe pelan2, yg penting kita kayuh untuk beriadah dan kesihatan. Terima kasih 👍🏼
Tuan sy pn pakai 9 spd.. baru je tukar cassette dr 11-28t ke 11-32t..tp sy x tukar rantai
@@affrizal1202 Wah power tu. Kau dah cassette 11-32, sepatutnya semua bukit boleh ditakluki. Kalau masih belum, kena berlatih lagi 😉💪🏼👍🏼 Selamat berkayuh tuan 👏🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE alhamdulillah buat masa ni masih slow2 lagi practice.. amik kesempatan kawasan berbukit..insyaallah jumpa flat layann..
@@affrizal1202 Alhamdulilah selamat berkayuh tuan 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Perkongsian yang baik. Tengok gravel macam nak ambik sebiji pulak
Uuihh kg ku niiii haha
Terima kasih atas perkongsian ini. Bahasa yang mudah dengan teknik yang mudah. Saya gunakan untuk share dengan isteri sebab saya tak tahu macamana nak mengajar haha. Isteri saya masih berdepan masalah cadence walaupun sudah hampir dua tahun berkayuh. Terbaik!!
Harap lepas ni boleh buat video pasal training with HR Zone, dengan bahasa dan teknik yang mudah difahami.
Alhamdulilah terima kasih tuan. Moga membantu. HR Zone, topik yg menarik, terima kasih atas cadangan ini 👍🏼
Bro, info yg sangat berguna....terima kasih
Bro Padma, terima kasih sudi menonton video saya 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Thanks cip👌🏼Info yang sangat-sangat berguna & bermanfaat..✌🏼😊
Alhamdulilah terima kasih. Moga Champ Arif dapat juga berkongsikan ilmunya. ❤️
thanks for teaching .... 💯
Thanks for watching 😊👍🏼
Nnti Cuba...Lambor kanan- kg Gajah- Tanjung tualang- kg bali- Sri iskandar- Lambor kanan-.
Jomm 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Terima kasih.. biasa ride pakai big ring.. patut la rasa berat..
Terima kasih atas ilmu dan perkongsiannya bang. Saya pun newbie jugak ni selalu duk paling belakang peloton
Sama2 terima kasih 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼semuanya bermula sebagai newbie 😉
Tq bang atas ilmunya. Baru nk request benda ni, nampaknya abg mcm tau2 je isi hati kami👍🏼
Terima kasih... saya memang mendengar cadangan dan komen2 sahabat semua 👍🏼
Asslkm Tuan Nan, setuju dengan nasi lemak kampung bali, tapi dah lama tak pegi sebab ingat dia tak bagi dine in. Lepas ni boleh la try kayuh ke sana mcm tuan... steadyyy!!!
Walaikumsalam tuan. Yea sekarang dah boleh kalau lengkap 2 dose. Selamat berkayuh tuan 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Terima kasih tunjuk ajar, sangat berguna tip2 nya
Terima kasih sudi menonton 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Assalamualikum. Bang, jka menggunakan BIGring brpa putaran cadance yg ok perlu d capai bgi pemula. Adakah ave nya mash sama 60 - 80..
Terima kasih bang dgn perkongsian jawapan yg d beri.
Teruskan berkarya..sy suka dgn pendekatan penyampaian abg yg mudah difahami & tdk terlalu teknikal.
Terima ka
Walaikumsalam En Mat Hussin. Terima kasih atas soalan ini. Untuk newbies, kita berlatih gunakan Small Ring hingga capai average 80. Bila dah mudah dgn Small Ring, berlatih pula dengan Big Ring dan sasarannya masih sama iaitu 80 cadence/rpm. Bila boleh capai 80 cadence dgn Big Ring, boleh cuba pula daki bukit untuk latihan elevation yg tinggi. Semoga berjaya 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
padu perkongsian dari abang..mudah difahami..done subscribe...mantapp
Terima kasih... dalam video saya yang lain juga ada menerangkan cadence dengan lebih lanjut. 💚👍🏼
nak kuasai cadence bkn 1 7 hari makan masa jgk..skrg baru dpt feel kayoh,bru lepas masuk race kena covid pulak,,adakah lepas sihat nanti sy akan drop menurun
Dapat sedikit ilmu 👌🏻 , tq bang , loop selalu saya kayuh nih bang kalau jumpa or dapat ride sekali lagi banyak dapat ilmu nih 😂 ,
Insha Allah 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Tq bro
Terima kasih bang untuk video ni. 😅
Alhamdulillah tkasih tn dgn penerangan yg mudah dan jelas saya dapat tawan genting perez dengan bergaya hari ni tahniah tn
Alhamdulilah syabas. Nanti boleh kayuh sama yea. Saya belum sampai sana lagi. Itu level2 artist katanya 😉👏🏼👍🏼
Boleh Tn
Dekat lah dengan tempat tinggal saya... 😁 InsyaAllah, jika saya balik kampung.. kita lepak makan nasi lemak kampung Bali...
Insha Allah boleh... tuan selalu kayuh route mana?
@@SEMBANGBASIKALISFREE kampung bali-batu gajah-tronoh
Plan kalau boleh balik merentas negeri, tronoh-sri iskandar-parit-bota-tronoh. 😁
@@fayezalle43 Ok kalau dapat set ke Manong pun best. Nanti roger2.
@@SEMBANGBASIKALISFREE best tu bang.. 😁 insyaAllah..
Tq bang perkongsian yg begitu baik 👍👍👍
Terima kasih perkongsian ilmu.
Alhamdulilah sama2 👌🏼👍🏼
Sebagai newbies saya lebih menumpukan kpd penggunaan cassette. Setiap kali climbing saya akan guna ring kecil & akan adjust cassette supaya mendpt momentum kayuhan yg sesuai dan selesa bagi saya. Masalahnya semasa mengadjust cassette banyak kali kayuhan menjadi ringan seolah2 kayuh angin @ kosong. Ini menganggu momentun kayuhan & selalunya menjadi berat dan perit akhirnya bila climbing.Maaf soalan saya panjang la pulak Tn Nan.
Sebelum mendaki, dari jauh kita tukar pada small chainring, cassette yg kecil pun boleh biar berat sedikit. Bila dah sampai bukit kekalkan cassette atau ubah ke cassette lebih besar sedikit mengikut keselesaan kita berkayuh. Cuba elakkan tukar mengejut, ini boleh menjejaskan momentum seperti yg tuan nyatakan. Terima kasih 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Insyaallah bang.. kita sama² sharing info & pengalaman.. 👍✌️
Insha Allah terima kasih 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Jom layan jalan pangkor plak.
Saya dah pernah pegi tuan, ramai2 dgn rakan office. Kami bawa basikal naik ferry, 2 tahun dululah. 👍🏼
Kalau tahu teknik cadence dengan betul, "bukit pun boleh jadi rata" .. 😄
Hahaha 😂😊😊😊😊
Matur suwun Bang
Cadence ...se Ahad brp x...??
tq bro ..
Nice bang. Pengkongsian yang bermanfaat bagi newbie mcm sy ni.
Alhamdulilah terima kasih 👍🏼
Terima kasih atas ilmu berbasikal..
Alhamdulilah terima kasih kepada tuan juga sudi menonton perkongsian saya 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Thank you bro...dapat juga belajar pasal cadence.
Terima kasih bro, atas sokongan padu anda 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Tq sifu 🙏🏻🙏🏻👍🏻👍🏻
You're welcome 😊👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Terbaik, trima kasih bang share tips. Jd le dpt selit dlm vdeo drone 🤣
Sama2 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Boss buat video tentang service minor dan major
Ok Champ, terima kasih atas cadangan ini. Saya dah buat satu pasal service basikal di rumah bersihkan cassette dan rantai. Cuba cari yea. 👌🏼👍🏼
Tq idola.. semua input padu
@@nazmi949 Terima kasih 😊👌🏼👍🏼
Bagaimana teknik nak tukar cadence tanpa merosak gigi gear n rantai
Soalan yg sangat baik tuan. Rantai saya sudah hampir 4 tahun lamanya tak pernah tukar dan tak pernah ada masalah. Alhamdulilah. Tips saya 1) Jangan tukar gear last minute semasa mendaki bukit 2) Kerap service basikal 3 bulan sekali dan letak lubricant 3) Bila habis berkayuh, tukar pada cassette paling kecil 4) Kurangkan penggunaan Cross Chain iaitu Big Ring/Big Cassette dan Small Ring/Small Cassette supaya rantai tidak kerap tegang, sekali sekala tak mengapa boleh sahaja guna cross chain. Terima kasih 👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE terima kasih info.. Insyallah sy akan try praktikal ilmu yg diberi...
Kg bali kg aku tu bro
@@muradzi3923 nanti boleh set kayuh sama dan singgah makan nasi lemak kg bali 😊
Salam bang.. Nak mintak pendapat dan tip..
1- Berapa avg cadence yg sesuai untuk kita buat semasa kita kayuh di roller selama 30mnit.
2 - Dari segi pemilihan gear pula macam mana. #kayuhuntukkesihatan
Terima Kasih.
Wassalam, matlamat kita adalah berlatih cadence yg tinggi pada tahap 60-80, kemudian tingkat ke 80-100, walaupun 30 minit, targetnya masih sama. Terima kasih 👍🏼
Turun pangkor je
Saya nak tanya … apa lah basikal yang sesuai untuk saya yang berumur 64 tahun… gravel atau road bike… jika road bike yang mana satu sesuai?
Saya boleh kaitkan dgn bapa mertua saya, dia berumur 69. Dia suka pada road bike sebab ringan dan sedap kayuh. Yang penting keselesaan, tuan kena cari saiz yg sesuai dan minta kedai buat bikefitting yang selesa. Gravel bike pun selesa, cuma berat sedikit, banyak jenama ada tuan. Kedua2 ini tuan boleh dapat mengikut budget tuan, yang mahal ada, murah pun ada. Tanya kedai, yg mana selesa untuk tuan. Kalau ada masalah, nanti tanya saya lagi yea. Terima kasih 😊
@@SEMBANGBASIKALISFREE terima kasih banyak2.. kalau ada masalah lagi saya hubungi Tuan
Tuan Zahari, video ini khas untuk anda ua-cam.com/video/M7tMcHluRo8/v-deo.html
Assalamualaikum Abg Nan..untuk cadence data, saya guna garmin fenix. Ada data utk average power watt. Jadi perlu tak pasang cadence sensor ?
Walaikumsalam Adik. Kedua-dua data adalah berguna. Power menunjukkan keupayaan dari segi kekuatan dan stamina dan cadence menunjukkan kelancaran berkayuh. Jadi, berguna juga untuk adik mengkaji tahap cadence. Terima kasih 👌🏼👍🏼
salam bang nan.. nnti boleh share tentang tayar.. apa itu tpi? dan tayar yg bgs utk tahan lasak.
Wsalam Insha Allah, terima kasih atas cadangan ini 👍🏼
bro. sorry. tapi boleh cerita x pasal basikal. saya ajak kawan haritu. dia kata wife xkasi main dh. sbb kata boleh sbb mandul. dan kurang sperm kualiti. kesian dia.
Bagaimana pulak Abg. Kalau mcm kami guna 7speed ni.
Sama sahaja dik, tukar pada gear paling ringan iaitu small chainring (kalau ada) dan cassette sederhana atau besar. Pakai cadence sensor dan connect pada bike computer. Terima kasih. 👌🏼👍🏼
Guna cara ni utk folding bike takpe kan..blm cukup bajet lagi nak beli rb
Boleh... memang sesuai untuk semua jenis basikal 👍🏼
Mcmne nak elak drpd sakit peha & nak maintain kan speed time kayuh di jalan berbukit?speed drop kepada 13-16 je time jalan berbukit..lg2 jalanraya bukit yg jenis memanjang...sy guna mtb cassete 11-50 chainring oval single 32..
Memang mendaki akan terasa tekanan pada peha walaupun gear rendah. Pastikan ketinggian seatpost selesa. Cuba variasikan kayuhan, kadang kala cuba out of saddle supaya meluruskan kaki. Selamat berlatih Champ 👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE maknenye kene tinggi kan lg seat post ke ?
@@jasonking6611 kena check ukuran inseam utk pastikan selesa. Selalunya kalau sakit berpanjangab mungkin ketinggian tak sesuai. Kalau sakit sedikit atau sementara itu biasa. 👌🏼👍🏼
Good sharing.. 50/34 avg cadence >80.. ade plan nk upgrade 52/36
Wah ni level padu ni, kalau 52/36 balance between speed and climbing. Terbaik 💪🏼👏🏼👏🏼👍🏼👍🏼👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE layan kaki je bang.. thanks bang for sharing.. jangan stop bang.. explaination abg clear & mudah faham..
Salam ck nan..bole ker kayuh fatbike ke cameran highland..
Beginner ler
Walaikumsalam soalan terbaik bro Aziz! Jawapannya boleh 💪🏼 Pernah di buat event King of Mountain kayuh dari Medan Gopeng naik ke Cameron untuk kategori Fatbike. Memang mencabar, tapi tak mustahil 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Ada latihan khas utk mendaki cameran ker ck nan..
😊
@@azizjzakaria3120 cuba tonton video saya dahulu pasal takluki bukit dgn mudah... itu training free, kalau personal training mahal 😂
Perkongsian yang manthab bang. Setakat ni avg cadence saya 70 - 74 (setakat kayuh under 50km, kalau above 50km dulu saya tak beli lagi cadence sensor, so tak tau la berapa avg cadence saya), dan mmg banyak main small ring je. Soalan saya, Spin to win or grind to win? Mana lebih baik untuk melatih cadence, small ring or big ring? Big ring kita boleh pegi lebih laju, cuma cepat penat lah sebab tenaga guna lebih. Tapi adakah kesan latihan big ring lebih baik sebab kaki dah biasa dikerah lebih? So nanti kalau pakai small ring jadi rasa lebih mudah? Mohon pandangan bang.
Kalau newbies, boleh bermula dgn small ring. Bila dah lama, berlatih pula dgn big ring. Sayapun dah jarang pakai small ring, kecuali bukit yg terlalu tinggi. Tapi grind to win, carilah coach lain yg betul2 berkelayakan. Sebab saya hanyalah pengemar hobi berbasikal 😊 Terima kasih Champ 💪🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE Terima kasih atas nasihat bang. Saya mmg champ bang, tapi champ kayuh paling slow hahaha.
Haha kita boleh geng, janji sampai rumah selamat, badan tak sakit dan dapat tingkatkan kesihatan. 😉💪🏼👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE Ya bang, setakat ni tu je mission saya. Lebih2 tu bila basic dah terer le huhu
@@cloudenimbus3163 Terbaik 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
training cadence ni untuk apa ye bang ?
saya skrg avg 75-77 .. tapi tk pnh la nk letak dkt chainring yang kecik jr sentiasa.. sy kayuh mcm biasa je la tukar bila perlu ..
adakah sy perlu start letak chainring kecik untuk tgkat cadence sy ..
Terima kasih atas soalan baik ini. Jika kita sudah ada keupayaan average cadence 60-80, kita cuba capai cadence 80-100 untuk pelbagai elevation flat dan climbing. Ini adalah persediaan untuk elevation yg lebih tinggi dan kayuhan long distance. Boleh mulakan dgn small ring dulu, tapi kalau nak terus berlatih dgn Big Ring, sasarkan juga cadence 80, untuk elevation yg tinggi. Maksud elevation yg sederhana adalah 500-1000m dan elevation tinggi 1000m ke atas. Selamat berkayuh 👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE oh .. sy skrg ni kayuh folding.. semalam sy buat 105km .. elevation 500m , avg speed 24.5 km.. avg cadence 76.. avg hear rate 150
sy cuba nk tekan avg cadence 80 ke atas mmg tk berjaya lagi.
so bang kalau sy train hari biasa let say sejam setengah ke sejam 45 minit la.. biasanya saya dpt buat 40-45km tapi elavation dalam 200m je lah ..
jadi kalau sy tukar chainring rendah .. mean sy masih boleh kekal elavation 200m tapi jarak mgkin kurang lah bang ( 30-35km) .. jadi patut ke sy train mcm tu..
sbb sy mmg merancang nk beli roadbike .. tapi for now sy nk turun berat badan sy dulu sampai 62 63kg .. baru sy nk beli la rb .. n saya nk cuba dptkn avg speed sya atas 25 untuk 100km ..
@@noahismail3884 Wow padu sangat ni 😅👍🏼👏🏼👏🏼👏🏼💪🏼 teruskan sahaja. Bolehlah satu hari try kayuh ke Fraser Hill naik FB.
@@SEMBANGBASIKALISFREE tpi avg hear rate sy msih tinggi bang .. 150 ke atas .. bila tgk org yang fit² kayuh .. elvation 700-800m , hearth rate 140 je ..
Assalamualaikum Tuan. Terima kasih atas perkongsian. Seperkara lain, saya akan balik kampung ke Batu Gajah Disember ini. Sudi kayuh sama?
Walaikumsalam Insha Allah tuan jika sesuai hari dan masanya. 24-26 Disember ada kayuhan ke Cameron 2 hari 1 malam. 👌🏼👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE sudi Tuan berikan email Tuan? Di sana mungkin kita boleh borak panjang Tuan. Saya ke Batu Gajah pada 4 dan 5 Disember. 6-8 Disember akan berada di Cameron.
Sy punya single ring. adakah sama untuk layan cadence nih?
Boleh takde masalah boleh pakai single chainring atau 1x drivetrain/chainset. Hanya perlu berlatih untuk kekal 80-100rpm. 👍🏼
Tq bang. Terbaik... Nk tanya pendapat, Ok ke kalau guna crank oval?
Saya pernah terbaca pasal Oval Ring ni. Good theory. Tetapi saya tak pernah guna. Jadi saya tak boleh buat review berdasarkan pengalaman sendiri. Selalunya macam oval ring dan oversized pulley ni, mungkin ada sedikit kesan terhadap kelancangan berkayuh. Cuma pelaburannya dan kos maintenance jangka panjang berbaloi atau tidak. Menarik juga jika nak cuba, mungkin tuan boleh sharekan pengalamannya 😉💪🏼👌🏼👍🏼
Assalam...saya nk tya tuan latihan cadence hanya di jln yg lurus kew
Walaikumsalam tak, latihan cadence untuk semua jenis keadaan rata, berbukit dan turun bukit, semuanya cadence berbeza. 👌🏼👍🏼
Tq.. suggest cadence sensor yg boleh connect dgn strava dgn range harga sederhana?
Sy pun nak tau juga ni
Soalan yang sangat baik. Saya telah semak pada app Strava dan Strava ada menerangkan buat masa ini Strava memang merancang untuk menjalinkan (connect) dengan power dan cadence sensor. Tetapi bila ia akan dilancarkan belum lagi diketahui. Buat masa ini, Strava hanya boleh menjalinkan pada heart rate sensor dan mereka sedang menilai mutu perkhidmatan ini. Jadi, sekarang kita hanya boleh guna alatan (device) seperti smart/GPS watch dan bike computer untuk mengukur cadence dalam app Strava. Terima kasih.
@@SEMBANGBASIKALISFREE terima kasih
assalamualaikum bang, nk tnye, klu nk buat latihan cadence ni, wheelset saiz 170mm ke @ saiz 172.5mm yg sesuai buat latihan cadence ni bang?
Walaikumsalam 170mm and 172.5mm adalah panjang crank. Ini lebih berkaitan dengan bike fitting, jadi kedua2 saiz ok tiada kesan sangat pada cadence. Cadence ni kena ada bike computer, sensor dan ukur putaran seminit. Cadence yang baik adalah putaran 80 hingga 100 seminit. Terima kasih.
ooooo..mcm tu jdi klu kite pakai 172.5mm pn xde kesan sngat la nk buat latihan cadence ni
@@fiqazmi6506 betul tu 👍🏼
okey bang, trima kasih bnyak2 perkonsian ilmu tu
Saya spinning laju dalam 15 saat macam tu dah sakit peha dan mengah. Sebenarnya untuk berbasikal ni peha tu memang tak sakit atau cyclist ni semua tahan kan sakit tu dan terus berkayuh? Nak maintain Cadence 60 pun jenuh macam ni, nak ke 70 atau 80 tak tahu la bila boleh dapat
Jika sakit, maksudnya ada masalah dengan bike fitting. Sepatutnya kita dapat berkayuh pada cadence yg tinggi tanpa berasa sakit. Cuba tuan tonton video saya berkaitan bikefitting, adjust seatpost yang selesa. Kedua, cadence 80 ini tidak mustahil, pada jalan rata terutamanya. Bila cadence tinggi, power rendah, jadi tenaga ditukarkan kepada pergerakan dan bukan kekuatan otot untuk berkayuh pada gear berat. Ketiga, adjust cassette pada gear yg sesuai, tak terlalu ringan dan tak terlalu berat, mengikut elevation jalan. Berlatih cadence tinggi 30 saat hingga 1 minit, itu adalah target kita. Selamat berkayuh!
@@SEMBANGBASIKALISFREE jadi berapa kerap kita nak berlatih cadence tinggi tu? Contohnya lepas kita push selama 30 saat atau 1 minit kemudian kita rilek kejap dan kemudian kita nak push lagi tu selepas berapa minit? Adakah mengikut masa atau mengikut keadaan jalan?
@@bosannova soalan yg sangat baik. Nantikan video saya yg akan datang berkaitan pelan latihan (training plan) 👌🏼👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE baik. Tak sabar tunggu next video. Terima kasih
Hai bang.. saya baru nak main basikal.. tapi saya seorang perokok tegar.. adakah ia akan menganggu penafasan saya untuk bermain basikal nanti?
Saya perhatikan ada juga cyclists yg merokok, ada yg padu dan ada yg tidak. Memang ia menggangu pernafasan tapi adik ikutlah pace dan keupayaan adik sendiri. Maksudnya bila nafas dan degupan jantung tinggi, perlahankan kayuhan dan jika kurang stamina berhenti rehat sekejap. Insha Allah boleh. Yang lebih baik adalah kurangkan merokok maka adik akan rasa nikmatnya pernafasan dan stamina kita setelah beberapa bulan berkayuh 👌🏼👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE Terima Kasih atas maklum balas abang.. saya hargai dan saya hormati.. ☺️
Boleh tak nanti bro share pasal HR zone? Sy kayuh biasa akan 50%-75% dekat zone 4, okay ke tak?
Bila berkayuh ni kita kena ada interval, warm up, recovery, ramp up dan cool down. Masa ramp up, Zone 4, masih ok, Zone 5 tak boleh lama, 30 seconds pun cukup, max 1min. Yang penting sekali, tolong buat regular check up, stress test & ECG. Pastikan jantung sihat dan stabil. Selamat berkayuh 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE nice tips. Insyaallah sy cuba practic dalam training sy. Thank you bro;D
Slm bang, sy bercadang nk upgrade small chainring dr 34 ke 36 atau 39, yg mana lbh sesuai?
Walaikumsalam jika adik newbie, disarankan chainring 34 (compact) sebab otot kaki belum kuat dan kayuhan lebih kepada teknik cadence (putaran pedal seminit) yang tinggi. Jadi gear ringan dan senang mendaki bukit. Jika adik dah berkayuh lama sedikit mungkin setahun atau lebih, semi compact saiz 36 adalah sesuai supaya boleh seimbang antara mendaki dan berkayuh laju. 39 janganlah itu untuk pro. Groupset adik single chainring ke?
@@SEMBANGBASIKALISFREE crankset 105, 50/34 bang. Ok bang terima kasih atas nasihat.. 👍👍👍👍💪
@@azreensalleh160 Ok jadi next upgrade, 36... 39 ni selalunya untuk pecutan atau kalau dah memang padu, crankset ni dipanggil Standard. Selamat berkayuh dik!
@@SEMBANGBASIKALISFREE selamat berkayuh bang & stay safe..
Thanks for sharing. Saya newbie bole suggest tak bike computer yg mampu milik utk pakai?
Saya suka bike computer jenama Bryton, ia adalah berbaloi sebab banyak features dan harga bermula dari RM260 contohnya Bryton 15 Neo. Kalau cukup budget dapatkan heart rate sensor dan cadence sensor sekali. Kalau rasa mahal, boleh aje beli bike computer Cateye dahulu, lama2 baru upgrade. Terima kasih 👌🏼👍🏼
Odometer saya tak ada tunjuk CADENCE,adakah wajib saya tuko odometer yang ada CADENCE,
Kalau ada budget bolehlah. Nanti boleh evaluate Heart Rate, Elevation dan Cadence. 👌🏼👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE Terima kasih tuan,inshaAllah
kalau depan sy single mcm mana ya?
Kalau depan single, hanya bermain cassette. Tukar pada cassette tengah hingga besar. Size berapa yea chainring tuan?
Grinding vs Spinning?
Saya prefer grinding... tapi berapa average cadence terbaik utk yg kaki grinder ni?
It depends on your purpose. If your purpose is to win in a race, risks are part of your sacrifices, then grinding may suit you. Newbies with a lack of capability to ride with high power, uncertain they will reach home by dinner time, I would advise to go for spinning. Since grinding is your preference, you may ask a real coach. I'm just a guy who loves to ride and reach home by lunch time. Cheers 😊
Adakah cadence boleh di ukur atau agak agak berdasar average speed untuk yang takdak cadence sensor..?
Terima kasih atas soalan yg sungguh baik ini. Walau bagaimanapun Cadence ini adalah ukuran yg berlainan dari Speed. Seseorang yg berkayuh pada kelajuan purata 30km/j mungkin menggunakan cadence purata 60 kerana menggunakan gear berat dan seorang lagi kelajuan purata 30km/j mungkin cadencenya 80 kerana menggunakan gear ringan. Ia adalah ukuran putaran pedal dalam seminit yg tidak dapat dikaitkan secara langsung dgn kelajuan. Ada faktor2 lain seperti elevation jalan, berat dan keupayaan rider yg menentukan kelajuan. Setahu saya, bagi mengukur cadence mestilah ada sekurang2nya cadence sensor dan aplikasi (app) yg dapat mengira berapa putaran pedal dalam seminit. Terima kasih 👌🏼👍🏼
@@SEMBANGBASIKALISFREE Alhamdulillah..sama sama & terima kasih kembali bang atas maklumat..semoga makin success channel ni nanti..😊👍
Teruskan create video yang bermanfaat bang 😊👍
@@azlan7485 Alhamdulilah terima kasih 😊👍🏼
En Azlan buleh dapatkan cadence sensor berjenama Xoss, harga tak sampai Rm 70 dan buleh connect ke Apps Android. Saya dah beli dan cuba Alhamdulillah ok.
@@bosannova Alhamdulillah..tq share tuan..nanti saya try cari kat shopee..
Nak tanya kene cukur kaki ke?
Soalan yg menarik tapi jawapannya subjektif. Memang tidak wajib jika bro bukan procyclists. Tapi jika bro pakai bibshorts/leg warmers nampak betis, bagus juga shave bulu kaki sebab kadang kala nampak geli 😅 hanya sekadar pendapat 👍🏼
Ok paham
Asskmslm abg dk Botani ke?
Walaikumsalam yea dekat2 situ juga. Adik duduk di Botani?
Sya dk ulu kinta sya newbies nk blja tips2 kyuhan dari abg
Tinggal di tanjung tualang ke bro ?
Saya tinggal di Ipoh. 😊👍🏼
abg duduk botani ke, nak berguru boleh ke? haha

.