PELAWAK MALAYSIA Terkini Mat Sentol

Поділитися
Вставка
  • Опубліковано 30 гру 2020
  • SALMAN AL-FARISI DAN SENIMAN MALAYSIA BERSAMA BEBERAPA WARTAWAN Wakil dari Johor Dan Melaka Turut sama dalam #ZiarahPrihatinSeniman dan Vlog Salman Jkk. Melihat Usianya menginjak 87 tahun, namun Abd Rashid Yahaya pelakon Filrm Mat Bond yang lebih dikenali sebagai Mat Sentol masih sihat.
    Pelakon yang popular dengan filem Mat Tiga Suku pada 1967, mesra dengan panggilan Pak Mat juga tidak mempunyai penyakit kronik lain.
    Mat Sentol berkata, beliau gemar memakan sayuran dan tidak suka mengambil makanan segera.
    Katanya, selain pemakanan yang baik dan dijaga rapi, insan lagenda ini juga gemar berjalan kaki untuk ke satu-satu lokasi.
    "Sekarang sudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) duduk di rumah saja, tetapi setiap hari akan pusing keliling rumah berjalan kaki.
    "Saya sihat, tidak ada penyakit, mata pun masih nampak lagi", katanya ketika ditemubual exco SENIMAN MALAYSIA Kapten Bersekutu (PA) Tuan Salman al-Farisi di kediamannya di Larkin, di sini.
    Mat Sentol tinggal bersama isterinya, Jamilah Kasri, 71, dan dua anak lelaki yang menjaga segala kebajikan mereka berdua iaitu, Roslee Rashid, 58 dan Roswan Abd Rashid, 37.
    Tidak pernah lekang dengan lawak spontannya Mat Sentul berkata, beliau meneruskan aktiviti penulisan skrip.
    "Ada buat skrip macam-macam ...tak boleh beritahu, rahsia. Selain buat skrip tangan letak tongkat dagu...termenung (ketawa).
    "Sihat tetapi umur macam ini kadang-kadang tidak kuat, umur sudah 87. Kalau dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad orang nampak cakap macam adik-beradik", katanya berseloroh.
  • Комедії

КОМЕНТАРІ • 9

  • @makcikmakcik3821
    @makcikmakcik3821 22 дні тому

    Lawak nya yang bersahaja. Semoga pak mat diberi kesihatan yg baik aaminn

  • @shafapai2986
    @shafapai2986 3 роки тому +1

    lagenda ni mat sentol♥️ semoga diberikan kesihatan yg baik

  • @hafizihafizifamily2402
    @hafizihafizifamily2402 2 роки тому +1

    The king komedian sains fiksyen Asia Mat sentol

  • @amiramiryusof7308
    @amiramiryusof7308 3 роки тому +1

    SAYA doakan pak mat sihat dan panjang umur dimurahkan rezeki oleh nya..bagi la pangkat datuk atau Tan Sri selagi pak mat lagenda gambar hitam putih ..di tahun arwah Tan Sri p Ramlee...jika p.ramlee masih ada..sama ja macam pak mat...bagi la anugerah kepada pak mat selagi masih ada.. pangkat datuk buat nya

  • @amiramiryusof7308
    @amiramiryusof7308 3 роки тому +1

    Jika ada perkembangan terkini..baGi tahu

    • @salmanjkktv1233
      @salmanjkktv1233  3 роки тому

      mesti.. seorang lagenda ang tiada gantinya, doakan dia